Friday, November 26, 2010

Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)


PROSEDUR PENGAMBILAN LESEN


  1. Pendaftaran
  2. Kursus KPP
  3. Ujian Berkomputer
  4. Amali Pra L (D&B)
  5. Lesen L
  6. Praktikal
  7. QTI / Pra Ujian
  8. Ujian JPJ
  9. Lesen P

Bagi yang telah mengambil lesen, prosedur diatas semestinya mengimbau memori kita semasa mengikuti kelas atau aktiviti-aktiviti yang disediakan. Semestinya banyak perkara sama ada suka atau duka yang berlaku. Ada yang lulus dengan senang dan cemerlangnya, dan ada juga yang gagal dan terpaksa mengulangi ujian JPJ sebelum diiktiraf mendapat lesen yang sah untuk memandu di jalan raya. Macam-macam kisah yang kita lalui atau kita dengar daripada pengalaman orang lain. Ada kalanya melucukan, ada kalanya menggembirakan dan ada kalanya amat menyakitkan. Namun semua itu terpulang pada kita untuk mengawal dan menerimanya. 

Bagi yang baru nak ambil lesen memandu ataupun yang merancang untuk mengambil lesen memandu pada masa yang terdekat atau pada masa yang akan datang, bersiap sedialah dengan mental dan fizikal. Relax dan jangan panik. Pengalaman saya, apabila kita yakin dengan diri kita sendiri, kita tentu dapat melakukan semuanya dengan baik. Bermula dengan mengikuti kursus KPP dari pukul 8 pagi - 4 petang, banyak input-input yang boleh diambil daripada tenaga pengajar yang mengajar. Saya teringat akan seorang tenaga pengajar semasa saya mengikuti kursus untuk lesen kelas D (lesen kereta), mengikuti kelas dengan beliau amat menyeronokkan kerana beliau sangat pandai menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok dan penuh gelak tawa. Semua yang hadir menjadi ceria dan terhibur ketika itu. Pesannya yang saya ingat sampai hari ini (dan akan diingati sampai bila-bila, InsyaAllah) , hormatilah semua guru yang mengajar di situ dan panggillah mereka dengan panggilan "cikgu".  
Selesai kursus, masa untuk menjalani ujian berkomputer pula akan diatur oleh pihak yang bertanggungjawab, alamak, saya diserang sakit perut pada pagi tersebut. Mungkinkah sakit perut ini datang disebabkan kerisauan , ke-nervous-an dan kekhuatiran saya?? (boleh jadi, boleh jadi...) Seingat saya (dah lama dah, tiga tahun yang lalu sewaktu form 4) kita dikehendaki untuk menjawab 50 soalan dalam masa yang ditetapkan dan markah lulus ialah 41/50 dan ke atas (lagi best kalau dapat 50/50, peace~) Alhamdulillah dengan berkat usaha yang gigih sebelum menduduki peperiksaan eceh~ (kan best kalau peperiksaan dalam pelajaran pun berkomputer juga kan, lalalala~ saya akhirnya lulus dan ini bermakna saya layak untuk ke-step yang keseterusnya iaitu Amali Pra L. Hahaha terus hilang sakit perut saya ketika itu, mood pun jadi sangat ceria!!

Inilah buku rujukan saya masa ambil lesen

Dah settle semua tu, saya terus ke Amali Pra L.. Lesen motor diambil masa tingkatan 4 manakala lesen kereta  masa akhir tingkatan 5 iaitu selepas berakhirnya SPM. Sangat seronok ambil lesen motor. Kita akan diuji untuk membawa motor melalui titi, di antara kon dan juga membuat brek kecemasan. Mula-mula belajar semua itu agak mencabar, tetapi lama-lama bila dah pandai (tererr la) sampai cikgu pula kena suruh saya dan rakan berhenti membuat latihan dan menyambung latihan pada hari yang lain. Pelbagai perkara yang saya pelajari yang begitu menyeronokkan seperti isyarat memperlahankan motor dan memberhentikan motor. ada juga cikgu yang berkata, haa itu dia lambaian terakhir. lepas ni tak kan ko buat de kat jalan raya!

Belajar, belajar, belajar dan terus belajar sehingga pandai dan lulus ujian JPJ bagi kelas B2 dan D. Maka sejak dari itu, saya pun selalu la memandu kereta atau motor untuk ke mana-mana saja yang saya nak. Banyak juga la permintaan seperti menghantar atuk dan nenek ke Hospital Melaka, menghantar adik ke sekolah dan sebagainya.. Apa yang penting.. fokus semasa memandu dan tenangkan diri, don't be gubra-gubra man! hehehe. Ayah selalu pesan, jangan disebabkan pengalaman atau perkara menyakitkan yang orang lain lalui, kita jadi takut dan tak mahu melalui kehidupan ini. Berusaha, berhati-hati dan berdoa secukupnya. Sebagai contoh kemalangan ngeri yang sering berlaku di negara kita, jadikan itu iktibar supaya kita lebih berhati-hati dan berjaga-jaga semasa memandu, dan bukan menjadikan itu sebagai trauma yang menghalang kita memandu kenderaan!

Ok lah disebabkan esok bersamaan dengan hari Sabtu (27 November 2010) ada orang yang akan mengikuti kursus KPP , good luck buat anda ya! Belajar rajin-rajin dan jangan tidur tau... Kalau ada apa yang tak faham sila lah tanya dan jangan malu-malu. Nikmati pembelajaran dan semua proses yang akan dilalui nanti!







1 comment:

khairafansuri said...

Cik Srikandi..
Assalamualaikum ^_^
thanx so much coz sdi
memuatkan ruang tentang
prosedur pengambilan lesen nih
its realy helpful
doakn yep,neves gak nih haha
daa~