Friday, January 7, 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Bila dah terlorong untuk menjadi seorang pendidik dan memegang tanggungjawab sebagai pelajar IPG, maka perkara yang berkaitan dengan pendidikan pun perlulah di ambil tahu dengan lebih lanjut. Pensyarah yang bertanggungjawab mendidik pelajar PISMP PA/BI/BA dalam mata pelajaran Falsafah Pendidikan di Malaysia telah menyuruh, menghendaki dan meminta kami menghafal falsafah tersebut. 


Ouh tak la begitu banyak rupanya. hanya 62 patah perkataan yang bersamaan dengan 2 ayat je yang perlu dihafal. Yeah teruskan usaha untuk menghafal dengan sebaik mungkin, supaya tidak gagap apabila disoal pada hari yang telah ditetapkan.


Untuk korang-korang yang tak dapat nak cari apa itu falsafah pendidikan negara, sila la rajin-rajinkan mata membacanya kat bawah ni.....


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." 



Sekarang semua dah baca kan, dah faham juga kan. Bagus-bagus.. Pandai kamu semua ni, tak sangka saya. Sekarang, bagi chance kat saya pula la nak hafal. Dah pergi jauh-jauh baca blog lain pulak. Nanti dah ada cerita baru saya panggil lagi.. *-*

2 comments:

noruleareteaqah ishak said...

hik3... msuk blog jgk,ye.. bgus2..... hahaha...

Srikandi Cinta said...

hahaha, eh mesti, kan sensasi ni