Sunday, May 15, 2011

Aku tak Bodoh..


Sehari di rumah bersama ibu bapa dan adik-adik tersayang, senang cerita dengan keluarga tersayang la kan. Minggu ni semua ahli keluarga ada di rumah. Adik yang belajar dekat Melaka pun telah dibawa pulang oleh ayah  ke Kluang. 


Bila semua balik rumah, rasa seronok dan ceria je rumah ni. Tak de la adik yang bongsu terkebil-kebil tengok tv dan buat kerja sekolah sorang-sorang. Huh masa ni la adik tu nak kacau akak-akak dia yang ramai ni, kena la akak-akaknya duduk mengadap muka dia buat kerja sekolah yang bertimbun. Alahai nasib baik subjek matematik yang ditanya, seronok sikit nak mengajar! Lagi pun soalan budak sekolah rendah tak de la susah mana pun kan. Hee~

Tadi layan cerita Aku tak Bodoh. Mak Ayah Adik Adik Adik pun semuanya tengok la join sekaki. Saje je ulang tayang cerita bila rasa nak lari dari cerita-cerita yang disiarkan di tv. 

Bila tengok cerita tu lagi lagi dan lagi, ada mesej yang begitu baik yang cuba diketengahkan. Huh memang feel habis la layan cerita walaupun petang-petang. ceh ceh ceh, cover je muka sedih tadi depan ahli keluarga yang lain. Kisah realiti kehidupan yang memaparkan cerita pelbagai lapisan masyarakat tak kira miskin atau kaya.

Cara kanak-kanak, remaja dan orang dewasa berfikir adalah berbeza. Ada kalanya ibu bapa sangka dengan cara memarahi dan meleteri anak-anak boleh membuatkan mereka terdidik dengan baik, namun sebaliknya akan berlaku sekiranya ruang untuk anak-anak meluahkan isi hati dan masalah mereka terus-menerus disekat oleh ibu bapa.

Disinilah akan lahir anak-anak atau pelajar yang bermasalah. Bukan setakat itu sahaja, guru-guru yang langsung tidak memberi semangat terhadap anak didiknya dan hanya tahu memarahi ditambah pula dengan mendenda pelajar, akan menjadikan pelajar kurang bersemangat dan tidak mahu belajar dengan lebih gigih. 

Setiap benda atau perkara ada buruk dan baiknya. Jangan hanya melihat pada kekurangannya sahaja. Begitu juga dalam konteks kita dan orang-orang yang lain. Adik beradik, kawan-kawan, saudara-mara, teman sepengajian dan lain-lain lagi. Bukan setakat dengan orang, malah perkara yang lain-lain juga pun macam tu la juga. 
So, kesimpulannya jangan terlalu banyak merungut walaupun kita tak berapa suka dengan sesuatu perkara tu. tak elok tahu. Tak moh3 membebel okeh hehehe.

Ingatlah setiap perkara itu adalah yang terbaik buat kita dan pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya. 



No comments: