Sunday, December 12, 2010

Kisah Zaman Tadika..

Kabare?
Wes mangan?

Keindahan Pantai Port Dickson
haha. Pandai juga saya cakap jawa ek (erkk perasannya aku nie). Tapi itu la hakikatnya, buat masa ini,itu yang sempat dipelajari daripada kawan-kawan di kampusku yang sangat sedia meluangkan masa yang ada untuk mengajar saya tentang bahasa jawa. ada gak words lain yang dipelajari tapi tak ingat lorh. Ni yang tak sabar nak balik kampus ni (kau nak balik semata-mata nak tanya Bahasa Jawa?? macam la tak boleh mesej, dusshhh). Tapi tak pe, nanti boleh tanya mr fansuri yang juga berketurunan jawa macam kawan-kawan saya (bling2*_*) 

Ceritanya begini, lepas je saya lahir kat dunia ni, saya pun terus dijaga, diberi makan, minum dan didodoikan sehingga mendapat tidur yang sangat cukup. Lalu membesarlah saya menjadi seorang kanak-kanak yang cukup sihat dan kuat (minum milo anda jadi sihat dan kuat) okeh, tak kelakar.



Masuk je umur saya enam tahun, saya telah di hantar oleh ayah dan mak ke sekolah tadika. Walaupun saya tak mula bersekolah sejak berusia 5 tahun(macam adik-adik saya yang lain). Saya merasakan seolah-olah saya telah disuruh dan dipujuk untuk bersekolah seawal 4 tahun! waw, mengapakah saya berkata begitu?? cepat jawab! (memaksa sampai penumbuk ditunjuk ke arah pemabaca, haha mengarut suda~) 

Ohh, rindu tehadap PD tak dapat dibendung,
dimanakah tadika ku~
Ini adalah kerana selama setahun memegang gelaran sebagai budak sekolah tadika, sebanyak tiga kali saya telah berpindah tadika. Bermula dengan di Port Dickson, kemudian ke kampung halamanku Pengkalan Balak dimana nenek dan datuk tinggal selama ini dan di tadika kemas Lubuk Redan, Melaka. 

Mula-mula sekolah den (saya-Negeri Sembilan) tak tahu apa-apa. Yang den ingat den kat sekolah tu den kata (eh ni ke sekolah). Macam pertama kali nampak sekolah je den ni kan. hahaha. Den ingat lagi, cikgunya baik, tapi den gagal nak ingat muka cikgu yang mengajar den masa tadika dulu. Kalau la sapa-sapa cikgu tadika den ada terbaca post den ni, den nak ucap terima kasih kat cikgu walaupun den ni ada kalanya tak dengar cakap cikgu, maafkanlah kesalahan den ye cikgu, dan halalkan apa yang dah cikgu beri kat den ni. Den ingat lagi masa den sekolah kat sini dulu, cikgu suruh den cakap dengan mak balut buku, tulis nama kat lopak pensil den (bukan lopak air, sejenis alat yang digunakan untuk meletak pensil pembaris pemadam dan segala macam alat tulis lorh), dan apa lagi tak yang cikgu suruh dulu, den tak dapat nak ingat lah. 

Ni plak suasana malam~
Nak dijadikan cerita, den mula-mula tu ingat dah nak bagitahu mak, tapi bila balik je kena sergah pula dengan adik den tu yang den terlupa (haha, pandai la ko, alasan!) Den jadi tak ingat langsung nak bagitahu mak dan ayah tentang apa yang disuruh tu, ishhhh budak ni. Bila kat sekolah je, cikgu pun cakap macam ni, "murid-murid, dah buat ke belum apa yang cikgu suruh? dah balut buku, dah tulis nama ke belum?". Perghh masa tu.... Opsss, alamak macam mana aku boleh lupa ni, tapi nasib baik masa tu den cepat-cepat senyum, sejuk hati cikgu den tengok senyuman den masa tu, wahahahaha. Tiba-tiba kantoi la yang den  tak buat lagi apa yang disuruh oleh cikgu den tu, haa ni yang den suka cikgu den ni, nasib baik dia faham yang den bukan tak mahu balut tapi lupa akibat daripada peristiwa sergahan yang amat dahsyat dari adikku itu (kalau ye pun nak main dengan akak dik oi, kasi la akak bagitahu mak dulu, wakaka) Attention ye mr fansuri, Make sure tabiat melatah awak tu dibuang ASAP.. huhuhu..So, bila ayah datang ambil kat sekolah time tu, baru la cikgu cakap dekat ayah, balut dan tulis nama kat penselbox saya tuh. Oh u so smart teacher.. teknik yang bagus daripada marah-marah yang akan membuatkan  muka nampak lebih tua daripada usia sebenar. Errkk..

