Monday, December 20, 2010

Penghargaan buatnya..

Buat baik di balas baik, buat jahat jangan sekali. Mungkin ayat tersebut sering kita dengar sejak kecil lagi. Sememangnya bangsa dan agama kita banyak menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan demi mendidik anak bangsanya menjadi bangsa yang berjaya.

Tetapi mengapakah sering terjadi kacang lupakan kulit? Oh kacang tahukah kau bahawa tanpa kulit tak selamatlah engkau. Hujan di luar seakan mengiyakan apa yang dikatakan pada pagi ini. Lihatlah betapa indahnya bahasa Melayu kita, berbanggalah kita kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang cukup bertuah. Bumi kita kaya raya dengan pelbagai rezeki. Bumi Malaysia kita dikatakan lubuk rezeki oleh rakyat asing yang datang di bumi ini demi untuk mencari rezeki yang diturunkan oleh Tuhan. Bertuahnya kita.
 
Demi usaha dan kerajinan seorang teman yang sanggup bersusah payah meluangkan masanya untuk menukar wajah blog ini daripada oren kepada ungu, saya pula dengan senang hatinya akan membuat satu entri untuknya yang telah banyak menolong saya dalam dunia blog ini. Tak nak lah jadi macam kacang yang lupakan kulit kan. huhu.

Setinggi penghargaan kepada empunya blog Cinta Sang Fansuri, kerana dengan jasanya dapatlah blog saya ini merasa pembaharuan bagi dirinya ( kalaulah blog boleh berkata-kata, huhu) Terima kasih, terima kasih, terima kasih sangat-sangat atas kesudiannya menjadikan blog ini menjadi lebih baik dan menarik.

Untuk pengetahuan semua, teman saya ini sangat rajin mengedit blog terutamanya blognya yang dah beberapa  kali dijadikan bahan eksperimen, kuikuikui. Mula-mula buka blog sendiri semalam, terperanjat gileerrr, eh sapa plak yang dah ubah blog aku ni? Perghh terus terkunci mulut daripada berkata-kata lepas tu. Tiba-tiba ada orang kata, surprise!!!!... Huh memang betullah apa ayah cakap semalam, hidup ini MISTERI. Hahahaha, apa kena mengena dengan post kali ni. Disebabkan ada penyakit amnesia, maka perasaan terkejut itu pun hilang begitu saja lepas bangun dari tidur.

Maka, sebelum saya menutup bicara kali ini, suka untuk saya mengulang sekali lagi ucapan terima kasih yang tidak terhingga buatnya. Jasamu kukenang~

Oh terharunya~ish3

No comments: