Monday, June 6, 2011

Asal usul langkah bendul.

Kita asyik berbicara tentang langkah bendul. Kalau ikut apa yang kita faham dalam adat Orang Melayu, langkah bendul ni bila mana telah tiba jodoh si adik untuk melangsungkan perkahwinan sedangkan si kakak masing lagi membujang dan belum berumah tangga. 

Maka, kalau ikut adatnya, si adik perlulah memberi hadiah atau hantaran atau pun bayaran untuk menghormati adat ini. Namun, sejauh mana kita faham akan langkah bendul ni.

Hah meh kita kaji apa itu Bendul.

Bendul tu kalau kawan-kawan nak tahu ialah kayu yang dipasang secara memanjang pada tiang rumah atau balak (kayu) yang melintang di bawah pintu. Buatan bendul ni pulak mestilah lurus dan tidak boleh bengkok. Jika bengkok, sesebuah rumah tidak dapat didirikan.

Atas sifat bendul yang lurus ni lah lahirnya peribahasa 

"lurus bendul" 

yang bermaksud orang yang terlalu jujur dalam perbuatannya.

Dalam konteks langkah bendul pula, lazimnya apabila seseorang ingin masuk ke dalam rumah mestilah memijak bendul itu dahulu baru masuk ke dalam rumah. Jika seseorang masuk ke dalam rumah tetapi melangkaui bendul tersebut, yakni tanpa memijak bendul, maka dia akan dianggap kurang sopan kerana melangkah dengan langkah yang besar tatkala masuk ke dalam rumah.

Dalam konteks bayaran "langkah bendul", ia berkait rapat dengan norma orang Melayu yang amat menghargai orang yang lebih tua daripadanya. Dalam bahasa yang mudah, seorang adik dikehendaki menghormati kakaknya dan bayaran "langkah bendul" bolehlah dianggap sebagai manifestasi penghormatan tersebut.

Ok sekarang, dah tahu kan pasal bendul. Nanti tak ada la kita hanya tahu sebut pasal bendul je tanpa faham apa bendul tu yang sebenarnya.




p/s: Kalau dapat pergi Ulu Bendul syok jugak kan.



13 comments:

Jijimon said...

oohhh..
bru ku tauuuu
mana aslnya bendul itu..
ade utan gak upenye..
kat negeri ne yek cik sri??huhu~

Jijimon said...

sy kawen dulu + akak sy membujang lg = langkah bendul

hik3~ ^_^

Srikandi Cinta said...

Bila langkah bendulnye tu ??

Freaky said...

ahak bru tahu asal usul bendul :D

pha is said...

owh... baru ku tahu.. ku ingatkan bendul "pendulum" tu.... yang dulu dok guna masa experiment fizik kat makmal sekolah... hehehehe

kalau "betul bendul" pulak..? cm ne tuh..? hehehehe

Jijimon said...

haha itu pndulum bob..
kah??

hehehe da mule la tu
sje pancing..
taktik2..kui3~

Jijimon said...
This comment has been removed by the author.
Mohamadazhan hjDesa said...

hehe..bendul istilah membawa erti kurang baik ya?

Jijimon said...

tag!! your it syg..
adei shegannn..

http://bondofexcellence.blogspot.com/2011/06/1st-giveaway-by-shawlforyou_07.html

tia @ Ini Kisah Tia said...

mak cik yang bongsu tunang dulu hari tu . akak dia yang sebelum2 , daapat cincin emas . hehe XD

Entri Apa Ni?

ZORA said...

bARu tahu la...hahaha

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

ade pnmbhn sikit..ca rasa hadiah lgkh bendul akn wujud bila yg kawen tu adik pompuan... adik laki kawen xdpt.. :)

amniey91 said...

fuyoo ad org tu sal lngkah bendul..:)

wow..follower dy da nk 200..hebat la cik srikandi ni..:)