Thursday, May 12, 2011

Dipecah masuk?

Habis kecoh satu kampus bila ada orang yang dilihat pecah masuk asrama dan telah melarikan barang-barang berharga. Nampaknya asrama perempuan yang menjadi pilihan berbanding asrama lelaki walaupun pada hakikatnya asrama perempuan dalam kawasan yang berpagar.

Nauzubillah minta dijauhkan dari sebarang anasir yang tidak baik. Minta agar semuanya selamat dan dilindungi olehNya. Jika difikirkan sejenak mungkin ada hikmah yang tersirat disebalik kejadian ini, semua pelajar berada dalam keadaan yang sangat berjaga-jaga sampaikan ada yang tidak dapat tidur lena setiap malam. 

Memang tak dapat dinafikan sejak kes ini berlaku pada 23 April yang lepas (hari pergi pameran buku), diikuti dengan beberapa kes lagi setelah itu, keberanian dan ketenangan diri mula diragut. Masing-masing dah mula buat rombongan pergi toilet malam-malam, senang kata  nak pergi mana-mana je la mesti berteman sekarang ini. Lagi-lagi bila nak pergi tempat yang ternyata sunyi. Risau~

Bayangkan dalam masa yang tak sampai sebulan, 4 kes telah dilaporkan berlaku, itu laporan yang diterima hasil daripada perjumpaan pelajar dengan Timbalan Pengarah dan warden-warden yang lain. Bilangan yang agak besar dan mesti diambil serius oleh semua pihak. Oh ini dah memang tak boleh buat main-main lagi dah.

Apa yang penting semua pelajar mestilah mengambil langkah berjaga dengan perkara ini. Kunci pintu dan tingkap, jaga semua barang berharga, jangan letak sepah-sepah lagi dah. Ambil no telefon pengawal dan warden yang berkaitan dan macam-macam lagi.

Ya Allah peliharalah kami semua...


kunci kunci kunci

No comments: