Monday, February 28, 2011

Get ready!

Petang tadi kebanyakkan warga Iptho menghabiskan masa dengan beriadah. Sekali pandang kawasan disekitar Iptho ini sesak dengan pelajar yang melakukan aktiviti jogging pada waktu petang. Jumlahnya semakin bertambah daripada biasa lebih-lebih lagi esok adalah hari yang dinanti-nanti atau mungkin juga tidak langsung dinantikan oleh segelintir pelajar Ipg ini.

Padang tidak lagi sepi begitu sahaja tanpa ada penghuni yang memanfaatkannya. Petang tadi saya lihat dari jauh padang penuh dengan pelajar yang membuat latihan bagi setiap acara yang disertai pada Kejohanan Trek dan Padang (KTP) pada kali ini. Buat adikku juga merangkap roommate, semoga bersinar dengan kejayaan yang cemerlang hendaknya. Usaha sudah, maka janganlah lupa untuk bertawakkal padaNya, insyaAllah akan datang pertolongan daripadaNya.

5 round dah cukup buat saya dan rakan-rakan yang lain termengah-mengah. Sekejap lari, sekejap jalan.. Eyyttt ada jugak ye yang ngelat, huhu.. Mane aci cam tu!.. ikut shortcut plak dia ye, haha.. Walaupun hampir keseluruhan rakan-rakan kelas ditugaskan untuk buat air bagi rumah sukan masing-masing esok pagi, tetapi mereka tetap turun beriadah pada petang ini. Bagus2, nak kumpul stamina buat air la tuh.(wink*)

Before kaki melangkah pergi untuk bermandi-manda untuk memastikan badan ini wangi kembali, Hee~ Good luck buat semua yang bakal menjayakan program merentas desa pada esok hari. Ingat pesan lecturer  kita tadi, 7.30 dah ada dekat padang, dah mula, bukannya baru nak turun. Buat mereka yang mengambil bahagian samada secara langsung atau tidak langsung, lari baik-baik, jangan lupa keselamatan diri. Yang paling penting jangan lupa sarapan pagi. Tak kisah la, korang lari ke, jaga air ke, jadi pegawai ke, masing-masing ada peranan yang tersendiri untuk menjayakan program kita ini. ^_^

HIDUP MERAK!...!!



Saturday, February 26, 2011

Mee Bandung + ABC

Antara nikmat yang tidak dapat dilupakan!
Hehe, amacam..
best tak??? 







Alhamdulillah, 
padaMu kupanjatkan kesyukuran!


Ade orang kata asyik letak gambar makanan je.. Haha, saya tak peduli.. Kan hari2 kita makan!





Hidup umpama roda???

Hari sudah larut malam. Mungkin juga senang dikatakan dengan sudah terlebih larut. Kebanyakkan pelajar di kampus ini sudah lena diulit mimpi. Dalam diam kuselak langsir bilik, lalu kudapati bilik di blok bersebelahan yang tadinya terang-benderang dengan cahaya lampu kalimantang, kini sudah mula bertukar menjadi gelap. Pastinya para penghuni di sana sudah mula merebahkan diri di katil setelah menyedari bahawa badan tidak lagi mampu memberi khidmat yang terbaik setelah banyak tenaga yang telah digunakan sejak bangun tidur lagi.

Jom berfikiran lebih positif!
Itulah lumrah kehidupan, setiap permulaan pasti ada penghujungnya, setiap yang hidup pasti akan menemui Yang Maha Kuasa, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 

Macam itulah hidup kita ini, senang cerita setiap yang kita lakukan itu tidak selamanya kita akan lakukan. Yang sedih takkan selamanya sedih, yang gembira pula tidak akan selamanya akan terus gembira. 

Selalukan kita dengar, hidup ini umpama roda. Ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita dibawah. Tapi mengapa masih ada yang sanggup berada dibawah terus menerus tanpa berusaha untuk terus menerus berada di atas. Seorang pensyarah pernah mengingatkan, roda memang akan terus berputar, tapi kitalah yang seharusnya pandai menggelecek roda tersebut demi memastikan kita akan sentiasa berada di atas dan tidak membiarkan kita jatuh dari roda tersebut. Ala macam kat sarkas tu....

Di malam yang hening ini, saya teringatkan kata-kata ayah, yang pernah ayah tuliskan di sehelai kertas semasa menghadiri program motivasi bagi anak sulungnya ini. "Menangis... sampai bila bangsa kita akan menangis, bangunlah.. dah bergembiralah, teruskanlah usaha.....". Itu antara yang sempat akal fikiran saya ini rakamkan dan ianya melekat sehingga sekarang. Tapi malangnya perkataan yang seterusnya sudah semakin pudar dari ingatan ini tentang apa yang pernah area manager itu coretkan pada kertas itu!

Bila kita tak merasai apa yang orang lain sedang alami dan lalui, kita tak dapat nak memahami tentang tindakan yang dibuat oleh mereka. Sering kali kita mempersoalkan akan apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa kita faham dengan wajarnya akan apa sebenarnya ditanggung oleh mereka pada saat itu.

Ingatlah, apa yang kita miliki tidak selamanya akan jadi milik kita dan tidak selamanya akan bersama kita. Satu saat nanti, semuanya akan hilang dari pandangan kerana yang kekal itu hanya CINTA pada yang Yang Maha Esa.... 



Thursday, February 24, 2011

Aku faham rasa itu..

Pada mulanya aku tak mengerti,
akan rasa itu.. 
Rasa yang bukan milikku..
Yang pada mulanya begitu sukar buatku
untuk mengerti akan maksud disebaliknya.

Aku keliru..
Segala persoalan bermain difikiranku..
Salahkah aku..
Kerana tidak memahami akan rasa itu??
Aku bertanya pada diriku, 
terus bertanya..
dan terus mempersoalkannya.

Aku hanya mendengar,
Dari mereka-mereka disekelilingku,
Sahabat handaiku,
Rakan taulanku,
tentang perkara itu.

Oh maafkan aku,
kerana tidak mengerti akan semua itu
Mungkin andai aku tidak merasainya ketika ini,
tidak mungkin aku faham
akan segala maksud yang tersirat.

Aku cuba menutup mata zahirku,
yang sering menipu..
Lalu kubuka mata hatiku seluas-luasnya..
Dengan izinNya jua, 
aku dapat melihat segala-galanya.

Kini aku faham
bukan mudah buat diri kita melaluinya,
Yang lain mungkin bisa menjadi pengkritik setia,
namun tak bisa menerobos hati kita..
kerana hanya padaNya tiada rahsia tentang hati kita.

Andai kau tidak tahu, 
jangan mudah kau membuat tanggapan melulu..
Kerana itu hanya akan membuat hatimu bertambah buta,
Sehinggakan kau tidak mungkin 
dapat melihat apa yang sebenar-benarnya.

Bila aku menjadi lebih dewasa,
aku menjadi semakin peka akan perasaan..
Tentang apa sebenarnya kehidupan ini.
Tentang betapa hidup ini penuh ranjau dan duri.

Hati..
manusia itu berbeza-beza hatinya,
Mungkin mereka tidak sedar,
mungkin mereka langsung tidak nampak,
mungkin mereka tidak mahu membuka hati itu
walaupun hakikatnya jalan terbentang luas..
mungkin pada mereka itu tidak mengapa,
mungkin pada mereka segalanya boleh dibicarakan,
mungkin pada mereka segalanya mudah.

Ah! mengapa kufikirkan semua itu??
jika diikutkan hati ini,
mahu kuusir segalanya pergi..
Mahu ku lempar sejauh yang boleh,
mahu kucampakkan setinggi yang mungkin,
agar tidakku temui rasa itu lagi.

kini kusedar,
jangan wahai sahabat.
jangan!
jangan kau membuat andaian tanpa usul periksa..
tanpa kau tahu dengan lebih mendalam.
Cuba kau fikirkan, 
cuba kau tanyakan..
Cuba kau membuat semuanya mengerti..
Akan apa yang sepatutnya mereka faham...




Monday, February 21, 2011

Teman Sejati..


Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
Padamu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Ilahi

Kepadamu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan 
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu

Kepadamu teman
Teruskan perjuangan 
Pengorbanan dan kesetiaan 
telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


Brothers 


Sunday, February 20, 2011

Antara yang menarik: Cik Sri Mengomel

Wah, wah.. class gitu.. amboi2 teman tengok la nie, masing-masing dah aktif berblogging.. tak kurang juga yang dah mula mengaktifkan diri mereka dengan terjun ke bidang blog nie.. amboi2.. tahniah la buat mereka ye.. mungkin ada yang terpaut bila tengok keseronokkan orang lain berblogging kan.. kalau tak, cam ne boleh terpikat. Haa tu la orang kata, kalau tak kenal, Maka tak........(cepat2 isikan tempat kosong tu) amboi2 gatal betoi sapa yang jawap tak cinta tuh.. hahaha..

Tak kenal, maka tak tahu...itulah jawapannya. Bila bercerita pasal benda ni, ada satu cerita, masa di sekolah dulu kan sibuk dengan program motivasi sana sini. Selalunya orang yang bagi motivasi ni memang best kan bila kita dengar apa yang mereka nak sampaikan. Sehingga budak2 yang muka macam tak ada perasaan pun boleh mengalirkan air mata dorang nie bila time slot sedih2.. Set induksi yang pakar motivasi berikan memang superb.. Bila beliau nak kenalkan diri beliau ni, beliau pun kata.. "Ok sekarang saya nak perkenalkan serba sedikit tentang diri saya. Maklumlah tak kenal maka tak..........", kata beliau dengan meninggikan suara dihujung percakapannya. 

Lalu percakapnya pun disambut dengan meriahnya oleh semua murid yang berada di dalam dewan pada ketika itu dengan jawapan..... "Cinta.......". Hahaha, gelak sakan dibuatnya beliau. "Amboi, gatalnya korang ni.." Tak kenal maka, tak tahulah... 

Kat mana kita tadi? Ye, ye tahniah buat mereka yang telah dengan sendirinya, atau tertarik dengan yang lain, atau mungkin juga ditarik untuk terjun ke dunia blog ni.. Kat sini saya nak mengajak ramai-ramai supaya tak menyempitkan fikiran dengan menganggap bahawa blog ni hanyalah tempat meluahkan perasaan peribadi atau mungkin juga dengan kata lainnya tempat untuk kita mencurahkan segala isi yang terbuku dihati kita.

Ramai yang kata rasa macam nak juga buat blog tapi tak tahu apa nak cerita kat dalam tu. Mungkin saya juga pernah mengalami konflik tu masa mula-mula blog ni dibina pada penghujung tahun yang lepas. Sememangnya agak kekok untuk mengarang segala isi yang difikirkan sesuai untuk dimuatkan kat dalam blog ni. 

Perasan tak, kita akan jadi blank bila kita rasa seolah-olah nak buat blog ni, macam nak buat karangan, sebab apa jadi macam tu? sebab kita terlalu fikir tentang isi yang kita hendak sampaikan. Saya juga merupakan blogger yang baru, yang mana pengalaman saya sangat-sangatlah cetek jika nak dibandingkan dengan blogger2 yang lain. Sebab tu la, bila tangan tengah rajin nak menaip, cuba datangkan feel seolah-olah tengah bercerita dengan kawan-kawan kita. Gerenti lajunye la korang menaip.

Tapi tak pe, jangan rasa rendah diri, kita boleh belajar daripada blogger2 yang lebih berpengalaman, yang hebat2.. Yang mana bagus, kita teladani, yang mana kurang tu kita jadikan sempadan supaya kita juga boleh buat yang lebih baik daripada orang lain. Saya seronok baca blog kawan-kawan, yang mana bila kita terjah je kat blog dorang ni.. banyak sangat input2 baru yang kita dapat.. yang mungkin juga kita tak pernah terfikirkan tentang perkara yang diulas oleh kawan-kawan kita sebelum ni. 

Kita memang tinggal di dunia yang sama, tapi kehidupan kita berbeza.. Sebab tu juga kita dijadikan berbeza-beza, agar kita dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang kita ada, kita kongsikan dengan orang lain. Apa yang kita tak tahu, kita ambil tahu daripada orang lain. Macam tu la kan.. Kalau korang ada masa nanti, korang pergilah terjah blog ni.. Realiti Konspirasi.. Blog ni pada saya penulisannya sangat bersahaja tetapi banyak input yang kita dapat. Tak pun kalau korang rasa bosan ya amat, sila lah sibukkan diri dengan blog beliau ni. Blog beliau best, lawak gile, beliau ni fikir sampai kat luar kotak.. Oh nak cerita panjang2 pun tak sanggup rasanya, pergilah tengok sendiri dengan mata kepala hidung bulu kening mulut semua tu ye..

Tak kurang juga yang fikir, bila nak buat blog nie, nak buat gaya penulisan yang macam mana, nak formal ke.. nak sempoi ke.. nak rock ke.. Pada aku la kan.. cehh, pada saya, itu terpulang lah pada individu tu sendiri. Kita bukan nak buat surat rasmi pun kan yang dah tentu2nya kena tulis dengan formal. Masing-masing ada cara tersendiri, macam saya, saya lebih selesa guna saya, awak, kamu, anda, kalian dan sebagainya tu la. haha nampak lah lembut sikit. Kalau nak perasan dengan bahasakan diri tu beta ke, kanda ke, dinda ke... itu terpulang la.. Bila dah macam-macam gaya yang digunakan, baru la berseri dunia blog nie, ni kalau semua orang guna beta je... tuan hamba je.. dah bosan plak kan.. Tak semestinya yang biasa dengan formal tak boleh nak cerita benda-benda yang lucu dan santai, tak semestinya yang guna gaya penulisan yang biasa2 tak boleh nak bercerita tentang sesuatu yang lebih berat isi kandungannya kan.

Eh2 apa dah jadi ni, ter... banyak cakap plak saya malam nie, kawan-kawan yang rasa saya tak banyak cakap tu boleh la melayari blog ini untuk melihat bahawa saya sebenarnya pun ada juga pendapat yang nak dikongsikan cuma saya menggunakan platform yang berlainan daripada mulut untuk mengulas tentang sesuatu. Heheehee.. 

Oh hampir terlupa, sebelum saya mengundur diri, nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat kawan-kawan yang  sangat perihatin akan kesihatan diri ini. Thanks buat sahabat yang dah bagi minum '' air hijau'' kat kita ni. Moga kau tersenyum saat melihat coretan ini. Eceh!..juga buat akak yang dah gorengkan nuget yang sangat best untuk kita hari ni.. Buat roommate si sahabat, yang selalu bertanya itu dan ini tanda begitu perihatin akan diri ini.. ^_^.. Yang terakhirnya buat seseorang yang sanggup meluangkan masa singgah di kedai demi untuk membelikan panadol dan nasi goreng paprik. Eh ada lagi, buat teman yang menjemput ke biliknya untuk makan butir nangka kalau tak silap.. makanan yang pertama-tama kalinya saya makan selama saya hidup ini.. sangat best makan masakannya! Juga buat semua yang banyak membantu diri ini, dan membahagiakan diri ini selama ini.. 

Terima kasih yang tak terhingga..
Salam sayang daripadaku buat semua!



Saturday, February 19, 2011

Bila perut berkeroncong..

Bila ada orang lapar, kita mesti akan dengar perkataan ni.. yang lazimnya digunakan oleh masyarakat pada hari ini... "weh, jom la makan, perut aku dah berkeroncong dah ni.." tak kurang juga ada yang akan kata.. " dah bernasyid2 dah cacing kat dalam perut aku nie". Banyak lagi la kiasan-kiasan yang digunakan untuk mengatakan bahawa perut kita sedang lapar.

Yup hari ni tuan punya blog nak bercerita tentang makanan. Setelah laptop kesayangan saya ni digodeh2 maka saya pun jumpa beberapa gambar makanan yang pernah saya ambil pada suatu ketika dahulu. Ditambah plak time2 macam nie perut dah mula lapar so saje je nak cari nahas dengan buat cacing kat dalam perut ni kepanasan dan makin kuat lagi bunyi keroncongnya bila mereka tengok gambar-gambar sensasi yang akan saya paparkan sebentar lagi. hehehe

Budak duduk asmara kuat makan? apa pendapat anda? meh kongsikan di sini.. bagi mereka yang pernah tinggal di asrama tak kira la masa sekolah dulu atau pun sekarang ini masih lagi kena atau terpaksa tinggal di asrama.. Apa yang menyebabkan pelajar2 ni kuat makan agaknya ye.

Sejarahnya, saya memang merupakan salah seorang pelajar yang telah dihantar oleh mak dan ayah untuk tinggal di asrama walaupun jarak perjalanan rumah dengan sekolah tidak sampai setengah jam lamanya. Kalau nak ikut pengalaman yang saya lalui, budak2 asrama ni memang pantang letak je makanan kat depan mata, jam-jam tu jugak disapu bersihnya makanan tu.

Ushhh memang rugi sapa yang tak pernah duduk hostel masa dekat sekolah dulu.. tak dapat rasa macam mana suasana tinggal di asrama dengan peraturan yang memang ketat, padat dan mantap. Dari bangun pagi sampailah nak tidur balik, rasanya macam tak ada masa nak bersenang lenang yang lama, nak duduk bercerita lama-lama..

Setiap masa korang kena rushing2 makan, mandi, belajar, or curi-curi tidur jap masa tengah prep.. curi-curi pergi kantin masa tengah prep sebab tadi tak sempat nak makan kat dewan asrama dan banyak lagi lah. memang semua tu kenangan yang manis untuk dikenang sampai bila-bila pun.

Ok sebelum tersasar lebih jauh, meh balik pada perut yang berkeroncong tadi.. Ikut jadual yang lazim, dak2 hostel ni makan satu hari 6 kali. Pagi pergi sarapan, time rehat kat sekolah dalam kol 10-11 korang gi kejar nasik lemak kat acik kantin, tengah hari of course la lunch kan.. then makan kuih yang mak cik dewan makan buat dalam kol 4.30 ptg cam tu la. Time nak gi prep dulu, ikut dorm, sape yang duty hari tu gi hantar bekas kat dewan, nanti dah blek prep baru amek kuih-muih-buih tu.. huhu, ok next, makan petang, makan nasik, time nie memang ramai dak2 turun terutamanya bagi mereka yang tak sempat nak makan tengah hari lepas balik sekolah. Lauk ptg2 pn memang best, ayam sambal, daging sambal, dan macam-macam lagi la kan.. Yang terakhirnya makan lepas balik prep malam, nie pun time zaman saya dulu, makan makanan berat macam nasi, mi, kueh teaw dan lain-lain lagi.

Banyak kali kan makan kat hostel dulu. Kejap makan, kejap makan, tapi aku tengok korang nie tak jugak kenyang-kenyang. Baru gi prep kejap, masa makan yang korang sebut dan tertunggu2.

Dulu masa kat asrama, tak banyak stok makanan yang ada, tu yang lapar je jadinya. Biskut tak de, air pun tak banyak.. lagi2 time lupa nak amek air sebelum malam, lagi la menjajau cari air malam-malam kan. tak macam kat rumah, korang kunyah makanan 24 jam.. duduk jap makan cekelat, duduk tengok tv makan lagi keropok, borak-borak dengan keluarga, makan lagi biskut cicah dengan air milo, kopi, teh. Memang senyap la cacing kat dalam perut tuh jawabnya. Ade tu cerita kat dewan makan plak, kalau rasa makanan yang kita makan tu x cukup, alamak segan la plak nak mintak lagi.. so korang lebih rela biarkan perut lapar dari menanggung malu.

Dulu asal balik rumah je, mesti ada orang tegur, ai makin berisi nampaknya makan nasi kawah dekat sekolah. dah bulat je jadinya. Ada efek gak ek rupenya makan 6 kali sehari ni. Berbeza dengan sekarang, makan cuma dua kali, atau tiga kali je sehari bila masing-masing dah berada di IPT pilihan masing-masing. Sekarang tak macam dekat asrama yang dulu lagi, bila lapar gi dewan makan ambil nasi then beratur tunggu mak cik tu isikan lauk dalam pinggan atau pun tray. Tak yah bawa duit pun konfem dapat makan. Sekarang nie, no money no food la jawabnya.

Untung sangat2 bagi kita yang dapat elaun, ada juga duit untuk sara hidup dekat kampus ni. Kalau kita manage betul-betul, tak membazir dengan perkara yang tidak berfaedah, mesti cukupnye la duit yang kita dapat tuh. Cehh ni dia akauntan tak jadi dah bagi ceramah. Aishhh rindu plak kat Usim. huhuhu..

Jadi secara kasarnya dapatlah disimpulkan bahawa rezeki yang Tuhan bagi tu jangan dibazirkan begitu sahaja. Tak bersyukur namanya tu. Nak cari duit tu bukan senang kawan-kawan, penat sangat.. Sebab apa saya cakap macam tu?.. sebab saya pernah bekerja satu ketika dahulu. memang memeritkan. Masa tu sampai fikir macam ni... Lebih best kalau belajar sampai bila-bila... Kalau best pun masa keje ni masa dapat gaji la. itu la yang jadi pengubat pada kesakitan yang dilalui...

aduh rasa makin lapar la plak... Jap2 saya nak bagi cacing yang dari tadi tak reti dok diam nie tengok makanan-makanan yang best nie, hahaha.. lepas tu baru la nikmat menjamu masakan mak yang saya bawa dari rumah tadi. Thanks mak sudi masak untuk anak mak yang sorang nie... ^_^

Jemput makan semua.. Oh ada dapat mesej la, ada orang ajak makan jambu kat bilik dia~ hee

teringat makanan masa kat Mid ari tu~

Haa.. best gle dapat mnum air kelapa
fresh lg tu~

oh nie feveret adik sy~

Itu air milo.. yummy

Ni makanan sampingan~
hee

best gle smbal dia~!
Dah2 cukup, jom kita makan..

Thursday, February 17, 2011

Shoutul Wardah


Alhamdulillah dah selesai pertandingan nasyid semalam, 
wajah menjadi ceria walaupun hakikatnya 
sebelum itu emosi masing-masing agak terganggu.

Tak best rasanya kalau tak bergambar kenangan
dengan rakan-rakan terutamanya dalam 
majlis-majlis begini kan...

Para peserta+penyokong kuat~
Haa dah nampak kan, dah jelas kan.. tengok tu.. masing-masing tersenyum lebar...

Usai pertandingan tersebut, bukan hanya group kami yang mengambil peluang ini untuk bergambar bersama setiap ahli kumpulan. Semua kumpulan yang terdiri daripada PISMP sem 1, 3, 5.. KPLI.. dan tak lupa juga dua lagi kumpulan daripada PPISMP sem 2 sempat bergambar kenang-kenangan.

Oh maaflah, di sini tidak dapat disertakan dengan gambar-gambar bersama ahli kumpulan yang lain.. yang terdiri daripada semua batch yang bertanding pada malam semalam. Kalau nak tengok boleh la usha2 dekat kawan-kawan yang lain ye.. dekat saya tak de.


c's tqah & c's dya~
Ini pula cerita disebalik tabir.. nak ucapkan thanks sangat-sangat dekat member-member dari group TESL yang sudi sangat tolong kitorang ni prepare apa yang patut... Terutamanya dalam bab hias menghias nie.. korang memang terbaik, memang sporting.. memang class la orang kate, kan.. 

Thanks kat korang jugak atas sokongan yang korang berikan.. Azie, wanie, hajar, aimi, najwa n yg lain-lain.. Thanks sgt2 banyak tolong kitorang nih ye!..

Ni my partner masa atas pentas~


yg kiri dgn kanan tu,
org kuat dlm group kami..
sebab suara kuat, Hee~




Ok last but not least, last pic nie masing-masing tengah 
sibuk buat persiapan, azie ngan wanie la
yg paling bz sekali..
kena hiaskan org lain... Hee~

Untuk makluman, setiap gambar yang ada kat atas nie, semuanya atas kebenaran yang diberikan oleh kawan-kawan sekalian. 

oh ok.. dah lambat nie, malam nie ada nasyid lelaki plak... dekat dewan jugak.. Pertandingan yg terakhir..
Good Luck3, terutama buat Mr. Fansuri. *_*


Wednesday, February 16, 2011

Good luck buat group nasyid PISMP sem 1

Malam ni semuanya akan terlaksana juga, setelah mereka semua bertungkus-lumus sampai masing-masing demam, dan tak kurang juga yang sakit tekak dan batuk-batuk, semuanya gara-gara mereka terlalu bersungguh-sungguh berlatih nasyid.

Actually macam yang empunya blog pelangimaya cakap, walaupun bukan merancang untuk masuk pertandingan nasyid nie dari awal lagi, hanya kerana  mahu menghantar wakil daripada PISMP sem 1, semuanya gigih berusaha dengan sehabis mungkin.

Nanyi sudah, gaya pun sudah, goyang pun sudah (ahaks jangan marah kawan2 ku), oh terlupa buat solo yang dikasihi.. tarik suara pun sudah.. apa yang sudahnya sebenarnya ni? sudah berlatih la jawapannya.. 

Haa maka malam ni adalah kemuncaknya yang mana lepas nie kita x yah penat-penat berlatih lagi.. haha..
Bertuah punya budak, dush3.. nie dah pukul tujuh malam, sekejap je lagi akan bermula pertandingan nasyid tersebut. Pukul sembilan tau.. kami group yang terakhir, meh datang ramai-ramai bawak sekali rumate, clasmate,   soulmate (eh nie nasyid perempuan sahaja, berlainan jantina tidak dibenarkan jadi penonton atas sebab-sebab tertentu).

harap-harap entri ni dapat lah serba sedikit jadi pembakar semangat buat kita semua. Kita dah berusaha sebaik mungkin. Bertawakkallah kepada Allah, semoga Allah membantu kita dan mempermudahkan segala urusan bagi kita pada malam ini. Ushh terasa juga gigilnya masa taip entri ni huhu (sempat lagi plak buat satu entri ye).. Rileks2 cool..

Buat ahli-ahli nasyid sekalian.. Demi cinta Zainab, meh kita berusaha!! tiada yang mustahil. Tanpa melengahkan masa lagi saya mempersilakan kumpulan Shoutul Wardah yang dianggotai oleh kak tika, kak asma', kak nadiah, zati, iffah, ira (me~huhu), su, ida, huda, syira naik ke pentas untuk mendendangkan lagu Demi Cinta Zainab.. (puteri Rasulullah).

Grrrrrr... gigil kot..


Sunday, February 13, 2011

Mari sini saya nak cerita..


Salam pertemuan kembali.. 

Malam ni nak cerita atau bagitahu semua tentang sesuatu perkara.
Lazimnya, majlis perkahwinan di Melaka mesti satu perkara ni memang tak pernah tertinggal untuk dilakukan.

Jom tengok gambar-gambar ni... 


Pihak yang bertanggungjawab bersiap sedia untuk melaksanakan tugas
membakar bunga api buluh..

Pengantin dan rombongan pihak sebelah bersiap sedia
untuk berarak ke rumah pengantin..


Pengantin perempuan bersama pengapitnya


Bunga api buluh dibakar,
diiringi dengan pukulan kompang

Kesemua bunga api dibakar
bagi memeriahkan suasana


Ahli bomba nyalakan api, haha


Ni la bunga api buluh 
Dah tengok kan..
Actually, terpanggil untuk buat entri ni sebab saya pernah berbual dengan seorang rakan yang ditempatnya tak ada benda alah bunga api ni masa majlis perkahwinan. Saya tak pasti kat lain-lain tempat ada ke tak benda macam nie.

Macam mana dengan tempat kawan-kawan semua? Adakah sama macam di tempat saya?.. Adat-adat yang lain rasanya tak banyak perbezaan dari tempat-tempat yang lain. Kalau berbeza pun dari segi konsep atau pilihan yang mungkin mengikut citarasa pengantin dan perkembangan semasa. Sememangnya perkahwinan bukan sesuatu perkara yang boleh diambil mudah dan remeh.

Mungkin kalian juga punya sesuatu untuk dikongsikan tentang majlis perkahwinan di tempat masing-masing kan.. jom la.

Mengimbau nostalgia lama..


Melaka telah dijajah pada 1511 oleh Portugis diikuti dengan
Belanda, Inggeris dan akhirnya jatuh ke tangan Jepun.

Hasilnya, tinggallah bangunan ini sekarang...

Kota A'famosa


Bukit St Paul
Datang melaka dengan stamina yang cukup dan tenaga yang mantop, 
agar dapat daki bukit St Paul dengan cemerlang. Perghh sila jangan cuba 
pakai high heel kalau tak nak rasa kaki anda menggigil*

*berdasarkan pengalaman.. *-*





Penat jalan-jalan, mari naik Menara Taming Sari..

RM 10 setiap seorang




Sebelum sampai ke bawah..


Dah selamat sampai,
masa untuk keluar..





Pemandangan dari atas menara,
 nampak Muzium Samudera~
(yang kapal tu la)

Pemandangan sekitar Dataran Pahlawan (dp) 

Oh ni la Bandar Hilir..

This is entry malas nak cakap banyak.. Sebab tu gambar yang banyak.. huhu

Jadi...

Terima kasih banyak-banyak..

Sudi tengok gambak..

hehehehe..

Friday, February 11, 2011

Tugas si penjaga masa..

Selesai sudah 3 pertandingan bagi Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Tafsir dan Hafazan yang masing-masingnya di jalankan serentak di tiga tempat yang berlainan semalam. Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang MUTTHQSN.. Yang mana ianya adalah singkatan bagi Majlis Ujian Tilawah Tafsir Hafazan Quran Syarahan Nasyid.

Dikejutkan dengan mesej yang diterima daripada salah seorang rakan seperjuangan di bumi Iptho ini yang meminta saya untuk melaksanakan satu tugas penting dalam pertandingan Tafsir, saya bergegas mempersiapkan diri untuk melaksanakan tugas tersebut meskipun maklumat yang diterima hanya satu jam setengah daripada masa pertandingan bermula. Al maklumlah, belum ada pengalaman. Hah, apa dia agaknya tugas tersebut ye..

Penjaga masa. Itulah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri saya semalam. Tugas saya pada malam itu amat penting bagi semua peserta pertandingan Tafsir. Di situlah mereka boleh berkira-kira untuk menghabiskan segala macam hujah yang boleh diketengahkan sebelum menyusun kata-kata untuk menamatkan syarahan.

Masa yang diberi bagi setiap peserta adalah selama 10 minit sahaja. Masa dikira sebaik sahaja peserta bersuara untuk memulakan syarahan mereka yang sememangnya sangat hebat dan mantap. Loceng pertama dibunyikan pada awal 8 minit bagi memberi peringatan kepada peserta bahawa mereka hanya mempunyai 2 minit sahaja lagi sebelum masa tamat. Berbunyi saja loceng sebanyak dua kali, maka tamatlah masa yang mana segala isi yang dinyatakan selepas itu tidak akan diadili oleh para juri hakim.

Menurut pengalaman seorang rakan yang menemani saya melaksanakan tugas tersebut malam semalam, bunyi loceng sememangnya mendatangkan perasaan yang takut dan gemuruh buat peserta. "cuak sungguh".. itu katanya.

Selesai kesembilan-sembilan peserta mentafsirkan ayat Al-Quran, ketua hakim menyampaikan ulasan keseluruhan berkenaan pertandingan tersebut. Beliau banyak memberi tips yang sangat bermanfaat buat semua. Katanya, kita perlulah melatih diri bercakap agar gaya bahasa dan pertuturan kita lancar dan baik. Berlajarlah bercakap daripada orang yang menjual ubat di pasar malam kerana cara percakapannya sangat bagus. Lihat saja di mana-mana pasar malam di seluruh negara, pasti kita akan terjumpa suasana di mana orang ramai akan berkerumun pada gerai si penjual ubat dan mendengar apa yang dikatakan oleh penjual ubat tersebut. Nah, fikirlah, masakan orang ramai akan tertarik jika tukang penjual ubat tidak pandai memujuk orang ramai datang ke tempat jualannya.???

Yakinlah dengan apa yang kita tuturkan dan jangan ragu mengeluarkan sebarang pendapat. Jangan menyelangi pertuturan dengan hanya menyebut aaa.. aaa.. aaa.. Hapuskannya! huhu.. ~ Dan yang penting juga  antara tips yang diberikan ialah, rasalah bahawa diri kita hebat semasa bercakap dan jangan sekali-kali rasa para penonton lebih tahu daripada kita tentang apa yang mahu kita sampaikan pada hari itu. Rasa itulah yang akan memupuk keyakinan terhadap diri kita semasa bercakap dikhalayak ramai.

Apa yang saya lalui semalam merupakan pengalaman baru buat saya. Pengalaman yang semestinya menjadikan saya lebih tahu dan dewasa tentang kehidupan ini. Tambahan pula dengan melihat banyak ragam dan gelagat manusia yang bermacam-macam, sememangnya menarik untuk di pelajari dan diteladani...

Thursday, February 10, 2011

Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok

Kalau dah namanya cuti, adalah lebih baik jika diluangkan dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ni kali pertama saya sampai kat tempat ni, nak tahu kat mana, jom tengok gambar2 ni, ada masa boleh la pergi..


Haa.. ni dia, mandi sungai, perkara yang tak jarang dan tak selalu kami sekeluarga lakukan. Memang jauh nak sampai kat sini, lagi-lagi tempat yang tak biasa dikunjungi. Cuak gak nak masuk tempat ni. Jalan dia sebijik macam jalan nak pergi sekolah tempat paksu mengajar kat Sabah dulu. Tapi satu je yang lain, jalannya ber-tar. Senang sikit.

