Thursday, March 17, 2011

Permohonan ke Institut Pendidikan Guru

Bagi mereka yang mahu memohon untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dahulunya dikenali dengan nama Maktab Perguruan, sila ambil perhatian. Masa untuk memohon semakin suntuk.

Rata-rata kalau saya pergi mana-mana karnival yang berkaitan dengan IPT, bila berselisih dengan orang ramai, ada la juga terdengar mereka bercerita tentang IPG nie.. Kebanyakkan mereka kurang jelas tentang IPG. Apa kos yang ditawarkan, macam mana nak memohon, berapa lama masa kursus yang ditawarkan dan banyak lagi lah.

Jadi, sebagai salah seorang pelajar yang masih lagi menuntut di IPG, saya rasa terpanggil untuk bercerita atau memberi makluman serba sedikit tentang IPG.

Secara kebetulan, adik saya juga masih menunggu keputusan SPM yang insyaAllah akan keluar pada 23 Mac 2011 ini, telah membuat permohonan ke IPG. Jadi secara tidak langsungnya, dapatlah saya mengetahui serba sedikit tentang cara permohonan, kos yang ditawarkan dan lain-lain lagi.

Langkah yang pertama selain melawat ke laman web Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan maklumat, anda-anda semua perlulah ke BSN untuk membeli no pin. Nak buat apa no pin ni? Macam juga permohonan UPU yang memerlukan no pin, macam tu juga lah permohonan ke IPG ni. Sila bawa bersama wang sebanyak RM6 dan isi borang yang disediakan. Selain itu, pin juga boleh dibeli melalui mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional. 

Dah selesai semua urusan di BSN, boleh lah teruskan langkah  yang seterusnya dengan pergi ke laman web Kementerian Pelajaran. klik di sini. Seterusnya boleh klik pada permohonan KPLSPM ( Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia ). Kat sini anda dikehendaki memasukkan no kad pengenalan dan no pin yang telah dibeli di BSN. Lengkapkan maklumat diri mengikut apa yang diperlukan berserta dengan kursus yang mahu dimohon.

Setelah memastikan segala butiran telah dilengkapkan, bolehlah klik pada button yang disediakan untuk menghantar permohonan. Setelah permohonan dihantar, hanya semakan dan kemaskini sebanyak tiga kali dibenarkan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

Kalau nak diikutkan, permohonannya tidaklah sesukar mana, yang penting ada usaha yang dilakukan iaitu dengan rajin membuat pencarian maklumat. Dunia yang semakin maju memungkinkan segalanya.

Untuk segala maklumat yang diperlukan seperti syarat dan kelayakan asas yang dikehendaki apabila memohon, bidang pengkhususan yang ditawarkan, maklumat program dan lain-lain lagi, boleh klik di sini.
Nanti kalau ada sebarang pertanyaan, boleh kemukan pada saya kalau rasa malu nak tanya encik Kementerian Pelajaran. ^_^ InsyaAllah apa yang boleh dibantu, dengan senang hatinya saya akan tolong.

Tolong ambil berat akan tarikh-tarikh penting ini:

Tarikh tutup permohonan:

21 Mac 2011

Semakan Temuduga:

4 April 2011

Temuduga:

11 April - 22 April 2011

Semakan tawaran:

21 Mei 2011

Pendaftaran di IPG:

20 Jun 2011

Calon yang berjaya akan dipanggil temuduga mengikut negeri atau tempat yang dipohon. Calon akan menduduki ujian INSAK, (Intensif Sahsiah Keguruan). Mantapkan diri dengan isu semasa dan pengetahuan am sebelum menjalani proses temuduga. Juga jangan lupa berpakaian formal untuk pergi temuduga. 

Oh ye, boleh dapatkan buku tentang ujian INSAK di kedai buku perhampiran dengan tempat tinggal anda sebagai persediaan awal. Untuk lebih mengetahui, bolehlah bertanya kepada mereka yang berpengalaman terutamanya mereka yang telah berjaya melangkah ke IPG.

Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik. Tugas yang disandang makin mencabar memandangkan banyak cabaran yang perlu ditempuhi dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik generasi yang bakal menjadi peneraju negara kita, Malaysia.  




7 comments:

amniey91 said...

nak masuk jugak la..hahaha..
kira kena beli no.pin la ni yek...:D

Srikandi Cinta said...

Haha.. eh tak boleh2, nie kena tunggu dak2 masuk je bulan 6 t, kena tunjuk jalan g kelas.. huhu

aniss aqilah said...

salam kak no pin untuk upu dengan ipg boleh guna yang sama ke kak ? atau kena beli yang baru ?

Srikandi Cinta said...

wassalam. no pin upu dgn ipg lain2. nnt boleh confirmkan, tanye dkat bsn utk make sure kan tau :)

Anonymous said...

apa laman yg perlu kita bukak n isi??

Anonymous said...

kalau spm punya result kureng boleh kah diterima masuk ipg??

Anonymous said...

apa kah ilmu yg perlu dipelajari untuk hadiri temuduga nanti?