Wednesday, January 12, 2011

Opss.. maafkan kami!

Panduan:
 Saya = Aku

Suatu petang aku bawa kawan aku jalan-jalan. Memandangkan hari tu adalah hari percutian bagi negeri Johor, maka kami pun tidak mahu melepaskan peluang yang ada begitu saja. Summit parade menjadi tujuan utama disebabkan kami nak beli buku dekat sana. Dah jalan, dah makan, dah dapat buku, dan dah dapat barang-barang yang diidamkan, maka kami terus melangkah pergi dari situ. Actually, tengok barang-barang pun cam x de nafsu sangat la nak beli, sebab.. elaun kami belum dapat. So buat masa ni, lebih selesa guna mindset... x pe, gune dulu barang yang ada, nanti dah ada duit, boleh beli. Beg duit kosong, bibir tetap mengukir senyuman . =)

Dah bosan tengok muka summit, enjin kereta dihidupkan, lalu aku bercadang nak balik rumah jap, tak jauh sangat la, kat kluang je. oh member-member tetap diangkut sama. Tak baik weh tinggalkan kawan-kawn kau macam tu je, hehe.

Lepas beli makanan kat pasar malam. Aku bawak lagi kawan-kawn aku pergi jalan-jalan dekat Kluang Mall. Jalan, jalan dan terus berjalan. Aku memang kuat jalan, tapi malas mengatasi segalanya sehinggakan orang ingat aku tak suka berjalan. Dulu masa kecil-kecil, ayah selalu bawa jalan-jalan. Seronok bila teringat zaman muda-muda dulu. hahaha

Bila dah masuk waktu solat, kita orang cari surau. Cari punya cari punya cari, tak jumpa-jumpa. Al maklumlah, tempat tak biasa pergi la katakan. Last-last tanya akak yang kat Butik Peace tuh, dia bagitahu kat atas, kitorang pun cari la lagi. Setelah puas dan penat mencari, Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. Fuhh

Part ni aku paling suka. Masa kitorang nak ambil wuduk, mesti la kita akan cari sliper yang dah sedia ada kat surau tu untuk ambil wuduk kan. Sorang member aku dah lepas, aku ingat lagi, dia rembat ade satu sliper nih, kale biru gelap, kalau korang tengok mesti sama cam apa aku fikir, nie gerenti sliper surau yang dah lama digunakan. orang tuh bz, so tak sempat nak tukarkan untuk kita. tak pe, kita fahamkan aja situasinya ye.

Bila tiba turn aku nak ambil wuduk, masa tuh kawan aku yang first nie tak sudah lagi, aku pusing belakang, tengok berapa orang yang ada kat dalam surau tu, mula-mula aku kira ada lapan orang termasuk aku n the geng. aku kira gak kasut yang ada kat situ, ada tujuh, tiba-tiba aku nampak kasut yang orang letak jauh sikit dari tempat orang yang lain-lain letak kasut dorang. Aku dengan confidentnye pun buat la tanggapan yang itu kasut orang kerja, yang mungkin salah seorang dari orang yang solat kat surau tuh.

Aku aim satu sliper wane cream nih, dalam kepala aku dah fikir, nie la sliper kat surau nie. Yang kelakarnya aku dah nampak kot sliper tu sliper Bata lagi tuh, yang korang semua dah tahu, bahawa sliper bata nie bukan sliper murah-murah beb. Mahal gak harganya. Kualiti pun boleh tahan. Aku bukan apa, aku nampak sliper tu basah, lagi satu dia bintik-bintik. Aku tak pakai spec, ne aku tahu, aku nampak dari jauh cam kulat je. haha aku rabun tak de la teruk sangat, setakat rabun jauh je, kalau dekat aku boleh nampak clear lagi.

Aku pun pakai la sliper tuh yang aku sangka sliper surau kat situ untuk ambil wuduk. Dah siap ambil wuduk, member aku lagi sorang tengah tunggu turn dia, lepas aku dah sudah, dia pun lagi la confident pakai sliper tu kan, sebab aku dah lanyak sliper tuh dulu.

Pergh lepas solat baru aku tahu cerita sebenar. Dialognya lebih kurang macam ni masa kitorang borak. Aku cuba ingatkan balik ye.

Kawan: tahu tak sliper sapa kita pakai tadi?
Aku: Sapa punya? bukan sliper kat surau nie ke?
Kawan: Bukan la. Nak tahu tak, tadi masa orang pakai sliper tu, ada orang tuh tunggu je orang habis ambil wuduk..
Aku: Eh yeke, jadi bukan sliper kat surau nie la eh, Orang ingatkan sliper kat sini. tengok la slipernye tuh cm ne. Tapi pelik gak, sebab Bata plak tuh.
Kawan: Hahaha. Selipar dia la, orangnya dah tak de dah dalam ni. Dah keluar, tadi dia tunggu orang, muka dia ketat giler, masam semacam je.
Aku: Hahaha. La yeke, kesian dia.
Kawan: Tak dengar ke tadi dia macam hentak-hentak kan kaki dia masa nak pakai sliper tuh. Mesti dia bengang giler. Mesti dalam hati dia cakap, ingat sliper aku nie sliper jamban ke hah.
Aku: Eh ala yeke. Agaknya dia nampak tak masa orang pakai mula-mula tuh?..
Kawan: Haha. Hadoi dah dua kali dah kena macam nie. Hari tu lagi teruk, sliper die lagi nampak cam sliper gi jamban.
Aku: Ceh, dah pernah kena rupanya dia nie. ahahaha.

Dah lepas kitorang siap-siap, semua dah cun-cun, kitaorang keluar dari surau. Aku dah memang tak bleh tahan gelak lagi dah, memang pecah gak la walaupun tak kuat. Aku simpati dengan nasib kawan aku. Walaupun ni bukan pengalaman pertama. Tapi aku lagi kesian kat akak tuh, tak pasal-pasal la kasut dia jadi kitorang punya sliper bawak gi ambil wuduk. Hahahahaha. akak, maafkan lah kami ni. Actually aku tak tahu la dia akak, atau aku yang akak. Tapi apa pun aku bagi pihak semua nak mintak maaf atas ketidaksengajaan kami. Aku faham apa yang akak tuh rasakan. mungkin kalau aku ada kat tempat dia pun aku sakit hati gak kan.

Memang tak boleh belah r. Aku nak tergelak, yela aku ngaku tuh salah aku kan, sapa suruh tak cek betol2, kesian kawan aku. Nasib baik la dia ni jenis yang wat dek jugak. Ahahaha. Tapi apa-apa pun, semoga dia merelakan kasut dia kena pakai ngan kitorang ni. Eit, tak baik marah-marah, nanti cepat tua. Nasib baik akak tuh bukan dengan member, kalau tak.. mau kecoh gak rasanya. Ish3 nasib kitorang baik gak la, dia baru lepas solat, hati tengah sejuk. So, x marah pun kitorang. Kalau tak mesti malunye la. Bukan aku tak tahu, dapat orang yang tak reti nak respect orang, kat situ jugak kena marah. Aku dok melaka, orang melaka lagi tuh, aku biasa jumpa. Eh dont worry, aku tak amalkan. Hehehe..

So, aku buat kesimpulan kat sini, lain kali nak solat kat mana-mana pun jangan lupa tengok betul2 mana satu selipar surau dan mana satu selipar pengunjung surau. Susah-susah sangat pakai je sliper sendiri, tak de sape nak marah, tak de sapa nak kecik hati bila kita pakai sliper sendiri. Dan lagi satu aku nak pesan, bagi mengelakkan korang punya kasut kena pakai, jangan pakai sliper macam sliper aku dok kat hostel ni, nanti gerenti orang ingat sliper ko tuh sliper jamban. So, masa tu ko kena redha je la bila ade orang pakai bawak gi biik air atau pun gi ambil wuduk. Tak pun letak jauh-jauh skit dari tempat orang letak kasut. Sebab orang yang nak gi ambil wudhuk nanti takkan rajin nak gi jauh-jauh semata-mata nak pakai sliper korang. Ahha.

hahaha. Aku tak kan lupakan kenangan nih sampai bila-bila. Bukan setakat pasal sliper tuh aje, tapi sebab aku dapat spend time ngan kawan-kawan aku. Tapi sorang plak tak de.. Tape2 nanti ada masa jalan lagi ye..

senang2 rantaikan aje sliper tuh

No comments: