Friday, January 7, 2011

TITAS

Hari ni macam hari-hari yang biasa, bangun pagi-pagi setelah itu bersiap-siap ke kelas. Makin hari makin sibuk dengan pelbagai tugasan dan perkara baru yang perlu dipelajari.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia atau pun dikenali dengan nama singkatan sebagai TITAS. It's a new things for me. Gotta check it out huhu. Sangat seronok belajar benda ni beb. Sapa kata belajar sejarah tak syok. Muka masing-masing kat kelas dah macam hape je. Tadi ada gak lecturer kata, bukan setakat student IPG je yang belajar subjek ni, IPTA/IPTS lain pun memang kena belajar subjek nie.

Setiap orang ada sejarah hidup masing-masing, apa yang berlaku tak mungkin dapat kita ubah. Itu la yang dinamakan sejarah. Apa yang penting, tamadun sangat berkait rapat dengan tiga aspek iaitu budaya, bangsa dan agama. Mesti tak lari dari tiga-tiga perkara ni punya la.

Hari pertama berjalan dengan sangat lancar. Dah faham apa yang dikatakan dengan tamadun, nanti boleh la belajar perkara lain dengan lebih mendalam. Jom jadi manusia bertamadun! jadi, kena tidur dulu untuk jadi lebih besar  huhu, selamat malam.

No comments: