Tuesday, January 4, 2011

Berakhirnya PPISMP, bermula PISMP

Lama rasanya tak mengaktifkan diri dengan penulisan kat blog ni. Ada juga member yang tanya.. masih aktif lagi menulis? lalu saya jawab soalan tersebut dengan perkataan ya. Mari-kemari kerana saya ingin ceritakan satu cerita tentang kisah kehidupan saya.

Bagi pelajar di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia mesti tidak asing lagi dengan PPISMP. Ya satu program akan dilalui oleh semua pelajar di Institut-institut di seluruh negara. Ianya adalah singkatan bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang terdiri daripada 3 semester selama satu setengah tahun. Tamatnya PPISMP dengan jayanya barulah pelajar boleh ke tahap yang seterusnya iaitu PISMP.

Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun yang baru bagi saya dan semua orang. Maka bermulalah satu sesi yang baru dalam kehidupan kita. Dengan izinNya saya telah berjaya lulus PPISMP, segalanya terbukti apabila result berada digenggaman. Kawan-kawan yang lain juga turut lulus dengan cemerlang. Kehidupan di kampus ini diteruskan lagi dengan langkah yang seterusnya. Ada 8 semester yang perlu ditempuh, masih panjang dan jauh dihadapan sebelum kami semua bergelar guru berijazah. Apa yang penting, ilmu didada perlu dimantapkan dengan sebaik mungkin.

Isnin lalu bertempat di Dewan Sri Budiman, telah berlangsungnya sesi pendaftaran bagi PISMP Ambilan Januari 2011. Pelajar berkumpul seawal jam 8 pagi dimulakan dengan taklimat daripada Encik Rosuluddin. Setelah itu, semua pelajar mengikut opsyen akan ke tutor masing-masing untuk membuat pendaftaran dan bayaran sebanyak RM42 juga perlu dibuat di sana.

Satu hari itu penuh dengan taklimat sehingga jam 5.30 petang. Banyak input-input yang saya perolehi daripada para pensyarah. Semuanya amat penting dalam pembelajaran kami dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang bersepadu. Para pensyarah memberi penerangan tentang apa yang akan kami lalui sepanjang 4 tahun dalam PISMP.

It's really looks tough. Walaupun jadual yang kami perolehi tak sepadat sem-sem yang lalu, kami perlu fokus untuk mencapai ijazah kelas pertama yang menghendaki pointer keseluruhan sebanyak 3.75 ke atas sepanjang tempoh pengajian ini. Yang berlalu teruskan berlalu, yang dihadapan teruskan mencoraknya dengan sebaik mungkin. Semoga segalanya berjalan dengan sangat cemerlang dan lancar. Ameen~

1 comment:

Raffarina J said...

Hai.
ppismp tu kena lulus berapa pointer?