Friday, February 11, 2011

Tugas si penjaga masa..

Selesai sudah 3 pertandingan bagi Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Tafsir dan Hafazan yang masing-masingnya di jalankan serentak di tiga tempat yang berlainan semalam. Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang MUTTHQSN.. Yang mana ianya adalah singkatan bagi Majlis Ujian Tilawah Tafsir Hafazan Quran Syarahan Nasyid.

Dikejutkan dengan mesej yang diterima daripada salah seorang rakan seperjuangan di bumi Iptho ini yang meminta saya untuk melaksanakan satu tugas penting dalam pertandingan Tafsir, saya bergegas mempersiapkan diri untuk melaksanakan tugas tersebut meskipun maklumat yang diterima hanya satu jam setengah daripada masa pertandingan bermula. Al maklumlah, belum ada pengalaman. Hah, apa dia agaknya tugas tersebut ye..

Penjaga masa. Itulah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri saya semalam. Tugas saya pada malam itu amat penting bagi semua peserta pertandingan Tafsir. Di situlah mereka boleh berkira-kira untuk menghabiskan segala macam hujah yang boleh diketengahkan sebelum menyusun kata-kata untuk menamatkan syarahan.

Masa yang diberi bagi setiap peserta adalah selama 10 minit sahaja. Masa dikira sebaik sahaja peserta bersuara untuk memulakan syarahan mereka yang sememangnya sangat hebat dan mantap. Loceng pertama dibunyikan pada awal 8 minit bagi memberi peringatan kepada peserta bahawa mereka hanya mempunyai 2 minit sahaja lagi sebelum masa tamat. Berbunyi saja loceng sebanyak dua kali, maka tamatlah masa yang mana segala isi yang dinyatakan selepas itu tidak akan diadili oleh para juri hakim.

Menurut pengalaman seorang rakan yang menemani saya melaksanakan tugas tersebut malam semalam, bunyi loceng sememangnya mendatangkan perasaan yang takut dan gemuruh buat peserta. "cuak sungguh".. itu katanya.

Selesai kesembilan-sembilan peserta mentafsirkan ayat Al-Quran, ketua hakim menyampaikan ulasan keseluruhan berkenaan pertandingan tersebut. Beliau banyak memberi tips yang sangat bermanfaat buat semua. Katanya, kita perlulah melatih diri bercakap agar gaya bahasa dan pertuturan kita lancar dan baik. Berlajarlah bercakap daripada orang yang menjual ubat di pasar malam kerana cara percakapannya sangat bagus. Lihat saja di mana-mana pasar malam di seluruh negara, pasti kita akan terjumpa suasana di mana orang ramai akan berkerumun pada gerai si penjual ubat dan mendengar apa yang dikatakan oleh penjual ubat tersebut. Nah, fikirlah, masakan orang ramai akan tertarik jika tukang penjual ubat tidak pandai memujuk orang ramai datang ke tempat jualannya.???

Yakinlah dengan apa yang kita tuturkan dan jangan ragu mengeluarkan sebarang pendapat. Jangan menyelangi pertuturan dengan hanya menyebut aaa.. aaa.. aaa.. Hapuskannya! huhu.. ~ Dan yang penting juga  antara tips yang diberikan ialah, rasalah bahawa diri kita hebat semasa bercakap dan jangan sekali-kali rasa para penonton lebih tahu daripada kita tentang apa yang mahu kita sampaikan pada hari itu. Rasa itulah yang akan memupuk keyakinan terhadap diri kita semasa bercakap dikhalayak ramai.

Apa yang saya lalui semalam merupakan pengalaman baru buat saya. Pengalaman yang semestinya menjadikan saya lebih tahu dan dewasa tentang kehidupan ini. Tambahan pula dengan melihat banyak ragam dan gelagat manusia yang bermacam-macam, sememangnya menarik untuk di pelajari dan diteladani...

3 comments:

amniey91 said...

bgus pnjga msa ni...hehe...:D

Srikandi Cinta said...

haha.. cik amniey kne try jgk nnt..
bru best..

amniey91 said...

hui...nak try??
pergh xlayak tu n xpandai,jadi penonton je la..hehehe