Saturday, December 4, 2010

Siapakah...??

* Siapakah orang yang sombong?
Orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada Tuhan yang menciptakan kehidupan iaitu Allah SWT. Segala yang ada di bumi dan langit akan bertasbih kepada Tuhannya, kecuali jin dan manusia yang sombong dan bongkak.
* Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan, namun mereka tidak merasa ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat malah terus membuat perkara yang dilarang tanpa ada rasa bersalah pada Tuhan walau sedikit pun. 
* Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
* Siapakah orang yang kuat?
Orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia berada di dalam kemarahannya (sedang marah).
*Siapakah orang yang lemah?
Orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada rasa kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
* Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.
* Siapakah orang yang buta?
Orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
*Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak mengendahkannya.
* Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya, seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
* Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, " Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu dia pun berkata, " Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuan-Mu ini." sambil mengukir senyuman.
* Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingati akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

Petang tadi, tengah saya sibuk mengemas-ngemas bilik, tiba-tiba saya terjumpa satu bahan yang rasanya memang amat menarik untuk dikongsikan bersama.
Alhamdulillah, selamat dan berjaya juga saya menaip akhirnya..
Mari-mari kita berkongsi ilmu yang ada..
Sekadar untuk peringatan buat saya dan kita semua!!
Bukalah mata dan hati,
lihatlah betapa agungnya Tuhan kita..

2 comments:

khairafansuri said...

Alhamdulillah
terima kasih diatas perkongsian diatas
keagungnganNya menunjukkan
macam2 manusia yg ade
kat muka bumi Allah nie
smoge mnjadi pnduan buat kte..

Syarifah Dyana Balqis said...

Alhamdulillah..
Kakak : trime kasih krana kakak sdah mginsafkn sye...