Tuesday, November 30, 2010

Bila jantung berdegup kencang..

Di sini ada satu soalan. Agak-agaknya la, bila masa jantung korang akan dub dab dub dab? muka dah mula berpeluh-peluh, tangan dan kaki mula rasa sejuk, kaki korang pun automatik akan tergoyang-goyang atau terhenjut-henjut tak tentu pasal (macam orang yang tak tahan nak buang air, haha)

Bohong la kan kalau ada orang yang mengaku tak pernah melalui semua perkara di atas. Sekental-kental hati manusia, segagah-gagah lelaki, sekuat-kuat wanita pun tentu akan merasai semua itu. Mungkin kalau ada pun yang tak pernah rasa semua tu boleh dibilang dengan jari je bilangannya.

Adakah mungkin di saat sang pengantin lelaki berhadapan dengan tok kadi? disaat seorang pelajar dikehendaki membentangkan hasil tugasannya dihadapan semua pelajar kelasnya? Atau boleh jadi di saat berhadapan dengan seseorang yang amat dikasihi dan dicintai. Mungkinkah apabila berjumpa dengan keluarga bakal mertua? Adakah rasa dan perasaan tersebut dialami oleh pelajar SPM pada hari pertama peperiksaan itu bermula?

Huh.. kalau nak dihuraikan, sampai esok pun mesti tak kan pernah habis situasi dan keadaan yang dapat dihuraikannya. Kelakar juga apabila mengalami situasi tersebut, pelbagai-bagai kaedah digunakan untuk menenangkan diri yang sedang gelisah. Antara yang lazim dibuat orang ialah, memegang tangan rakan yang duduk bersebelahan di kiri dan kanan ketika menunggu giliran nama di panggil oleh pensyarah (mak aihh kecut perut den ), tak tahan ada juga yang tidak boleh duduk diam (maka mula lah rajin untuk berjalan ke hulu dan ke hilir), ni tips yang paling bagus iaitu dengan banyak-banyak berzikir, membaca surah-surah pilihan demi untuk mententeramkan diri.

Ok rasanya cukup la setakat itu dulu. Actually post kali ni khas dibuat untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada seseorang yang akan menghadapi exam berkomputer esok (opps maaf identitinya terpaksa dirahsiakan di atas permintaan ramai, haha ramai ke??) Apa yang penting, buat betul-betul dan saya tahu awk boleh buat yang lagi baik dari saya. Kalau rasa seram sejuk atau segala macam jenis rasa yang saya dah senaraikan pada perenggan yang pertama, ingatlah saya keh! hahaha

dan

awak

confirm 

akan 

dapat

jawab,

plus 

lulus 

dengan 

cemerlang!!

Ni saya bagi dua jantung (heart) kata awak,
nanti tak de la jantung awk dup dap dup dap lagi,
sebab dia dah berteman!

Cute-nya Upin Ipin..

Mai datang ramai2~
Melaka Wonderland yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu, masih belum menerima kedatangan diri ini.. hehe(bila la saya nak pergi sana nih) . InsyaAllah satu hari nanti ye.

Kartun Upin dan Ipin bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi kita di bumi Malaysia ini terutamanya kanak-kanak. Rata-rata kanak-kanak amat seronok menonton rancangan yang bersiaran di tv9 ini. Bagi yang remaja dan dewasa juga tidak kurangnya, turut menghayati setiap watak dan cerita di dalam rancangan kartun ini. Ini sesuatu yang membanggakan buat negara kita sekali gus membuktikan rakyat Malaysia juga mampu mencipta sesuatu yang amat berkualiti. Upin&Ipin sememangnya benar-benar menggambarkan kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang turut diceriakan dengan pelbagai kisah kanak-kanak yang amat mencuit hati. Tahniah kepada semua yang terbabit dengan rancangan Upin&Ipin!

Jadi kepada semua peminat Upin&Ipin, jangan lepaskan peluang ini! :

KELAB UPIN&IPIN

DI MELAKA WONDERLAND

4 - 7 DISEMBER 2010


Datang beramai-ramai!!

**Bila adikku mula mengajak ayah ke Melaka Wonderland,
    Semua yang lain nak tumpang dua kaki,
    wahaahhaa**

Sunday, November 28, 2010

Maher Zain

Maher Zain
Salam pertemuan buat semua pembaca.. 


Sebagai permulaan, saya nak tahu, sapa yang kenal dengan jejaka di atas? sila angkat tangan anda..  hoyeh2,sudah2.. sila turun tangan anda. Rata-rata kenal dengan beliau, dan tidak kurang ada juga yang terlepas pandang tentang siapa Maher Zain ni.


Saya sendiri, mengenali Maher Zain bermula dengan popularnya lagu For the rest of my life yang telah diperkenalkan oleh rakan-rakan di kampus kepada saya. Pertama kali mendengar, hati terus terpaut, ada keunikan yang tersendiri pada lagu nyanyian Maher Zain ini.


Ini saya serta serba sedikit tentangnya:


Name: Maher Zain
Age: 29 years old
Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
Education: BA in Aeronautical Engineering
Previous Job: Music Producer
Worked with in the past: RedOne (The Producer behind Lady Gaga, Akon etc)
Album Name: Thank You Allah
Number of Tracks: 13
Release Date: 1st of November 2009
Record Label: Awakening Records 
Facebook Page with close to 1 million fans: http://www.facebook.com/MaherZain

Istimewanya Maher Zain...

Maher Zain memang seorang penyanyi yang berbakat besar, sehingga kini, banyak lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau yang berjaya menambat hati para peminat. Ada unsur dakwah yang terselit dikebanyakkan lagunya. Setelah seharian penat melakukan segala aktiviti, hati boleh menjadi amat tenang apabila mendengar lagu-lagunya. 

Kalau di negara kita Malaysia, lagu-lagu macam ini sering kali kita dengar hanya popular dinyanyikan oleh kumpulan nasyid. Berbeza dengan Maher Zain, beliau hanya bergerak secara solo dalam dunia nyanyian ini. Sehingga kini, beliau telah banyak membuat persembahan di negara-negara luar termasuklah di negara kita sendiri. Cari saja apa-apa carian yang kita ingin tahu tentang Maher Zain, pasti banyak yang akan kita jumpa di alam maya ini. Showcase yang telah diadakan di Malaysia sendiri telah mendapat sambutan yang menggalakkan. 

Buat para pembaca, rajin-rajinkanlah untuk meneroka Youtube untuk melihat persembahannya. Pasti anda akan terhibur.. Maaf! videonya tidak dapat saya sertakan di sini kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Antara lagu Maher Zain yang popular:

  • Insha Allah
  • Ya Nabi  Salam Alayka
  • The Chosen One
  • For the Rest of My Life
  • Palestine Will Be Free
  • Always Be There
  • Thank You Allah
  • Allahi Allah Kiya Karo feat. Irfan Makki
  • Thank You Allah
  • Baraka Allahu Lakuma
  • Hold My Hand
  • Awaken
  • Subhana Allah feat. Mesut Kurtis
  • Open You Eyes
  • Ya Nabi  Salam Alayka (Arabic Version)
Lagu-lagu di atas secara asasnya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris dan ada juga diselitkan nyanyian dalam bahasa Arab. Bagi siapa yang belum mengenali dirinya dan lagunya, cepat-cepat mencari maklumat akan dirinya. Secara asasnya beliau juga menyanyikan lagu beliau dalam bahasa inggeris sama seperti artis Barat yang menjadi pujaan remaja-remaja pada hari ini. Sokonglah orang Muslim, kawan-kawan!

Secara peribadi saya menyifatkan kita bukan sahaja mendapat hiburan yang berunsur dakwah apabila mendengar lagu-lagu Maher Zain, malah insha Allah kita juga akan mendapat pahala apabila memuji Allah walaupun ketika menyanyi. Bukankah itu lebih baik daripada menyanyikan lagu yang selain daripada itu!

Sebagai pelajar, lagu ini boleh menjadi daya penarik untuk para pelajar belajar bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris. Sambil belajar, kita berhibur. Lagu-lagu beliau amat sesuai didengar oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Tidak rugi kita menghayatinya!  

Itu lah serba sedikit tentang Maher Zain yang dapat saya kongsikan kepada para pembaca sekalian,  sebelum saya mengakhiri post kali ini, di bawah ini saya sertakan beberapa keping gambar Maher Zain, jumpa lagi!



Maher Zain di Kuala Lumpur


Album~







 


Friday, November 26, 2010

Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)


PROSEDUR PENGAMBILAN LESEN


  1. Pendaftaran
  2. Kursus KPP
  3. Ujian Berkomputer
  4. Amali Pra L (D&B)
  5. Lesen L
  6. Praktikal
  7. QTI / Pra Ujian
  8. Ujian JPJ
  9. Lesen P

Bagi yang telah mengambil lesen, prosedur diatas semestinya mengimbau memori kita semasa mengikuti kelas atau aktiviti-aktiviti yang disediakan. Semestinya banyak perkara sama ada suka atau duka yang berlaku. Ada yang lulus dengan senang dan cemerlangnya, dan ada juga yang gagal dan terpaksa mengulangi ujian JPJ sebelum diiktiraf mendapat lesen yang sah untuk memandu di jalan raya. Macam-macam kisah yang kita lalui atau kita dengar daripada pengalaman orang lain. Ada kalanya melucukan, ada kalanya menggembirakan dan ada kalanya amat menyakitkan. Namun semua itu terpulang pada kita untuk mengawal dan menerimanya. 

Bagi yang baru nak ambil lesen memandu ataupun yang merancang untuk mengambil lesen memandu pada masa yang terdekat atau pada masa yang akan datang, bersiap sedialah dengan mental dan fizikal. Relax dan jangan panik. Pengalaman saya, apabila kita yakin dengan diri kita sendiri, kita tentu dapat melakukan semuanya dengan baik. Bermula dengan mengikuti kursus KPP dari pukul 8 pagi - 4 petang, banyak input-input yang boleh diambil daripada tenaga pengajar yang mengajar. Saya teringat akan seorang tenaga pengajar semasa saya mengikuti kursus untuk lesen kelas D (lesen kereta), mengikuti kelas dengan beliau amat menyeronokkan kerana beliau sangat pandai menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok dan penuh gelak tawa. Semua yang hadir menjadi ceria dan terhibur ketika itu. Pesannya yang saya ingat sampai hari ini (dan akan diingati sampai bila-bila, InsyaAllah) , hormatilah semua guru yang mengajar di situ dan panggillah mereka dengan panggilan "cikgu".  
Selesai kursus, masa untuk menjalani ujian berkomputer pula akan diatur oleh pihak yang bertanggungjawab, alamak, saya diserang sakit perut pada pagi tersebut. Mungkinkah sakit perut ini datang disebabkan kerisauan , ke-nervous-an dan kekhuatiran saya?? (boleh jadi, boleh jadi...) Seingat saya (dah lama dah, tiga tahun yang lalu sewaktu form 4) kita dikehendaki untuk menjawab 50 soalan dalam masa yang ditetapkan dan markah lulus ialah 41/50 dan ke atas (lagi best kalau dapat 50/50, peace~) Alhamdulillah dengan berkat usaha yang gigih sebelum menduduki peperiksaan eceh~ (kan best kalau peperiksaan dalam pelajaran pun berkomputer juga kan, lalalala~ saya akhirnya lulus dan ini bermakna saya layak untuk ke-step yang keseterusnya iaitu Amali Pra L. Hahaha terus hilang sakit perut saya ketika itu, mood pun jadi sangat ceria!!

Inilah buku rujukan saya masa ambil lesen

Dah settle semua tu, saya terus ke Amali Pra L.. Lesen motor diambil masa tingkatan 4 manakala lesen kereta  masa akhir tingkatan 5 iaitu selepas berakhirnya SPM. Sangat seronok ambil lesen motor. Kita akan diuji untuk membawa motor melalui titi, di antara kon dan juga membuat brek kecemasan. Mula-mula belajar semua itu agak mencabar, tetapi lama-lama bila dah pandai (tererr la) sampai cikgu pula kena suruh saya dan rakan berhenti membuat latihan dan menyambung latihan pada hari yang lain. Pelbagai perkara yang saya pelajari yang begitu menyeronokkan seperti isyarat memperlahankan motor dan memberhentikan motor. ada juga cikgu yang berkata, haa itu dia lambaian terakhir. lepas ni tak kan ko buat de kat jalan raya!

Belajar, belajar, belajar dan terus belajar sehingga pandai dan lulus ujian JPJ bagi kelas B2 dan D. Maka sejak dari itu, saya pun selalu la memandu kereta atau motor untuk ke mana-mana saja yang saya nak. Banyak juga la permintaan seperti menghantar atuk dan nenek ke Hospital Melaka, menghantar adik ke sekolah dan sebagainya.. Apa yang penting.. fokus semasa memandu dan tenangkan diri, don't be gubra-gubra man! hehehe. Ayah selalu pesan, jangan disebabkan pengalaman atau perkara menyakitkan yang orang lain lalui, kita jadi takut dan tak mahu melalui kehidupan ini. Berusaha, berhati-hati dan berdoa secukupnya. Sebagai contoh kemalangan ngeri yang sering berlaku di negara kita, jadikan itu iktibar supaya kita lebih berhati-hati dan berjaga-jaga semasa memandu, dan bukan menjadikan itu sebagai trauma yang menghalang kita memandu kenderaan!

Ok lah disebabkan esok bersamaan dengan hari Sabtu (27 November 2010) ada orang yang akan mengikuti kursus KPP , good luck buat anda ya! Belajar rajin-rajin dan jangan tidur tau... Kalau ada apa yang tak faham sila lah tanya dan jangan malu-malu. Nikmati pembelajaran dan semua proses yang akan dilalui nanti!







Thursday, November 25, 2010

Ada apa dengan ini blog..

Hohohhooho.. disebabkan akan kurangnya bercakap akan diri ini (eh apa dah ayat aku berbelit) cakap je la yang ko ni agak kurang bercakap.. kan senang hihihi, opp maaf rasanya kenyatan itu patut dibetulkan sedikit kerana saya hanya kurang bercakap dengan orang yang tak berapa nak rapat la.. kalau dah rapat mesti automatik akan jadi banyak cakap dan tiba-tiba idea untuk bercakap mencurah-curah.. kalau tak da idea pun tiba-tiba je boleh bersambung balik idea tu macam internet yang dah ter-disconnect, boleh di-connect semula.. hihhihihi.. nak tahu cam ne saya dah tak rasa janggal dan kekok dengan seseorang tu cubalah suruh saya nyanyi apabila seseorang tu ada dengan saya, kalau saya boleh menyanyi dan tak cover-cover suara yang tak berapa nak sedap ini, itu kiranya dah boleh ngam la tuh.. ahaks
yippeyy!! melonjak lebih tinggi
bersama garfield

Berdasarkan sebab-sebab diatas la saya boleh dikatakan suka menulis untuk meluahkan perasaan (eh yeke). Dari kecil saya bukan jenis orang yang apabila marah akan mengamuk tak tentu pasal, habis semua benda dicekup dan ditarik seterusnya menjadi mangsa lontaran yang amat kuat lalu terhasillah bunyi... PPPPaaannggg...(eh itu cam bunyi kena tampar je, hahahahaha). Bukan begitu caraku ya para penonton. Eiii geram! bengang! benci! tak suka! sengal la! haaa itu antara yang akan wujud dalam diri ini saat-saat api kemarahan atau tak puas hati tengah membara dalam diri. Eit tapi ingat apa yang telah saya katakan sebelum ini, saya bukannya jenis orang yang akan memaki hamun apa yang tidak disukai meskipun saya dilahirkan sebagai anak jati negeri Melaka yang terkenal dengan bahasa rakyatnya.. hehohiha hoi.. Saya tak ingat sejak bila saya perasan akan tabiat ini tapi apa yang pasti saya akan menulis segala apa yang saya tak puas hati itu dalam kertas yang ada kalanya makan ber-page2 la juga (sejak bila kertas makan page nih, confuse*)

