Sunday, March 27, 2011

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) - 1

 Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan sangat lancar atas bantuan Allah swt. Lima hari di Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak (SKST) bersama dengan 8 orang guru pelatih yang lain sangat menyeronokkan. Rasa tak puas pula berada di sekolah tersebut selama 5 hari. Banyak pengalaman berharga yang dapat dikutip sepanjang tempoh tersebut. Ini memang Pengalaman Best Sekali (PBS) kami!!


Bermacam-macam persoalan bermain dibenak fikiran sebelum kaki melangkah ke Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak yang menjadi pilihan saya dan rakan-rakan untuk melaksanakan PBS buat kali pertamanya pada sem 1 ini. Hati rasa semakin berdebar-debar ditambah pula dengan cerita daripada rakan-rakan yang dah pun selamat memulakan PBS mereka. Apalah yang akan kami lalui nanti ye... ??

Hari Isnin bersamaan dengan 21 Mac 2011, seawal jam 6.45 pagi, saya, Izati dan kak Nadiah dah pun bertolak dari rumah yang terletak di Bukit Gambir untuk ke sekolah berdekatan dengan bandar Tangkak. Kira-kira 15 minit perjalanan kami sampai ke sekolah. Sesampainya disana, 4 orang guru pelatih dah pun terpacak dekat sekolah. Sapa mereka ni?? Hazman, Hamzi, Shamsuri dan Syazwani sampai lebih awal daripada kami.

Alhamdulillah kami sampai awal, dapat tengok murid-murid SKST datang sekolah dengan pelbagai jenis kenderaan. Ada yang naik van, motor dan kereta dan tak kurang juga mereka datang ke sekolah ditemani dengan ibu bapa terutamanya bagi murid Tahun 1 dan Prasekolah. Yang dah besar, harapnya dah boleh berdikari kan.. :)

7.15 pagi, kami ke tapak perhimpunan bersama dengan guru-guru yang lain untuk Perhimpunan Sekolah. Sebelum perhimpunan bermula, kami sempat bersalam-salaman dengan guru-guru di sekolah tersebut. Alhamdulillah kedatangan kami semua disambut dengan baik dan mesra. Kami yang datang ni pun ceria je jadinya.

guru-guru yang banyak membantu!
 Waktu perhimpunan, kami diperkenalkan kepada semua warga sekolah. Ya Allah tak dapat nak digambarkan perasaan ni bila berdiri bersama-sama dengan guru-guru lain menghadap para pelajar. Serius rasa betul-betul dah jadi cikgu masa tu.

Guru Besar menyampaikan hadiah
bagi kelas yang bersih~

suasana perhimpunan SKST
 Semua pelajar bergerak ke kelas masing-masing mengikut kelas setelah tamatnya perhimpunan.


5 org guru pelatih lelaki ~

ini barisan guru pelatih perempuan..
cikgu syazwani, izati, nadiah..

 Ok dah selesai perhimpunan, kami semua pergi ke pejabat untuk menulis rekod kedatangan guru.

Pejabat sekolah

Ini bukunya~
 Bila dah sudah tulis nama, masa tiba di sekolah dan tanda tangan pada buku kedatangan seperti gambar di atas, kami terus ke bilik mesyuarat. Haaa hari first datang dah kena meeting lorh. huhu. Best tu..
Aktiviti pagi kami dimulakan dengan sesi taklimat daripada Guru Besar SKST dan juga dua orang guru yang akan menjadi mentor kami sepanjang kami berada di sekolah tersebut. Masa tu pukul 8.10 pagi.

Terharu bukan?? Dua orang guru pembimbing yang dilantik semestinya akan memudahkan segala urusan kami  semasa PBS ini. Kami bertuah kerana tidak dibiarkan terkontang-kanting begitu sahaja oleh pihak sekolah. setiap langkah yang ingin kami lakukan akan dipastikan berjalan dengan lancar. Cikgu-cikgu di sini kalau kami tak tanya, mereka yang akan tanya dulu.. " Ada apa-apa lagi yang belum settle dan boleh dibantu?" Sampai macam tu sekali layanan yang diberikan pada kami semua.

