Thursday, November 25, 2010

Kenapa dengan aku??!!

Hari ini saya ada tugas khas. Tugas khas yang mengkehendaki saya menjadi driver seterusnya ke SMKA Sharifah Rodziah.. Nak wat pe kat sana?? Nak ambil adik yang sudah selesai minggu pertama punya exam.. Alhamdulillah, berakhirnya paper sejarah bermakna sudah selesailah tiga subjek yang diambilnya.. Ada la juga saya risik-risik tanya macam mana dengan exam yang didudukinya setakat ini. Segalanya berjalan dengan lancar, hari pertama nak masuk dewan peperiksaan debaran, getaran dan gegelan sangat kuat dirasakan. Sampaikan bangun pun lebih awal daripada biasa. Tapi takpe, anggap saja itu semua satu pengalaman dalam kehidupan untuk mendewasakan diri kita. Macam ayah cakap, kadang-kadang dalam hidup ini banyak benda yang akan berlaku juga, walaupun kita tak mahu ianya datang dan berlaku..

Kampungku jauh di mata, dekat dihati~lalala
Hari ini semuanya serba tidak kena.. bawa kereta hari ini macam orang yang baru pertama kali bawa kereta. Entah kenapa rasa tidak serasi pulak dengan jalan raya. Dekat satu simpang yang berlampu isyarat, mula-mula tengok lampu hijau, so saya dengan confidentnya tidak berhenti, tiba-tiba saya toleh lagi sekali lampu dah bertukar merah, nasib baik kereta tidak laju ketika itu.. Kereta dari arah lain pula sudah mula bergerak searah dengan kereta yang saya pandu. Kalau saya tidak perlahankan kenderaan pada ketika itu, mungkin kereta saya telah berlanggar dengan kenderaan yang lain. Yang bestnya tak de sapa-sapa yang hon (sebab tak da la saya cuak sangat dan gubra). Saya sempat menoleh kearah pemandu kereta lain dan hanya sempat membuat mimik muka memohon maaf kerana tidak sengaja berbuat demikian. Pemandu tersebut hanya tersenyum seakan-akan memahami apa yang saya lalui ketika itu. Mujur tidak ada apa-apa perkara yang buruk berlaku. Setelah itu, saya meneruskan perjalan seperti biasa ke destinasi yang dituju.

Sejam perjalanan, saya sampai disekolah adik dengan selamatnya, saya lihat ramai pelajar disekolah itu telah berada diperhentian teksi dan bas untuk pulang ke rumah masing-masing. Terimbau kembali kenangan ketika berada disekolah. Sungguh saya rindu akan alam persekolahan itu. Sungguh saya rindu saat-saat bersama rakan-rakan dan semua guru disekolah saya. InsyaAllah pengalaman berada disekolah akan saya ceritakan pada entri yang akan datang apabila tiba masanya nanti.

Saat coretan ini dibuat, hujan sudah mulai turun seperti pagi tadi. Panas terik hanya singgah sebentar diwaktu tengah hari dan menghilang setelah masuknya waktu asar. Akhir-akhir tahun begini, negara kita sering dilanda bah terutamanya di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Betapa kayanya bumi Malaysia ini dengan hujan dan rezeki yang melimpah ruah yang dikurniaan buat kita semua. Ya Allah... jadikan aku hambaMu yang sentiasa redha dan bersyukur dengan setiap apa yang Kau kurniakan padaku. Semoga aku sentiasa bersyukur dan tabah disaat suka dan duka. Sesungguhnya aku sedar bahawa waktu susah dan senang itu adalah ujian buat hambaMu... 

No comments: