Monday, December 6, 2010

Salam Awal Muharam 1432


Bertemakan:

Satu Malaysia Satu Ummah

Assalamualaikum dan salam pertemuan buat semua.. (eceh dah macam pengacara la pulak,haha). Di malam yang tenang aman damai lagi sunyi ni, tangan diringankan untuk mengambil laptop yang agak berat (hadoii), laluku buka dengan penuh kasih sayang supaya tidak patah agar dapat lah laptop ni digunakan dengan lebih lama lagi.. 

Sambil melayan lagu istimewa yang didendangkan oleh Indigo (touchingnya dengar lirik lagu ni), yang dapat didengar apabila blog mr cinta sang fansuri diterjah huhuhu~. Rasanya dah lama tak update blog sehingga dah banyak sawang dah laman sesawang ni isk3 padahal baru satu hari je tak online. hehehe. 

Opss sebelum saya pergi mengarut dengan lebih jauh. Rasanya adalah lebih elok dan bagus sekiranya saya mengucapkan Salam Maal Hijrah atau pun awal muharam. Haa bila masuk je waktu maghrib petang tadi, maka masuk lah tahun baru dan bulan baru.. 

Dulu kan masa sekolah rendah, cikgu saya ada cakap.(masa tu awal tahun, baru start sekolah). Datang sekolah awal-awal tahun ni, semuanya baru.. kasut baru, baju baru, beg baru. Tapi perangai je lama.. bila dah besar ni, fikirkan apa yang cikgu cakap tu ada betulnya, sememangnya ada maksud yang tersirat disebalik kata-kata dan ayat tu. 

Bermulanya tahun baru, tarikh dan bulan yang baru, sepatutnya kita memperbaharui juga niat dan azam kita untuk menghadapi tahun yang baru. Apabila azam dan cita-cita yang tinggi telah ditanamkan di dalam diri, segala amalan akan dapat dilakukan dengan penuh keikhlasan dan penuh kesungguhan.

Jadi, sempena tahun baru ini, semoga kita semua sentiasa berada dibawah naunganNya, dirahmati dan diberkati selalu. Semoga kita dapat mempertingkatkan segala amalan kepadaNya. Bertambah amalan, bertambah juga lah cinta kita padaNya. Insya Allah~

No comments: