Sunday, January 9, 2011

Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Alhamdulillah.. bersyukur sangat2, menjelang malam yang begitu indah ini, FPK telah berjaya dihafal. InsyaAllah semoga banyak manfaat yang bakal diterima. Harap-harapnya kalau disoal siasat, disemak atau ditanya oleh pensyarah esok, lidah ini dengan lancarnya dapat menyebut sebutir-butir perkataan yang telah dihafal dengan baik. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku. Doakan saya ye!

Hafal bukan stakat itu sahaja, mesti mengambil tahu dengan lebih lanjut, dengan lebih mendalam.. jadi, mari-kemari kita ambil tahu apa peranan FPK yang sebenarnya. Bakal-bakal guru sekalian, jangan main-main, ini sangat penting!

Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

  1. Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan;
  2. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara;
  3. Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara;
  4. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan;
  5. Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;
  6. Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan; dan
  7. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
Okeh, itu la dia 7 perkara yang menjadi peranan FPK, nampaknya amat-amat penting dalam membantu para cikgu, guru, pendidik dalam melaksanakan amanah yang diberikan, iye la nak melahirkan insan yang seimbang dan harmonis bukanlah sesuatu yang mudah macam goreng kacang, no no no. Niat kena ikhlas Lillahi taala. Jangan sesekali lupa, terutama tuan punya blog ni keh.. huhu




3 comments:

fatinsofia said...

salam.saya minta copy ye post nie.thank you..:)

Anonymous said...

npe xboleh copy??

Srikandi Cinta said...

Anon >> sila tekan ctrl + c

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...