Guru Besar dan mentor kami~ 
Guru besar memulakan taklimat dengan mengucapkan selamat datang kepada kami guru-guru pelatih. Secara ringkasnya, kami dimaklumkan tentang latar belakang sekolah yang di bina sejak zaman British lagi. Oh yang paling menarik, sekolah ini masih mengekalkan lagi blok lama sekolah tersebut yang pernah menjadi markas British. Nanti kita tengok gambarnya ye.. Kami juga turut dimaklumkan tentang selok belok sekolah, keadaan sekolah dan macam-macam lagi. Kiranya apa yang ada dekat sekolah itu diberitahu kepada kami semua.

Selain itu, sesi perkenalan dengan semua guru pelatih telah dilakukan juga pada taklimat tersebut. Nak kenal dengan semua guru-guru?? Seramai 6 orang dari Iptho yang terdiri daripada Hazman, Hamzi, Hazirah, Izati, Nadiah dan Syazwani. Shamsuri dari Ipg Ipoh. Faiz dari Ipg Bt Lintang, Kuching. Nazrin dari IPIS.

Segala soalan kami dapat ajukan terus kepada Guru Besar dalam sesi taklimat pada pagi itu. Beliau juga begitu prihatin terhadap kami semua dengan mengambil tahu assignment yang perlu kami siapkan untuk PBS ini. Kami juga turut mendapatkan kebenaran Guru Besar untuk mengambil gambar, mendapatkan maklumat, melihat guru mengajar di dalam kelas dan lain-lain lagi. Ada juga antara kami yang bertanya adakah kami semua dibenarkan untuk menegur dan membetulkan kesalahan yang murid lakukan. Alhamdulillah segalanya disambut baik oleh Tuan Guru Besar dan memberi kebenaran kepada kami untuk melakukan segala yang baik untuk tugasan kami. Guru Besar memang best, sporting dan sangat mudah untuk memberikan pertolongan dan kerjasama kepada kami.


Puan Norhanita menunjukkan fail yang boleh dijadikan rujukan pada subjek Bahasa Melayu dan lain-lain.

Selesai sudah sesi taklimat dan perjumpaan bersama Guru Besar dan guru pembimbing kami, memandangkan masing-masing dah mula rasa lapar yang teramat (mungkin juga ada yang tak sempat sarapan pagi itu) kami terus menuju ke kantin sekolah. Cadangnya nak makan di luar sahaja, tetapi kami diajak juga makan di dalam (tempat guru). Ingat lagi ada seorang cikgu ni kata.. " Makan la kat dalam, dah jadi cikgu dah pun..". 

Wawww.. malu jadinya, hehe, tak sangkakan dah jadi cikgu pun.. So, kitorang pun makan la kat bahagian guru.

ok masa nie tgh tggu yang lain utk makan sama2~


Kebetulan masa kitorang baru je habis makan, murid-murid pun dah mula keluar rehat.. So masing-masing dengan bakat keguruan yang ada dalam diri masing-masing pergi la memantau murid makan (sambil tangan tak putus-putus menekan button pada camera, hehe)

tahap 1

sebelum makan sempat posing lg ye~

ini juga~!

ni buat2 terkejut
haha!!
Habis rehat, kitorang pun macam tertarik nak ikut murid-murid ni pergi mana.. Ecehh busy body la pulak kan..

Dalam perjalanan, lalu kelas tahun 1.. ini lah yang saya nampak...

kasut yg tersusun~

Botol air letak di luar kelas,
& segala jenis bekal makanan
Dalam sibuk2 nak tahu mereka ni pergi mana, rupenya pergi beratur kat tapak perhimpunan lorh.. 
Ok pic kat bawah nie masa pengawas tengah baca sifir 2, dan diikuti dengan pelajar lain juga. 


Hari pertama saya tak ganti kelas, jadi hanya lepak di bilik jqaf tengok guru-guru mengajar bersama dengan kak nadiah, hamzi dan nazrin, yang lain-lain tak tahu pergi mana.. kebanyakkannya saya tengok kelas darjah 1 dan 2.. Bila tengok guru mengajar, dah dapat tahu teknik, kaedah dan strategi yang guru gunakan dalam proses P&P bersama murid.. Dah belajar pedagogi sem ni... :)

Yang ni memang tak boleh blah la kan, kelakar tengok gelagat budak2 masa belajar. Macam-macam ragam, sakit perut kitorang ketawa.. Dorang memang best la!! dak kecik memang jujur...

murid2 tahun 1
belajar secara terus dengan guru~
dapatkan maklumat ttg jqaf & lain2
khas utk murid2
Stesyen ganjaran tu salah satu cara  yang digunakan nak tarik minat murid untuk belajar. Nanti siapa siap kerja cepat akan dapat hadiah..

Ini mereka..
nazrin, shamsuri, hamzi

hazman dan faiz
1.05.. Pergi pejabat lagi dan tulis masa pulang.. kena balik cepat, petang nanti kena datang sekolah untuk bola tampar dan bola jaring.

4.00 petang.. kitorang dah terpacak dekat sekolah dah, dan tengok budak2 berlatih sementara tunggu jurulatihnya sampai.

bola tampar~
Hari ni sepatutnya ada pemilihan pemain bola tampar, so kitorang kena la main bola tampar petang tu.. Dah lama dah tak main bola tampar ni. Cikgu-cikgu vs murid-murid. Nampaknya guru-guru lagi hebat  dari murid-murid ye.. eceh!

Pukul 6.30 baru kitorang pulang ke rumah, hari pertama PBS dah rasa sangat seronok, macam tu juga kawan-kawan yang lain, semuanya kata seronok. 

Dalam sehari je dah banyak pengalaman yang saya dapat, banyak juga pesanan yang diturunkan kepada kami, terutamanya dalam mendidik para pelajar. Hari ni juga dah rasa macam cikgu yang betul, bukan guru pelatih lagi.. hakhak! perasan! (ini betul2) serius saya katakan memang sangat2 seronok. Walaupun balik rumah semuanya keletihan dan tidur awal sikit la dari biasa, tapi pengalaman ni sangat bermakna dan berharga buat saya.

Ini baru cerita hari pertama, nantikan hari yang seterusnya. Memang sangat2 busy dengan PBS sampaikan tak ada masa nak update blog nie :-)



Sunday, March 20, 2011

Bumi Tangkak

Alhamdulillah selamat juga kami sampai ke Tangkak dengan izinNya tanpa sebarang gangguan atau halangan. Kalau nak diikutkan, time yang macam ni sepatutnya kami pelajar Iptho dah pun pulang ke kampus untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Pengalaman Berasaskan Sekolah atau lebih mesra dikenali dengan PBS akan bermula esok. Itu bagi kami. Ada juga rakan-rakan yang dah pun memulakan tugasan mereka di beberapa buah negeri yang hari persekolahannya bermula pada hari Ahad. Good luck buat mereka semua! Maklum balas yang diterima daripada kawan-kawan macam-macam lah. Ada yang kata best gle! huh itu tak tahu lah membawa maksud sebaliknya ataupun betul-betul kan. Ada juga yang suruh ready untuk waktu perhimpunan.

Apa-apa pun semestinya bermacam-macam pengalaman yang dirasai apabila PBS nanti. PBS kali pertama dalam hidup ceh! kami mulakan di Tangkak. Kami? sapa lagi ye? Saya dan rakan-rakanlah. hah hah! PBS bukan stand for Pengalaman bersiar-siar ye, jadi ada tugasan  yang perlu kami sempurnakan. Bukan main-main, nanti nak kena buat laporan dan hantar pada masa yang ditetapkan. Dengan assignment lain lagi yang bertimbun, yes! saya kena bekerja keras!.

Semalam jemput kawan dari Terengganu yang sampai lebih kurang pukul 6 pagi di Melaka Sentral (MC), then jalan-jalan kejap di Bandar Hilir sebelum meneruskan perjalanan ke Tangkak. Sampai dah petang, tapi sempat singgah pasar malam dekat Taman Tangkak Jaya yang besar gle! Fuhh gle penat nak jalan! Ni member kita yang   tinggal kat Tangkak la yang jadi tour guide nye ye.. Thanks sangat kat beliau lah! Dan juga familynya.. Seronok saya.

Bagi sesiapa yang belum tahu ataupun belum kenal dengan Tangkak nie. Tangkak ni sering dikunjungi pelancong sebab kat sini terkenal dengan Gunung Ledang. Eh bukan gunung sahaja yang ada, mestilah ada air terjun sekali. Yup saya ingat lagi! (flashback kejap) ayah pun banyak kali bawa kitorang adik beradik pergi mandi air terjun kat Gunung Ledang. Sejuk! fresh! best! Jadi, meh datang ramai-ramai.

Oh bukan setakat itu sahaja! Ada lagi ada lagi. Kalau rasa-rasa nak beli kain buat baju kurung, baju melayu, kain, seluar, tudung, baju sekolah, langsir rumah, langsir pejabat, langsir bilik guru meh la datang Tangkak. Banyak kain jual kat sini. Berkedai-kedai, jadi boleh jalan, usha dan pilih mana yang sesuai. Kain batik, english cotton, koshibo, batik 1 Malaysia dan banyak lagi korang boleh dapatkan dekat sini. Nak beli baju raya pun boleh. Banyak kedai kain dekat sini. Jom ikut saya jalan!

Sebenarnya banyak lagi yang saya belum tahu pasal Tangkak ni. Jadi, ni lah masanya nak ambil tahu dengan lebih banyak lagi pasal Tangkak kan. Tak kan nak terperap aje selamanya dekat tempat sendiri, bosan la gitu!  Dan tak kan lah nak dengar cerita daripada pengalaman orang je tanpa tengok dan lihat dengan mata kepala hati sendiri.

Okay, nanti kita cerita lagi pasal Tangkak. nah, nie untuk korang semua...

"JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN"

Friday, March 18, 2011

USIM dalam kenangan

Bila duduk-duduk mengenang masa lampau, tiba-tiba teringat akan memori lama.. Memori bersama rakan-rakan seperjuangan dalam menuntut ilmu.. Hampir dua tahun berlalu, namun semua itu tidak pernah luput dari ingatan ini..

Kucuba mencari kenangan yang disimpan, akhirnya ini yang kujumpa...
Kenangan bermasa mereka.. Budak2 yang sangat best dan menyenangkan, mereka baik,
rajin, pandai dan ceria-ceria belaka..

Tamhidi Perakaunan dan Muamalat 09/10
Class tutorial group 2

Dua yg ditengah..
yg diraikan untuk ke Institut Pend. Guru
hee~

Rindu kamu semua!


Dan pic yang terakhir, diambil di DKP (Dewan Kuliah Pusat) USIM.. Walaupun sekejap, tapi banyak kenangan yang tercipta.. Buat semua kawan-kawan yang meneruskan pengajian di sana, Good Luck buat korang semua! InsyaAllah jadi akauntan yang berjaya!



Thursday, March 17, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Tunangan halalmu hanya selepas nikah!


Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.
Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi  silapnya pada masa kini,  fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.
Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah  pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.
Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zina kedua-dua mata itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah kepada kita semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga.
Rasulullah SAW telah bersabda, "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan." (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya,  ibu bapa yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.
Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.
Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.
Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

Wednesday, March 16, 2011

Shopping Online.

Ini normal. Kalau you all rasa nak beli sesuatu barang yang memang nak digunakan urgent ataupun untuk kegunaan masa depan, start kereta, motor, lori.. ataupun mula duduk atas basikal sebelum memulakan kayuhan... nak pergi mana? Yes, u're rite.. Pergi kedai untuk dapatkan barang yang korang nak tu.

Tapi makin lama dunia makin maju dan terus ke depan tanpa perlu lagi toleh kebelakang. Budak-budak zaman sekarang, hidup dalam dunia ICT. Boleh dikatakan semuanya berada dihujung jari, jari je yang kena berkerja keras untuk dapatkan segala maklumat yang korang nak. Dengan bantuan encik "google".. Segalanya mudah..

Ok itu memang tak dapat nak dinafikan lagi. Orang kata kalau story mory panjang lebar kat sini pun buang karen sebab itu kenyataan yang tak boleh nak dinafikan lagi.

Rata-rata kebanyakkan daripada kita mampu untuk memiliki laptop sendiri. Bagi yang kurang berkemampuan, sama-samalah kita doakan mereka dikurniakan rezeki yang melimpah ruah olehNya.

Pernah tak korang rasa nak shopping, tapi tak de mood nak keluar, atau mungkin malas, atau juga ada kekangan yang membuatkan korang tak boleh meneruskan hajat tersebut. Penah tak? pernah? pernah?

Atau mungkin juga barang yang korang cari tak jugak jumpa kat tempat yang korang cari. Senang cerita korang pun tak tahu kat mana nak cari apa yang korang nak tu.

Hah itu lah yang pernah jadi kat empunya blog yang sedang menaip ni. Berbekalkan dengan laptop kesayangan hadiah daripada ayahanda tersayang, dan juga broadband kesayangan.. Jari mula menjalankan tugas untuk mencari maklumat tentang barangan yang dicari. Normally bagi perempuan akan search pasal tak lain tak bukan baju, kasut, tudung, atau perkara lain-lain. Bagi guys pulak selalunya barang-barang yang dorang cari.. gadget la kan, handphone dan segala macam kawan-kawannya yang lain.

Ada orang tanya, boleh caye ke shopping online ni. Beli barang online ni? Yup, why not! memang boleh dipercayai. tapi awas! jangan terlalu percaya. Yang penting kena pandai pilih tempat la kan. Selidik dulu, kalau boleh, cari egen dulu kat tempat yang berdekatan dengan tempat tinggal korang. Kalau tak dapat juga, boleh lah shopping online.

Setakat ni, barang yang saya beli secara online, tempah barang, kemudian bank in duit, dan tunggu barang sampai dalam tempoh seminggu dua, kalau tempah barang oversea makan masa dalam sebulan atau lebih.. Barang-barang yang sampai, semuanya memang puas hati la kan.. Kiranya berbaloi la.

Tak kurang juga ada kenalan yang saya kenali, memang hobinya beli barang dari negara lain. Contohnya macam barangan dari Korea. Manusia ni, kalau dah suka sangat akan sesuatu, mereka sanggup buat apa sahaja. Tak kira lah berjuta-juta pun duit habis.

Ye memang shopping online ni bila dah di kira segala kos, of course la termasuk sekali dengan kos penghantarannya. Sama je kalau korang nak kena pergi kedainya yang jauh berbatu-batu. Kan kena juga kos duit minyaknya. Minyak sekarang bukan murah lagi, dah naik harga. Paling sikit pun satu tangki mau makan 70 80 ringgit.

Macam-macam dalam hidup ni, semuanya senang dah sekarang. Tak payah susah-susah lagi dah. Bukan setakat shopping je dah boleh cara online, bayar bil air, api.. segala urusan yang berkaitan dengan bank dah jadi mudah dah sekarang. Pos Malaysia pun dah mulakan penjualan barang secara onlinenya. Nanti senang-senang boleh la mulakan pencarian maklumat.

Hey, sejak bila awak jadi pendiam!

Bila saya kenal orang yang sangat kuat bercakap, saya suka dengar dia bercakap..
Saya dengar je apa dia cakap sambil tersenyum, saya nak dia tahu yang saya suka dengar dia bercakap,
yela.. nanti kalau saya tak bagi perhatian kat dia, mesti dia sedih.. lepas tu, tak nak lagi cerita kat saya..
Sedihnya macam tu..

Kalau dia rasa nak bercakap tak berhenti pun, saya layankan aje.. saya kata, tak apa.. nanti kalau dia penat, mesti dia berhenti bercakap.. betul tak??

Awak cerita macam-macam kat saya.. Jadi, banyaklah yang saya tahu pasal awak, sapa awak.. apa awak suka, apa yang awak tak suka.. semua saya dapat tahu dari cerita-cerita awak.. Ada seorang kawan saya yang juga boleh masuk kategori orang kuat bercakap, dia kata kat saya.. Saya memang suka menerima.. sebab tak pernah nak bantah apa yang orang cakap, kalau ada nak bantah pun, saya dengar dulu apa yang dia cakap, kemudian baru saya komen..

Saya suka ketawa.. Sebab tu saya suka dengar apa yang awak cerita kat saya, cerita awak best, boleh buat orang ketawa sampai pecah perut, hehe.. Awak pandai buat saya tersenyum dan ketawa.. Awak selalu jadikan hidup saya ceria.. Thanks awak..

Bila awak kata awak tak tahu nak cakap apa, saya pelik.. Eh, kenapa dengan awak.. awak kan kuat bercakap, mesti ada je yang awak nak ceritakan dekat saya. kenapa tiba-tiba awak jadi pendiam. Awak, kenapa nie? awak tak suka ke kawan dengan saya lagi? Saya ada buat salah dengan awak ye.. bagitahu la..
Janganlah jadi diam lagi.. Saya nak awak yang dulu, yang suka sangat bercerita dengan saya.. 

Awak marah ye kat saya, sebab saya ketawakan awak dulu, yela.. dulu kan awak kata, awak nak jadi pendiam.. Tapi saya ketawakan awak.. Kah kah kah, hahahaha... Macam-macam cara la kita ketawakan awak.. Tapi masa tu pun awak ketawa jugak.. 

Kat sini saya cuma nak cakap, saya suka awak banyak cakap!
Hehehehe....


Post kali ini khas buat mereka yang suka bercakap!
yang sememangnya buat diri ini selalu tersenyum dan ketawa,
dengan setiap celoteh!
*-*


Tuesday, March 15, 2011

A way to travel!


Seronok tengok kawan-kawan pulang ke kampung halaman!
Saya?
tak seronok ke?

Mesti lah seronok..!
Sape tak seronok balik rumah jumpa keluarga tersayang kan..
Walaupun tiap-tiap minggu boleh ke Kluang,
atau pun ke Melaka..
tanpa perlu tempah tiket bas..

Alhamdulillah di atas nikmat yang diberikan!
Sesungguhnya semua itu tidak ternilai nikmatnya!

Hantar kawan-kawan ke Terminal Batu Pahat
sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka.
Dah lama tak menghirup udara di Melaka!
Rindu gile la!

Dan kini kembali ke bumi Johor Darul Takzim,
walaupun penat,
ini satu pengalaman yang menyeronokkan!
perjalanan yang memakan masa selama 2 3 jam,
dah lali... huhu

Berehat daripada menghadiri kuliah,
tapi ingat!
assignment dan PBS yang menanti
jangan dilupakan.
Moga di sana menanti sebuah kejayaan daripada usaha yang dipertaruhkan.

insyaAllah pada masa yang ditetapkan,
Tunggu kami bumi Tangkak!!
PBS dengan rakan-rakan yang lain..
kalau tak silap ada la dalam 9 org JE!!
haha..

Ramai kan!
6 org dari Iptho 
dan yang lain-lain..
dari IPG yang lain..
Semoga tugasan dipermudahkan olehNya!

Dan buat semua yang mengenali diri ini..
Selamat bercuti!
Ampun maaf salah-silap,
tersinggung sana sini..
Happy-happy selalu ye!

 And special buatnya...!
Thanks for visit my family!..
An appreciating for u..
from my family and I..!
See u again..


Wednesday, March 9, 2011

THE FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web ini...http://the-faceblog.blogspot.com.

Nanti kita cerita dengan lebih lanjut ye.