Sampai-sampai je, angkut semua barang yang ada, termasuk segala makanan yang dah mak sediakan sejak pagi tu, kitorang adik beradik tak terus terjun dalam sungai. Sabar la dulu beb. Masing-masing gi survey tempat yang sesuai, tak nak la terlalu bawah, nanti rasa daki orang yang mandi kat sebelah atas je. Tak fresh langsung la.




 Ni gambar saya ambil dari atas jambatan. Nampak macam cetek je, tapi boleh tahan dalamnya.



jaga kebersihan..!


menikmati keindahan semula jadi ciptaan yang Maha Agung.




Rasa tak puas mandi sungai dengan keluarga walaupun masing-masing dah menggigil kesejukkan. Tetapi disebabkan hari dah petang, ayah mengajak kami pulang sebelum malam menjelang. Kalau nak diikutkan masih banyak lagi gambar yang mahu di upload di sini tetapi memandangkan ianya mengambil masa yang agak lama, jadi saya hanya dapat kongsikan beberapa gambar sahaja.

Nikmati cuti anda tak kira apa pun aktiviti yang dilakukan bersama keluarga mahupun kawan-kawan tersayang.

Cuti-cuti Malaysia...!



Monday, February 7, 2011

Kerinduan..

Kalau Fiq Mentor nyanyi lagu tiga malam tanpa bintang, tapi malam nie apa yang saya rasa lebih sesuai untuk dikatakan ialah sepuluh hari tanpa laptop. Kawan-kawan nak tahu kenapa? Pertama, sebab cuti saya lebih daripada kawan-kawan yang lain iaitu sebanyak sepuluh hari. Haa kenapa agaknya ek?? Tu yang kita nak tahu tu.. hehehe

Apa kena mengena cuti dengan laptop? kemana agaknya laptop menghilangkan diri? Sibuk sangat ke sampai tak boleh langsung nak buka lalu terus tekan button on dekat laptop ni.? Oh hidup ni memang penuh dengan persoalan, yang kadang kala kita sendiri tak mampu nak jawab dek kerana tak tercapai akal.. mu.

Rindu nak berblogging. Rindu nak tekan setiap button huruf yang ada dekat laptop ni. Rindu nak mengarang cerita-cerita yang boleh dikongsikan dengan semua kawan-kawan. 

Tapi bila difikirkan balik, ada hikmahnya ni semua berlaku. Huhu yang paling senang macam simple sentence la katakan.. laptop juga perlukan rehat seperti manusia. Hah kalau dah lama sangat bekerja siang dan malam, dari pagi ke petang, sapa yang tak penat kan. Tu la yang jadinya hang (bukan hang tuah, lekir, lekiu, jebat, kasturi okeh, sila baca dengan sleng english), dan banyak lagi segala macam jenis masalah lah yang boleh menimpa. maka dengan bagi cuti tanpa gaji pada laptop kamu, ia akan jadi semakin sihat dan cerdas untuk berkhidmat dengan kamu. Huhuhu serius ni yang ade dalam minda lewat 1 pagi ini.

Alhamdulillah dah cuti lama, dah puas lepaskan rindu pada keluarga, masanya untuk balik ke kampus tercinta. Cuti yang lalu dapat diisi dengan sebaiknya walaupun Melaka antara negeri yang tersenarai mengalami banjir selain negeri-negeri yang lain. 3 daerah terjejas yang mana untuk mengulang mata pelajaran geografi yang lepas, Melaka sememangnya hanya mempunyai tiga daerah sahaja.. Melaka tengah, Alor Gajah dan Jasin.. Ketiga-tiga daerah ini terlibat dengan banjir. Alhamdulillah tempat atau kawasan tempat tinggal saya tidak mengalami banjir. Semoga semua mangsa-mangsa banjir dapat bersabar dengan ujian ini hendaknya.

Lama dah tak update blog ni. Macam blogger2 yang lain cakap, dah bersawang dah jadinya. Hai la blog.. kesian kat ko tak de orang kemaskan kan kan.. Cuti saya penuhkan dengan bekerja selama 2 hari sahaja. yang selebihnya saya dan adik tinggal di rumah nenek sehinggalah ahli keluarga saya yang lain balik ke Melaka. Tinggal dengan nenek dan atuk, macam-macam perkara baru yang saya pelajari. Sehinggakan laptop pun tak rasa nak di on kan. Suasana kampung membuatkan mata saya cepat rasa mengantuk. Lepas makan malam, duduk-duduk rehat menyandaw mata terus rasa mengantuk. Agaknya macam tu kot orang-orang yang tinggal dekat kampung rasa bila malam. Tu yang awal mereka masuk tidur. Dekat rumah sendiri, jarang saya tidur awal gile macam kat rumah nenek. 

Tapi jangan risau, saya sudah kembali ke dunia blog ini. Menggerakkan jari-jemari menulis sesuatu untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Cewaahh ayat tak menahan aku ni. ye memang saya rindu pada dunia blog ni. Sebab tu tajuk entri kali ni kerinduan.... Hee~

p/s: Mahu cuba berblogger?. Seronok tau..