Wednesday, March 2, 2011

Larian Merentas Desa - IPTHO 2011



Kejohanan  Larian Merentas Desa peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor telah diadakan pada 1 Mac 2011.

Para pelajar berkumpul di padang seawal jam 7.30 pagi.
Acara dimulakan dengan senaman yang telah dipimpin oleh pelajar KPLI.






Dah selesai senaman, para pelajar perempuan dipersilakan untuk ke garisan permulaan 
bagi memulakan larian.

Untuk makluman, pelajar perempuan dilepaskan lebih awal daripada masa
pelajar lelaki memulakan larian.


Semua pelajar bersiap sedia sebelum larian bermula~


Antara jalan yang dilalui~

Pihak yang bertanggungjawab menjaga
keselamatan kami, Thanks!


Selesai larian merentas desa dan semua pelajar berjaya sampai dengan selamat di Institut tak kira la dengan sendirinya atau pun dengan bantuan ambulans.. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi mereka yang menduduki tempat pertama hingga sepuluh.

Manakala bagi tempat kesebelas hingga lima puluh, 
point yang diperolehi turut menyumbang pada rumah sukan
masing-masing.


Peserta perempuan yang mendapat tempat
pertama, kedua dan ketiga. 

Congrats buat Wanie, yg mndapat tempat
kelima.!!
Selesai acara penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Iptho, semua pelajar bersurai, yang tinggal hanyalah mereka yang terlibat dengan raptai.. Perbarisan bagi setiap rumah sukan dan badan beruniform.





Oh tak lupa juga buat kawan-kawan yang menunggu raptai habis,
dengan menghidangkan minuman...

Air merah,
Rumah Merah.. hee~




2 comments:

amniey91 said...

sempt ag ambik gmbr tyme mrentas desa..ish3..:D

Srikandi Cinta said...

wahaha... pnt berlari amek la gmbar,,
Wee~