Thursday, December 9, 2010

Elaun ohh elaun..

Rata-rata semua warga ipg (institut pendidikan guru) di Malaysia ni mesti sangat suka meluangkan masa mereka untuk ke bank atau atm yang berdekatan. Kenapa?? semuanya adalah kerana elaun yang sampai ke hari ni belum muncul-muncul lagi.

Aisshh actually tak dapat dinafikan juga la yang diri ni pun tertunggu-tunggu kedatangan elaun yang memang tanpa diundang pun akan membuatkan semua penuntut ipg gembira dengan kemunculannya. Betul tak kawan2.. Haa dengar tu, semua kata betul, hanya mereka yang kaya raya sahaja la yang tak pernah kisah dengan elaun ni. huahaha.

Tu la, kan dah kata dari awal lagi, simpan la duit tu dari dulu. nanti kalau time-time terdesak macam ni boleh la kita gunakan, Ye memang benar, money is not everything. But to get the things, we must have money la.. kan kan. Zaman la ni.. duit tu kalau tak betul-betul diuruskan, memang cepat je terbang~ fuhh..

Alhamdulillah walaupun elaun tak keluar lagi, saya tak la terlalu terdesak menunggu elaun kali ni. Memang ada  khabar angin mengatakan bahawa bulan 12 ni elaun tak de. Sama ada betul atau pun tidak, tak dapat nak dipastikan lagi. Sama-samalah kita tunggu dan lihat kad atm bsn tu ye.. huhuhuhu

Ingat lagi masa belajar ekonomi di tingkatan lima. Seronok! sangat seronok.. belajar tentang kewangan, isi rumah, dan macam-macam istilah lagi la. Rasa teratur la juga kewangan diri kan.. huhu (masa tu la, insyaAllah akan dipraktikkan sepanjang hayat).

Apa yang penting, pengajaran harus diambil dan jangan dilupakan.. Berjimat cermat la, jangan boros-boros dan menabung la untuk masa depan. Bukan untuk orang lain untuk diri kita juga kan.. Kalau susah-susah sangat, beli je tabung untuk menabung huhu. Tak mahal pun~

Huarrrhhh, ngantuk pula, dah lewat dah ni, jangan ketinggalan ye untuk entri yang akan datang (eceh macam ramai je yang bace blog die ni, hahaha). Semoga bertemu lagi!

No comments: