Wednesday, April 27, 2011

Kita & Wang..


Bila dah berada di hujung sem, ataupun di akhir bulan..fenomena ini sering kali berlaku di mana-mana terutamanya yang melibatkan para pelajar di Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara. Kewangan peribadi mula merosot, pada ketika itu perbelanjaan mula dijimatkan bagi memastikan kita tidak "semput" di kemudian hari.

Tidak kurang juga ada yang mula memikirkan alternatif lain untuk menambah wang di poket, gara-gara terdesak, segalanya mungkin berlaku. Yang malas jadi rajin dan bersemangat untuk bekerja. Yang lalai makin peka dengan persekitaran yang boleh menambahkan kewangan yang ada. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Segala peluang tidak mungkin dilepaskan begitu sahaja.

Di sinilah perlunya perancangan awal..
Dalam konteks sebagai seorang pelajar, tidak kira dari mana pun sumber kewangan yang kita perolehi, samaada daripada ibu bapa sendiri, biasiswa, elaun atau mungkin juga daripada PTPTN. Segalanya perlu dirancang daripada awal agar wang yang ada tidak digunakan dengan sia-sia. 

Saya masih ingat lagi antara perkara yang sempat saya pelajari semasa di sekolah menengah dalam matapelajaran Ekonomi Asas dan Prinsip Perakaunan sememangnya banyak mengajar saya dalam mengurus kewangan peribadi. Walaupun kini saya belajar dalam jurusan yang lain , yang boleh dikira jauh daripada jurusan yang diambil sekarang, saya masih boleh mempraktikkan apa yang saya pelajari dahulunya dalam kehidupan seharian.


Berbelanja tidak salah, tetapi perlulah kena pada tempat dan caranya. Saya suka mengingatkan diri saya sendiri bahawa wang yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Syukur bagi mereka yang masih lagi mendapat wang saku daripada ibu bapa mahupun penjaga, saya kira mereka ini sangat beruntung kerana boleh menyimpan dengan lebih banyak lagi untuk kegunaan di masa hadapan. Tidak kurang juga bagi mereka yang hanya bergantung pada wang pelajaran semata-mata, mereka juga boleh menyimpan wang yang ada dengan syarat perlulah berusaha untuk menguruskan kewangan dengan baik.

Untuk mengetahui kemana wang dan perbelanjaan seharian kita dihabiskan, kita boleh membuat akaun perbelanjaan peribadi. Di sini kita dapat lihat di mana wang kita dihabiskan dan berapa banyak yang kita dapat simpan dalam sebulan. Semakan boleh dibuat setiap minggu atau bulan, semaklah sekiranya terdapat perbelanjaan yang tidak penting yang telah kita buat, pada masa yang akan datang, perbelanjaan pada perkara yang tidak begitu penting bolehlah dielakkan. Saya akui, semua ini memerlukan disiplin yang tinggi untuk dilaksanakan. Tanpa disiplin yang kukuh di dalam diri, tidak mungkin semua ini dapat dicapai.

Dalam istilah ekonomi, "sumber yang terhad tidak dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad". Senang saya katakan bahawa sumber merujuk pada kewangan yang kita miliki, manakala kehendak pula merujuk pada segala kemahuan kita untuk memiliki sesuatu barang. Kalau nak diikutkan segala kemahuan yang kita mahu miliki, nescaya terlalu banyak yang mahu kita miliki misalnya pakaian, kereta, motor, buku, dan banyak lagi la kan.

Jadi, wang yang terhad pada simpanan kita, memerlukan kebijaksanaan kita dalam membuat keputusan untuk memastikan mana satu kehendak atau pun keperluan kita. Perkara yang penting perlu diutamakan terlebih dahulu. Meskipun kaum wanita tidak dapat lari daripada perkataan yang di namakan dengan "shopping", nafsu tidak seharusnya dituruti apabila kita membuat keputusan.

Yakinlah bahawa Allah Maha Pemurah, melimpahkan kekayaanNya pada setiap hambaNya. Tidak seorang pun daripada hambaNya dibiarkan begitu sahaja tanpa diberikan rezeki. Dalam kita berpada-pada menyimpan dan berbelanja, jangan lupa membantu mereka yang kurang bernasib baik, jangan lupa untuk bersedekah, jangan pernah lupa untuk menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan kita yang memerlukan pertolongan kita. Saya ingatkan diri saya sendiri dan yang lain, harta yang kita ada milik Allah yang hanya dipinjamkan buat kita untuk menguji sejauh mana kita boleh menguruskannya. Jauhilah sifat kedekut dan tamak, kerana kelak diri sendiri yang akan rugi.

Yakinlah Allah sentiasa ada bila-bila dan dimana-mana sekalipun tidak kira sama ada diwaktu lapang atau di waktu susah. Dalam kehidupan ini, adakalanya kita merasai bahawa wang yang ada di dalam simpanan kita seperti tidak mencukupi, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Sehingga ke akhirnya, kita akan dapat merasai bahawa wang yang ada lebih daripada cukup buat diri kita. 

Mengapakah begitu?

Sekali lagi diingatkan, yakinlah.. Allah tahu apa yang lebih baik buat diri kita. Allah yang menjaga kita, Allah yang mencukupkan segalanya buat hambaNya. 


URUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK
JAUHI KRISIS KEWANGAN 
UNTUK KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA




  

Friday, April 22, 2011

Bila Tuhan Menguji..


Siapa tahu..
dalam sekelip mata, 
segalanya berubah..
Yang hidup diambil nyawanya..
Yang sihat diberikan rehat dengan kesakitan..
Itulah detik bila tuhan menguji..

Siapa tahu,
yang ceria tiba2 bisa bertukar menjadi derita,
Tuhan itu Maha Adil,
andai dengan keperitan..
dapat membuatkan hambaMu ini tidak lalai dan leka,
Jadikanlah hati ini sentiasa redha dengan..
KETENTUANMU..

berita pertama:
Cik ya telah kembali ke rahmatullah
(pensyarah Perkembangan kanak2)
berita kedua:
Adik kemalangan!

sungguh tidak disangka,
dalam sehari dua berita kuterima..
Yang pasti,
berita2 ini menyentap jiwa dan perasan!
Menguji perasaan dan kekuatanku!
Menguji secekal mana hati ini mampu menerimanya..

Siapa tahu..
Mata yang memandang
sedikit pun tidak sama dengan
bahu yang memikul..

Mungkin bukan kita yang kena..
tapi bagaimana jika nanti..
giliran kita pula..
Adakah kuat untuk kita harungi segalanya???

Kulapangkan dada..

Siapa tahu..
Mungkin saja ada hikmah yang besar..
Yang mungkin tidak kita ketahui pada ketika ini..

Yakinlah..
Tuhan itu sentiasa menyayangi hambaNya~

Moga ada sinar terang
di kemudian hari..

*******************************************************

Al-Fatihah buat
Tuan Haji Zakaria bin Kaliman
Pensyarah IPTHO
(18 April 2011)

Takziah buat
Adik tersayang..
Semoga cepat sembuh..
(tragedi 18 April 2011)
3 petang





