Tuesday, November 11, 2014

Ruang dan waktu

Bismillah.

Tiada yang indah dan membahagiakan di dunia ini, melainkan dengan mengenal cinta Allah. Bahagia letaknya di hati. Maka beruntunglah orang yang ada Allah di hatinya, dia akan sentiasa merasa bahagia.

Ada harta bahagia, tak punya harta juga bahagia. Ada rumah besar bahagia, tidak punya rumah besar juga bahagia. Berkahwin bahagia malah seandainya belum berkahwin juga turut bahagia. Cukup apa adanya. Begitu kata mereka.

Maha Adilnya Allah. Dia membuat semua manusia boleh merasai nikmat bahagia. Tidak kira miskin atau kaya, kuat atau lemah, besar atau kecil, semuanya boleh memiliki bahagia.

Tika ini aku mula merasakan bahawa sememangnya hidup ini perlu lebih besar daripada ini. Bukan hanya sekadar pergi kelas dan balik dari kelas, membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah, melayan drama-drama Melayu, Inggeris mahupun Korea, dan sebagainya.

Hidup perlu lebih besar daripada ini.

Maha Besarnya Allah. Meletakkan aku pada landasan yang akan menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. Dalam berjuta-juta hamba Allah di akhir zaman ini, dipilihnya aku sebagai seorang yang akan bergelar pendidik. InsyaAllah jika diizinkanNya pada awal tahun hadapan akan memulakan perkhidmatan.

Dua tahun kebelakangan ini, terlalu banyak nikmat dan ujian yang Allah beri.

Mengubah semua fikiran yang lama menjadi satu pemikiran yang baru.

Sememangnya hidup ini perlu diberi ruang dan waktu buat diri sendiri dan juga buat mereka di sekeliling kita.

Binalah diri, binalah peribadi dan binalah perancangan yang teliti untuk mengharungi masa depan yang lebih baik.

Berusaha sehabis baik dan serahkan segala-galanya pada Allah. Allah tahu yang terbaik buat kita.




" Pada saya dia mahal, maka saya juga perlu 'mahal' untuknya. "




Terima kasih Allah. Segala puji dan puja hanya untukMu.

Selamat bersiap siaga.

Smile :-)




Catatan 11.11.2014. 11.58pm. Batu Pahat.


Sunday, October 19, 2014

Jalan-jalan Utara

Penghujung 2013, kami sekeluarga ke Utara Semenanjung Malaysia. 
Dari satu negeri ke satu negeri kami jelajahi.
Perjalanan ini bukanlah suatu perjalanan yang dirancang dari awal,
segala-galanya bermula apabila ayah ada mesyuarat di Pulau Pinang.

Maka, secara tak langsung, ayah pun bawa la kami melancong.

Namun percutian kami kali ini tidak disertai oleh si Angah yang pada masa tu ada peperiksaan akhir.
Alhamdulillah, Angah dah pun bekerja sekarang ni.


Adakalanya, bicara dengan gambar itu lebih memberi makna.

Jadi, jom la tengok-tengok gambar yang den sempat snap dulu-dulu.

Betapa indahnya ciptaan Tuhan.

Subhanallah.