Sunday, May 8, 2011

Buatmu ibu tercinta.


Ibu ibu ibu.. Ungkapan keramat seorang anak buat insan yang telah bersusah payah melahirkan dan mendidik kita. Walau dalam kepayahan, ibu tetap mencurahkan sepenuh kasih sayangnya buat kita.

Kita ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, mak suap kita makan bila kita lapar, bila rasa-rasa kita tercekik pulak, mak bagi kita minum air. Bila kita dah kenyang, kita sambung main mainan balik. Lepas tu bila kita rasa boring main sorang-sorang, kita ajak mak main sekali dengan kita. Yela, masa tu adik kita belum lahir lagi, mak pun dengan seronoknya teman kita main sampai la kita rasa penat nak main lagi. Bila kita rasa mengantuk, mak dodoikan kita dengan zikir-zikir dan selawat, sampai la kita terlena.

Umur kita enam tahun, mak kata kita dah kena pergi tadika untuk belajar, kita rasa seronok sangat nak pergi tadika. Kita masih ingat lagi, pagi-pagi mak kejut kita bangun tidur, mak suruh kita pergi mandi. Lepas tu, mak pakaikan kita baju tadika yang kotak-kotak kecik warna merah. Itu la baju sekolah tadika kita. Mak sikatkan rambut kita dan pakaikan bedak kat muka kita. Lepas tu mak pimpin tangan kita, hantar kita pergi tadika, tadika kita dekat je dengan rumah, kita jalan kaki dengan mak masa tu. Sampai tadika, mak suruh kita masuk, kita salam mak cium tangan mak, mak kata belajarlah rajin-rajin. Kita pun lambai kat mak masa mak nak balik.

Dah besar sikit, masa cuti sekolah, mak ajak kita adik beradik pergi jalan-jalan. Tapi ayah kita yang baik hati yang akan drive ke mana saje yang mak plan nak pergi. Kalau nak pergi berkelah, mak mesti akan masak makanan untuk makan masa berkelah nanti. Kita suka sangat makan masakan mak. Kita rasa seronok sangat, mak layan kita baik sangat, macam-macam yang kita nak, tapi mak tak pernah hampakan. 

Baiknya mak.

Tapi kita takut bila mak marah, masa kita gaduh2 manja dengan adik masa kecik dulu, mak datang bawak senduk. Adoi.. sakitnya kita rasa masa tu, kita ingatkan adik kita yang pukul, sekali mak kita daaa..
Kita tengok muka mak garang sangat masa tu, kita pun diam je la. Tapi kita tahu, mak marah sebab mak nak betulkan kita, mak sayang kita. Seronoknya ada mak yang penyayang.

Bila kita dah makin besar, mak la tempat kita mencurahkan segala-galanya. Mak la teman baik kita, apa yang kita rasa, semua kita bagitahu mak dan mak tanpa dipaksa akan memberi nasihat yang pada kita sangat-sangat berguna. Mak memang seorang yang sangat memahami anaknya, bertuahnya kita. Kita nak pergi mana-mana pun, mak temankan. Kita nak beli barang, mak pun tolong bagi cadangan mana yang terbaik, beruntungnya kita.

Kita tak pernah lupa didikan dan tunjuk ajar mak buat diri kita. Mak bersungguh-sungguh didik kita, biar kita jadi orang yang berguna bila besar nanti, mak ajar kita solat, mak ajar kita mengaji, mak bagi macam-macam nasihat kat kita, mak tegur bila kita salah, mak bagi galakkan dan sokongan kat kita dalam apa aje yang kita lakukan. Mak sediakan segalanya buat kita, kita tahu mak nak kita rasa selesa dan cukup agar mudah untuk kita capai kejayaan.

Kita tahu mak tak pernah lupa doakan kita. Mulianya mak. 
Kita pun nak jadi macam mak, sentiasa ingat mak, sebut nama mak dalam doa. 

**********************

Walau dihitung, 
kasih ibu tiada penghujung
Belaiannya mempesonakan
Kasihnya tidak bertepian.

Kuraikanmu ibu
Bukan hanya di Hari Ibu cuma
Namun setiap hari bagiku adalah hari buatmu
Buat insan yang telah mengasuh dan mendidikku
Kau melayan kerenahku dengan penuh kesabaran
Tak mungkin ku temui insan lain sepertimu
Terima kasih ibu!

Doaku buatmu ibu, 
moga hari-hari yang kau lalui
Dipenuhi cahaya cinta nan suci dariNya
Diberkati kehidupanmu
dengan nikmat kesihatan yang kita bertepian. 
Terima kasih ibu
Terima kasih kuucapkan
Aku ingin sekali membalas jasamu
Aku ingin buat dirimu bahagia
Akanku cuba dengan daya upayaku..

Namunku tahu,
mulia kasihmu
besar pengorbananmu
Hanya DIA yang mampu membalas segalanya.
Pelihara dan jagalah ibuku wahai Tuhanku
seperti mana dia menjagaku semenjak aku masih kecil.

Anakmu..

****************************


Mak, kita sayang mak sangat2 tau!!



4 comments:

amniey91 said...

panjangnyer entri cik srikandi ni...hehe..rajin btol menaip..:D

Srikandi Cinta said...

hehe.. bila dah menaip memang tak perasan dah, tgk2 dah panjang kikiki

amniey91 said...

haha...t ley wat asgnment cik Am sem dpn..haha..:)
thanz support bisnes ktorg....hihi

Srikandi Cinta said...

hehe, same2.. perkare kecik je tu
tolong menolong amalan mulia,
haha..
usahe yg bagus n menarik..
boleh teruskan lagi bisnes tu :)