Monday, June 6, 2011

Dear followers

Saya dak baru lagi dalam dunia blog ni, sejujurnya memang sangat-sangat mencabar dunia blog ni kan. Blog ni bukan perkara remeh temeh. Tengok la habis kecoh sekarang ni pasal adik Adinda Evans kita dan Gambit.

Hah, cerita ni malas la nak ulas panjang-panjang. Dah meletup dah pun. Confirm korang warga blogger sekalian dah tahu dengan lebih mendalam lagi pasal benda ni.

Jutaan dan billionan terima kasih lah ditujukan kepada semua yang sudi singgah, ziarah, lawat, jenjalan, jogging, baca, ajak berblogging then terus klik button follow kat dalam blog yang baru cuba bertatih dengan gigihnya ni untuk bangun. Moga suatu hari nanti boleh terus berlari seiring dengan senior-senior yang lain.

Tak ketinggalan juga bagi yang rajin memberi komen yang sangat bernas dan membina. Memberi respons terhadap apa sahaja yang dicurahkan dalam blog ni.

Bila kita follow blog orang lain dan orang tu tak follow blog kita, tak pe, sabar je dulu. Rajin-rajinlah tinggalkan jejak kat blog diorang. InsyaAllah suatu hari nanti pasti usaha kita akan membuahkan kejayaan. Tak gitu??

Tapi bila orang follow blog kita, cepat-cepat lah follow mereka balik. Kan bagus kita saling tolong-menolong antara satu sama lain. Warga blogger juga yang berjaya. Tak gitu??

Tapi bila orang lain follow blog ni, klik je kat gambar yang macam-macam posing atau jenis tu untuk mem-follow mereka-mereka ni balik, tengok2 kat blogger profile mereka ni tak ada pulak link blognya. Ni yang musykil ni. Kita punya la semangat nak follow dia balik. Tengok2 tak ada link pulak. Isk3

klik untuk lebih jelas

Selalunya bila tengok profile, ada profile yang tak sertakan link blognya, jadi ianya menyukarkan bagi mereka yang nak follow semula. Kan dan rugi macam tu. Kalau ada tinggalkan apa-apa jejak atau pesanan dekat shoutbox tak pe lagi. Kalau tak ada tinggalkan url langsung, garu kepala la dibuatnya tuan blog ni tak tahu nak cari dekat mana lagi.

Jadi, cuba semak semula profile kita tu. Yang mana kurang kita tambahkan. Yang mana bagus, teruskan dan pertingkatan. Ok??

*Demi masa depan dan kecemerlangan blogger-blogger Malaysia*



p/s: Seorang follower menghilang.. Kemanakah??

5 comments:

Jijimon said...

very nice..
useful for bloggers..=)
tp cam pnah dlihat
bp tuh ngee~

Srikandi Cinta said...

Ye la, pinjam le blogger profile kamu tu kejap ea.. biar femes nanti :)

* Zaleta * said...

mbalas kunjungan rasmi..:)

NICK IRFAN said...

sy pnye x perasan ada ke x link ni? nnt nk kena check ni

kotak bulat said...

perkara biasa.. kalau dy jerit kt shoutbox or tgl kan komen..blh gak cri.. tp lau msuk trus folo je, xpat la nk jejk..