Sunday, June 19, 2011

Entri khas HARI BAPA


Alhamdulillah, atas limpah dan kurniaNya hari ini saya masih lagi dapat melihat beliau, dengar kata-kata nasihat yang beliau berikan, dapat salam dan cium tangan beliau.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dengan kasih sayangNya juga, saya masih dapat menatap wajahnya sehingga ke hari ini. Saya masih boleh dedikasikan ucapan hari bapa buat beliau, saya masih boleh menikmati setiap nikmat yang beliau berikan hasil usaha keras dan penat lelah beliau bekerja.

Ayah.. 

Itulah panggilan keramat seorang anak buat beliau. 

Jasamu begitu besar, kasih sayangmu tiada tandingan. Posisimu sebagai seorang ayah mustahil akan ada pengganti dihati dan di dalam hidupku.

Bagi saya, beliau bapa terbaik di dunia. Bagi saya, beliau lelaki terpenting dalam hidup saya. Bagi saya, beliau ayah paling bertanggungjawab di dunia.

Terima kasih ayah!

Jasamu,
Pengorbananmu,
Ketabahanmu,
Kecekalanmu,
Kesungguhanmu,

menjagaku semenjak kecil, mendidik anakmu menjadi insan yang berguna, mengasuhku tanpa jemu, bekerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah demi anak-anakmu, kesabaranmu dalam melayani kerenahku.. 

SEMUA itu tidak mampu kubalas!

Bagi saya, setiap hari adalah hari bapa, setiap hari kita perlu menghargai jasa seorang ayah, setiap hari kita perlu bersyukur dan berterima kasih dikurniakan seorang ayah yang sangat penyayang.

Tetapi hari ini hari istimewa untuk kita mengekspresikan kata-kata Selamat Hari Bapa buat seorang ayah. 

SELAMAT HARI BAPA
BUAT AYAHANDA TERSAYANG!
SAYA SAYANG AYAH!

juga buat semua yang bergelar bapa..

ayah dan temannya,
majlis perkahwinan En Yusman~
"Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka memeliharaku semenjak aku kecil"

p/s: Dedikasi Selamat Hari Bapa juga buat insan istimewa, En. Maskun bin Masiran, Muar, Johor Darul Takzim. 
       doaku sentiasa menemani kalian~



17 comments:

::contengan hati::)) said...

selamat hari bapa ;)

yup hari2 adalah hari bapa kan kan ;)

Srikandi Cinta said...

contengan hati >> yup2, hari2 hari bapa, thanks yart.. selamat hari bapa jugak :)

GaRy™ said...

selmat hari bapa... hehe... gary sayang papa gary...

syafiqakarim said...

selamat hari bapa

;)

Srikandi Cinta said...

Gary >> hehe, slamat hari bapa :)

Syafiqakarim >> slamat hari bapa juge :)

Freaky said...

selamat hari bapa :D

sergeant keroro said...

selamat hari abah.

hensem lah abah, hehe XD

kotak bulat said...

selmat hari bapa kat bapa kmoo..

Srikandi Cinta said...

freaky >> thanks! slamat juge..

Sergeant keroro >> haha! tq3.

kotak bulat >> tq kb!

ShafiqHashim said...

Selamat Hari bapa..

tia @ Ini Kisah Tia said...

yee . hari2 pun hari bapa :)

RepublicAku said...

love u ...ayah n abah n bapak n daddy....keh3

cpahniza said...

selamat hari bapa!

Jijimon said...

hik3
ayah da cm aeron ajiz r..
encem ahaks,klh yg puteh tuh
slamat hari bapak~
smoge ayh sihat n ceria slalu~

Norish AqiSya @ Mama said...

wah bestnya dia masih ada bapa.huhuhu...mood sedih lah pulak.terkenang arwah ayah.

GaRy™ said...

huhuhu.. jom tengok kat sini jap;

http://garyasip.blogspot.com/2011/06/best-reader-blog-gary.html

NuSaNa NoSa 91 said...

slmt hari bapa kpd semua bapa2..

keen sorang je ke yg xwat entry hari bapa?? =.=