Saturday, January 8, 2011

Kawan

Dalam dunia ni ada macam-macam jenis kawan. Ada yang bagi manfaat kat kita, dan tak kurang ada juga yang harapkan pagar, pagar makan padi. Bukan senang nak cari kawan yang sejati, yang betul-betul ikhlas nak berkawan dengan kita. bukan setakat jadi kawan, tapi jadi sahabat.

Dulu bekas Timbalan Pengarah (TP) Iptho yang sekarang ni dah pun menjadi Pengarah di sebuah IPG di Kedah pernah bagitahu kat kita orang nih, bahawasanya seseorang itu akan naik pangkat jadi sahabat dengan tiga perkara, iaitu:

  • Kita pernah bermusafir bersama-sama
  • Kita pernah makan bersama-sama
  • Kita pernah datang atau menziarah ke rumahnya
Saya ingat lagi masa tu, bila TP cakap je macam tu, dah ramai dah yang dok toleh kat kawan-kawan dia sambil tersenyum-senyum macam kerang busuk  hahha. Bagus la tu kalau korang dah pernah lakukan ketiga-tiga perkara bersama kawan-kawan korang. Saya pun kat sini tumpang gembira juga tau!

Malam ni entah kenapa tajuk kawan jadi pilihan. Hah soklan cepumas, senang tak korang nak jumpa kawan yang baik hati, bukan setakat baik hati tapi putih pulak tuh hatinya.. Yang sanggup buat apa aje untuk korang?
Masing-masing mesti ada jawapan yang tersendiri, mungkin segala kenangan manis bersama kawan-kawan kita terimbau ketika ini, atau mungkin juga ada cerita duka yang menghimpit hidup kita bersama insan bergelar teman.

Pengalaman itu memang mengajar kita. Seingat saya la nak cari kawan yang betul-betul sejati memang payah. Kalau setakat kawan masa senang, jangan cakap la kan berapa ramai. Time tuh masing-masing tersenyum riang, nampak gigi sebatang-sebatang. Tapi berapa ramai je yang sanggup stay dengan kita, teman kita, berhadapan dengan kita, layan kerenah kita masa kita susah, masa kita tengah tersepit. Tak ramai pun, ye memang tak ramai. Kalau ada pun, belum tentu dia jujur dengan kita, belum tentu dia boleh simpan rahsia kita dengan baik. mulut manusia beb, bukan mulut tempayan, susah2..

Tapi dalam ramai-ramai yang kita kenal, memang ada yang jujur dan ikhlas nak kawan dengan kita tanpa ada kepentingan apa-apa yang dia nak. Memang ada yang sanggup menangis sama-sama dengan kita bila kita susah. Masih ada lagi insan yang setia memberi semangat dan teguran pada kita bila kita jatuh dan terlupa. Hoi ko ingat senang ke nak bagi nasihat kat orang yang kita tak berapa nak rapat. Kalau den pun mesti den rasa sakit hati, kalau tak pun den touching la, habesh ko den tak tegur sampai la hati den sejuk tau!

Maaf la dari den bersaya awak kat dalam blog ni, malam ni den rasa nak pinjam longart orang negeri. Lagi pun memang asal-usul keturunan den pun dari negeri juga, tu yang tiap-tiap tahun den mesti pergi raya kat Pedas sana tuh. Selama den hidup dekat 20 tahun ni, belum stahun pun bapak den tak bawak gi negeri sana.

Sudah la tu kalau nak cerita pasal keturunan memang tak habis sampai minggu depan. Ada negeri la, melaka la, selangor pun ada, eh entah mana la datang. Yang paling best ada bugis plak, bukan rakyat biasa you. Raja lagi tu, hebat-hebat.kahkah. den pun tak tahu den ni keturunan ke berapa. Eh, sudah la.

Ni tajuk kawan keh, bagi den cerita pasal kawan-kawan den yang baik hati tuh, den malas nak fikir perkara yang menyakitkan. nanti buat tambah kedut kat muka den je, penat den pakai mask tau tak! 

Dulu masa den sekolah rendah, den rapat dengan beberapa orang kawan den ni, dorang ialah ayu, farah, shahirah, dahlia ngan nina. den rasa ada lagi tapi dah tak berapa nak ingat sebab bila den masuk sekolah menengah je den dengan family dah pindah dah dari tempat tu. Ayu ngan farah memang den selalu contact, sampai sekarang pun. Ada masa kitaorang borak-borak, tak pun mesej je, plan gak nak keluar jumpa each other, tapi sampai sekarang tak jadi-jadi. mana taknye den dah kat Masjid Tanah, ayu dah bertapa kat Segamat (hah dia ni tiap-tiap tahun aku wish birthday dia), shahirah dah kat Shah Alam. Nina plak firasat den mengatakan bahawa dia masih setia di Ayer Keroh tapi entah mana la dia hilang. Kad yang aku bagi time raya, haram jadah dia tak balas, last-last den kata dengan diri den sendiri, dia masti dah jumpa kawan lain la ni, semoga dia bahagia la. tak pe la kalau dia dah lupa den pun. T_T

Masuk sekolah menengah yang baru den tinggalkan dah nak hampir tiga tahun ni, kat sini la den kenal apa erti kawan yang sebenar dan sahabat. Pergh kat sekolah dulu geng den digeruni. dan tak kurang eh ada plak tuh yang dengki, siap nak gaduh-gaduh, pehal luw? Serius kelakar bila ingat balik zaman tak matang tuh.

Semua sekali 14 orang, memang kita orang kamcing, actually agak sukar nak cari group perempuan yang besar, sebab dorang ni entah apa-apa je, berbeza dengan lelaki yang korang akan nampak, dorang ni asal nak gi town je kalau boleh nak 30 bijik motor hahha! yela den dok perhati budak taman den tuh, dorang mekak-mekak dengan motor dorang, pelik macam tak pernah jumpa motor je..

Masa ni memang best, lagi-lagi den dok hostel, belajar sama, makan sama, bising sama, tidur sama, tak tidur malam pun sama-sama, eh semua la sama-sama. Nangis sama, ketawa pun sama gak la. Ingat lagi time nak PMR, belajar maths tak dapat jawab plak satu soalan ni, penat dorang pujuk den. nangis-nangis suda. haha, bila ingat balik malu aku. Time gaduh, mesti ada member-member yang padam api selamatkan keadaan. Haha biasa la, darah muda la katakan, cepat marah.

Buat azie, maziah, sakinah, linda, ana, syafiqah, husna, zaida, yati, soffiah, shida, naia, nadiah dan akhirnya den sendiri. Memang korang semua kawan yang aku tak boleh lupa sampai bila-bila. Korang memang terbaik! Aku rindu gila kat korang beb.

Dan budak-budak kelas aku, 5 khadijah 2008.. Wanie kasim, Sara, Tiqa Sue, sakinah, Soffiah, Azmira, Zulaikha, Iema, Wanie Zary, Zaida, Azie, Ramizah, Mahirah, Maziah, Kak Mar, Zakiah, Linda, masuk den 18 orang je, huhu.. Aku rasa cam nak gi sekolah je belajar lagi dengan korang, rasa macam baru semalam aku bersama korang semua. 

Seterusnya buat seorang sahabat yang aku rapat, Iema. Nama dia Aziemah, tapi disebabkan dalam kelas den ada 2 orang Aziemah, sorang panggil iema, sorang lagi azie. Iema ni asalnya bukan dak group den, den group len, dia group len. Oh kenapa ada group? Actually bukan kita orang pun yang saja-saja buat jadi group, tapi bila dah selalu bersama, dak-dak hostel terutama yang senior la akan cakap, eh kengkawan ko tu bla bla bla.
Kengkawan tu yang la dimaksudkan dengan group. 

Oh balik pada iema, dia nie kadang-kadang ada wayar tercabut gak, mula rapat sejak form 3, time tu den dah tak dok hostel, nak PMR so den kena dok rumah bagi mengelakkan den cepat letih bila nak belajar kat hostel, kahkah. memang rasa senang la kawan dengan dia ni, tak banyak kerenah, otak pun gila.. gila-gila la, mampus aku kalau dia tahu kewujudan blog aku ni, huhu. Sampai la semua orang cakap yang kita orang nie macam pakwe makwe. weyh ko ingat aku les ke ha? haha yela mana taknye, kat mana-mana je, asal nampak muka den, dia ada.. Asal nampak muka dia, den ada.. Hari tu baru je den jumpa dia, ni dia dah kat Terengganu plak dah, study kat UNISZA yang dulunya dikenali dengan UDM.

Eh sakit perut plak. Zasss la



3 comments:

noruleareteaqah ishak said...

best entry!!! hik3... keep it up, sis!! btol2.. mmg ssh kte nk jmpe kwn2 yg btol2 ikhlas nk kwn ngan kte... rmi yg nk b'kwn sbb de kepentingan t'sndr... hik3...

khairafansuri said...

remember
kwn dlu n kwn skrg len beb
bear in mind keh ^_~
wish u hapy2 fren..

khairafansuri said...

yup
its fantasmic
u rock gurl!!!!!
keep it up gurl
wish u da bomb
hahaha
two tumbs for this post