Sunday, June 5, 2011

Bicara Tentang Cinta

Segmen perumpamaan cinta yang dianjurkan oleh Pilihan Hati beberapa hari yang lalu sudah sampai ke penghujungnya. Dah tutup dah pun semalam. Para peserta menunjukkan kreativiti masing-masing dengan mengetengahkan pelbagai definisi cinta berdasarkan perumpamaan yang dipilih.

Boleh klik SINI untuk terus ke laman beliau dan mengetahui apa yang peserta bicarakan mengenai cinta. Empunya blog yang menganjurkan segmen tersebut mengklasifikasikan perumpamaan cinta dan blogger kepada tiga bahagian iaitu PHD, MASTER dan DEGREE.

Waahhh dah dapat sijil tentang cinta ke kesemua peserta?? 

Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa pengertian mengenai cinta adalah berbeza bagi setiap individu.

Mengapa ini berlaku?

Senang saya katakan bahawa semua ini bertitik-tolak daripada pengalaman dan penilaian individu terhadap cinta itu sendiri. Mungkin bagi sesetengah pihak berpendapat bahawa tidak boleh wujud rasa cinta antara lelaki dan perempuan. Berdasarkan pendirian itulah mereka akan menolak sekeras-kerasnya rasa cinta yang datang. 

Seorang Ustaz pernah berkata kepada saya dan rakan-rakan yang lain semasa kuliahnya, cinta itu harus.. Faham akan apa yang dimaksudkan dengan HARUS?? Harus secara dasarnya boleh dikatakan sebagai "buat tak apa, tak buat pun tak apa". Jadi, tak kisahlah sama ada ada rasa cinta atau pun tidak itu tidak salah.

Saya suka untuk mengingatkan diri sendiri, cinta ada batasnya. Seperti yang saya katakan semasa segmen tersebut, cinta itu fitrah. Nak baca boleh la ke SINI. Saya teringat kata seorang rakan, cinta itu tidak buta, tapi yang buta adalah orang yang bercinta sekiranya mereka tidak dapat melihat akan kenyataan atau realiti kehidupan.

Cinta Allah itu Maha Agung. Dia tidak pernah meninggalkan dan lupa pada kita walaupun kita sebagai hamba yang lemah sering kali lupa dan alpa. 


Tuntutlah ilmu, kerana dengan ilmu sahajalah kita akan menjadi semakin faham akan apa maksud cinta yang sebenar. Dengan ilmu jugalah pemahaman dan penilaian kita terhadap cinta akan terlorong pada dasar yang sepatutnya. Kita semakin hari semakin dewasa, suatu hari nanti pasti akan bergelar seorang isteri atau suami, walid atau ummi atau lebih jauh lagi nenek atau atuk. 


Semua itu memerlukan persediaan yang rapi dan mantap. Bermula dengan diri kita sendiri. Kitalah yang perlu berubah bukan tunggu masa untuk berubah. Kehidupan dengan rakan-rakan juga merupakan tarbiyah buat diri kita untuk menempuh alam rumah tangga yang akan datang. Kawalan emosi, pengurusan dalam pelbagai perkara dan banyak lagi boleh kita pelajari bermula dari sekarang. 

Diumpamakan apabila kita sudah bersedia secukupnya untuk menghadapi peperiksaan, pasti kita dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan begitu mudah. Begitu jugalah dengan sesebuah perkahwinan. Melangkahlah ke alam perkahwinan dengan sebanyak-banyak persiapan dan persediaan yang secukupnya. InsyaAllah bahagia selamanya.

Semoga kita sentiasa berada dibawah naungan dan rahmatNYA.. Aminn~



* catatan hamba Allah yang mencari hidayah dan taufiqNya*

3 comments:

Jijimon said...

yup2 sangat setuju..
cinta Allah sangat agung
cinta juga anugerah dan kurniaanNya..
padaNyalah jua kita kembali..

COz Allah is Always by Your Side..

sergeant keroro said...

lengkapkan lah diri dengan pelbagai ilmu terlebih dahulu, sebelum mengejar cinta manusia.

dahulukan cinta Allah, insyaAllah cinta manusia hadir dengan sendiri nya :D

Srikandi Cinta said...

:)