Tuesday, May 31, 2011

Masa pantas berlalu. Azam bagaimana??

Apa khabar semua?? Sihat?? 

Wahaha.. Niat dihati nak buat entri awal pagi tadi, tapi dihalang gara-gara hujan lebat yang turun diikuti dengan paluan guruh dan petir di langit. Eceh! Terus je disconnect broadband dan tutup laptop laju2, OMG nanti kalau ter-panah sapa nak tanggung?!

Cik Srikandi ni memang suka menggunakan ayat2 bom.. Bom ape?? haa fikir-fikir lah sendiri. Sapa tahu jawapannya dia memang terer. 

Cakap pasal masa ni kan, yang membuatkan Tuan Blog ni tertarik sebab hari ni merupakan hari terakhir dalam bulan Mei tahun 2011. Ish3, pantas sungguh masa berlalu, rugi rasanya kalau kita biarkan ia berlalu begitu saja. Sia-sia jadinya.

Masa ingat azam kita di awal tahun?? Masa ingat lagi tak bagaimana kita pada ketika itu semangat luar biasa muncul di dalam diri kita untuk memulakan hidup baru yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Tuu dia, ayat cikgu dah mai dah... Haha.

Wahai kawan2 sekalian, jom kita semak balik azam kita, diri kita. Yang mana salah kita perbetulkan. Yang mana kurang kita tambahkan. Tak kan nak tunggu hujung tahun nanti kot baru terkial2 nak capai azam. Masa tengah tahun nie la banyak masa lagi untuk kita perbaiki diri.

Betulkan yang biasa
Biasakan yang betul.

.: Terpegun tengok baju pengantin Ahmad Fedtri Yahya dan pasangannya. Style Arab lagi tu ! Suke3


Terbakar!

Ini serius! 

Masa on the way balik rumah lepas jalan2 kat Kluang Mall tadi, sampai dekat satu kawasan berdepan dengan sebuah kawasan perumahan..

Ya Allah! ape tu?? Api??!! Ye, yang pasti kami semua lihat api yang sedang marak, besar sangat! Menjulang di satu kawasan.. Kawasan tu tepi jalan, bersemak sikit! 

Saya nampak ada polis juga di situ, saling tarik menarik tangan dengan orang ramai yang ada di tempat tu.. Macam ada sesuatu yang mereka ingin selamatkan dari tempat kebakaran tersebut. Tempat tu macam jurang jugak la. Tapi tak berapa dalam.

Mungkin kejadian tu baru berlaku. Nak kata ada kenderaan terbakar, saya tak pasti, tak dapat lihat dengan jelas. Mungkin juga kemalangan!

Ayah memperlahankan kenderaan, memberi signal ke kiri, hampir berhenti.. Tapi tak jadi, ayah terus meninggalkan kawasan tersebut, pelbagai persoalan bermain difikiran saya.  ????

Ramai juga orang yang berhenti untuk melihat apa yang berlaku, tak kurang juga mereka yang mengambil gambar, mungkin boleh dijadikan sebagai bukti nanti, siapa tahu kan. 

Apa yang pasti, apa yang saya lihat tadi buat saya tergamam, begitu juga dengan yang lain. Senyap sunyi kereta jadinya, berbanding dengan tadinya yang riuh rendah dengan suara kami sekeluarga. 

Astaghfirullah.. apa pun boleh berlaku. Sekelip mata je. Ingat mati, tambah amal dengan sebanyak2nya untuk bekalan kita di akhirat sana.



Gambar hiasan: 
Fire drill Iptho
Sem 1 2011



Saturday, May 28, 2011

Luahan hati buat insan bernama Guru.


Guruku tersayang
Guruku tercinta 
Tanpamu apa jadinya aku..

Tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal
Terima kasihku...

Guruku tersayang
Guruku tercinta 
Tanpamu apa jadinya aku

Tak bisa baca tulis 
mengerti banyak hal
Terima kasihku...

Ucapkan....






Thursday, May 26, 2011

Terkejut aku!

Serius den terkejut bila zati datang bilik segah menyergah dengan membawa berita yang agak amat sangat terlalu memeranjatkan. Kena kejutan elektrik kejap!

Zati: Ira, aku kena dok luar!! (sambil tangannya dok tolak badan aku)

Pergh den yang sedang khusyuk ber-blogwalking terus je buat muka terperanjat tahap gaban, huh tiba-tiba rasa nak gugur jantung dibuatnya.

Aku: Hah???!! Biar betul, kan jauh Tangkak tuh.


Tak sempat den nak cakap lagi zati dah potong...

Zati: Yang letak alamat Batu Pahat, Muar, Kluang, kena dok luar.
Aku: Ala yeke. Baru je ko dok hostel dua tahun dah kena dok luar plak..(Muka sedih)
        Oh aku alamat Melaka, tak kena la.


 Tiba-tiba Ifa menyampuk...

Ifa: Oo ko letak alamat Melaka tak letak alamat Kluang ea..


******************
Adeh, berita yang agak memeranjatkan (mungkin bagi pihak yang macam den ni). Tak disangka akan ada pelajar kelas kami yang kena tinggal di luar. 

Zati datang lagi dengan membawa surat yang baru saje diambil entah dari mana. Mungkin dari bawah yang mana letaknya pejabat asrama di bahagian bawah blok kami ni. Surat tersebut diteliti, yep memang betul dan sah berita yang baru saje kudengar tadi.

Zati dan Kak Tqa, yang masing2 tinggal di tangkak dan Muar, telah diputuskan oleh pihak pengurusan IPG untuk tinggal di luar bersama-sama beberapa lagi pelajar yang lain, batch kami saje dua puluh lebih orang. 

Bertitik tolak dari kemudahan penginapan yang tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah lebih-lebih lagi bila pelajar baru akan mendaftar mulai 20 Jun 2011 ni, jadi terpaksalah akak-akak yang dah besar dan matang ni tinggal di luar kampus. 

Kalau sebelum ni hanya pelajar KPLI je yang ramai duduk luar, tapi kali ni nampaknya tak cukup lagi dah nak tampung ramai-ramai pelajar.

***************

Kluang tak jauh sangat, dalam 45 minit dah sampai, masa mula-mula masuk Ipg ni belum lagi dok kat Kluang,   Lepas tu baru dok Kluang, huhu gara-gara bapaku yang ditukarkan ke Kluang. Adik2 ada yang masih di Melaka, sekolah dan belajar dekat sana. Dulu Kluang-Melaka rasa macam jauh sangat, tapi bila kadang-kadang ikut mak ayah balik Melaka tiap2 minggu, jadi... dah lali dah.

Ingat lagi masa mula2 drive dari Melaka ke Batu Pahat, masa sem satu ppismp dulu, dekat tiga jam bawak kereta non stop, sebab malas nak singgah mana-mana lagi dah, nanti bila plak nak sampai kan... pergh dia punya penat, jangan cakap lah. Dua hari penat aku tak hilang lagi kau tahu.. Haha..Mata ni time kuliah pun rasa nak pejam je, Tapi lama-lama dah lali, dah tak rasa apa dah. 

****************
Jadi itulah hakikat dan kenyataan  yang terpaksa diterima, yang terkejut macam den ni especially Zati, jangan tension2 ea... juga buat kawan2 group Tesl yang lain.. 

hostel terchenta~

Nie cik Zati~

Kak tqa, zati, aku n kak nadiah~

Wednesday, May 25, 2011

Kenapa kau marah??


Hey, kenapa kau suke marah?!

Suka tengok orang yang cool je, tak senang marah, tak cepat naik angin bila ada orang yang bagi ayat macam nak terbakar jiwa dan raga, muka nampak tenang, tak senang merungut bila berdepan dengan sesuatu perkara yang genting-lah kan orang kata. 

Ramai ke tak ek orang yang macam nie? Tak mudah 'touching'. Eh mesti la ada, tapi ramai tak ramai tu bergantung pada persekitaran jugak la kan. Yela mana tahu kalau kau duduk dekat kawasan yang orang-orangnya relax je tak mudah marah dan merajuk, maka ramai lah orang yang begitu huhu~

Bila kita jauhi rasa marah, maka dengan otomatiknya akan terjaga la kulit muka kau dari cepat kedut dan nampak tua. 'Isteri akan nampak lebih tua dari suami bila menjelang usia tua nanti???' 

Eh2 apa kena mengena dengan topik yang sedang kita perdebatkan sekarang ni ye?? hee~
Marah itu dari api, bila rasa marah, segeralah ambil wuduk atau sekurangnya basuhla muka. Hanya air yang dapat memadamkan api yang sedang marak (jangan kau sembur alat pemadam api dekat muka nanti dah tak cantik dan hensem lagi lepas tu, hee!~)

Apa yang penting jangan cuba buat apa2 tindakan masa tengah marah, sebab nanti kau akan buat sesuatu yang tidak masuk akal dan tak sepatutnya. Perbuatan masa tengah marah ni berlandaskan nafsu, nafsu amarah tahu..

Kalau masa tu tengah berdiri, sila cepat2 cari kerusi untuk duduk. Kalau tengah duduk, sila cepat2 cari katil untuk baring. Agar hilang marah di hati. Duduk diam2, jangan cakap banyak, nanti macam2 perkataan yang tidak elok akan keluar dari mulut tu. Setan sangat suka pada orang yang marah2. Baik jangan marah, nanti dihasutnya kau buat benda yang bukan2. Ish3 Nauzubillah..

Tak mahu la marah2,  ye memang marah tu kadang-kala sukar dikawal, tarik nafas dalam-dalam okeh.. Nanti muka ketat life pun jadi tak happy tak seronok tahu tak.. Cepat, elak darah tinggi..

Ye ye faham2..

p/s: Entri ini tiada kena mengena dengan tuan blog, mahupun orang disekeliling tuan blog, apatah lagi orang yang berjauhan dengan tuan blog..

Mood: Tiba2 teringat dekat marah, tu yang tulis pasal marah.. Hehehe

Boleh bagitahu tak
kenapa dia ni marah???

Hee~

Monday, May 23, 2011

Kejadian Tanah Runtuh. Al-fatihah

Pada hari kejadian, kebetulan saya berada di Melaka atas urusan-urusan yang tertentu. Petang tu, setelah pulang dari Uitm Melaka hantar adik yang mula mendaftar pada 21.5.2011, saya tertarik pada satu berita menyayat hati yang dilaporkan oleh TV3.

Berita mengenai kejadian tanah runtuh yang telah mencederakan dan mengorbankan beberapa orang penghuni sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat, Selangor. Mengikut apa yang saya dengar, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 suku petang dimana pada ketika itu mereka sedang menjalani latihan nasyid sebagai persiapan untuk sebuah majlis.

Tengok berita dengan muka terpegun dan kesian ditambah dengan rasa terkejut. Takziah buat anak-anak yatim yang ditimpa musibah. Walaupun dalam keadaan hujan, usaha menyelamat tetap diteruskan sehingga malam. Dekat sepuluh orang juga telah disahkan meninggal dunia. Dah lebih kurang dua hari, maka jumlah terkini masa yang terkorban tak dapat dipastikan.

Sapa rajin boleh la usha2 google or berita2 online yang lain ye.

Temu bual dengan saksi kejadian, ada yang menceritakan mangsa yang tersepit meminta tolong untuk diselamatkan. Bila tangannya ditarik, mangsa mengadu kesakitan. So, saksi tersebut tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Kesiannya. Disebabkan batu besar dan tanah yang menimbus mangsa, agak sukar untuk proses menyelamat dilakukan lebih-lebih lagi tanpa bantuan pihak yang berkenaan.

Tengok dekat berita mangsa-mangsa dibawa turun dari tempat kejadian. Saya lihat juga mereka semua berkumpul dimasjid untuk sembahyang jenazah. Sanak-saudara berlinangan air mata menangisi insan-insan yang tersayang pergi menghadapNya untuk selamanya. Dalam sekelip mata, ranaplah bangunan yang tersergam indah hanya dengan tanah.

Tuhan lebih sayangkan mereka. Kisah ini moga dijadikan iktibar dan keinsafan buat kita. Mati itu sesuatu yang pasti buat semua. Saat ia datang, tiada siapa yang mampu menolaknya. Kuasa Allah itu maha Agung. 

Sekian saja apa yang dapat saya kongsikan melalui pemerhatian dan pengetahuan saya yang sedikit ini.
Kalau nak baca beritanya boleh la scroll kat entry sebelum entry ini.

Al-Fatihah..
kejadian tersebut~


24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki. 

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. 
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - BERNAMA 



Sunday, May 22, 2011

Kanak-kanak berkembang??

Bukak buku. Selak page by page dan tak kurang juga buat contengan yang menarik pada isi-isi penting. Supaya lagi cepat ingat la kononnya! 

Bukan apa, nanti kalau dah terdesak (masa) boleh la mata terus tertumpu pada isi-isi penting je kan. Huh jenuh la kalau nak baca dari atas sampai bawah lagi.

Subjek killer! Setelah Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ditempuhi beberapa hari yang lalu. Adeh, agak mencabar nak menjawabnya masa tengah exam hari khamis yang lalu. 

Macam mana pula dengan subjek Perkembangan Kanak-kanak ini pulak ye?? Apa2 pun, don't give up okeh! 
Selagi boleh baca, teruskan membaca!

Banyaknya teori nak kena ingat! Permudahkanlah ya Allah!

Ok2 masa berehat bersama blog dah tamat.. 

Sila sambung study wahai cik ira.. huhu

Good Luck buat semua.. 
Nanti boleh la kita balik kampung cuti sem dengan gembira :)


p/s: Rehat daripada study dengan mengomel di blog!
      hee~


Saturday, May 21, 2011

Lumpur mendidih??

Pernah dengar pasal lumpur mendidih?? Rasanya mungkin ramai juga yang dah tahu pasal satu lagi ciptaan agung tuhan nie kan.. Tapi rasanya benda ni memang tak banyak la orang jumpa dan perkatakan. Mungkin ada juga yang akan terlopong dan ternganga bila diberitahu pasal lumpur mendidih ni.

Masa saya menjejakkan kaki di Sabah pada tahun lepas, pak su dan mak su bawa la kami yang hanya seramai tiga orang ni pergi jalan2. Tak ketinggalan dibawanya kami ke sekolah tempat mereka mengajar. Ok senang cerita sekolah tempat mereka mengajar tu memang dekat kawasan pedalaman!. Pedalaman kelas ketiga, tak teruk sangat macam tempat mula2 pak su mengajar sebelum beliau mendirikan rumah tangga. Kalau yang dulu tu jangan cakap la, tiga jam naik bot baru sampai kawasan tu.

Binuang. Kalau tak silap itu la nama tempat sekolah mereka mengajar. Masa tu jugak la saya dan yang lain rasa macam mana perjalanan nak pergi ke sana. Lalu hutan dan kawasan kelapa sawit yang mana struktur jalannya tak berapa elok. Terhuyung-hayang dibuatnya.Lalu juga ladang-ladang dan tanaman sayur, cantik sangat masa tengok dari atas bukit.

Memang jalan kat situ tak bertar. Masih lagi menggunakan jalan yang tanahnya berlecak. Kereta pun kalau tak guna pacuan empat roda memang tak tahan la rasanya. Bayangkan kalau Camry atau Merc dilanyaknya dekat jalan yang macam tu! haha. hancuss

Kitorang sampai dekat sekolah tu lepas sejam perjalanan. Gila jauh la nak pergi sana. Bila tengok sekolahnya, cantik jugak. Bangunan satu blok je dan tak ada tangga untuk ke tingga atas pun. Sebab tak de tingkat atas la. Murid tak berapa nak ramai, satu darjah satu kelas je. So satu blok tu dari mula sampai hujung berderet la kelasnya. Sekolah ni lagi kecik dari SK Bindu tempat bebudak kelas saya buat program hari tu.

Padangnya pun kecik je. Tapi ada la juga taman. cantik, kemas dan teratur. Sekolah dekat sangat dengan tempat penduduk2 estet tu tinggal. Masa tu kedengaran la suara-suara orang Sabah yang dikenali lunak dan merdu berkaraoke petang2 tu. Hee~

Dah selesai melawat2 tak ubah macam muke nazir sorang2, Pak su bawa kami pergi satu tempat, kalau kat Semenanjung mesti akan kata tempat tu kat kawasan hutan yang ko jangan harap ada orang nak datang.

Tapi lain sekali di Sabah, tengok kiri kanan banyak betol la pokok2 yang tinggi lampai dan berbadan sasa. 

Maka setelah beberapa ketika sampai la kami di sini......



taraa~
nie kolam dia okeh
sila perhatikan~
lumpur sedang menggelegak~
Nama je menggelegak, tapi tak panas pun. Boleh la cuba kalau nak pegang. Ia adalah bahan pengelupasan yang baik serta bagus. Kalau nak sapu kat muka, jangan sapu sebelah je, sapu semua sekali, sebab nanti muke anda akan putih sebelah! Opss albino sebelah muke je ke??? huhu.

Disebabkan ini adalah pengalaman pertama saya lihat benda nie dengan mata kepala serta hati saya, maka dengan terpegun dan gembiranya saya telah menjadi saksi akan semua kegelegakkan lumpur tersebut ye.

Binuang tu dekat Tawau sebenarnya. Satu pengalaman yang indah yang saya lalui selama lima hari di Sabah. Walaupun kalau nak diikutkan, cerita Sabah dan Sarawak dikaitkan dengan kawasan pedalaman adalah benar sama sekali, tapi rasa seronok sangat datang sana.

Eh2 tiba2 rindu dekat Sabah. Huhu tapi tak pela.. Roomateku pun orang Sabah juga!
hee~

P/s : Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna.. 
        Pengalaman indah~

Monday, May 16, 2011

Guru Oh guru...

16 MEI 2011

Tahun ni sekali lagi hari guru disambut
Apakah hari ini hanya sekadar sambutan??
Hanya bersuka ria sahaja?

Luangkan masa yang ada
fikir sejenak..
Marilah kita imbau detik2 yang lalu,
lihat diri kita..
Tak mungkin kita begini
tanpa jasa dan pengorbanan seorang guru..

Tugas guru itu mulia,
Guru bukan hanya mengajar
malah turut mendidik anak bangsanya
agar menjadi insan yang berguna..

SELAMAT HARI GURU

istimewa buat guru-guru dan pensyarah2
Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka
Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka
Sekolah Menengah Arab (Jaim) Al-Ehya' El-Karim
Universiti Sains Islam Malaysia
IPG Kampus Tun Hussein Onn

juga buat semua yang bergelar guru

dan 

Rakan-rakan yang bergelar guru pelatih..


GURU PENJANA TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA






Sunday, May 15, 2011

6 Cara Blog Beri Anda Pendapatan


Semasa tahun 90-an, dunia internet lebih ke arah messaging dan juga laman web. Tetapi mengikut peredaran masa,blog menjadi satu medium yang semakin meningkat naik dalam mencapai target yang dihajati oleh individu.
Ada yang ingin memberi maklumat kepada orang ramai, meluaskan pengaruh politik, membina jenama,menulis diari,berhubung dan membina jaringan, kembangkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjana wang dengan aktiviti blogging.
Kini, pemilikan blog semakin menjadi mudah dengan menggunakan platform blogspotataupun wordpress. Sesiapa sahaja mampu untuk memiliki blog, dari seorang pelajar sehinggalah ke pensyarah, dari pemandu teksi sehinggalah pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan raya Malaysia.
Adakah anda tahu, ramai yang menjana pendapatan pasif melalui blog masing-masing. Bloggers dari luar negara menjana tidak kurang dari RM4000 sebulan hanya melalui adsense sahaja.
Err,apa itu adsense? Akan diterangkan pada perenggan seterusnya. Teruskan pembacaan anda...
Bagaimana blog menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat pemiliknya? Sudah pasti dari sumber pengiklanan dalam sesebuah blog.
Sumber pengiklanan ada dua, dari pihak ketiga mahupun pemilik blog itu sendiri yang meletakkan iklannya. Pihak luar akan membayar sejumlah nilai tertentu untuk beriklan dalam sesebuah blog.
Sudah tentu kos pengiklanan itu ke kantung pemilik blog.
Pemilik blog pula boleh mendaftarkan diri untuk iklan adsense. Adsense adalah iklan yang disediakan oleh pihak Google untuk diletakkan dalam website masing-masing. Apabila ada klik terhadap iklan itu,maka pemilik blog akan mendapat hasil komisien.
Selain dari Google, antara syarikat pengiklanan pihak ketiga adalah seperti Nuffnang, Adbrite dan Mangga Adds. Mereka ini juga menyediakan iklan untuk pemilik web dan blog.
Antara contoh iklan yang mudah dilihat adalah seperti banner iklan yang terdapat di dalam sesebuah blog. Iklan teks pun boleh dikira sebagai iklan.
Setiap blog, jika diperhatikan mempunyai tema yang tersendiri. Ada blog untuk aktiviti lasak,blog resepi,blog perniagaan,blog hobi,blog komuniti, blog pojok, blog politik, blog gosip artis dan sebagainya. Pendek kata,setiap blog ada profesion masing-masing.
Katakan blog anda terkenal dalam niche tentang pendidikan. Anda boleh membuat review tentang sesuatu produk yang akan dilancarkan.
Sebagai contoh, sebuah buku bertajuk "Teknik Belajar Berkesan" akan dilancarkan oleh sebuah syarikat. Anda boleh mengambil upah untuk mereview buku tersebut di blog anda.
Tulis serba sedikit tentang buku itu untuk tatapan pembaca blog anda. Insyaallah, bayaran untuk sesuatu review tidak mengecewakan. Kalau tolong mempromosi lagi banyak yang akan anda dapat.
Anda boleh mereview apa sahaja produk yang bakal dilancarkan,sama ada perkhidmatan,produk fizikal/digital dan juga khidmat perseorangan.
Asalkan anda rajin mencari peluang untuk mempromosi blog anda pada orang yang sepatutnya.
Setelah terkenal,syarikat pula yang akan meminta khidmat review anda. Yakin dan pasti dengan blog anda.
Perkara ketiga bagaimana kita menjana wang dengan berblogging adalah dengan menyertai affiliates.
Apa itu affiliates? maksud mudahnya, kita menjadi salesman untuk produk orang lain, dan mendapat komisien atas setiap jualan dari link web kita.
Anda menyertai affiliates produk percintaan yang sedang hangat di pasaran, blog anda pula memang ditulis oleh seorang mat romeo.. Wah,sudah pasti jualan dari link anda bertambah!.
Anda hanya perlu menggunakan beberapa teknik mudah untuk mempromosi link anda itu di blog anda.
Pasti tidak mengecewakan. Antaranya meletakkan banner produk affiliates anda, review untuk produk tersebut, dan promosi melalui feedburner anda.
Page ranking juga boleh di sewa untuk pemilik blog yang lain mengambil faedah atas link exchange. Katakan sesuatu laman web tersebut memiliki laman web yang tinggi page ranknya, dia boleh mengenakan bayaran untuk meletakkan link blog/web lain pada blognya.
Katakan page rank blog anda adalah 7, dan ada blog lain ingin meletakkan link blognya sebagai exchange link, tetapi blog itu baru 2 bulan dan page rank 0, maka anda boleh mengenakan kadar sewa mengikut suka hati anda lah untuk meletakkan link blog si polan itu.
Err, apa guna page ranking dan exchange link ini? Page ranking yang tinggi menunjukkan yang sesebuah web itu mendapat traffic yang tinggi dan popular di search engine.
Manakala link exchange adalah untuk meningkatkan backlink url blog anda. Semakin banyakbacklink [link blog anda di web orang lain] maka semakin mudah untuk sesebuah blog di search oleh search engine.
Ini bermakna,blog anda akan berada di kedudukan teratas dalam enjin pencari seperti Google,Yahoo,Bing dan Live contohnya.
Anda memang mempunyai idea yang mencurah-curah? Gaya penulisan anda memang umpphhh? Mampu memberi kepuasan kepada para pembaca?
Ya,setiap dari kita mempunyai gaya penulisan yang tersendiri dan itu yang membezakan seseorang bloggers dengan bloggers yang lain. Penulisan anda memang sungguh kreatif dan mempunyai tarikan yang tersendiri.
Maka,dengan penulisan anda,boleh ajar buat novel online,cerita bersiri,mahupun apa sahaja tentang penulisan. Buat satu membership site yang ekslusif untuk ahli premium sahaja dapat membaca penulisan kreatif anda itu.
Nah,anda mendapat income dengan kadar pembayaran untuk membership site blog anda. Mudah tetapi sukar untuk dicapai.
Anda memang seorang yang suka menulis aka menaip? Apa kata menjadi seorang freelance untuk menulis artikel. Satu artikel yang anda karang boleh ajer dijual pada harga yang berpatutan.
Err,bagaimana nak jual? opss... caranya mudah dan flexible. Hubungi pemilik blog yang anda lihat jarang untuk mengupdate blognya. Hubunginya dan beritahu hasrat anda yang mahu menulis artikel untk blog itu.
Apa?? Tak diterima!?? Blog di internet ini ada berjuta-juta. Pasti ada rezeki untuk awak. Teruskan usaha. Melalui idea anda juga, anda boleh menjual idea untuk pengguna internet yang lain.
Idea anda itu diformatkan ke dalam bentuk pdf atau dalam bahasa lain menjadi ebook.
Dan melalui ebook,ramai Internet Marketers dalam negara mencapai income 6 angka dalam masa kurang dari 30 hari! Maklumat dan info dalam fikiran anda itu sebenarnya amat-amat bernilai.

Cuma anda yang perlu sedar akan potensinya dan yang paling penting,bertindak!
Kaedah menjana wang melalui blogging untuk point yang terakhir adalah dengan menawarkan khidmat melalui blog anda.
Katakan anda pandai dalam interior design, boleh ajer menyatakan khidmat anda di blog, saya pasti,anda akan mendapat pelanggan dengan mudah.
Selain itu,servis seperti mereka laman web,mengedit script,install software,designer dan sebagainya menjanjikan pulangan yang berbaloi,asalkan anda serius untuk buat duit melalui blog.
Selain itu, anda juga boleh memanipulasikan blog anda untuk memasarkan servis orang lain, anda hanya ambil untung atas angin. Hehe..rahsianya?
Katakan anda tinggal di Jitra, dekat dengan dR Rozmey punya kilang, jualkan produk itu di blog anda tetapi ambil untung atas caj wang pos. Kan untung tu...

Baiklah, itu adalah 6 teknik bagaimana blog mampu memberi pulangan yang lumayan untuk pemiliknya. Sekiranya anda masih beralasan untuk tidak memiliki blog anda sendiri, anda sebenarnya yang rugi. Mengapa saya berkata demikian?
Dengan menyebarkan ilmu melalui blog juga akan meningkatkan saham akhirat kita. Katakan 100 orang mengamalkan teknik dan ilmu yang anda ajar diblog anda,maka amal jariah anda sudah bertambah. 3 amalan yang tidak akan putus pahalanya sehingga ke kubur adalah:
  1. Ilmu yang diamalkan oleh pelajar si mati
  2. Sedekah jariah oleh si mati
  3. Anak soleh yang mendoakan si mati
Jika anda masih beralasan, tidak mengapa,semoga anda selesa dengan kehidupan anda sekarang. Bukankah sharing is caring?? Moga dengan penyampaian artikel saya, anda akan beroleh manfaat darinya.
Di petik dari Iluvislam.com   

Aku tak Bodoh..


Sehari di rumah bersama ibu bapa dan adik-adik tersayang, senang cerita dengan keluarga tersayang la kan. Minggu ni semua ahli keluarga ada di rumah. Adik yang belajar dekat Melaka pun telah dibawa pulang oleh ayah  ke Kluang. 


Bila semua balik rumah, rasa seronok dan ceria je rumah ni. Tak de la adik yang bongsu terkebil-kebil tengok tv dan buat kerja sekolah sorang-sorang. Huh masa ni la adik tu nak kacau akak-akak dia yang ramai ni, kena la akak-akaknya duduk mengadap muka dia buat kerja sekolah yang bertimbun. Alahai nasib baik subjek matematik yang ditanya, seronok sikit nak mengajar! Lagi pun soalan budak sekolah rendah tak de la susah mana pun kan. Hee~

Tadi layan cerita Aku tak Bodoh. Mak Ayah Adik Adik Adik pun semuanya tengok la join sekaki. Saje je ulang tayang cerita bila rasa nak lari dari cerita-cerita yang disiarkan di tv. 

Bila tengok cerita tu lagi lagi dan lagi, ada mesej yang begitu baik yang cuba diketengahkan. Huh memang feel habis la layan cerita walaupun petang-petang. ceh ceh ceh, cover je muka sedih tadi depan ahli keluarga yang lain. Kisah realiti kehidupan yang memaparkan cerita pelbagai lapisan masyarakat tak kira miskin atau kaya.

Cara kanak-kanak, remaja dan orang dewasa berfikir adalah berbeza. Ada kalanya ibu bapa sangka dengan cara memarahi dan meleteri anak-anak boleh membuatkan mereka terdidik dengan baik, namun sebaliknya akan berlaku sekiranya ruang untuk anak-anak meluahkan isi hati dan masalah mereka terus-menerus disekat oleh ibu bapa.

Disinilah akan lahir anak-anak atau pelajar yang bermasalah. Bukan setakat itu sahaja, guru-guru yang langsung tidak memberi semangat terhadap anak didiknya dan hanya tahu memarahi ditambah pula dengan mendenda pelajar, akan menjadikan pelajar kurang bersemangat dan tidak mahu belajar dengan lebih gigih. 

Setiap benda atau perkara ada buruk dan baiknya. Jangan hanya melihat pada kekurangannya sahaja. Begitu juga dalam konteks kita dan orang-orang yang lain. Adik beradik, kawan-kawan, saudara-mara, teman sepengajian dan lain-lain lagi. Bukan setakat dengan orang, malah perkara yang lain-lain juga pun macam tu la juga. 
So, kesimpulannya jangan terlalu banyak merungut walaupun kita tak berapa suka dengan sesuatu perkara tu. tak elok tahu. Tak moh3 membebel okeh hehehe.

Ingatlah setiap perkara itu adalah yang terbaik buat kita dan pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya. 



Thursday, May 12, 2011

Dipecah masuk?

Habis kecoh satu kampus bila ada orang yang dilihat pecah masuk asrama dan telah melarikan barang-barang berharga. Nampaknya asrama perempuan yang menjadi pilihan berbanding asrama lelaki walaupun pada hakikatnya asrama perempuan dalam kawasan yang berpagar.

Nauzubillah minta dijauhkan dari sebarang anasir yang tidak baik. Minta agar semuanya selamat dan dilindungi olehNya. Jika difikirkan sejenak mungkin ada hikmah yang tersirat disebalik kejadian ini, semua pelajar berada dalam keadaan yang sangat berjaga-jaga sampaikan ada yang tidak dapat tidur lena setiap malam. 

Memang tak dapat dinafikan sejak kes ini berlaku pada 23 April yang lepas (hari pergi pameran buku), diikuti dengan beberapa kes lagi setelah itu, keberanian dan ketenangan diri mula diragut. Masing-masing dah mula buat rombongan pergi toilet malam-malam, senang kata  nak pergi mana-mana je la mesti berteman sekarang ini. Lagi-lagi bila nak pergi tempat yang ternyata sunyi. Risau~

Bayangkan dalam masa yang tak sampai sebulan, 4 kes telah dilaporkan berlaku, itu laporan yang diterima hasil daripada perjumpaan pelajar dengan Timbalan Pengarah dan warden-warden yang lain. Bilangan yang agak besar dan mesti diambil serius oleh semua pihak. Oh ini dah memang tak boleh buat main-main lagi dah.

Apa yang penting semua pelajar mestilah mengambil langkah berjaga dengan perkara ini. Kunci pintu dan tingkap, jaga semua barang berharga, jangan letak sepah-sepah lagi dah. Ambil no telefon pengawal dan warden yang berkaitan dan macam-macam lagi.

Ya Allah peliharalah kami semua...


kunci kunci kunci

Wednesday, May 11, 2011

Pilihan Raya..

Ini musim demam. Musim demam yang korang tak yah dok sebok2 nak pergi klinik atau hospital lagi dah.. Tapi cuma guna otak je nak rawat demam ni.. 

Pilihan Raya Iptho sedang berlangsung, ermm penting juga kan sebab kitalah yang menentukan siapa pemimpin kita pada masa akan datang. Actually ada yang dah tahu dah pun, tapi belum keseluruhannya, itu pun bagi jawatan-jawatan yang tertentu.

Guna otak, guna akal, renung-renungkan siapa yang dilihat layak untuk menyandang jawatan yang dipertandingkan. Apa2 pun bagi yang dah menang alhamdulillah rezeki masing-masing. Semoga dapat menjadi pemimpin yang disegani dan dapat berjasa untuk semua warga Institut. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah, yang tewas tak bererti anda kalah untuk selama-lamanya. Ingatlah bahawa kamu masih ada rakan-rakan yang setia menyokongmu. Hee~

Pilihan Raya kali ini akan menyaksikan dua orang calon berentap untuk merebut jawatan Bendahari Agung Kehormat, yang lain semuanya menang tanpa bertanding.

Jadi malam ni jom kita ramai-ramai tengok gaya dan apa yang akan disampaikan oleh calon yang bertanding.
Bezanya kali ini tak lah seramai calon pilihan raya yang lepas.




International Book Fair 2011


Nak dapat ilmu?? Mestilah kena membaca. Nak baca apa? Mestilah kena baca bahan yang boleh dibaca.
Macam mana bentuk bahannya? Memang tak dinafikan buku antara penyumbang terbesar dalam pencarian ilmu yang kita inginkan. Tapi banyak lagi bahan lain yang boleh kita baca seperti majalah, jurnal, surat khabar, novel, tak ketinggalan juga daripada sumber-sumber yang lain, contohnya macam laptop. Ada laptop/ komputer + broadband/wireless = gerenti kita juga boleh cari ilmu kan kan kan.

Ok beberapa minggu yang lepas, kami telah berjaya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur. Kami?? ye kami, saya dan beberapa lagi rakan yang lain, seramai 6 orang semua sekali. Oh maaflah buat pembaca setia blog ni (ceh ada ke?) saya memang suka perap cerita lama-lama dulu biar jadi sedap baru ceritakan dekat sini. Eh sapa kata dah basi?? tengok macam jeruk, simpan lama-lama pun ok je tau.

Setelah semuanya di plan dengan baik dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan amat lancar, kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi dari Terminal Bas Batu Pahat untuk menuju ke Terminal Bersepadu Selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan (BP --> TBS di BTS) ok ini formula add math hari ni, huhu.

Al-maklumlah kali pertama menjejakkan kaki di TBS, jadi terpegunlah kami semua dengan kebesaran dan keindahan TBS tersebut. Ini terminal bas ke airport? Itulah kenyataan yang cuba saya terima saat kali pertama menatap TBS secara langsung. Oh maafkanlah kami yang agak jakun ini ye orang-orang KL sekalian. Mana tahu anda pula yang akan terpegun bila menyaksikan Batu Pahat nanti kan kan kan huhu.

inilah dia~

see.. muke excited kan kwn2 sy
hehe~

anda terpegun tengok ape?
lantai atau syiling??

Nak beli buku,
jd haruslah keluarkan duit ye~

Ok lepas tu kitorang semua bergegas la keluar dari TBS untuk cari LRT. Destinasi seterusnya ialah PWTC,
Thanks pada teman yang bersusah payah menyediakan tempat penginapan buat kami semua ni ye. Tempat penginapan kami tak jauh dari PWTC, jadi senang la kami nak shopping buku dekat PWTC tu.

Tunggu LRT sampai~
 Bila LRT yang bawa ramai penumpang pada hari tu sampai je stesen PWTC, kami terus berjalan dan berjalan sampailah kami tiba di The Mall yang mana ianya terletak bertentangan dengan PWTC. Tak jauh, cuma nak lintas jalan tu je la. Please hati-hati ye kawan2. Sementara kami tunggu masa untuk check in hotel tengah hari tu, dapatlah kami jalan2 dalam The Mall ni. Bukan setakat jalan, makan pun di sini..

trsergam indah~

ni dalam nye~
 Dah masa dan time, kami secara beramai-ramai, jalan pun of course la beramai-ramai juga, menuju ke hotel yang telah ditempah oleh teman saya ni.. Dan di sini lah kami tinggal untuk dua hari satu malam.



Diluar jangkaan saya!
sangat selesa~
 Dah solat dan ready untuk menjelajah seluruh PWTC, kami sekali lagi jalan kaki, sebab tak jauh, jadi membazir je kalau naik bas or teksi or maybe beca.

entrance..
Orang ramai berpusu2
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011
22 APRIL - 1 MEI 2011

Hari tu, saya bangga tengok ramai pengunjung dari bangsa dan agama saya sendiri di Pesta Buku, paling seronok bila jumpa ramai pelajar Iptho di sini. Di sini dapat kita saksikan bahawa masyarakat semakin sedar tentang kepentingan membaca yang sememangnya amat berguna bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi untuk manfaat bersama. Seronok tengok mereka mencari-cari buku yang sesuai dengan diri mereka. 

Saya juga tidak ketinggalan, tak dinafikan buku yang sukar didapati di pasaran, banyak yang ada dekat sini. Yang paling menarik bila kebanyakkan harga buku akan diberi potongan sebanyak 10% atau 20%. Lagi mudah kalau bawa kad pelajar, dapatlah diskaun lagi banyak. 

Kitab-kitab agama, buku2 ilmiah, motivasi, novel dan macam-macam lagi boleh di dapati di sini. Tak ketinggalan bila kita juga dapat berjumpa dengan penulis buku-buku tersebut. Jika selama ini kita hanya membaca hasil nukilan penulis dan hanya mengetahui tentangnya daripada pencarian maklumat yang kita cari, masa ini lah peluang yang kita ada untuk bertemu dengan mereka.

Ok nie hadiah khas untuk peminat
novel ye..
Nah gambar!
Mereka melelong paper bag
yang menarik!
Bak mai satu!..
Dalam paper bag banyak buku ok~
Bukan kosong hee~

 Hampir 4 jam jalan-jalan melawat dan cari buku yang kami suka, rasa bagai mendaki Gunung Arong lamanya , badan pun mula berasa letih, ditambah pula dengan merosotnya wang di dalam beg duit kerana terlalu seronok shopping buku pada hari tersebut, kami membuat keputusan untuk kembali ke hotel. 

Walau terlalu teruja berada di Pesta Buku, kami akur bahawa badan juga perlu mendapat rehat yang secukupnya untuk terus cergas menjalani hari-hari yang mendatang. Beberapa buah buku idaman telah kami perolehi, apa yang penting, moga ianya bermanfaat buat kami semua. Menjelang senja, kami mengatur langkah kembali ke tempat penginapan kami. Rasa tak sabar pula nak membelek2 buku yang telah kami beli di Pesta Buku tersebut.

nie la jalan yang kami lalui untuk
ke hotel~
*************