Back to Malacca
Ok sekarang kembali ke bahasa normal (kecingg***). Disebabkan adik saya yang nombor tiga daripada adik beradik masa tu tak sabar-sabar nak keluar melihat dunia (lahir). Kami sekeluarga pun telah kembali ke kampung di mana kedua-dua family mak dan ayah menetap. Jadi, saya pun kena la tukar sekolah sekali kan. Em mungkin sebab mula-mula masuk tak ada kawan sangat so saya pun tak gembira nak pergi sekolah. Bosan la.. Pagi-pagi pergi sekolah dengan seorang sepupu yang berusia 5 tahun, adik fuad namanya (hei ad ingat tak muka kita dulu sama kan kan ) Pak Lang yang hantar. Pergi sekolah tak naik kereta pun sebab dekat je dengan rumah nenek masa tu, tapi kena lintas jalan yang banyak juga keretanya. Perghh ingat lagi time tu, ada budak lagi baru masuk (selepas saya). Budaknya memang pandai, cikgu ajar dia cepat ingat. Yang kitaorang ni kesian cikgu kena ulang suara (satu, dua, tiga). Time rehat adalah masa yang ditunggu-tunggu, bukan sebab lapar nak makan, tapi sebab nak pergi main dekat depan tadika je. Eiyaahhh masa tu la semua kanak-kanak rebina (errr, saya yang paling matang kat situ, huhuhu) menunjukkan pelbagai aksi dan skill yang menyebabkan kanak-kanak lain akan berkata (ek eleh, setakat tu aku pun tahu). Dalam keadaan yang tak seronoknya bersekolah disini, ada satu benda yang menyebabkan mood seronok datang.. haa, nak bagitahu la kepada yang tak tahu kan, kedai atuk gua dekat je dengan tadika, ada time-time free, sergah atuk kat kedai, sambil berkata... atuk, nak keropok(sambil buat muka kesian). Suka kat atuk, atuk selalu bagi free tak yah bayar, hhehe.

Eye On Malaysia
Setelah ibuku selesai berpantang larang, maka kami sekeluarga pun berpindah ke sebuah tempat yang diberi nama Taman Lubuk Redan yang juga terletak di Melaka. Hoh kat sini best dan sangat seronok. Kawan-kawan best, cikgu best, makanan sedap, belajar pun best, mainan banyak, riang-ria je semuanya tau. Walaupun tak berapa ingat apa yang saya belajar masa tu, tapi jemput-jemput masuk eh bukan ia sejenis makanan yang dipanggil jemput2, memang tak dapat saya lupakan (aku ni ingat makan je) Betul weh, dalam banyak-banyak, tu yang paling memikat hati, pastu makan dengan sos, pergghhh sedap sampai meleleh air liur (pergi cepat lap!) ooohhh baru sikalang gua ingat, cikgu ada ajar, lagu twinkle2 little star dengan seekor labah-labah (sambil buat gaya kami menyanyi). seronok3. 

Memang tak dapat lupa la semua tu, paling ingat tentang kawan-kawan yang prihatin sangat, sampaikan gigiku tercabut lalu darah pun mencurah-curah ke ladang gandum (ek eleh, nak tiru, koko kelunchh plak). Abaikan. kawan-kawan ramai yang teman masa saya basuh darah tu, ingat lagi ada sorang mamat kecik nie tanya.. wehh tak sakit ke (yang pelik kenapa mulut dorang ternganga macam gigi dorang plak berdarah), dengan machonya saya berkata, tak sakit pun wehh.. Budak tadika balik sekolah awal, pukul sebelas dah balik. Petang pula aktiviti bemain kasut roda dengan teman-teman setaman dekat taman la di mana lagi. Uh geng-geng kasut rodaku masa itu semuanya berkasut roda dengan pelbagai warna. Saya punya warna hijau tau! cewaahh. pelbagai skill telah kami cipta tapi sayangnya kami minta maaf kerana tak dapat ke peringkat antarabangsa semuanya gara-gara saya telah berpindah ke Ayer Keroh...

Ehem2, banyak lagi nak story tapi rasanya cukup la sampai sini dulu zaman tadikaku.. 

Buat kawan-kawan..

Darjah 1 Sekolah Kebangsaan Bukit Baru (1998)..
Darjah 2-6 Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh (1999-2003)

Kalau ada sapa-sapa terbaca terpandang tertengok silalah contact aku di sini ye..

Cerita tentang kita akan dimuatkan dalam post yang akan datang, InsyaAllah.. 

Hah nantikan pula zaman sekolah rendahku!! jangan lupa!! see u again...

No comments: