Tuesday, November 16, 2010

Masa untuk pulang!!

Assalamualaikum.. halu,halu,halu.. apa kabar disana?? semoga sentiase sihat dan ceria hendaknya (amboi cam nak tulis surat tidak rasmi plak.. hehe. Untuk pengetahuan semua, alhamdulillah saya dah selamat sampai di tanah tumpah darahku.. kt mane? dah tentulah di negeri Melaka.

 Bendera Negeri Melaka

Melaka telah diisytiharkan sebagai sebuah negeri yang maju. Kalau kawan-kawan semua nak tahu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Perisytiharan itu dibuat tepat pada pukul 8.10 malam atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.

 Ketua Menteri Melaka-Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ini lah dia antara insan yang telah bertungkus-lumus memajukan negeri kelahiran saya ni. Segak tak?? hehe. Disebabkan Melaka Maju 2010, maka tarikh dan masa pengisytiharaan pun telah dipilih dengan 2010 juga. Bagus3. Tapi sayang seribu kali sayang, saya tak dapat datang menyaksikan pengisytiharaan tersebut. Saya dekat hostel masa tu. Al maklumlah bukannya sekejap masa yang diambil untuk datang ke Stadium Hang Jebat dari Batu Pahat. Makan masa dua jam juga kalau ikut highway, inikan pulak kalau lalu jalan biasa, lagi bertambah-tambah lama la jawabnye. isk3~

Haa~nie die posternye..
 
Itulah serba sedikit pasal negeri Melaka.. Nanti korang-korang semua boleh la cerita tentang negeri masing-masing plak ye.. Boleh kita share2 crite. Tambah-tambah ilmu gitu. Oklah penat cerita pasal negeri Melaka saya nak cerita la pula tentang perjalanan pulang hari ini. Pagi ini saya dikejutkan oleh panggilan dari seseorang yang amat rapat dengan saya. Tengah mamai-mamai tu, tahu-tahu je dia dah balik rumah dulu, tapi masa tu dia belum sampai rumah lagi. Tengah dalam perjalanan balik ke rumah terchentanya.. Mak aiihhh terus terbeliak biji mata, nasib baik  tak terkeluar terus biji mata ni. Sedih la juga kan. Tapi nak buat macam mana ye dak, tak kan nak suruh balik kampus balik. Kesian kat dia nanti kan. 
 
Lepas kemas-kemas barang yang tak siap-siap lagi dikemas, nak kena hantar kat bilik yang dijadikan store. Alhamdulillah dapat bilik yang tak berapa nak jauh dari bilik saya. Selang dua bilik macam tu la jarak perjalanannya. Kalau sem lepas lagi best, bilik member i jadi store, sebelah bilik lagi tu kikiki.. dah siap packing-packing semua barang, saya pun bertolak pulang ke Melaka dengan menaiki kereta. Cuaca hari ini kurang baik, masa saya nak keluar dari kampus langit sangat gelap dan terlihat juga percikan cahaya-cahaya kilat.. Mak!! takutnya.. Sempat juga bertegur sapa dengan pak cik guard sebelum balik. Hehe ramah btol pak gad kat Iptho ni ya. Drive sorang-sorang perlukan semangat yang kuat.. sebabnya, xde kawan nak berborak, hehehe. dengan radio yang tak boleh berfungsi lagi perjalanan yang memakan masa hampir tiga jam boleh jadi amat membosankan. Sempat la juga saya menjerit-jerit dan test suara nie. sempat buat latihan vokal lagi tu tau. kuikuikui.. Best juga cara ni digunakan untuk lepaskan tekanan. yelah, mana ade orang akan dengar jeritan kita tu kan..
 
Tension je kalau ikut belakang lori, lagi-lagi kat jalan satu lane, kena ambil masa yang sesuai untuk memotong dengan memastikan takde kenderaan dari arah bertentangan. Hujan sekejap lebat dan sekejap renyai-renyai, tak cerah dan panas terik seperti selalu. Disebabkan hari belum gelap, saya ikut jalan short cut yang boleh memendekkan masa perjalanan. Dari Lebuh AMJ, sampai kat satu traffic light saya membelok ke kanan untuk mengikut jalan Bemban, Melaka. Jalan ni agak sunyi dan jarang-jarang kereta lalu, saya pun apa lagi pecut la tetapi jalan yang macam ular kena palu ni memaksa saya memperlahankan kenderaan. Kiri kanan hanya hutan dan kelapa sawit. Kira-kira 5-7 minit selepas itu baru la jumpa rumah-rumah orang. Perjalanan pada ketika itu dirasakan amat lama. Sampai kat satu jalan, dari jauh saya nampak satu tong besar kat tengah-tengah jalan, tapi bukan dilorong jalan saya pada masa tu. Dengan penutupnya terletak elok di tepi jalan, saya agak bimbang dan hanya mampu berdoa supaya tidak ada apa-apa perkara buruk yang terjadi, mujur ada juga kereta dari arah bertentangan pada ketika itu yang turut memperlahan kelajuan keretanya. Pelik sungguh, tong besar berwarna hitam tersebut nampak seperti sengaja diletakkan ditengah jalan. Ada proses penyelenggaraan ke?? Tak nampak macam tong yang tergolek jatuh dari sebuah lori pun. Alhamdulillah ada ruang untuk saya lalu pada masa tu, saya pun terus meluncur dengan meninggalkan tong besar serta persoalan mengenainya.. 
 
Kira-kira 15 minit kemudian saya tiba di Ayer Keroh. Terlihat dari jauh Pasaraya Mydin yang masih belum pernah saya jejakkan kaki di situ. Mak kata, penatlah nak jalan kat sana, besar sangat. Ayah plak cakap, ushh tak tahan dengan econnye yang terlampau sejuk. Hehehe macam-macam la ibu bapa tersayangku ni. InsyaAllah mungkin satu hari nanti saya pun akan ke sana juga untuk membeli belah. Dengan siapa, belum dapat dipastikan lagi la ye. >_<
 
Keluar dari Ayer Keroh, saya melalui Stadium Hang Jebat, Bertam Ulu dan Sungai Udang sebelum sampai di Masjid Tanah. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Pada masa tu kalau tak silap dah pukul 4 lebih. Ada la juga saya nampak Lori yang membawa dua ekor lembu. Dalam hati berkata, Haaa ni mesti lembu untuk korban esok. Hehe tak tahu la betul ke tidak tekaan saya tu. Dah jauh merantau ditempat orang, tiba di Melaka, segala kenangan suka dan duka saya terimbau kembali saat melewati tempat-tampat yang meninggalkan kenangan buat saya, keluarga dan kawan-kawan. Sungguh, semua itu tak akan pernah sama dengan apa-apa perkara lain sekalipun.
 
  Selamat Hari Raya AidilAdha ye~
 
2 jam 30 minit perjalanan yang diambil pada hari ini akhirnya berjaya diakhiri sebaik saja saya sampai di rumah nenek yang terletak di Pengkalan Balak,Masjid Tanah, Melaka. Alhamdulillah selamat juga saya sampai. Di sana, nenek, datuk, Tok Teh, Nek Teh dan Mak Lang kelihatan di beranda rumah duduk berbual-bual sambil minum petang. Dua orang adik saya telah pulang ke rumah nenek sejak semalam. Adik-adik sepupu saya yang amat dirindui juga ada kat rumah nenek.Gembira rasanya dapat bertemu dengan sanak-saudara. Tak sabar juga nak tunggu mak dan ayah sampai bersama adik bongsu saya. Semoga kami semua dirahmatiNya dan dapat meyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh rasa kesyukuran dan kebahagiaan.
 
Semoga bertemu lagi dan Salam Aidiladha untuk seluruh umat Islam. Semoga ada hidayah dan taufiqnya buat kita semua di hari mulia ini.!! 
 
 

 
 

 
.

No comments: