Monday, January 10, 2011

Terima Kasih atas CintaMu

Ya Rabb..

terima kasih... 
sentiasa menyayangiku
terima kasih... 
mempermudahkan segala urusanku
terima kasih... 
tanpa jemu selalu mendengar segala yang kubisikkan terhadapMu
terima kasih... 
Kau memberiku harapan saat kurasakan dunia kegelapan
terima kasih... 
Kau sentiasa memberiku yang terbaik
terima kasih...
Izinkan aku menikmati nikmat Iman dan Islam yang tidak terhingga ini
terima kasih...
kerana Kau amat bersabar dengan segala kerenahku
terima kasih...
mengusir rasa pilu dan hiba, lalu Kau gantikan dengan perasaan senang penuh kegembiraan
terima kasih...
Membenarkan aku terus sujud kepadaMu..

Sesungguhnya...
Siapalah aku tanpaMu,
Yang amat-amat memerlukan bimbinganMu,
Aku insan kerdil tiada apa-apa,
Yang amat mengharapkan kasih sayangMu.

Aku tanpa cintaMu,
Umpama layang-layang terputus talinya....