Tuesday, June 28, 2011

Teknik Khusyuk dalam solat


Antara teknik untuk mendapat kekhusyukan dalam solat dan kemanisan beribadah ialah:

~~@ Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid)

~~@ Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.

~~@ Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

~~@ Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

~~@ Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.

~~@ Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.

~~@ Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.

~~@ Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.






notadarihati : makin hari makin sibuk dengan tugasan dan komitmen terhadap pelajaran, moga tidak lupa untuk mencapai keredhaanNya~

Saturday, June 25, 2011

Kawan Susah Senang.

Mereka terbaik!

Bila senang, mereka ada untuk kongsi kegembiraan sama-sama. Bila susah, mereka datang hulurkan tangan untuk menolong. Bila lapar, mereka datang dengan makanan, langsung tak pernah melupakan. Ni kawan lapar kenyang sama-sama. hehe

Masa makan sama-sama. Belajar sama-sama. Bercerita sama-sama. Buat kerja sama-sama. Lalui suka dan duka sama-sama. Jalan-jalan pun sama-sama. Semua lah sama-sama.

Susahkan nak dapat teman yang sanggup berada disamping kita dikala senang dan susah. Kadang-kadang teman datang di kala senang, tapi bila kita susah, dia menjauh dari kita.

Tapi harus diingat, jangan impikan sesuatu yang menggunung tinggi selagi kita tak mahu berkorban dulu. Apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat. Kita care dengan kawan-kawan. Kawan-kawan juga akan turut care dengan kita. Orang kata, buat baik dibalas baik...

Teman yang baik, walau berada jauh dari pandangan mata, sentiasa kekal di dalam hati. Kawan yang baik, tak akan sesekali menikam kita dari belakang. Sahabat yang baik, sentiasa bersama kita dikala susah dan senang. 

Teman yang sejati, tidak akan rasa sakit hati bila kita rapat dengan orang lain, kerana dia sedar, rakannya itu bukan miliknya seorang. Kawan yang amanah, tak akan sesekali memandang enteng dengan setiap rahsia yang temannya berikan, seboleh-bolehnya dia akan cuba menjaga rahsia temannya itu.

Kawan memang ramai. Namun dalam yang ramai-ramai tu, tak ada seorang pun yang akan sama dengan kawan-kawan kita yang lain. Dia tetap dia, kamu tetap kamu, tak akan ada sesiapa pun yang boleh menjadi pengganti kepada teman-teman kita.

Buat korang-korang~
Senyumlah bila membaca entri jiwang meng-terharukan ni..
hehe~

Ni la kawan susah senang!
Cayunk korang, haha
geli tak??


*smile*
Tempat : Kluang Mall




notahati: Hargai persahabatan kita, berkawanlah dengan seikhlas-ikhlasnya, bukan mengharapkan sebarang balasan yang sudah tentu sia-sia sama sekali.  (^___^)

Bang , jom g jalan jalan

Hari ini SC join segmen lagi....
Jom kita blogwalking,
jalan2 cari kawan baru..

Santai Bersama BEN ASHAARI

Nak tahu macam mana,
klik banner di atas ye..
atau boleh jugak klik kat



Thursday, June 23, 2011

Salah ke kalau kita mengalah??

"Berusahalah merasa bahagia dengan membuat kebaikan 
tanpa dilihat oleh orang lain. 
Dia yang sibuk membuat kebaikan,
tidak sempat memikirkan kejahatan orang lain"


Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Al-Quran juga ada menegaskan bahawa orang mukmin itu bersaudara. Lihatlah betapa eratnya perkaitan antara iman dan kasih sayang.

Ertinya, hanya orang-orang yang percaya kepada Allah dan beriman kepadaNya sahaja yang dapat mempraktikkan pemberian kasih sayang dengan penuh keikhlasan. Orang beriman berbuat apa saja (termasuk memberi kasih sayang) hanya semata-mata kerana Allah, bukan mengharapkan balasan manusia.

Pamerkanlah kasih sayang setulusnya. Janganlah memberi kasih sayang tetapi pada masa yang sama menuntut balasan. Apabila tidak mendapat balasan yang setimpal, mula merungut, menyesal dan sampai ke satu tahap memberhentikan belaian yang diberikan.. Kasih sayang bukan barang niaga tetapi merupakan pemberian ikhlas untuk mendapatkan sesuatu yang lebih berharga dari Allah.

**************
Susahkah untuk menjadi seorang yang memahami sesuatu keadaan? Bila teman kita dilanda kesusahan atau mungkin juga sedang bertarung melawan kesakitannya, mengapa ada insan yang tidak mahu membuka mata dan hati untuk lebih memahami keadaan teman kita? 

Ya memang dikala senang dia selalu menjaga kita, makan minum kita dijaga dengan begitu baik, sehinggakan bila kita berasa lapar sahaja dia sudi untuk meluangkan masanya untuk "masak" untuk kita. Namun pabila dia berada dalam keadaan yang tidak dapat untuk dia melaksanakan tugasnya, mengapa kita langsung tidak memahami? Mengapa kita langsung tak mahu membuka ruang untuknya pulih seperti biasa? Mengapa kita rela untuk melihat dia bersusah untuk "perut" kita berbanding melihat dia berehat dan pulih dari kesakitannya.

Saat teman mahu kita berubah, mengapa susah untuk kita berubah?? Salahkah kita berubah?? Bukan demi teman tetapi berubahlah kerana kita sendiri mahu berubah. Bila dia menegur, mengapa tidak mahu membuka "minda" kita bahawa kita memang salah?? Mengapa sukar untuk kita beranjak dari kelakuan kita yang mungkin tidak enak dilihat oleh orang lain.

Tidakkah kita sedar?? Teman menegur kerana dia sayangkan kita. Teman menegur kerana dia mahu kita jadi lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Adakah kita rasa kita sudah cukup baik dan sempurna?? Adakah begitu?! Mengapa kita lebih suka membiarkan diri kita berada ditakuk lama dari membuat sebarang perubahan kearah yang lebih baik?!

******************

Kamu hanya mahu dia berkoran demi kamu, tanpa sedikit pun ada pengorbanan dari dirimu untuk temanmu itu. Apa yang kau harapkan? Kasih sayang? Perhatian? Bagaimana dengan dirimu? Kau tidak prihatin terhadap dirinya, adakah kau sedar kau sudah menyakiti hatinya? Ah sudah tentu kau tidak sedar! Sebab itu kau rela tidak berubah dan melihat dia derita dari melihat dia senang dengan kerenahmu!

Hairan sungguh. Teman bukan untuk dipermainkan perasaannya. Teman bukan untuk kau jadikan boneka yang boleh kau lakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaannya. 

Tetapi!

Mengapa kau tidak sedar?! Kau menyakiti hatinya dengan setiap tingkah lakumu sehingga dia semakin jauh darimu. Mana... mana perginya impian indah dirimu saat mula berkenalan dengannya. Kau kata kau sudah berulang kali dikecewakan! 

Ah barangkali kau yang merasa kecewa dengan sendirinya. Kau tahu mengapa?! Kerana kau tidak pandai menghargai kasih sayang yang dia berikan! Kau pentingkan diri sendiri! Kau yang membuat semua temanmu menjauh darimu. Lantas kau membuat kesimpulan bahawa kau yang menjadi mangsa kekecewaan teman-temanmu.

