Wednesday, April 27, 2011

Kita & Wang..


Bila dah berada di hujung sem, ataupun di akhir bulan..fenomena ini sering kali berlaku di mana-mana terutamanya yang melibatkan para pelajar di Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara. Kewangan peribadi mula merosot, pada ketika itu perbelanjaan mula dijimatkan bagi memastikan kita tidak "semput" di kemudian hari.

Tidak kurang juga ada yang mula memikirkan alternatif lain untuk menambah wang di poket, gara-gara terdesak, segalanya mungkin berlaku. Yang malas jadi rajin dan bersemangat untuk bekerja. Yang lalai makin peka dengan persekitaran yang boleh menambahkan kewangan yang ada. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Segala peluang tidak mungkin dilepaskan begitu sahaja.

Di sinilah perlunya perancangan awal..
Dalam konteks sebagai seorang pelajar, tidak kira dari mana pun sumber kewangan yang kita perolehi, samaada daripada ibu bapa sendiri, biasiswa, elaun atau mungkin juga daripada PTPTN. Segalanya perlu dirancang daripada awal agar wang yang ada tidak digunakan dengan sia-sia. 

Saya masih ingat lagi antara perkara yang sempat saya pelajari semasa di sekolah menengah dalam matapelajaran Ekonomi Asas dan Prinsip Perakaunan sememangnya banyak mengajar saya dalam mengurus kewangan peribadi. Walaupun kini saya belajar dalam jurusan yang lain , yang boleh dikira jauh daripada jurusan yang diambil sekarang, saya masih boleh mempraktikkan apa yang saya pelajari dahulunya dalam kehidupan seharian.


Berbelanja tidak salah, tetapi perlulah kena pada tempat dan caranya. Saya suka mengingatkan diri saya sendiri bahawa wang yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Syukur bagi mereka yang masih lagi mendapat wang saku daripada ibu bapa mahupun penjaga, saya kira mereka ini sangat beruntung kerana boleh menyimpan dengan lebih banyak lagi untuk kegunaan di masa hadapan. Tidak kurang juga bagi mereka yang hanya bergantung pada wang pelajaran semata-mata, mereka juga boleh menyimpan wang yang ada dengan syarat perlulah berusaha untuk menguruskan kewangan dengan baik.

Untuk mengetahui kemana wang dan perbelanjaan seharian kita dihabiskan, kita boleh membuat akaun perbelanjaan peribadi. Di sini kita dapat lihat di mana wang kita dihabiskan dan berapa banyak yang kita dapat simpan dalam sebulan. Semakan boleh dibuat setiap minggu atau bulan, semaklah sekiranya terdapat perbelanjaan yang tidak penting yang telah kita buat, pada masa yang akan datang, perbelanjaan pada perkara yang tidak begitu penting bolehlah dielakkan. Saya akui, semua ini memerlukan disiplin yang tinggi untuk dilaksanakan. Tanpa disiplin yang kukuh di dalam diri, tidak mungkin semua ini dapat dicapai.

Dalam istilah ekonomi, "sumber yang terhad tidak dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad". Senang saya katakan bahawa sumber merujuk pada kewangan yang kita miliki, manakala kehendak pula merujuk pada segala kemahuan kita untuk memiliki sesuatu barang. Kalau nak diikutkan segala kemahuan yang kita mahu miliki, nescaya terlalu banyak yang mahu kita miliki misalnya pakaian, kereta, motor, buku, dan banyak lagi la kan.

Jadi, wang yang terhad pada simpanan kita, memerlukan kebijaksanaan kita dalam membuat keputusan untuk memastikan mana satu kehendak atau pun keperluan kita. Perkara yang penting perlu diutamakan terlebih dahulu. Meskipun kaum wanita tidak dapat lari daripada perkataan yang di namakan dengan "shopping", nafsu tidak seharusnya dituruti apabila kita membuat keputusan.

Yakinlah bahawa Allah Maha Pemurah, melimpahkan kekayaanNya pada setiap hambaNya. Tidak seorang pun daripada hambaNya dibiarkan begitu sahaja tanpa diberikan rezeki. Dalam kita berpada-pada menyimpan dan berbelanja, jangan lupa membantu mereka yang kurang bernasib baik, jangan lupa untuk bersedekah, jangan pernah lupa untuk menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan kita yang memerlukan pertolongan kita. Saya ingatkan diri saya sendiri dan yang lain, harta yang kita ada milik Allah yang hanya dipinjamkan buat kita untuk menguji sejauh mana kita boleh menguruskannya. Jauhilah sifat kedekut dan tamak, kerana kelak diri sendiri yang akan rugi.

Yakinlah Allah sentiasa ada bila-bila dan dimana-mana sekalipun tidak kira sama ada diwaktu lapang atau di waktu susah. Dalam kehidupan ini, adakalanya kita merasai bahawa wang yang ada di dalam simpanan kita seperti tidak mencukupi, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Sehingga ke akhirnya, kita akan dapat merasai bahawa wang yang ada lebih daripada cukup buat diri kita. 

Mengapakah begitu?

Sekali lagi diingatkan, yakinlah.. Allah tahu apa yang lebih baik buat diri kita. Allah yang menjaga kita, Allah yang mencukupkan segalanya buat hambaNya. 


URUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK
JAUHI KRISIS KEWANGAN 
UNTUK KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA




  

3 comments:

amniey91 said...

haha..terasa sy...haha..:D

Srikandi Cinta said...

haha!.. opss maaf la, xde niat nk buat sape2 trase :)

Ms. Littlewing said...

food info and contents...keep writing good story so that we can sharing and caring together.