Saturday, June 18, 2011

9 info pilihan malam ini~

Kita dan bacaan memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi bila semua kerja dah selesai di buat. 

Masak sudah, kemas rumah pun sudah, baju pun dah selamat dibasuh dan macam-macam lagi la kerja rumah. Lagi-lagi bila dah malam macam ni, kebanyakkan tugas dah banyak yang beressss.

Jadi masa yang terluang banyak digunakan dengan membaca. Baca buku, novel, majalah, kitab-kitab, komik, entri yang dibuat oleh blogger-blogger dan banyak lagi.

Bila kita membaca, kita dapat maklumat, kita dapat ilmu.

Jadi malam ni, jom kita tengok 9 info menarik ni :

 ~~@ Haiwan paling bahaya di muka bumi ini adalah lalat rumah kerana kegemarannya hinggap pada najis    dan menyebarkan penyakit merbahaya kepada manusia dan haiwan lain.

  ~~@ Sel otak mempunyai jangka hayat paling panjang, ia hidup selagi tubuh manusia masih bernafas.

  ~~@ Apabila kamu mengecam muka seseorang, kamu sedang menggunakan otak sebelah kanan.

  ~~@ Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

  ~~@ Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

  ~~@ Secara purata kita menuturkan 30 000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9000 perkataan yang ada.

  ~~@ Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa termasuk gula dan garam setahun.

  ~~@ Sel paling panjang dalam tubuh manusia adalah saraf motor, ia boleh menjangkau 1.37 meter panjang dari saraf tunjang hingga ke tumit.

  ~~@ Tulang paling kecil dalam tubuh manusia adalah tulang yang terletak di telinga tengah berukuran 0.28 sentimeter panjang.



p/s : Bercakap tak penat-penat~


14 comments:

dyla ^_^ said...

ske lar entri ni! byk info ^_^
singgh ^_^

sergeant keroro said...

nice !!

baru tahu, hehe XD

kotak bulat said...

wah~ banyak y kb bru tau.. nice.~

Srikandi Cinta said...

dyla >> thanks singgah sini

sergeant keroro >> nasib baik tahu :)

Kotak bulat >> SC pun bru tahu jugak :)

nurAMALLINA said...

Wahh banyaknya info! Thanks :) hehe

Srikandi Cinta said...

nurAMALLINA >> u r welcome :)

tia @ Ini Kisah Tia said...

heheh ! suka info yang last pasal telinga :)

Srikandi Cinta said...

Tia >> tulang telinga plg kecil

ABU said...

oh baru tahu..:) tq

siti kektus said...

banyak nya 51kg, sebulan lebih kurang 4kg lebih la kan, ish2,

Mawar Berduri said...

tgh cuba ingat balik tulang kat telinga.. arghh.. kena buka buku anatomy balik...

::contengan hati::)) said...

Secara purata kita menuturkan 30 000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9000 perkataan yang ada.

patutlah yart banyak cakap hari2 cakap tak benti time tydo je senyap ehheh

Srikandi Cinta said...

ABU >> tahu tak pe, sme2:)

siti kektus >> tu la banyak makan, banyak perisa yg ada dlm makanan

Mawar berduri >> haha, nanti buka tau :)

Contengan hati >> ehehe, cakap mmg best :)

Jijimon said...

hahaha bebel tak sudah..
keep it up..
besh giler~hik3