Sehinggakan nak dijadikan cerita, saya pernah pesan kat seseorang tuh supaya sediakan satu buku khas untuk saya apabila kami telah bersatu kelak. Dan apabila tiba-tiba saya tidak mahu bercakap dengannya, carilah buku itu cepat-cepat kerana manalah tahu dia kan jumpa gambarnya yang telah ditambah misai dan janggut serta tanduk hasil dariapada jasa baik ball pen kesayangan saya, HHOoohoo pasti ketika itu kamu kelihatan amat hensem dan segak. Dan bukan saja disaat saya marah, tetapi setelah penat membebel-bebel adakalanya saya terfikir, kesian kat mulut aku ini dari tadi kena kerah bercakap dengan tuan dia, mesti dia penat gila! (eceh betoi kah~wee ) maka ketika itu juga saya akan mencari pen dan kertas atau laptop dan mouse bagi mencurahkan segalanya.
Biar kenderaan menuju ke arah pelbagai tujuan,
namun matlamat hidup jangan dilupakan
Dan ada lah juga masa sekolah dulu, petang-petang tak tahu nak buat apa, saya akan membuat dialog cerita saya sendiri. (apa-apa je yang terlintas kat dalam otak ni pada ketika itu akan menjadi cerita saya, waw!)
kahkahkah.. macam bercita-cita menjadi penulis buku jer gayanya dak nih.. Tapi bila dah besaw, dah tak banyak cerita yang dikarang menyebabkan tak banyak la cerita dalam koleksi saya. ngehh~

This is my blog.. so saya pinjam tajuk blog empunya Nurul Atiqah binti Ishak merangkap rakan seperjuangan, sekelas dan sealiran dengan saya iaitu My life, My thoughts, my feelings.. minta maaf pinjam tak bagitahu.. nie kira promote la juga hehehehehe.. BAik la, baik la , jangan marah saya, saya minta maaf sekarang, agagagaga.. lebih kurang begitu la apa yang ada dalam blog ini, sekadar berkongsi kisah kehidupan yang tak seberapa ini dengan yang lain. Perjalanan dan kisah hidup kita berbeza ye dak.. Suami isteri pun, sebelum berjumpa, melalui kehidupan yang berbeza sebelum bertemu dan berkongsi hidup bersama-sama. Tapi jangan pernah dilupakan, tujuan hidup hanyalah satu, mencari keredhaanNya. Blog ini lebih kepada apa yang saya lalui, apa yang saya terfikir untuk dikongsikan dengan para pembaca kerana saya bukan men-create blog kerana glamour atau mencari follower yang ramai, itu jauh sama sekali. Mungkin satu hari nanti, blog ini akan meninggalkan kenangan tentang diri saya buat orang-orang yang disayangi, disaat saya sudah tiada didunia ini lagi....




Kenapa dengan aku??!!

Hari ini saya ada tugas khas. Tugas khas yang mengkehendaki saya menjadi driver seterusnya ke SMKA Sharifah Rodziah.. Nak wat pe kat sana?? Nak ambil adik yang sudah selesai minggu pertama punya exam.. Alhamdulillah, berakhirnya paper sejarah bermakna sudah selesailah tiga subjek yang diambilnya.. Ada la juga saya risik-risik tanya macam mana dengan exam yang didudukinya setakat ini. Segalanya berjalan dengan lancar, hari pertama nak masuk dewan peperiksaan debaran, getaran dan gegelan sangat kuat dirasakan. Sampaikan bangun pun lebih awal daripada biasa. Tapi takpe, anggap saja itu semua satu pengalaman dalam kehidupan untuk mendewasakan diri kita. Macam ayah cakap, kadang-kadang dalam hidup ini banyak benda yang akan berlaku juga, walaupun kita tak mahu ianya datang dan berlaku..

Kampungku jauh di mata, dekat dihati~lalala
Hari ini semuanya serba tidak kena.. bawa kereta hari ini macam orang yang baru pertama kali bawa kereta. Entah kenapa rasa tidak serasi pulak dengan jalan raya. Dekat satu simpang yang berlampu isyarat, mula-mula tengok lampu hijau, so saya dengan confidentnya tidak berhenti, tiba-tiba saya toleh lagi sekali lampu dah bertukar merah, nasib baik kereta tidak laju ketika itu.. Kereta dari arah lain pula sudah mula bergerak searah dengan kereta yang saya pandu. Kalau saya tidak perlahankan kenderaan pada ketika itu, mungkin kereta saya telah berlanggar dengan kenderaan yang lain. Yang bestnya tak de sapa-sapa yang hon (sebab tak da la saya cuak sangat dan gubra). Saya sempat menoleh kearah pemandu kereta lain dan hanya sempat membuat mimik muka memohon maaf kerana tidak sengaja berbuat demikian. Pemandu tersebut hanya tersenyum seakan-akan memahami apa yang saya lalui ketika itu. Mujur tidak ada apa-apa perkara yang buruk berlaku. Setelah itu, saya meneruskan perjalan seperti biasa ke destinasi yang dituju.

Sejam perjalanan, saya sampai disekolah adik dengan selamatnya, saya lihat ramai pelajar disekolah itu telah berada diperhentian teksi dan bas untuk pulang ke rumah masing-masing. Terimbau kembali kenangan ketika berada disekolah. Sungguh saya rindu akan alam persekolahan itu. Sungguh saya rindu saat-saat bersama rakan-rakan dan semua guru disekolah saya. InsyaAllah pengalaman berada disekolah akan saya ceritakan pada entri yang akan datang apabila tiba masanya nanti.

Saat coretan ini dibuat, hujan sudah mulai turun seperti pagi tadi. Panas terik hanya singgah sebentar diwaktu tengah hari dan menghilang setelah masuknya waktu asar. Akhir-akhir tahun begini, negara kita sering dilanda bah terutamanya di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Betapa kayanya bumi Malaysia ini dengan hujan dan rezeki yang melimpah ruah yang dikurniaan buat kita semua. Ya Allah... jadikan aku hambaMu yang sentiasa redha dan bersyukur dengan setiap apa yang Kau kurniakan padaku. Semoga aku sentiasa bersyukur dan tabah disaat suka dan duka. Sesungguhnya aku sedar bahawa waktu susah dan senang itu adalah ujian buat hambaMu... 

Tuesday, November 23, 2010

Al-Fatihah buatnya..

Lama jugak rasanya dah tak wat apa-apa entri kat dalam blog nie.. haa ni semua gara-gara broadband kesayanganku yang tidak mengizinkan saya online.. ish ish ish, asal klik connect je mesti yang timbulnya dial failed, waaaa.. rasa nak menangis la juga kan, tapi tak pa, sabar, sabar... wee~

Sambil menaip-naip layan gak tv dengan macam-macam cerita yang ada. Mula dengan tengok berita pukul 8 malam tadi. Banyak berita yang ada tak kira samada dalam atau luar negara. Hari ini bermulanya SPM dan STPM. Haha apa kabau la ek adik saya kat sekolah tuh. Dah tau dah adik saya ni boleh buat yang terbaik plus dengan usaha yang berlipat ganda.. Dahsyat betul tengok dia study (sikit lagi nak gila, hahahaha). Kalau sapa tengok berita hari ini mesti tahu akan berita tentang salah seorang calon yang menduduki spm tahun ni. Tapi tak pe bagi yang tak sempat tengok berita, meh akak crita sikit noh... ahaks!

Gambar hiasan..
Semporna, Sabah
Beritanya memang menyedihkan la. Saya dapat tahu pun daripada adik yang menalipon petang tadi. Tapi tak sempat nak cakap  dengan dia tadi, just mak dan adik yang lain je sempat bual-bual dengan dia tadi sebab saya ada hal yang perlu disegerakan urusannya. Dah settle urusan tuh, saya terus tanya apa yang adik nak cakap dengan saya tadi, then mak pun kata yang adik suruh tengok berita, ada pelajar meninggal dunia time spm ni.

Berdasarkan info yang diberi, saya pun tertunggu-tunggu juga berita yang akan keluar nanti. Sebelum pukul 8 lagi saya dah duduk tercongok depan tv (punya la excited nak tahu berita tu).. Last2, berita  yang ditunggu pun muncullah.. dan sah lah bahawa memang ada pelajar yang meninggal dunia.. Mengikut apa yang diberitahu oleh penyampai berita, pelajar yang bersekolah di Ledang, Johor itu mengadu sesak nafas dan meninggal dunia selepas mendengar taklimat peperiksaan.. marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Indahnya~

Ibu pelajar tersebut juga ada memberitahu bahawa pada pagi hari ini, anaknya bersikap lain daripada biasa.. Pelajar tersebut bangun awal pagi dan begitu bersemangat untuk pergi ke sekolah. Sarapan pun diambilnya, tidak seperti selalu..

Namun apakan daya, kita sebagai manusia biasa tidak mampu melawan kuasa yang Maha Kuasa. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati, kita juga akan menyusul mereka yang pergi.. sama ada lambat atau cepat.. sama ada di usia muda, ataupun tua nanti.. Hidup mesti diteruskan biarpun tanpa insan yang disayangi.

Saturday, November 20, 2010

Good Luck adikku!


Huh... bertemu kembali kita diruangan yang begitu mengasyikkan. Kebengangan melanda diri saya semalam sehinggakan saya rasa tak da mood nak menge-post apa-apa article. Semua ini gara-gara apabila saya online, saya dapati ada pic yang dah xade kat dalam blog saya. Aishhh peliknya, apa-apa pun saya try nak edit balik apa yang kurang, dah tu lain plak yang jadinya, bila upload gambar baru untuk cover post yang sedia ada, visitor kita kata... gambar jadi double dan ada plak yang terbesar dari saiz biasa, ishhhh.... menguji btol la benda ni.

Jangan buat aku begini!!

Alhamdulillah semuanya dapat diatasi dengan bantuan insan sejati yang telah bersusah payah memberi sumbangan tenaga untuk meng-edit blog saya ni. Hari ni tiba-tiba saya terfikir untuk buka blog guna Google Chrome.. sebab sebelum ni guna Mozilla Firefox. Terpancar kegembiraan apabila semuanya seakan seperti sedia kala (sebab tak ada lagi kecacatan pada blog saya). Yahhoooo.. bersemangat kembali saya nak menulis. I love it!!

Terimbau kembali detik-detik apabila semakin hampirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kira-kira dua tahun yang lalu. Ketika itu tarikh peperiksaan bermula pada 11 November 2008. Berdebar-debar rasanya kerana itulah peperiksaan kemuncak bagi alam persekolahan. Orang kata, SPM juga adalah penentu kemanakah kita akan melanjutkan pelajaran selepas ini..


Tahun ini giliran my sister pula untuk menduduki SPM. Buat adikku.. All the best to you! Orang tahu ko bleh wat yang terbaik.. relax key.. x de benda pun eceh~ jangan panic2 wat je apa yang dipelajari selama ni kat sekolah dengan tenang.. Nanti dah lepas SPM jangan lupa apply IPG same wif me key!! ^-~



SELAMAT MAJU JAYA!!

Wednesday, November 17, 2010

Seronoknya!!..

Huaaaghhhh... kami adik-beradik dikejutkan oleh ayah sejak pagi lagi. Hari ini kami bangun lebih awal dari biasa, segalanya kerana suatu hari yang hanya disambut sekali dalam setahun oleh Umat Islam diseluruh dunia. Sempena Hari Raya Aidiladha pada hari ini, kami seperti biasa menunggu giliran untuk menggosok baju, dan mandi supaya masing-masing wangi sebelum bertemu dengan lembu, kambing dan sebagainya yang akan menjadi mangsa korban pada hari ini. Kadang-kadang tu memang ngeri kalau terbayangkan binatang yang disembelih. Tapi disebalik semua itu, ada makna dan hikmah yang tersirat yang hanya dapat dirasakan bagi mereka yang bukan hanya menilai dengan mata secara zahir, tetapi turut menggunakan mata hatinya dalam menilai apa yang telah disyariatkan oleh Allah.

 Selamat Hari Raya Aidiladha semua~

Setelah semua bersiap-siap, saya dan adik keluar bertiga dengan menaiki kereta untuk ke rumah nenek. Mak dan ayah serta seorang lagi adik saya terlebih dahulu telah ke rumah nenek sebelum kami. Seronok rasanya dapat berhimpun beramai-ramai di rumah nenek. Berjumpa dengan sepupu yang telah lama tidak ditemui lantaran terikat dengan komitmen pekerjaan, berjumpa sanak-saudara yang tinggal jauh dari kampung halaman, lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan kepelbagaian gelagat adik-adik sepupu saya yang memang amat-amat dirindui, semua dirasakan amat-amat bermakna oleh saya.

Ini dia para pengkaji serangga..

  Tatap mataku huhuhu~

                                                                                   Aaarrgghhh pening la, sape nak ikut ni!!
Nak dijadikan cerita, hari ini dapat la saya pergi jalan-jalan dengan kak nurul, datuk, nenek dan dua orang sepupu lagi. Semuanya secara tak sengaja, kalau tidak mesti time-time raya cam nie asek kena duduk rumah je la. Tapi itu pun nasib baik x da orang yang datang beraya. Kalau ada pun hanya sebilangan kecil sahaja yang ingin melawat saudara mara mereka. Kes saya pada hari ini termasuk dalam mereka yang beraya untuk melawat saudaranya. Secara tiba-tiba nenek saya mengajak cucunya yang sulung untuk pergi melawat bapa saudaranya yang tinggal di Lubok China,Melaka. Mula-mula tu memang ramai yang nak ikut sampai ada juga budak   kecil yang menangis mahu ikut. Akibat daripada itu, kanak-kanak yang lebih besar tepaksa mengalah dan memberi peluang pada kanak-kanak yang lebih kecil untuk ikut kami ke sana. Hehehe, tapi dalam hal saya walaupun yang lebih besar bukan tak mahu mengalah tapi diminta untuk menemani mereka ke sana. Jadi, rezeki saya lah tuh.. Alhamdulillah.

Dah sudah tu sempat juga la kami singgah di pasaraya untuk ber-shopping-an. Turut tidak dilupakan pada kanak-kanak yang terpaksa mengalah dan tinggal di rumah. Sebagai gantinya kami telah membawa pakej percutian 3 hari dua malam di.... (eh2, pe aku melalut nie) hehe, jangan terkejut dengan pernyataan itu ye.. Kami telah membelikan mereka aiskrim dan air yang sedap-sedap( yang tak sedap tak beli sebab nanti tak de sape nak minum). Terpancar kegembiraan di raut wajah mereka sehingga aiskrim satu mangkuk besar habis licin berkilat dikerjakan oleh kanak-kanak ni. Nasib baik la saya dapat makan juga kalau tak kempunan la jawabnya hahahaha.

Sekawan aiskrim yang bersahabat baik..
Menggoda sungguh!!
Apa yang sedihnya kami tidak boleh lama di rumah nenek, dua orang adik saya akan pulang ke asrama pada hari ini, jadi terpaksa la kami pulang awal ke rumah supaya adik-adik saya dapat mengemas barang mereka dan memastikan tiada barang yang tertinggal. nanti den jugak yang penat nak kena hantar ye dak.. Saya turut ke Tanjung Bidara untuk menghantar salah seorang daripada adik saya. jarak dari rumah tidak begitu jauh cuma 15 minit perjalanan. Sambil menyelam minum air.. Bila dah hantar adik, dapat juga saya melihat keadaan sekolah lama saya yang tersangatlah dirindui.
Secara kesimpulannya, hari ni pelbagai perkara telah saya lalui bersama orang-orang yang disayangi. Pengalaman pada hari ni saya simpulkan adalah sesuatu yang amat berharga buat diri saya. Bukankah dengan melalui dan menjalani kehidupan ini akan membuatkan kita menjadi semakin matang?? Renung-renungkan dan selamat beramal~ Semoga bertemu lagi di lain waktu.



Kompleks Al-Karomah





Tuesday, November 16, 2010

Masa untuk pulang!!

Assalamualaikum.. halu,halu,halu.. apa kabar disana?? semoga sentiase sihat dan ceria hendaknya (amboi cam nak tulis surat tidak rasmi plak.. hehe. Untuk pengetahuan semua, alhamdulillah saya dah selamat sampai di tanah tumpah darahku.. kt mane? dah tentulah di negeri Melaka.

 Bendera Negeri Melaka

Melaka telah diisytiharkan sebagai sebuah negeri yang maju. Kalau kawan-kawan semua nak tahu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Perisytiharan itu dibuat tepat pada pukul 8.10 malam atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.

 Ketua Menteri Melaka-Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ini lah dia antara insan yang telah bertungkus-lumus memajukan negeri kelahiran saya ni. Segak tak?? hehe. Disebabkan Melaka Maju 2010, maka tarikh dan masa pengisytiharaan pun telah dipilih dengan 2010 juga. Bagus3. Tapi sayang seribu kali sayang, saya tak dapat datang menyaksikan pengisytiharaan tersebut. Saya dekat hostel masa tu. Al maklumlah bukannya sekejap masa yang diambil untuk datang ke Stadium Hang Jebat dari Batu Pahat. Makan masa dua jam juga kalau ikut highway, inikan pulak kalau lalu jalan biasa, lagi bertambah-tambah lama la jawabnye. isk3~

Haa~nie die posternye..
 
Itulah serba sedikit pasal negeri Melaka.. Nanti korang-korang semua boleh la cerita tentang negeri masing-masing plak ye.. Boleh kita share2 crite. Tambah-tambah ilmu gitu. Oklah penat cerita pasal negeri Melaka saya nak cerita la pula tentang perjalanan pulang hari ini. Pagi ini saya dikejutkan oleh panggilan dari seseorang yang amat rapat dengan saya. Tengah mamai-mamai tu, tahu-tahu je dia dah balik rumah dulu, tapi masa tu dia belum sampai rumah lagi. Tengah dalam perjalanan balik ke rumah terchentanya.. Mak aiihhh terus terbeliak biji mata, nasib baik  tak terkeluar terus biji mata ni. Sedih la juga kan. Tapi nak buat macam mana ye dak, tak kan nak suruh balik kampus balik. Kesian kat dia nanti kan. 
 
Lepas kemas-kemas barang yang tak siap-siap lagi dikemas, nak kena hantar kat bilik yang dijadikan store. Alhamdulillah dapat bilik yang tak berapa nak jauh dari bilik saya. Selang dua bilik macam tu la jarak perjalanannya. Kalau sem lepas lagi best, bilik member i jadi store, sebelah bilik lagi tu kikiki.. dah siap packing-packing semua barang, saya pun bertolak pulang ke Melaka dengan menaiki kereta. Cuaca hari ini kurang baik, masa saya nak keluar dari kampus langit sangat gelap dan terlihat juga percikan cahaya-cahaya kilat.. Mak!! takutnya.. Sempat juga bertegur sapa dengan pak cik guard sebelum balik. Hehe ramah btol pak gad kat Iptho ni ya. Drive sorang-sorang perlukan semangat yang kuat.. sebabnya, xde kawan nak berborak, hehehe. dengan radio yang tak boleh berfungsi lagi perjalanan yang memakan masa hampir tiga jam boleh jadi amat membosankan. Sempat la juga saya menjerit-jerit dan test suara nie. sempat buat latihan vokal lagi tu tau. kuikuikui.. Best juga cara ni digunakan untuk lepaskan tekanan. yelah, mana ade orang akan dengar jeritan kita tu kan..
 
Tension je kalau ikut belakang lori, lagi-lagi kat jalan satu lane, kena ambil masa yang sesuai untuk memotong dengan memastikan takde kenderaan dari arah bertentangan. Hujan sekejap lebat dan sekejap renyai-renyai, tak cerah dan panas terik seperti selalu. Disebabkan hari belum gelap, saya ikut jalan short cut yang boleh memendekkan masa perjalanan. Dari Lebuh AMJ, sampai kat satu traffic light saya membelok ke kanan untuk mengikut jalan Bemban, Melaka. Jalan ni agak sunyi dan jarang-jarang kereta lalu, saya pun apa lagi pecut la tetapi jalan yang macam ular kena palu ni memaksa saya memperlahankan kenderaan. Kiri kanan hanya hutan dan kelapa sawit. Kira-kira 5-7 minit selepas itu baru la jumpa rumah-rumah orang. Perjalanan pada ketika itu dirasakan amat lama. Sampai kat satu jalan, dari jauh saya nampak satu tong besar kat tengah-tengah jalan, tapi bukan dilorong jalan saya pada masa tu. Dengan penutupnya terletak elok di tepi jalan, saya agak bimbang dan hanya mampu berdoa supaya tidak ada apa-apa perkara buruk yang terjadi, mujur ada juga kereta dari arah bertentangan pada ketika itu yang turut memperlahan kelajuan keretanya. Pelik sungguh, tong besar berwarna hitam tersebut nampak seperti sengaja diletakkan ditengah jalan. Ada proses penyelenggaraan ke?? Tak nampak macam tong yang tergolek jatuh dari sebuah lori pun. Alhamdulillah ada ruang untuk saya lalu pada masa tu, saya pun terus meluncur dengan meninggalkan tong besar serta persoalan mengenainya.. 
 