***********************

Ah aku semakin hairan. Kenapa ya? Kenapa kau langsung tidak sedar dengan kesalahan yang kau lakukan. Mengapa kau boleh mengambil sambil lewa tentang perasaan temanmu. Padaku, kau bukan tidak tahu apa salahmu. Tetapi kau tetap mahu mempertahankan dirimu yang kau anggap bertul serba serbi. Kasihannya, aku kasihankan dirimu yang tidak dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah yang sepatutnya engkau jauhi.

Kau langsung tidak mahu mengalah, betapa tingginya ego dirimu. Yang kau fikir, hanya rajuk dan marahmu. Yang kau fikir, hanya dirimu sendiri. Yang kau nampak, hanya salah dirinya, yang kau tahu.. hanya kau yang betul... Kau kejam! Mengapa? kau mendera hati insan yang tidak bersalah.

Tak bolehkah? tak bolehkan kau mengalah demi teman yang kau sayangi. Bukankah kita bersaudara. Salahkan, salahkah kau ikut katanya yang cuma sebesar kuman itu? kerana nasihat yang sebesar kuman itulah yang akan membuat dirimu mulia jika kau berubah.

Jangan kau harap balasan dan harapan yang tinggi menggunung seandainya kau tidak memberinya terlebih dahulu. Kata guruku, bila kita menunjukkan perkara negatif, aura negatif jugalah yang akan datang kepada kita. Jika kita mahukan kasih sayang temanmu, berilah.. berilah dulu kasih sayangmu.

Bagaimana? Oh jangan diambil kira bahawa dirimu yang bersifat penyayang sudah "cukup package" yang membuatkan kau layak menerima balasan setinggi Gunung Everest. Kau salah, kerana sayang yang kau miliki, tidak selari dengan perbuatan yang kau pamerkan pada temanmu. Kau mengabaikan, kau lebih pentingkan marah dan sakit hatimu lebih dari segalanya. Ah mana mungkin kau bahagia jika begitu!

What you give, you get back. Apa yang kita berikan, akan kita terima kembali. mudah kan? Tak sepayah mendaki gunung dan meredah lautan. Bila kau melaksanakan tanggungjawab kau sebagai teman, maka temanmu juga akan terdorong untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Duhai insan, berubahlah~



p/s : Ada sapa2 ada idea macam mana cara terbaik nak bagitahu seseorang tentang kesalahan yang dia buat?
Kalau dia tak faham2 jugak..?? huhhu~

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Hari Baru, Pendaftaran dan Award.

Assalamualaikum salam pembuka bicara buat semua~
Semoga sentiasa sihat di bawah naungan dan limpah kurniaNya juga!

Alhamdulillah hari ni hari pertama dalam sem yang baru tetapi masih dalam tahun yang sama. Oh teringat dulu masa sekolah aku memang pening bab-bab sem nie, hah satu sem 6 bulan jerrr??. Biasalah tu budak sekolah kan kena study satu tahun baru lah cuti panjang.

Minta maaf sangat-sangat dekat semua yang singgah blog nie tak dihidang dengan air teh entri atau post dengan cerita yang baru. Buat yang follow SC ni pun belum sempat nak melawat semula, tapi jangan risau InsyaAllah mereka-mereka ni akan diterjah dan di-follow semula nanti. Tunggu~ Thanks jugak buat mereka yang men-tag untuk beberapa segmen. Ada tiga kalau tak silap, insyaAllah akan diusahakan untuk join segmen2 tersebut. 

**********************

Special thanks buat Gary kerana telah memberi award pada aku ni.. nak tengok award yang dia bagi??
nah tepek kat sini sat!

Gary bagi award!r

Kalau korang nak tahu macam mana boleh dapat award ni, 
hah sila klik kat SINI

So, tunggu apa lagi cepat2 lah ke blog Gary, blog dengan gaya santai dan cool,
yang paling best tuan blog ni sangat2 menghargai followers and readers blog beliau!

Aku dan membaca memang tak dapat dipisahkan sebab tu la kalau baca apa-apa entri memang aku akan baca sampai habis walaupun karangan yang beliau-beliau-beliau buat panjang berjela2. hehe, kadang-kadang kalau tak faham atau baca time ngantuk, memang fevret akan ulang banyak-banyak kali. 

***************************

Semalam sampai hostel agak lewat sebab dari Melaka balik Kluang dulu, ambil kereta then baru la ke Batu Pahat. Balik kemas barang yang mana perlu dikemas. Huh sangat rinduuu nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak nak nampak batang hidung! ehek, kawan-kawan, sila jangan geli dengan perkataan rindu tersebut, hehe~

Ada job untuk aku dan kawan-kawan yang lain, kalau dulu pernah jaga bahagian penyerahan fail, pendaftaran online dua kali kalau tak silap, tapi hari ni kena tolong Tutor pulak ikut opsyen masing-masing. Huh dapat lecturer yang sangat teliti dalam urusan kerjanya. Satu-satu disemak dengan teliti, tak cukup dokumen yang dikehendaki, kena la adik-adik tu pergi ambil barang mereka untuk lengkapkan. Apa2 pun kerja dengan beliau tak tension~ ehehe

Tak sempat nak ambil gambar masa pendaftaran pagi tadi berbanding dengan sem2 yang lepas, so tak dapat nak gam gambar kat dalam post ni, lain kali je la, huhu bz sangat lah tadi tu..

Apa-apa pun selamat datang buat semua pelajar baru~

Kelas hari ni pun cuma 2 sahaja tak termasuk tutorial pagi tadi.. Untuk permulaan just berkenal-kenalan dengan lecturer yang baru mengajar kelas kami dan borak-borak yang banyak isinya. Pasal nak datang beraya rumah lecturer masuk jugak dalam topik perbualan tadi hahah! x sabar2 nampak!

**********************
Nampaknya dah mula bz so mungkin blog ni tak dapat nak dihadap dengan selalunya macam masa cuti yang lepas, so segala macam jenis blogwalking, bagi komen dan merayau-rayau tak dapat nak dilaksanakan dengan kerap!

Thanks sudi baca sampai habis, ada masa nanti akan update lagi ok, setakat ni memang cuba satu hari satu post dahulu kalau mampu nanti akan ditambah banyak-banyak-banyak.






p/s: Thanks buat semua yang baca dan bagi komen kat entri khas hari bapa, jom luangkan masa sedikit dengan menyedekahkan Al-fatihah buat ibu bapa kita samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah~


Sunday, June 19, 2011

Entri khas HARI BAPA


Alhamdulillah, atas limpah dan kurniaNya hari ini saya masih lagi dapat melihat beliau, dengar kata-kata nasihat yang beliau berikan, dapat salam dan cium tangan beliau.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dengan kasih sayangNya juga, saya masih dapat menatap wajahnya sehingga ke hari ini. Saya masih boleh dedikasikan ucapan hari bapa buat beliau, saya masih boleh menikmati setiap nikmat yang beliau berikan hasil usaha keras dan penat lelah beliau bekerja.

Ayah.. 

Itulah panggilan keramat seorang anak buat beliau. 

Jasamu begitu besar, kasih sayangmu tiada tandingan. Posisimu sebagai seorang ayah mustahil akan ada pengganti dihati dan di dalam hidupku.

Bagi saya, beliau bapa terbaik di dunia. Bagi saya, beliau lelaki terpenting dalam hidup saya. Bagi saya, beliau ayah paling bertanggungjawab di dunia.

Terima kasih ayah!

Jasamu,
Pengorbananmu,
Ketabahanmu,
Kecekalanmu,
Kesungguhanmu,

menjagaku semenjak kecil, mendidik anakmu menjadi insan yang berguna, mengasuhku tanpa jemu, bekerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah demi anak-anakmu, kesabaranmu dalam melayani kerenahku.. 

SEMUA itu tidak mampu kubalas!

Bagi saya, setiap hari adalah hari bapa, setiap hari kita perlu menghargai jasa seorang ayah, setiap hari kita perlu bersyukur dan berterima kasih dikurniakan seorang ayah yang sangat penyayang.

Tetapi hari ini hari istimewa untuk kita mengekspresikan kata-kata Selamat Hari Bapa buat seorang ayah. 

SELAMAT HARI BAPA
BUAT AYAHANDA TERSAYANG!
SAYA SAYANG AYAH!

juga buat semua yang bergelar bapa..

ayah dan temannya,
majlis perkahwinan En Yusman~
"Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka memeliharaku semenjak aku kecil"

p/s: Dedikasi Selamat Hari Bapa juga buat insan istimewa, En. Maskun bin Masiran, Muar, Johor Darul Takzim. 
       doaku sentiasa menemani kalian~



Saturday, June 18, 2011

9 info pilihan malam ini~

Kita dan bacaan memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi bila semua kerja dah selesai di buat. 

Masak sudah, kemas rumah pun sudah, baju pun dah selamat dibasuh dan macam-macam lagi la kerja rumah. Lagi-lagi bila dah malam macam ni, kebanyakkan tugas dah banyak yang beressss.

Jadi masa yang terluang banyak digunakan dengan membaca. Baca buku, novel, majalah, kitab-kitab, komik, entri yang dibuat oleh blogger-blogger dan banyak lagi.

Bila kita membaca, kita dapat maklumat, kita dapat ilmu.

Jadi malam ni, jom kita tengok 9 info menarik ni :

 ~~@ Haiwan paling bahaya di muka bumi ini adalah lalat rumah kerana kegemarannya hinggap pada najis    dan menyebarkan penyakit merbahaya kepada manusia dan haiwan lain.

  ~~@ Sel otak mempunyai jangka hayat paling panjang, ia hidup selagi tubuh manusia masih bernafas.

  ~~@ Apabila kamu mengecam muka seseorang, kamu sedang menggunakan otak sebelah kanan.

  ~~@ Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

  ~~@ Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

  ~~@ Secara purata kita menuturkan 30 000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9000 perkataan yang ada.

  ~~@ Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa termasuk gula dan garam setahun.

  ~~@ Sel paling panjang dalam tubuh manusia adalah saraf motor, ia boleh menjangkau 1.37 meter panjang dari saraf tunjang hingga ke tumit.

  ~~@ Tulang paling kecil dalam tubuh manusia adalah tulang yang terletak di telinga tengah berukuran 0.28 sentimeter panjang.



p/s : Bercakap tak penat-penat~


Mutiara kata 1

 Bismillahirrahmanirrahhim

Daripada Abu Darda' r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, " Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."

         -Riwayat Abu Daud, Al-Tarmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban-.



Friday, June 17, 2011

Dah bersediakah??

Assalamualaikum salam pembuka bicara, apa khabar para blogger sekalian, ceh mula lah tu ayat skema. Sampai ada kawan kata, ira kalau menulis dalam blog gilerrrr skema. hahaha. Nak tergelak i tau! but i like!

Hari Jumaat hari yang mulia, so Alhamdulillah bila tengok banyak blog-blog yang menceritakan tentang kelebihan hari Jumaat, tips menarik, fakta-fakta berguna yang menyumbang pada perkembangan otak.. erk dan tak kurang juga entri-entri mantop yang buat kita berfikir sejenak, dua jenak dan tiga jenak, at least dapatlah kita bermuhasabah diri kita ni kan.

Dah bersediakah??

Apakah??

Hari ni hari Jumaat, well semua dah maklum kan, budak sekolah pun dah seminggu mula sekolah setelah dua minggu merehatkan otak yang dah naik beku kerana dah lama tak belajar matematik atau add math di sekolah. ok rasa macam dah start mengarut. hee~

Waaaa *tiba2 nangis*. Lusa je weh! lusa dah mula la menjejakkan kaki ke IPG tercinta di Batu Pahat juga bandar kesayangan setelah mendaftar di IPG. Errr ada lagi ke sapa2 yang tak tahu apa itu IPG?? cubit baru tahu 

Mula la akan jumpa kawan-kawan dari selatan, timur dan barat semenanjung Malaysia dan juga roomate ter-chenta yang akan naik flight datang sini dari Sabah bahhh.. Oh yang pastinya hostel akan mula riuh rendah dengan suka guru-guru pelatih bercerita perihal anak murid yang degil perihal cuti sekolah yang dilalui. 

Tak lain tak bukan bercerita tentang percutian di Langkawi mungkin, beli handphone touch screen baru mungkin juga, dan rumah sewa baru mungkin dan macam-macam lagi lah kan.

Ok now time to ingatkan diri sendiri yang lepas ni dah tak boleh main-main, tak boleh leka, tak boleh 20 jam ngadap blog tanpa rasa fed up lagi, tak boleh dok lepak tengok tv, dalam bilik hostel tak ada tv pun , tak boleh ngade2 nak tidur petang lagi ok??

Rutin hidup akan jadi macam biasa pelajar selalu buat, bangun pagi2 pergi kelas, dengar lecturer mengajar kat depan, setiap sem berkenalan dengan lecterur yang baru, buat task yang diberi, buat presentation individu dan berkumpulan, berlakon dalam subjek pedagogi, ehehe, buat nota, update file, public speaking, buat origami dan macam-macam lagi lerrr.

Oh tak lupa juga masak@rewang kat masjid bila tiba hari Khamis, handle student baru masuk, datang perjumpaan bagi setiap badge, pergi silat malam Ahad! ade lagi, pergi pasar malam depan kampus setiap hari Jumaat. ekekeh.. 

Dan yang paling best, Perhimpunan pagi setiap hari Isnin.. hee~

So, get ready wahai cik SC..

Tak lupa juga buat semua kawan-kawan guru pelatih sekalian, name tag jangan tinggal, kad matrik jangan lupa pakai, hehe.. kita jumpa nanti ye.. 


p/s : Belajar3!! oh thanks buat Mr Bond sebab hadiahkan header yang chantek tuuuu hee~ i like!



Thursday, June 16, 2011

Hidup ini sementara


Kata bijak pandai, hidup ini dimulakan dengan tangisan, ditengahnya juga tangisan dan dipenghujungnya turut dilingkari tangisan. 

Lihatlah bayi, lahir ke dunia setelah 9 bulan mendiami rahim ibu dengan tangisan yang sudah tentu belum lagi mengerti mengapa tangisan itu terjadi. 

Dalam menyusuri kehidupan ini juga, banyak onak dan duri yang kita tempuhi, kadang kala kita rebah dan jatuh, namun dengan kekuatan dan semangat yang kita miliki, kita terus bangun, bangun dan bangun, walau terpaksa merangkak sebelum berlari, kita nekad untuk meneruskan perjalanan hidup ini. 

Di penghujung kehidupan juga, sanak saudara dan sahabat andai, juga orang yang kita sayangi, mengiringi pemergian kita ke alam yang lain dengan tangisan. 

Sedih dan hiba, kerana sedar bahawa perginya insan yang tersayang buat selama-lamanya. Tangisilah pemergian orang yang tersayang sepuas-puasnya, menangislah juga sebagai tanda kita bimbang akan nasib yang akan mereka tempuhi di sana. Apakah bahagia? apakah derita?.

Namun jangan mudah membuat andaian melulu dengan mengatakan bahawa hidup ini hanya untuk merasa derita. Hidup itu pahit kerana syurga itu manis. Perjuangan itu keperitan kerana syurga itu kebahagiaan.

Hidup itu ujian buat kita. Tak kira susah atau senang, kita sedang diuji olehNYA. Apabila kita senang dengan limpahan harta dan kelapangan masa, adakah kita mahu membantu orang yang memerlukan bantuan kita? Apakah kita sudi meluangkan masa kita yang ada berkorban untuk mereka yang memerlukan? 

Setiap detik kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Bila kita susah, tiada wang di poket baju dan seluar, tiada pekerjaan setelah berjaya menamatkan pengajian di IPT, juga gagal dalam peperiksaan, diuji lagi dengan ketidakfahaman orang tua terhadap pilihan yang kita lakukan dan diuji dengan tingkah laku orang lain yang membuat kita geram dan sakit hati...

Adakah kita melalui semua itu dengan penuh kesabaran dan ketabahan?

Adakah kita cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian?

Adakah kita bertawakkal dan menyerahkan segalanya kepada DIA setelah kita berusaha dengan sekeras-kerasnya?

Hidup ini indah jika kita berjaya mencorakkan dengan sebaiknya, hidup ini bahagia jika kita jalani berdasarkan tujuan sebenar kita berada di dunia ini. Hidup ini sungguh bermakna jika kita sandarkan padaNya..





p/s : Kulihat tangisan itu, sungguh sayu.. Tak akan kulupakan kesedihan dan luahan itu sampai bila-bila~


"Jom request doodle PERCUMA"


Jom kita request doodle ramai2!!

Klik2 banner kat atas..

Urm nak doodle comey2 yang sopan
dan bertudung ..
tak yah tocang nanti penat nak ikat rambut,
ehehe~



p/s : Thanks to Cik Am, sebab tag kitew, hee~ terjah dia


Wednesday, June 15, 2011

Dia yang tak pernah menghampakan.

Dia tak pernah menghampakan. Bila aku bosan, aku cari dia. Bila aku rasa kosong, aku cari dia juga. Bila aku rasa aku masih tak cukup ilmu terutamanya dalam hal-hal berkaitan dengan agama, aku jadikan dia juga sebagai tempat rujukan aku, tambahan pula dia boleh teman aku di mana-mana sahaja aku berada.

Apa sahaja yang aku mahukan, dia pasti dapat penuhi. Bila aku tengok dia, aku rasa makin dekat pada Dia yang Maha Kuasa. Aku rasa bagai tak mahu lepaskan walau sesaat pun untuk beribadah padaNya. Dia buat hati aku makin bertaut padaNya. 

***********************

Malam yang indah menjelma lagi. Di malam ini ingin aku kongsikan bagaimana aku berkenalan dengan dia. Dia seperti yang aku ceritakan serba sedikit di atas. Bagi yang tidak pernah kenal dan tahu mengenai dia, mungkin tak tahu apakah keistimewaan dan kelebihan yang dia ada sehingga membuatkan aku benar-benar tertarik dan jatuh hati pada dia.

Aku kenal dia tahun lepas, masih baru lagi kan. Namun banyak yang aku dapat, banyak yang aku belajar dari dia. Dalam tempoh perkenalan kami, aku cuba sedaya upaya gunakan dia untuk meningkatkan ilmu dan diri aku. Oppsss aku tak kata aku gunakan dia untuk kepentingan diri aku sendiri. Itu jauh sama sekali.

Apa yang penting, aku mahu perbaiki diri aku. Yelah, aku bukan perfect. Sebab aku tahu memang tak ada orang pun yang perfect. Tapi pada aku, tak salah kan kalau kita jadi "hampir sempurna". Aku beruntung kerana dengan adanya dia, aku dapat perbaiki diri aku jadi yang lebih baik dan bertambah-tambah baik lagi.

***********************
Dia tak kacak, apatah lagi macho. Dia tak tinggi, juga tidak sasa. Apa yang penting aku sentiasa gembira dan tenang bila dia disampingku. Aku rasa cukup segala-galanya bila dia ada bersamaku. Ya, betapa aku beruntung kerana telah mengenali dia. Mungkin benar kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Aku tidak mahu hanya aku seorang yang mendapat keuntungan kerana mengenali dia. Kuingin kamu semua tak kira kawan atau lawan, yang mengenali aku ataupun tidak, turut berasa bertuah kerana mengenali dia. Mari aku kenalkan kamu semua para pembaca kepada dia yang begitu membuat aku kagum.

*************************
Nak kenal tak dengan dia?. Aku pasti ada yang mengenali dirinya, dan masih ada lagi yang masih belum kenal siapa dia. Dia hebat. Dia mantap dengan pelbagai hujah dan nasihat yang berguna.

Ini lah dia yang aku maksudkan....


 Haaa.. sekarang aku mahu tanya.. Kenal tak dia. Dia lah majalah kegemaran aku yang aku ceritakan sebenar tadi. Maaf andai cara aku bercerita seolah-oleh menggambarkan ianya seorang manusia. ehehe. Dia 
lah yang sentiasa ada dimana-mana pun andai aku memerlukan. 



Majalah ini terbitan Telaga Biru kian mendapat tempat dihati mereka yang cintakan ilmu. Juga banyak mendedahkan tentang realiti kehidupan dan mana yang perlu kita teladani. Karangan-karangan hebat dan olahan mantap dari beberapa penulis yang hebat seperti Pahrol Mohamad Juoi, Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed, Fatimah Syarha Mohd. Noordin (penulis Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul & Seindah Mawar Berduri),  Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dan turut tidak ketinggalan pakar motivasi terkenal Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Pelbagai tips boleh kita dapati di sini. Untuk para remaja dan golongan belia, karangan dan penulisan oleh Pahrol Mohamad Juoi sangat menarik perhatian. Lebih-lebih lagi yang berkenaan dengan cinta. Juga perkara-perkara berkaitan dengan ibadah, tafsir, akhlak dan sebagainya.

Saya dah memilikinya, jadi.. anda bagaimana?? Dapatkan dipasaran sekarang.



p/s : To someone.. sorry ye, ehehehehe


Doa hamba..






Tuesday, June 14, 2011

Penantian! satu penyeksaan!


Assalamualaikum......

Salam dan selamat sejahtera SC doakan buat semua! Moga semuanya sihat dan ceria untuk terus menjalani kehidupan dan kekal aktif dalam dunia blogging. Ceh! dah macam nak bagi informal letter la pulak!

Hari ini seharian suntuk tak dapat nak mengadap muka blog selepas entri subuh pagi tadi di tulis, ehehehe.. dah nak subuh balik dah pun. Jam pun dan menunjukkan pukul 2 pagi. 

Blog Laksamana
Macam yang saya pernah maklumkan sebelum ini, kalau sapa2 tak tahu boleh rujuk SINI YE. Hari ni pagi2 lagi dah kena pergi temankan adik untuk satu interview. Huh rasa macam diri kita pulak yang pergi interview, bukannya dia. Penatnya jangan cakap laaaa...

Dari pukul lapan pagi dah dok tercongok kat Blok Laksamana di Seri Negeri Ayer Keroh bila adik dah masuk bilik interview untuk dengar taklimat, ayah pulak dah mula meeting, ni yang susah ni bila dengan orang busy macam Mr Manager tu, ada je orang nak call bila kita tengah berbual, hehehe.. Bosan ya amat!

Masa mula-mula sampai semuanya bergerak pantas dan cergas carik tempat interview, sampai pun dah agak lewat sebab ambil masa untuk cari tempat temuduga nak-nak lagi bila kereta banyak pagi-pagi macam ni. Masuk je dalam bangunan tu, tu diiaaa telinga dok menangkap satu lagu yang sedang berkumandang, eh2 macam kenal je lagu ni...  Seeeeenyuuuummm kepada semuaaaa... senyumanmu amatlah berharga... 

Kaki yang tadi melangkah laju mula bergerak perlahan, berbunga-bunga la jugak hati dan mood pagi tu.. Agak-agaknya kalau tiap-tiap hari dengar lagu tu, mungkin tak ada la orang marah2 lagi, Oh kita boleh je kalau nak guna lagu versi baru kan, senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum tak perlu kata apa-apa. ehehe~

kafeteria~
Cuba bayangkan saya kejap duduk, bangun berdiri, penat berdiri duduk lagi, sakit kaki, jalan la pulak, penat jalan, duduk lagi, duduk mengantuk pulak, bangun lagi jalan-jalan sedut oksigen. Fuhhh 7 jam kau! 7 jam dok wat benda yang sama, dah la tak bawak buku or majalah kalau tak boleh jugak den baca.

Cuba jugak nak online via handphone.. kot2 la dalam masa 7 jam tu boleh buat 7 entri ke kan. Baru je nak senyum dapat connect. Putus pulak, connection tak kuat, so tak dapek den nak nolong.. Hammmpeehh.. Duduk la lagi terkebil-kebil. Nak merayau pun bukan ada apa pun, penuh pejabat je kat situ. hehe tak masal lak nak kacau orang lain buat keje dalam pejabat.

Yang diinterview cuma 20 orang, tapi sorang tu mahu jugak kena soal siasat dalam setengah jam. Makluman sekali lagi ye, ni bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam. Nanti diorang ni la yang uruskan urusan di Mahkamah, dorang jugak la yang uruskan surat nikah kita bila nak nikah nanti, hehehe.. Dorang jugak la yang akan bantu segala macam jenis hal2 syariah dan banyak lagi lah. Hhmmm nampak macam best je kan kan.

Calon-calon ditemuduga oleh dua orang ahli panel, seorang dari SPA sendiri, yang ni kalau tak silap memang kena speaking jela dengan beliau ni. Yang lagi seorang memang mantop lah kan, KADI Negeri Melaka tu, cewahh doranggg.. dah pernah jumpa dan di-interview lagi tu dengan Tok kadi ni. Ni yang jeles ni, hehehe
ni la yg gi interview tu~

Soalan jangan cakap lah, segala macam perkara asas dalam agama beliau tanya. Iddah tu apa, wali tu apa, sunat ab'ad, sunat hai'at.. Sah tak kalau tak buat sujud sahwi.. Tanya pasal tajwid, tanya pasal surah-surah hafazan, suruh mengaji, bab halal haram pun keluar, pada saya amat mencabar, huh terkedu saya dibuatnya.

Nak tahu kenapa?? Walaupun bukan saya yang pergi interview tu, tapi saya turut serta dalam perbincangan mereka sementara mereka menunggu giliran.

Jadi masa tu segala macam hukum hakam, perkara-perkara asas di-refresh semula agar bila ditanya nanti tak la terkedu-kedu nak jawab!. Apa yang saya boleh tolong saya tolong, namun banyak juga yang saya tahu, tapi kurang yakin dengan jawapan yang sebenar.

MashaAllah, banyak lagi rupanya ilmu yang belum saya kuasai. Padahal semua itu penting buat diri sendiri juga agar dapat kita jalani kehidupan ini dengan jalan dan lorong yang betul. Ahhh malunya pada diri sendiri, masih banyak ilmu yang belum dikuasai!

Pukul tiga petang baru lah segalanya selesai. Adik merupakan orang terakhir yang ditemuduga pada hari ini.  Alhamdulillah segalanya selesai dan dipermudahkan olehNya. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, ada rezeki tak kemana.. 

Menunggu lagi penat dari ditemuduga. Dalam perjalanan balik ke rumah, mata dah macam kena gam, sampai rasa tak larat sangat dah nak bukak mata ni. ehehe~

Perjalanan hidup hari ini macam juga hari-hari yang lain, tak akan saya lepaskan begitu sahaja tanpa mengambil iktibar dan nila-nilai murni walau hanya dengan perkara-perkara kecil yang berlaku. Adakalanya yang kecil itulah yang akan membawa perubahan dan kesan yang besar dalam diri kita.

 "Tambah ilmu dan tingkatkan iman"



Monday, June 13, 2011

Interview again.

Dah pukul lima pagi, selamat pagi buat semua. Morning glory... Lagi dua jam saya, ayah dan adik kena bertolak dari rumah untuk ke Seri Negeri Ayer Keroh. Dengan rezeki yang diberikan Allah, kegagalan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang juruteknologi pergigian telah diganti dengan tawaran bagi jawatan Pembantu hal ehwal islam.

Sungguh tak disangka. Rezeki itu datang tanpa kita pinta dan duga bila ia akan datang. Hari Jumaat lepas bila kami sekeluarga sampai di Melaka dari Kluang, surat dari SPA dibelek. Dah sedia maklum pun bahawa interview yang lepas tidak berjaya. Bila buka lagi surat yang lain. MashaAllah ada tawaran lain pula dari SPA!.

Adik mula selesa dengan kehidupan barunya di Uitm. Ditambah pula adik dan rakan-rakannya walaupun baru saja kenal, dah makin akrab. Mesti rasa sayang dan berat untuk lepaskan semua itu andai kata interview kali ini berjaya. Kawan-kawannya, sudah tentulah berat juga untuk melepaskan adik pergi. Namun adik memujuk mereka dengan mengatakan dia hanya pergi interview dan bukannya berhenti belajar di Uitm.

Hanya dua hari sahaja yang ada sebelum adik melalui interview ini. Sungguh singkat masa yang ada. Segalanya perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera demi memastikan segalanya lengkap dan berjalan dengan lancar. Ayah bersusah payah mengejar pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan bagi dokumen yang diperlukan. Itulah pengorbanan seorang ayah yang sanggup berkorban untuk anaknya.

Adik pula walaupun agak tertekan tetap juga mencari maklumat bagi jawatan yang ditawarkan. Saya hanya mampu memberi kata-kata semangat buatnya agar dia berasa yakin untuk menempuhi interview sebentar lagi. Moga segalanya dapat kau tempuhi dengan cemerlang dan mudah duhai adik!

Masa-masa macam ni, pak cik google lah yang dicari bagi mendapatkan maklumat. Dalam diam saya kagum dengan adik, walaupun tawaran ini datang dengan mengejut dan tanpa disangka, dia tetap berusaha dengan sekeras-kerasnya.

Andai ini yang terbaik buatnya. Semoga dia berjaya dengan cemerlang dan bahagia dengan kehidupannya. Andai ada lagi yang lebih baik, semoga Allah mempermudahkan segalanya kelak. Sungguh saya dapat pengajaran dengan apa yang berlaku disekeliling saya! Allah itu punya kuasa untuk menukarkan atau menghalakan kehidupan kita ke lorong yang lain, meskipun ketika itu kita berasa sangat selesa dengan apa yang kita miliki!.

Inilah ujian dariNya buat setiap hambaNya. Kerana hanya DIA yang lebih tahu akan apa yang terbaik buat diri kita.

Suratan atau kebetulan

Kadang-kadang dalam hidup ini kita dihadapkan dengan pelbagai keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan. Bagai belajar subjek Ekonomi Asas, ada kos lepas yang perlu dilakukan bila kita membuat keputusan. Bila satu tawaran keuntungan datang, mungkin ada perkara yang baik terpaksa kita lepaskan.

Orang lain mungkin tidak faham mengapa kita membuat keputusan begitu. Pada mereka, mungkin ada lagi yang bagus dan baik yang tak sepatutnya kita lepaskan. Namun, kita yang mengharungi semua ini, tak semudah yang mereka sangka. Apa yang penting, kita harus membuat satu keputusan yang bukan diputuskan hanya kerana ganjaran yang akan diperolehi, tetapi keputusan tersebut haruslah disandarkan kepada keselesaan dan kebahagiaan kita sendiri.

Dalam dilema, kita teraba-raba mencari sinar dan cahaya yang perlu kita ikuti. Mengharap agar ia menjadi penyuluh bagi kegelapan seterusnya menerangi lorong yang akan kita lalui. Mengharap lagi agar jalan yang akan kita susuri itu akan menjadi mudah tanpa banyak halangan dan onak duri.

Namun lumrah kehidupan, hidup mana yang lekang dengan ujian, hidup mana yang tiada racun berbisa dan duri di jalanan. Ahhhh bukankah kita makhluk tuhan yang diciptakan untuk mengabdikan diri padaNya. Mengapa sering saja terlupa.

Tiba satu saat, bumi tempat kita berpijak tidak lagi boleh menerima kita. Tiba saatnya nanti, perut bumi tempat kita diami.

Apakah nasib kita ketika itu?? Bahagiakah? tenangkah? atau sengsarakah??..

Kita mudah lupa siapa kita....
Kita mudah terleka untuk apa kita di bumi Tuhan ini..
Kita mudah terpedaya dengan tipu dayanya syaitan laknatullah..

Aduh..
ku tak ingin tewas!!
ku tak ingin golongannya mentertawakan anak adam!!
Aku tak mahu kita jatuh terduduk dengan hinanya..



Sunday, June 12, 2011

Tahniah buat Juara Piala FA!

Ni fenomena biasa kat mana-mana pun, 
bila ada je perlawanan bola,
huh kau tengok kat kedai makan sana,
kome toleh plak kat warung sana tuuu..

Memang penuh orang dengan laungan 

GGGOOOAAAALLLL!!

Tahniah buat Terengganu!!
dan semua rakyat Terengganu di atas kemenangan ni,
Alhamdulillah rezeki Ganu kali ni.






     Terengganu vs Kelantan 
         2-1


Nannananana Ganu kiteee, 
hee~
*smile*

Saturday, June 11, 2011

Blogwalking (Blog-Jalan-Raja) haha

Dua tiga hari ni saya suka pergi jalan-jalan. Jalan-jalan ni kena main lompat2 tau. Haha. Biasalah tu jalan-jalan di alam maya la katakan. Rasa macam main lompat-lompat plak. Sampai satu blog, tekan lagi blog lain, tuuu diaaa habis penuh tab kat atas tuuu. Nampak x?? hee~.

Nanti kalau tak jalan2 tak ada sapa nak baca entri yang blogger buat, kesian pulak kat diorang. Jadi masa banyak dihabiskan dengan membaca, baca dan baca. Tambah input kat dalam kepala ni, kasi semua urat dan segala yang berkaitan dengan otak lebih berkembang. Alllaaa macam iklan susu kat dalam tv tu. Tengok kan, tengok kan?.

Hari tu saya dah bawa kamu semua pergi PD, hah sapa tak tengok lagi, meh ramai2 klik kat SINI, hari ni kita cerita pengalaman jalan dalam blog plak ye.

Jadi masa jalan2 tu macam-macam benda la yang saya dapat. Macam-macam hal la yang saya tahu. Kalau bukak blog orang lain nampak header yang macam-macama jenis dan colour, macam template, dan tak kurang juga dengan lagu-lagu yang korang letak. Ni semua menggambarkan mood sesebuah blog. Ada yang ala-ala jiwang gitu, keras dengan lagu-lagu rancak, lagu sedih pun ada, lagu korea macam Mr Bond kita dan menimbun lagi la. Korang yang rajin blogwalking ni pun mesti la dah tahu kan, saje je nak refresh balik.

Ada satu blog yang saya baca, beliau mengatakan bahawa kepuasan berblogging tu bilamana kita ni, yang kaki-kaki blogging semua ni, dapat mencapai rentak semasa berblogging. Nak tahu macam mana dapat rentak tuuu. Haaa, pernah tak korang "eagerly" sangat2 nak menaip, nak mengarang tapi tak tahu apa benda yang nak ditaip? pernah tak? pernah? mesti pernah kan. Haa itu maknanya kita-kita ni belum mendapat rentak lagi dalam dunia blog ni. Bila tak dapat rentak, macam mana jari-jari sekalian nak menghentak-hentak keyboard. Haaa tu diiaa (nie dah berjangkit dengan orang Perak)

Bila fikir balik, betul jugak tu, mengapa mesti kita kaku dan beku untuk menulis kalau kita dah dapat rentak dalam dunia blog ni. Ada orang menulis untuk kepuasan diri sendiri, sebab tu kalau tak ada siapa nak baca pun dia tak hairan. Ada orang pulak, menulis sebab dia nak berkongsi apa yang dia rasa dan alami dengan orang lain. Sebab tu la dia akan jadi sedih, x de mood dan kecewa bila tak ada siapa nak komen, ulas atau join segmen yang dia buat. Ada juga luahan yang saya baca dia rasa sedih dan kecewa bila tak ada sapa nak join segmen yang dia buat, so menyebabkan dia rasa tak ada mood nak join segala macam segmen yang orang lain anjurkan.

Mana silapnya tak tahu la kan. Mungkin kurang promosi, atau mungkin juga ada kreteria-kreteria yang menyebabkan orang lain tak nak join dan macam-macam lagi la. Dunia blog ni banyak cabaran, apa yang penting kena tanamkan satu perkara ni dalam diri, biar kita yang menguasai keadaan, jangan kita dikuasai keadaan. Haaa agak2nya boleh faham tak??

Huh, before kita tutup cite ni sebelum ia jadi makin panjang lebar, semalam blogwalking ada ke patut
 (x patut2) saya tak boleh nampak followers blog-blog lain. Eh power spec ni dah naik ke?? Al-maklumlah asek ngadap laptop yang terang bagai bulan ni je, huhu. Ke mata ni dah bertambah rabun?? Sian kita tak dapat nak follow blog2 lain. GGrrr. geram gak la, penat tekan button refresh. mungkin ada sumthing error kot semalam. But today, semuanya dah pulih seperti sedia kala. Syukur2.. Dah boleh follow mollow lagi, hee~

Err, thanks again bagi kome kome yang berjaya baca luahan hati ni sampai kat bawah ni. Seronok tak kita gi jalan-jalan ni?? hhee mengarut je. Oh ok, got to go, nak keluar gi rumah nenek. Ada sapa2 nak ikut?? Jom kita jalan-jalan kat Melaka ni..best tau.

 jalan, jalan, jalan
p/s: Malam nak indah~

Matlamat.


Kadang-kadangku terlupa
Bahawa hidup ini punya matlamat yang jelas
Sehingga membuatkanku sering berada dalam kekeliruan.

Aku punya matlamat yang pernah kutanamkan di hati dan di minda,
Tiada siapa didunia ini mahukan kegagalan dan kekecewaan.

Begitulah aku,
aku juga mahukan sesuatu yang dapat membuat semua bangga
keluargaku, teman2ku,bangsaku dan agamaku.

Wahai teman,
benarkah hidup ini umpama roda??
Ada kala kita cemerlang diatas
dan adakalanya kita terjatuh dibawah

Saat aku cemerlang,
Aku mahu diriku sentiasa ingat dan bersyukur..
Tolong ingatkan ya..
andai aku terlupa,

namun bila aku terjatuh,
aku tidak mahu mengalah,
ingin aku kutip setiap pengajaran 
yang mampu mentarbiyyahkan 
diri ini...

Ya Rabb
Kutahu aku hanya punya Engkau
Kaulah tempatku mengadu
Kaulah tempatku menyerahkan segala-galanya


p/s: Best jugak luah perasaan macam ni..

Thursday, June 9, 2011

Petua Orang tua-tua.

Orang Melayu memang terkenal dengan petua dan pantang-larangnya.

Eh ko, jangan menyapu malam2.. nanti bla bla bla

Jangan duduk atas bantal nanti bontot bisul.

Jangan menyanyi masa tengah memasak,

Jangan duduk kat tangga, anak dara..

Jangan baring sambil angkat kedua-dua belah kaki

Jangan berhias2 malam....nanti teeetttttt

Sangatlah banyak pantang larang orang tua-tua kita ni. Dan setiap pantang larang tu ada sebab musababnya yang tersendiri. Kenapa ni tak boleh, kenapa tu boleh. Tapi dalam banyak-banyak pantang larang yang ada, mungkin ada yang boleh diterima dek akal, dan mungkin ada juga yang macam.... hah?? biar betul?!.... macam tak masuk akal je, macam tak caya je. Sebab ia agak bertentangan dengan apa yang telah ditentukan terutamanya dalam agama Islam.

Dulu masa kecik-kecik bila orang kata eh jangan angkat dua2 kaki ko tu masa tengah baring, nanti orang tua mati..bla bla bla.. Ok masa tu rasa macam eh biar betul, sebab angkat kaki pun boleh jadi macam tu ke?? Disebabkan umur masih muda so kita yang kecik ni pun ikut je la kan apa orang kata. Tapi lama-lama bila besar, dah tak heran dah. 

Masa belajar Bahasa Melayu Komunikasi sem 3 lepas, lecturer ada kata, perkataan PETUA tu datangnya dari peraturan orang tua-tua. Tu yang jadi PETUA. 


Zaman moden ni ada lagi ke orang Melayu yang masih lagi mengamalkan petua dan pantang larang dalam aktiviti harian. Ada lagi tak? Apa-apa pun jodoh pertemuan, ajal maut itu kan ditangan tuhan. Hanya Dia yang tahu segalanya, hanya Dia yang menentukan bukan. 

Orang tua-tua kita dulu tinggi dengan adab dan sopan santunnya. Dari situlah datangnya segala pantang larang dan petua yang sampai sekarang masih lagi femes dikalangan kita. Semuanya untuk menjadikan kita lebih beradab dan menjaga tingkah laku. Maka hendaklah kita menjadi manusia yang tinggi adab dan tingkah lakunya serta berakhlak mulia.

Mudah-mudahan!


Segmen Bujang dan Sakura : Kami Tak Lupa Diri

Sambil-sambil kita berblogging,
sambil-sambil kita mengingati kan,
jom kita join segmen ni

klik banner

Rukun Islam 5 perkara:

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat lima waktu sehari semalam
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan haji di Mekah
(bagi yang berkemampuan)

Rukun Iman 6 perkara:

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3.Beriman kepada kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Beriman kepada qada' dan qadar

Ok dah senaraikan!

Nak tag dia ni:


p/s: Bagus segmen ni, sambil bersegmen, sambil beringat.. jom join!
      due date: 16 June 2011

Amalan Harian Rasulullah

Selamat Pagi semua. Sobahannur? Apa khabar semua?.. Macam mana hari kita hari ni? Berjaya? Bahagia dan tercapai apa yang kita impikan untuk hari ni?

Kita mulakan pagi kita ni dengan sedikit amalan-amalan yang boleh meningkatkan iman kita. Semoga ada manfaat dengan perkongsian yang "kerdil" ini.

Banyakkan sedekah


Tahukah kawan-kawan bahawa sedekah adalah satu kebajikan yang sangat dituntut dalam Islam. Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda: "Sedekah itu tidak mengurangi harta. Allah SWT akan menambah kemuliaan kepada hambaNya yang pemaaf. Dan bagi hamba yang tawaduk kerana Allah SWT. Allah SWT akan mengangkat (darjatnya)." Riwayat Muslim.

Jaga Wuduk

Wuduk adalah salah satu cara menyucikan diri dari hadas kecil. Jika tiada air atau air tidak mencukupi untuk berwuduk, maka wuduk boleh digantikan dengan tayamum. Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat. 
Allah SWT telah berfirman: " Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali." (al-Maidah:6)

Baca Al-Quran dan maknanya

Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat kepada RAsullullah SAW. Ia juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT.   Dari Abu Umamah Al-Bahili berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah bersabda: "Bacalah al-Quran! Maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (iaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." Riwayat Muslim

********************

MasyaAllah, begitu pantas masa berlalu, dah bulan Rejab, banyak kelebihan bulan Rejab ni, jadi rugi kalau tak rebut peluang. Tak lupa juga bulan Syaaban dan Ramadhan. ketiga-tiga bulan ni banyak kelebihannya. 

Moga diberi kekuatan dan kecekalan pada kita untuk memperbanyakkan ibadat pada bulan yang mulia ini. Bukan orang lain yang dapat untung, untuk tabung kita juga di akhirat juga nanti. 


Wednesday, June 8, 2011

Kartun boleh buat kita lupa masalah??

Masa kecik-kecik dulu semua gila kartun. Budak kita duduk depan tv terpaku dan kaku tengok aksi-aksi kartun kegemaran mereka. Oh tak tahulah pulak kan kalau ada budak kecik yang tak suka dan tak gemar menonton cerita kartun ni. Err tak mustahil untuk ada kan. Dak kecik yang matured la tu! ahaks

Ok mungkin saya antaranya yang tergolong dalam golongan budak kecik comey lote yang amat menggemari cerita-cerita kartun, hee~ Petang-petang mandi dan bersiap cepat-cepat supaya tak ketinggalan menonton cerita kegemaran. Kalau nak dikategorikan memang banyak jenis kartun yang ada. Yang ganas, yang lembut, yang beri pengajaran, yang boleh buat orang ketawa guling-guling, yang buat orang kata eh2 kartun ni betul ke tak betul? dan banyak lagi.

Ramai kawan-kawan yang amat suka menonton kartun, tak kira lah walaupun umur dah mencecah 20 tahun pun tapi sememangnya aksi dan gelagat yang terdapat dalam cerita-cerita ini boleh mencuit hati sesiapa sahaja. Nenek dan atuk pun boleh gelak golek-golek dibuatnya.

Memang tak dapat dinafikan, bila kita dilanda masalah, perkara yang terbaik yang perlu dilakukan ialah dengan mengadu kepadaNya, hanya sebab pertolongan daripadaNya sahajalah segala masalah itu dapat dirungkai dengan baik selain usaha yang telah kita lakukan. Dah zikir, dah doa, dah menangis-nangis dengan kuatnya semasa sujud, tonton kartun kegemaran anda merupakan antara cara untuk membuatkan hati menjadi ceria. Siapa tahu aksi dan gelagat kartun mampu mencuit hati kita kan.

Kartun terbitan negara kita pun tidak kurang hebatnya. Lihatlah begitu besarnya impak Upin Ipin dalam masyarakat kita. Bukan hanya jalan ceritanya yang menarik dan boleh memotivasikan setiap anak-anak kecil, ia juga seakan-akan menjadi idola dan ikutan bagi adik-adik kita ni. Hah mulalah keluar macam-macam baju, patung, beg sekolah, pencil box, bantal dan cara percakapannya juga turut berjaya menarik minat anak-anak kecil.

Banyak pengajarannya bila kita tengok kartun ni. Dulu kecik-kecik seronok layan Doraemon, siap hafal lagi lagu dalam bahasa Jepun tu. Huh bukan susah pun kan! hee~ berlagak! Sailormoon lah, Sin Chan, Dragon ball, Naruto, Mickey mouse dan pasangan Minnie mouse. Err ape lagi ek. Dah tak dapat nak ingat lagi dah. Terlampau banyak! Dan sampailah yang terbaru sekarang ni BoboiBoy, Spongebob, Wonder pet huh banyak2..

Bagus la bila Malaysia dah maju dengan buatan kartun sendiri, ikut budaya kita juga. Dari segi moralnya dapatlah dikawal agar seiring dengan norma masyarakat Malaysia yang lebih berbudaya ketimuran. Mengikut kajian, kanak-kanak yang suka menonton kartun ni otaknya lebih kreatif dan bijak ini kajian sendiri hehe. Tapi memang betul pun sebenarnya, tak de la tengok budak-budak ni kaku dan tak bermaya je, ceh!.

Jadi marilah kita bergelak ketawa dengan menonton kartun kegemaran kita. Nak belasah tengok apa-apa kartun pun apa salahnya. Seronok pulak cerita pasal kartun ni, sebab kartun kan ceria, jadi ia mampu ubah mood kita jadi ceria juga!

Banyak juga idea yang keluar bila menaip ni, ni semua gara-gara Kungfu Panda 2 la ni. Teman adik tengok tadi. OMG rasa diri sendiri pula macam kena pukul dan bom. Yes! rasa macam nak tengok ulang-ulang kali je. Aksi, animasi, jalan cerita, mood cerita yang sangat sempoi dan ceria ditambah dengan 3Dnya! Memang meletup la! Tu yang mood jadi kartun je malam ni. Hee~ kembali ke zaman kanak-kanak kejap.

*inside peace*



Lupakan masalah kejap
jom kita tengok kartun 
hee~


" Sergeant Keroro Cari Krew Baru".

Tetiba rasa mood bertukar jadi 
mood makhluk asing..


"INVASION" PLAN!!

Haaa nak tahu kenapa? 
meh ramai2 klik banner tu.

Oppss sila bertindak dengan pantas,
sebab 100 je weh! 100 je diperlukan!

Mereka yang wajib kena tag ialah:







Tuesday, June 7, 2011

Ingat tugas guru ni ringan ke??

Semalam, kita bergelak ketawa dengan gelagat seorang budak kecil yang berjaya mengalahkan Botak yang merupakan ketua di sekolah atau asrama Sekolah Wira Bakti. Rata-rata daripada kita menonton cerita Juvana yang bersiaran di TV3 setiap hari Isnin. 



Botak yang selalu berlagak "hero" dan "taiko" kononnya itu pantang dicabar atau dikalahkan. Dengan rasa bongkak yang ada di dalam diri itulah menyebabkan dia sering menganiaya rakan-rakannya yang lain. 

Namun disebalik semua itu, saya terusik dengan satu slot dimana kisah kerjaya guru yang tidak disetujui oleh seorang ayah. Benarkan kerjaya guru tidak dapat menjamin masa depan? Tidak boleh membuatkan seseorang itu berjaya dan maju dalam hidup? Tak boleh nak membina sebuah rumah yang besar? Melancong ke luar negara?

Apa pendapat anda??

Saya merupakan seorang guru pelatih yang sedang menuntut dalam program ijazah. Namun saya akui masih banyak lagi yang perlu saya pelajari sebelum saya terjun ke bidang perguruan ini. Siapa kata seorang guru tiada masa depan?? Siapa kata? Ye, pak cik yang berlakon semalam tu yang kata. Mungkin ianya hanya sebuah drama. Tapi membawa maksud yang amat mendalam bagi seorang guru pelatih seperti saya.

Senang-senang je dia kata guru ni tak ada masa depan. Perghhh terbakar. Disebabkan seorang guru lah mereka-mereka yang kini telah berjaya dan kaya-raya, berpangkat besar, dapat menikmati hidup yang selesa dan cemerlang.

Pengalaman saya mengikuti PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) yang lepas banyak mengajar saya. Betapa susahnya seorang guru nak kawal satu kelas yang ada 40 murid. Nak pastikan yang mereka ni faham apa yang kita agar. Nak pastikan yang mereka ni dapat kenal huruf, tahu membaca, tahu sebut, tahu hukum hakam agama, tahu membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Susah-susah. Ingat senang ke nak tarik minat murid untuk bagitahu mereka ni.

Lagi-lagi bila kita berdepan dengan kanak-kanak yang dalam kepala mereka hanya tahu main, main dan main. Blogging, blogging dan blogging. 

Cikgu bukan hanya ada masa depan yang sangat cerah, tapi mampu mencerahkan setiap anak murid yang dididiknya. Cikgu bukan hanya mampu menjadi kaya raya, tetapi turut mampu membuat ramai pelajarnya menjadi kaya-raya.

Guru ni ibarat ibu bapa kedua selepas ibu dan ayah kandung. Menjadikan guru sebagai pilihan kerjaya juga memerlukan guru bersiap-sedia untuk menghadapi cabaran di masa hadapan. Tahu isu semasa, tahu perkembangan murid-murid, serba serbinya kena tahu la kan.

Kalau guru ni tak menjamin masa depan, kenapa mesti permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. 20 Jun 2011 ni merupakan kemasukan pelajar baru. Masa depan guru ni memang sangat terjamin. Pelbagai keistimewaan diberikan hasil titik peluh mereka.

Buat semua guru-guru pelatih yang bakal menjadi guru (dah jadi guru dah pun sebenarnya) mari sama-sama kita perbetulkan niat kita kembali. Mendidik keranaNya, bukan kerana harta atau ganjaran semata-mata. Semoga kita bahagia melihat anak didik kita berjaya satu hari nanti. 

Buat semua bakal guru-guru pelatih yang akan menjejakkan kaki ke IPG, tetapkan hati anda untuk menjadi guru, tak kiralah masuk IPG sebab memang keinginan atau sebab mak ayah suruh ke. Tapi satu hari nanti pasti kita akan rasa "aura" seorang guru tu. Pasti kita akan bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang daripada ribuan guru yang ada. Ikhlaskan hati, kumpul semangat untuk menjadi guru yang bersedia menyanjung aspirasi negara.

Huh panjang plak menulis petang ni. Tahniahlah buat korang-korang yang berjaya baca sampai ke penghujung ni. Kalau nak komen atau bagi idea yang bernas tuu haa boleh pergi kat ruangan komen. 

Jom minum petang~