Saturday, April 16, 2011

Ujian : Bukan Untuk Dikesalkan



"Pernahkah anda rasa keseorangan, rasa tidak mempunyai sesiapa, rasa yang hidup anda sudah tidak berguna?"
Kepulangan anda ke kampung halaman tidak sangat bermakna. Orang lain hidup dalam keadaan bahagia dan gembira dengan keluarga, anda pula rasa tertekan. Kawan yang dulunya sama-sama bergelak ketawa, kini menjadi lawan. Janji-janji manis mahu sehidup semati bersama kekasih kini menjadi cuka kehidupan yang cukup perit untuk ditelan.
Sesungguhnya  Allah S.W.T,  Maha Mengetahui. Justeru, usah dikesal dan dirungut jika ujian datang tanpa disangka dan tanpa diminta. Hadapinya dengan penuh ketenangan dan percaya yang Dia akan sentiasa bersama kita selagi kita percaya. Tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa kita akan kekal menjadi diri sendiri tatkala kita berada di puncak. Kita mungkin berubah tanpa kita sedari, namun segala sesuatu yang akan berlaku esok sudah berada di dalam genggaman-Nya.
Allah S.W.T mencintai kita lalu dia memberi ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita sebelum kita mencapai ke puncak. Tujuannya, agar kita sentiasa mengingati-Nya dalam perjalanan kita mencapai impian diri. Namun manusia, seringkali melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba sewaktu senang. Apabila musibah datang, barulah mahu diingati pencipta-Nya dan pada waktu ini, bibir mula tidak kering dari meminta pertolongan Allah S.W.T, meminta agar diberi kesabaran dalam menempuh ujian-Nya. Baru kita ingat akan musibah itu ialah ujian. Di waktu senang, kita lupa tentang ujian daripada Allah S.W.T untuk melihat masih bolehkah kita mengingti-Nya atau terus hanyut dalam kesenangan hidup di dunia.
Namun, selalu kita kehairanan. Sudah letih bibir menyebut nama Allah S.W.T, meminta agar diberi pertolongan dan kekuatan untuk bangkit semula daripada kegagalan. Hidup ini terasa perit dan jerih tetapi sayang, doa masih tidak dimakbulkan. Jadi, adakah kita mahu berputus asa? Usah begitu kerana Allah S.W.T masih mahu kita merintih kepada-Nya sebelum doa kita dimalbulkan.
Kita sudah lama hidup dalam kesenangan  jesteru apabila jatuh, Allah S.W.T memberi masa yang lama dan panjang untuk bangkit semula dengan harapan agar kita sedar dan bangun daripada tidur yang panjang. Jadi, apabila kita sudah berada dipuncak semula, kita tidak akan mengulangi perkara yang telah berlaku yakni hanya mengingati Allah S.W.T di waktu susah.
Firman Allah S.W.T :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢)وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Maksudnya : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

Jadi ingatlah, yang penting di dalam kehidupan adalah sejauh mana kita telah melangkah dari tempat kita bermula. kita tidak punyai pilihan untuk menentukan tempat kita bermula kerana itu adalah takdir Allah S.W.T tetapi kita mempunyai kemampuan untuk ke mana dan bagaimana kita melangkah. Di dalam langkah kita itu, pasti akan diberi ujian. Namun, ujian itu bukan untuk ditangisi dan dikesalkan tetapi untuk menguatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T.

Thursday, April 14, 2011

Cerita menarik B.I.G


Buat masa nie belum ada ape2 entri pun pasal BIG ni.
Sesuai dengan namanya iaitu
Bina Insan Guru.. 
Jadi banyak benda yang perlu dan boleh
dibina semasa mengikuti BIG ni..

Pada 30 Mac yang lalu, 
dua buah bas yang membawa seramai
62 orang pelajar telah bertolak ke destinasi yang di tuju
iaitu Telok Gorek, Mersing.

ok, senang cite ade dua buah bas la kan..
Satu yang bertutup rapat,
memang xde tingkap..
yang keduanya
tingkap sangat la banyak..
Jadi sapa yang naik bas ni
memang menghirup udara yang sangat segar..

Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam
selepas beberapa kali berhenti..
Membuatkan mata masing-masing ada kalanya
menjadi layu,
ditambah pula dengan deruan angin sepoi-sepoi bahasa,
kebanyakkan guru pelatih telah lena dibuai mimpi 
sehinggalah satu kejadian ni......

dah nak sampai dekat Felda Nitar, 
masing-masing yang tadinya tidur,
ada yang mula terbangun...
Huh, tak boleh kulupakan saat2 itu..

Deria bau yang begitu sensitif 
mula menangkap akan bau sesuatu..
Yang paling kesian pastinya pak cik pemandu bas
sebab beliau la yang paling depan sekali antara kami...
huhu

Tanggapan pertama:
Bau longkang
Tanggapan kedua:
Bau dari kilang
Tanggapan ketiga:
Mungkin juga ada yang melepas dlm bas nie
(huh tapi baunya sangat kuat, mcm tak logik la plak)

Pak cik yang membawa kami 
memusnahkan segala tanggapan yang dibuat.

Oh rupanya lori dihadapan kami ni..
Punca segala bau yang kurang enak dihidu itu..
Cess, bawak tahi ayam!!..
Patut la busuk sangat..
sampaikan yang lena tidur pun, 
boleh terbangun dengan aromanya
Uwekkk..

saat bas menghampiri lori,
kejar pak cik,
jgn tak kejar!!

Saat bas mula memotong lori,
yeah! dapat didengar suara2
sorakkan dari dalam bas..
(bagi semangat supaya cepat ptong)
Bila ingat balik kisah nie..
Hati ketawa kecil,
Gila "wangi" la bau tu..
Memang tak dapat di lupakan..

Dengan keadaan jalan raya pada ketika itu,
Menyukarkan proses bas untuk memintas lori tersebut..

Walaubagaimanapun,
Masing-masing selamat sampai ke Telok Gorek camp site,
temasuk la semua lecturer..
dugaan kecil tersebut pastinya tidak 
mematahkan semangat kami semua..

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Nampak kan..
sifat pertama BIG yang dapat dibina di sini..
"SABAR"

walaupun kita diuji dengan bau..
(^_~)


Tuesday, April 12, 2011

Kisah anak muridku semasa PBS..

Beepp..beepp..
Handphone vibrate..
One new message..

Salam cikgu, sehat?

...........
..........
..........
..........

Cikgu ada facebook x?
kalau tak de saye buat kan..

............
..........

Ok cikgu, nanti dah siap fcbooknye
sye bagitahu cikgu.....

...........
..........

(Handphone direnggangkan dari tangan semula).
*********************************************************************
Kah kah kah..
Saya ketawa, 
yang lain turut ketawa..
macam nak gila dibuatnya,

Saya: Dia ingat aku tak reti ke buat facebook sendiri??
hahahaha

ye, budak2 zaman sekarang memang masing-masing dah celik IT, 
setakat FB, apa ada hal,
tengok, siap offer nak buatkan FB lagi tu..
Betapa terernye mereka..
FB dilihat mendominasi laman sosial yg lain,
yang ada blog ada la 2 org dalam satu kelas,
ade jugak yg ada YM,
myspace,
twitter,
friendster..

Anak murid yang nak buatkan FB untuk saya tu, memang sangat2 care dengan cikgu dia yang sorang nie,
baru je tamat waktu persekolahan. Saya dan yang lain-lain masih lagi di bilik guru berjumpa dengan guru yang lain, dia dah call.. Lalu saya pun cakap begini..

Helo, cikgu dekat sekolah lagi ni,
tak balik lagi..
Tak pe la nanti kamu ada masa 
call cikgu blek ea..

******************************************************
Satu je yang diharapkan, 
semoga mereka semua tidak akan pernah melupakan 
jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh 
seorang guru kpd mereka.. 
Hormatilah Guru Anda~

**Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang lepas..
     Credit to student 4 Arif yg sangat2 best!









Monday, April 11, 2011

Jalan2 sekitar Tangkak

Tangkak. satu nama yang tidak asing lagi bagi penggemar kain... eceh, macam pembaca berita la pulak kan.
Alang-alang dah berada di Tangkak selama seminggu untuk PBS yang lepas,
jadi, maka, oleh itu...
peluang yang ada sama sekali tidak boleh dilepaskan.

walaupun susah sangat nak carik masa lapang untuk jalan2 sekitar Tangkak,
Almaklumlah, cikgu-cikgu yang berjaya katekan... huhu
Kami seboleh-boleh cari juga masa yang ada...

Maka suatu petang, setelah di-plan baik punye, 
kitorang pun jalan2 la sekitar Tangkak nie..
Mujur petang tu tak hujan, cuaca baik...
dengan angin sepoi-sepoi language,
merancakkan lagi perjalanan dan tinjauan kami 
ke kedai-kedai kain yang ada...

Ok nie nak bagitahu pada mereka yang tak pernah atau pun dah lupa macam mana rupanya Tangkak ni,
mungkin jugak korang datang Tangkak masa baby dulu kan..
yela sape tahu....

Jangan terperanjat atau terlopong atau mungkin juga terkesima 
bila tengok kiri kanan depan belakang kedai kain je..
Eh2 mana kedai runcit??
kedai motor??
kedai photostat??
Tak de ke??



pndg depan,
nampak Gunung Ledang

Pizza hut dikelilingi kedai kain~
Ini antara deretan kedai kain yang sempat dirakam..
Kedai2 lain ada, tapi banyaknye kat side lain la kan...
Sepetang jalan2 tengok kain..
sempat la juga bli baju raya se, dua, tiga pasang.. hee~
untuk persediaan awal..
jadi cikgu nie orang kate bukak je almari,
penuh dengan baju... 

Ok dah penat jalan,
malam kitorang jalan2 pulak dekat 
Dataran Tangkak..

suasana yang menyenangkan..

makan..
amek gambar..
Pulang ke Bukit Gambir~



Sunday, April 10, 2011

All i have to give :)

But my love is all I have to give...


Without you I don't think I could live...


I wish I could give the world to you...

But love is all I have to give...

Kenapa?


Suatu hari saya jumpa dia. Saya nampak dia muram. Saya cuba tegur.. Jarang nampak dia begini, saya pun tak tahu kenapa, selalunya dia sentiasa ceria.. Tak pernah masam mencuka macam tu.. Saya jadi pelik dibuatnya.

Saya datang dekat, saya sentuh bahu dia, saya mula menyuarakan pertanyaan saya pada dia.. Saya nak sangat tahu apa yang dia rasa dalam hati. Mana tahu masam di muka dapat dibuang bila saya tahu apa yang dirasa sekarang ni.

Saya pun tanya pada dia. Kenapa dengan dia? mula-mula dia tak nak bagitahu, lama-lama dia mula bersuara, Daripada perbuatan dan apa yang dia cakapkan tu, saya faham bahawa dia terasa dengan saya.. 

kah kah kah.. saya ketawa dan terus ketawa.. kelakarnya, saya tak sangka dia boleh ambil hati dengan apa yang saya cakapkan. Opss mungkin terlebih makan cili agaknya, maafkan saya ye.. Saya jelaskan pada dia, apa yang saya cakapkan bukannye tertuju pada dia. Tapi pada orang lain. Ya Allah kenapa orang yang sepatutnya rasa, tak terasa, tapi yang lain pulak yang terasa. Kesian kat dia, saya sayang dia. Tolonglah jangan ambil hati dengan apa yang saya cakapkan. Jelas ia bukan untuk dia.. Maaflah kalau masa dia terdengar apa yang saya cakap tu, membuatkan ada cebisan luka yang tertinggal di hati. 

Dah2, tolong lah buang jauh2 masam kat muka tu, tak best la tengok dia macam nie. Serius saya tak ada niat langsung nak buat dia terguris. Apa la nasib.... 

Lain yang nak dibuat, lain yang kena...
LAWAK awak nie la..
Senyum sikit la!



Positif..

Malam makin larut, tengok kiri kanan masing-masing dah mula peluk bantal dengan mata yang tertutup rapat.
Seronoknya diberikan nikmat kelapangan dan keselesaan tidur pada waktu malam.  Alhamdulillah tak de sapa nak ganggu kita kan.

Hari ni nak cerita pasal positif la. Dah lama sangat tak mengupdate dengan perkara-perkara yang boleh difikirkan bersama. Tanggungjawab makin bertambah, lebih-lebih lagi masa semua assignment nak dihantar pada minggu yang sama. Kelam kabut dibuatnya. Nah! kan penting membuat sesuatu tugasan pada awal waktunya supaya segala kerja terurus. Sapa yang sanggup dan berkeupayaan berjaga malam, boleh la settlekan tugasan sehingga larut malam. Tapi bagi yang rasa tak boleh tidur lambat tu, dinasihatkan jangan la cuba tak tidur malam buat kerja. Nanti sakit, diri sendiri juga yang susah.

Eh, panjang lebar plak kan perenggan kedua tu, ish3..
Sesuatu perkara itu apabila berlaku, akan membawa tanggapan dan ulasan yang berbeza. Sebab apa?
sebab cara kita berfikir totally memang tak sama. Kalau sama pun ada la kena sikit je la. Sebab itulah ada berjuta-juta jenis pendapat yang berbeza apabila ulasan tentang sesuatu perkara minta dibuat refleksinya. 
macam yang seorang pensyarah cakap dulu, tanggapan kita terhadap sesuatu perkara akan dipengaruhi dengan perkara yang kita fikirkan.

Tahniah la buat mereka yang berani menyuarakan pendapat mereka, memang macam-macam,
orang lain tak ada hak nak halang apa orang lain nak kata. Mungkin itu pendapat mereka. Kita boleh mendengar, setuju atau pun tidak, itu belakang cerita. Ada orang yang rasa apa yang dia fikir betul, akan terus menerus berusaha mempertahankan pendapatnya. Bagus la bagi yang faham akan keadaan sekeliling. Tapi bagi yang tak pernah faham, boleh cuba memahami dengan lebih mendalam rasanya. Tak kenal maka tak tahu, dont judge a book by its cover..

Kita sering diuji bukan atas dasar sesuatu perkara, tapi sebab kita orang Islam. Allah je yang boleh menilai semuanya. 

 Pegang perkara nie selalu..

Ingat kebaikan yang orang buat terhadap kita,
supaya kita kan selalu rasa nak buat kebaikan macam mana seronoknya kita
rasa bila orang lain buat baik terhadap kita..

Ingat kesalahan kita terhadap orang lain terutamanya dengan Tuhan,
agar kita selalu beringat dan sentiasa menjadi pemaaf 
macam kita rasa mahu dimaafkan.

lupakan kebaikan kita terhadap orang lain,
agar tidak kita berasa bangga dan bongkak

Lupakan kesalahan orang terhadap kita.
Jadi insan yang pemaaf, jauh dari rasa hasad dan benci..

Ingat!
kita tak berhak benci sesiapa pun,
kan semuanya hamba Allah juga!



Friday, April 8, 2011

Pemeriksaan kesihatan..


Satu hari saya jalan2..
jalan2 di Dataran Pahlawan, Melaka..
kalau tak tahu kat mana boleh tgk google map okey..
klik klik dan terus klik je. 
senang.

tiba2 nampak nurse ramai2,
apa mereka buat??
kami tengok je, macam berminat..
Oh.. saya jalan dgn kawan, lupa plak nak bagitahu tadi,

mereka pun terus cakap..
mari la miss buat test nie.
test darah sekejap je..
free, tak payah bayar..

kami pun terus datang dekat,
nak tahu dgn lebih lanjut la kononnya, 
rupenye test hiv, hepatitis A & B.
terus kami diberi borang utk diisi..

cek BMI, tekanan darah.
dan akhirnya nurse keluarkan jarum yg besar
dan tajam tu..
ish3 gerunnya saya!

turn saya dulu utk ambil darah, 
huh agak nervous di situ ye!
nie first time kene amek darah tau..
tu yg nervous sikit je la (ceh!)
dan kesan bengkaknya lebih dr seminggu bru hilang.

aduh.. satu tusukan yg dalam dibuat,
nurse tarik2 jarum bagi darah keluar..
darah mula keluar dgn rakusnya!
member yg tengok rasa gerun dibuatnya
haha!

next, turn dia pulak la..
apa payah sangat darah nak keluar.. 
nampak angin je, berbuih2 jadinya..
ish3

beberapa minit kemudian,
kami tahu keputusan hiv, 
alhamdulillah bebas daripada penyakit tersebut..
dah test hiv dah bleh kawen???
itu je komen yg saya banyak dapat bila cakap dah 
pernah buat test ni.
ADEH!
^_^

saat2 sebelum kena 
cucuk dgn jarum!

Monday, April 4, 2011

Tahniah, shoutul wardah!


Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan tahniah 
buat semua peserta group shoutul wardah yang mendapat naib johan 
dalam pertandingan nasyid MUTTHQSN yang lalu.

Walaupun cuma 6 orang je yg dapat jadi wakil
ambil hadiah di pentas semasa majlis maulidur rasul yang lepas..
kejayaan tetap dapat diraikan bersama..
Alhamdulillah dengan berkat usaha dan kerjasama semua,
kita berjaya juga akhirnya!