Kira-kira 15 minit kemudian saya tiba di Ayer Keroh. Terlihat dari jauh Pasaraya Mydin yang masih belum pernah saya jejakkan kaki di situ. Mak kata, penatlah nak jalan kat sana, besar sangat. Ayah plak cakap, ushh tak tahan dengan econnye yang terlampau sejuk. Hehehe macam-macam la ibu bapa tersayangku ni. InsyaAllah mungkin satu hari nanti saya pun akan ke sana juga untuk membeli belah. Dengan siapa, belum dapat dipastikan lagi la ye. >_<
 
Keluar dari Ayer Keroh, saya melalui Stadium Hang Jebat, Bertam Ulu dan Sungai Udang sebelum sampai di Masjid Tanah. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Pada masa tu kalau tak silap dah pukul 4 lebih. Ada la juga saya nampak Lori yang membawa dua ekor lembu. Dalam hati berkata, Haaa ni mesti lembu untuk korban esok. Hehe tak tahu la betul ke tidak tekaan saya tu. Dah jauh merantau ditempat orang, tiba di Melaka, segala kenangan suka dan duka saya terimbau kembali saat melewati tempat-tampat yang meninggalkan kenangan buat saya, keluarga dan kawan-kawan. Sungguh, semua itu tak akan pernah sama dengan apa-apa perkara lain sekalipun.
 
  Selamat Hari Raya AidilAdha ye~
 
2 jam 30 minit perjalanan yang diambil pada hari ini akhirnya berjaya diakhiri sebaik saja saya sampai di rumah nenek yang terletak di Pengkalan Balak,Masjid Tanah, Melaka. Alhamdulillah selamat juga saya sampai. Di sana, nenek, datuk, Tok Teh, Nek Teh dan Mak Lang kelihatan di beranda rumah duduk berbual-bual sambil minum petang. Dua orang adik saya telah pulang ke rumah nenek sejak semalam. Adik-adik sepupu saya yang amat dirindui juga ada kat rumah nenek.Gembira rasanya dapat bertemu dengan sanak-saudara. Tak sabar juga nak tunggu mak dan ayah sampai bersama adik bongsu saya. Semoga kami semua dirahmatiNya dan dapat meyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh rasa kesyukuran dan kebahagiaan.
 
Semoga bertemu lagi dan Salam Aidiladha untuk seluruh umat Islam. Semoga ada hidayah dan taufiqnya buat kita semua di hari mulia ini.!! 
 
 

 
 

 
.

Monday, November 15, 2010

Bermulanya satu episod baru..

Alhamdulillah 'ala kulli hal... itu yang terucap saat diriku menyambut kelahiran blog yang telah sekian lama dinanti-nanti (ceh~macam nak sambut kelahiran baby sulung plak ye). Actually memang niat dah lama nak jadi blogger tegar but... disebabkan pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi, terpaksalah ditunda terlebih dahulu (kesian3).. 

This is the right time!! akhirnya tanggal 15 November 2010 menjadi permulaan bagi sebuah episod kehidupanku yang baru... DUNIA BLOGGER!..  please say welcome to me!! huhu~yiippeyy. 

 suke3~

Exam dah habis, syukur segalanya berjalan dengan lancar, lega rasanya.. tapi rasa kecut la pulak nak amek result next sem.. ish3, hanya padaMu kuserahkan segalanya. Semoga segala usaha membuahkan kejayaan yang cemerlang buat diriku juga buat semua kawan-kawanku Ameen~ Hostel ni terasa sunyi tanpa kawan-kawanku. Keadaan ini terasa begitu asing bagiku lebih-lebih lagi di satu pertiga malam ini. Ramai dah kawan-kawan yang dah pulang ke kampung halaman masing-masing. Ade yang balik Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan macam-macam lagi lah. Ape agaknye ek diorang tengah buat?? (korang patut berasa bangga diingati,hihi..) tak lama lagi dah nak Hari Raya Korban, masing-masing mesti sibuk dengan persiapan bersama keluarga masing-masing. Alangkah gembiranya dapat berhari raya bersama sanak saudara. Alangkah sedihnya mengenangkan mereka yang tidak dapat bersama-sama ahli keluarga di hari yang bahagia.

Adei tiba-tiba terasa sebak, bukan mengenangkan diri ini yang tidak dapat berhari raya bersama keluarga, itu jauh sekali. Sedih kerana mengenangkan Roomate yang tidak dapat pulang ke Sabah untuk berhari Raya. Dah la Hari Raya Aidilfitri pun tak dapat balik beraya di Sabah, mujur ada juga saudara di Semenanjung. Tabahkah diri ini seandainya berada ditempatnya??  Itu pun nasib baik lah dia akan pulang ke Sabah untuk cuti sem pada Sabtu ni.. Semoga terubat segala kesedihan dan rindu yang terpendam duhai Roomateku!! semoga tabah menghadapi liku-liku kehidupan ini..
 Lahad Datu, Sabah

 Actually terasa agak kekok untuk menulis didalam blog ni. Maklumlah kata orang dulu-dulu, "Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkkan (yahh tepat sekali itu la sambungannya, hehe) saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan). bak kata budak-budak zaman sekarang ni, pelahan-pelahan kayuh.. InsyaAllah nanti boleh la jadi hebat macam blogger2 lain.

**Cinta.. sesungguhnya janganlah terlalu menyempitkan pandangan dengan hanya melihat pada cinta terhadap pasangan. Definisi cinta itu sangat luas, Cinta pada Tuhan, Cinta pada Rasul, Cinta pada Ibu Bapa, rakan-rakan. jadilah kita manusia yang saling cinta menyintai kerana  sesungguhnya Allah itu bersifat penyayang dan sangat menyintai hambaNya.