Thursday, June 9, 2011

Amalan Harian Rasulullah

Selamat Pagi semua. Sobahannur? Apa khabar semua?.. Macam mana hari kita hari ni? Berjaya? Bahagia dan tercapai apa yang kita impikan untuk hari ni?

Kita mulakan pagi kita ni dengan sedikit amalan-amalan yang boleh meningkatkan iman kita. Semoga ada manfaat dengan perkongsian yang "kerdil" ini.

Banyakkan sedekah


Tahukah kawan-kawan bahawa sedekah adalah satu kebajikan yang sangat dituntut dalam Islam. Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda: "Sedekah itu tidak mengurangi harta. Allah SWT akan menambah kemuliaan kepada hambaNya yang pemaaf. Dan bagi hamba yang tawaduk kerana Allah SWT. Allah SWT akan mengangkat (darjatnya)." Riwayat Muslim.

Jaga Wuduk

Wuduk adalah salah satu cara menyucikan diri dari hadas kecil. Jika tiada air atau air tidak mencukupi untuk berwuduk, maka wuduk boleh digantikan dengan tayamum. Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat. 
Allah SWT telah berfirman: " Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali." (al-Maidah:6)

Baca Al-Quran dan maknanya

Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat kepada RAsullullah SAW. Ia juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT.   Dari Abu Umamah Al-Bahili berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah bersabda: "Bacalah al-Quran! Maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (iaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." Riwayat Muslim

********************

MasyaAllah, begitu pantas masa berlalu, dah bulan Rejab, banyak kelebihan bulan Rejab ni, jadi rugi kalau tak rebut peluang. Tak lupa juga bulan Syaaban dan Ramadhan. ketiga-tiga bulan ni banyak kelebihannya. 

Moga diberi kekuatan dan kecekalan pada kita untuk memperbanyakkan ibadat pada bulan yang mulia ini. Bukan orang lain yang dapat untung, untuk tabung kita juga di akhirat juga nanti. 


7 comments:

cik nurussalwa said...

=)
jazakillah khairan atas perkongsian ni.

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

insyaAllah..sama2 kita amalkan.. :)

GaRy™ said...

saya jarang baca tafsir... lepas ni nak amalkan la... terima kasih atas perkongsian ni yer~

cucu umie said...

jom kita amalkan sunnah rasulullah..incya-Allah pasti diberkati

Freaky said...

insyaAllah akan amalkan ape yang ada dalam entri ni

★ aIsyaH ★ said...

en3 yang bermanfaat..
like3..!!
thx 4 sharing!
:)

Jijimon said...

seeelok2 perkongsian itu adlh
yg kerdil tetapi
sgt bermanfaat utk sekalian
niceeee keep it up~ ^^
sme2 kte amalkan