Monday, December 13, 2010

Satu Daerah Satu Industri

Bertempat di : 


Program :

Salam selamat malam. Oleh kerana post kali ni ditulis, direka dan dicipta pada waktu malam, maka ucapan yang paling sesuai ialah selamat malam buat semua, sama ada yang mengenali atau tidak mengenali diri ini. Harap-harap semuanya sihat-sihat belaka dan ceria hendaknya.

Malam ni just nak kongsi satu cerita yang baru saja berlaku baru-baru ini. Boleh la kita katakan yang cerita ini hot sehingga berasap-asap (err, boleh caye ke) dan sehingga kini belum lagi basi. hukhukhuk.

Bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka atau lebih masyhur dikenali dengan nama pendeknya iaitu MITC, satu showcase telah diadakan yang diberi nama Satu Daerah Satu Industri 2010 (SDSI) seperti yang telah kawan-kawan lihat di atas ye.

Setibanya saya dan keluarga di sana, kami terpegun melihat ramai orang di suatu tempat. Agak-agaknya apa yang dorang buat ramai-ramai kat sana ek?? Memandangkan waktu ketibaan kami di situ bersamaan dengan waktu makan rakyat di Malaysia ini, ramai orang yang berpusu-pusu mencari tempat duduk, membeli juadah yang mungkin juga dah lama mereka tak jumpa, atau mungkin juga makanan yang diidam-idamkan selama ini. (huhh, riuh rendah tahu tak). Hah apa yang bestnya kat sana, terdapat pelbagai gerai yang datangnya dari seluruh negeri di Malaysia seperti Selangor, Johor, Melaka, Perak, Sarawak dan macam-macam lagi tau. Saya sempat memandang menu yang sentiasa menjerit-jerit untuk di pandang oleh pengunjung (tak pun tuan punya gerai yang jerit lebih-lebih, huhu), ternyata terdapat pelbagai jenis makanan lagi yang belum saya cuba berdasarkan nama makanan yang belum pernah lagi saya lihat atau dengar sebelum ini.

Haa itu baru cerita kat luar MITC, belum lagi masuk dalam. Datang-datang je kat depan pintu ada security guard yang tercegat (usshh, terima kasih la kerana sudi memastikan kami selamat masuk ye). Oh lupa sebelum itu, kami beratur dengan barisan yang panjang , rupa-rupanya petugas yang bertanggungjawab nak bagi buku program dan pelekat pelawat kat kita orang ini (ceh gila sekema ayat). Huh masa saya pergi pun nombor pelawatnya dah 31483, itu baru hari kedua, agak-agaknya berapa ramai yang datang sehingga hari terakhir kan.

Dah masuk tu kami pun terjah ke semua showcase setiap negeri. Macam-macam yang ada, selaras dengan objektif program ini diadakan, memang terdapat banyak barangan bumiputera dari pelbagai daerah dipamerkan. Naik juling biji mata menengoknya. Bagi siapa-siapa yang tak jelas tentang SDSI ni, mari kita pelajari apa itu SDSI keh murid-murid....

Suatu hari di sekolah...

Cikgu: Murid-murid, siapa yang pergi showcase SDSI hari tu?
Ani : Saya, cikgu.
Amin: Saya pun pergi juga, cikgu. Memang seronok dapat pergi.
Itu lah sebahagian pelajar yang jawab, lalu cikgu pun terus mengajukan soalan kepada anak-anak didiknya lagi.
Cikgu: Bagus, sekarang siapa boleh terangkan apa itu SDSI?
Anita: Saya, cikgu. Kawan-kawan, berdasarkan buku program yang saya dapat, program SDSI dilaksanakan melalui konsep pembangunan produk/perkhidmatan yang unik pada identiti sesebuah daerah secara komersil untuk meningkatkan sosio-ekonomi secara komuniti.

Hah, back to this blog okeh. Ada macam-macam produk yang ada kat sini. Bermula daripada makanan, minuman, pakaian, kraftangan, aksesori, cenderahati dan segala macam jenis lagi yang ada kat showcase ni. Jom kita tengok.......

Kek sarawak paling banyak~,lalala

dari sarawak
kerongsang, sekali pndg mcm duit emas dan perak je
masuk ke tempat negeri
pahang
negeri perak
kat dalam ni macam-macam jenis
kraf ada







khusyuk encik ni buat kerja
Kasut yang penuh dengan manik

Antara pengunjung yang datang
dapat rasa air buah melaka, free
air buah melaka
tenun, masa nie akak ni tgh rehat
main congkak, antara aktiviti yang ada.

negeri sembilan
Huh, berpeluh edit gambar2 ni. Berjaya juga akhirnya, syukur.. Ini je gambar yang sempat diambil ihsan daripada handphone adik. My camera tak bawa sebab sebenarnya tak plan pun nak gi MITC ni. Dah dalam kereta baru la terfikir nak datang melawat showcase ni. Kalau ada camera lagi  banyak lagi gambar yang kena  tangkap. kuang3. Nasib baik handphone adik batery kong lak time tu.

Okey dah dapat maklumat tentang SDSI ni tahun depan boleh ajak mak, ayah, adik, abang, kakak senang cerita semua saudara-mara untuk datang ke sini. tengok macam kita orang ni, barang-barang kraf dari sarawak yang semestinya unik tidak kami lepaskan. no no no. Tahun ni dah tahun ke lima dibuat kat melaka. So, jom jalan-jalan..Next year, entah siapa yang tahu....

No comments: