Tuesday, June 7, 2011

Ingat tugas guru ni ringan ke??

Semalam, kita bergelak ketawa dengan gelagat seorang budak kecil yang berjaya mengalahkan Botak yang merupakan ketua di sekolah atau asrama Sekolah Wira Bakti. Rata-rata daripada kita menonton cerita Juvana yang bersiaran di TV3 setiap hari Isnin. 



Botak yang selalu berlagak "hero" dan "taiko" kononnya itu pantang dicabar atau dikalahkan. Dengan rasa bongkak yang ada di dalam diri itulah menyebabkan dia sering menganiaya rakan-rakannya yang lain. 

Namun disebalik semua itu, saya terusik dengan satu slot dimana kisah kerjaya guru yang tidak disetujui oleh seorang ayah. Benarkan kerjaya guru tidak dapat menjamin masa depan? Tidak boleh membuatkan seseorang itu berjaya dan maju dalam hidup? Tak boleh nak membina sebuah rumah yang besar? Melancong ke luar negara?

Apa pendapat anda??

Saya merupakan seorang guru pelatih yang sedang menuntut dalam program ijazah. Namun saya akui masih banyak lagi yang perlu saya pelajari sebelum saya terjun ke bidang perguruan ini. Siapa kata seorang guru tiada masa depan?? Siapa kata? Ye, pak cik yang berlakon semalam tu yang kata. Mungkin ianya hanya sebuah drama. Tapi membawa maksud yang amat mendalam bagi seorang guru pelatih seperti saya.

Senang-senang je dia kata guru ni tak ada masa depan. Perghhh terbakar. Disebabkan seorang guru lah mereka-mereka yang kini telah berjaya dan kaya-raya, berpangkat besar, dapat menikmati hidup yang selesa dan cemerlang.

Pengalaman saya mengikuti PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) yang lepas banyak mengajar saya. Betapa susahnya seorang guru nak kawal satu kelas yang ada 40 murid. Nak pastikan yang mereka ni faham apa yang kita agar. Nak pastikan yang mereka ni dapat kenal huruf, tahu membaca, tahu sebut, tahu hukum hakam agama, tahu membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Susah-susah. Ingat senang ke nak tarik minat murid untuk bagitahu mereka ni.

Lagi-lagi bila kita berdepan dengan kanak-kanak yang dalam kepala mereka hanya tahu main, main dan main. Blogging, blogging dan blogging. 

Cikgu bukan hanya ada masa depan yang sangat cerah, tapi mampu mencerahkan setiap anak murid yang dididiknya. Cikgu bukan hanya mampu menjadi kaya raya, tetapi turut mampu membuat ramai pelajarnya menjadi kaya-raya.

Guru ni ibarat ibu bapa kedua selepas ibu dan ayah kandung. Menjadikan guru sebagai pilihan kerjaya juga memerlukan guru bersiap-sedia untuk menghadapi cabaran di masa hadapan. Tahu isu semasa, tahu perkembangan murid-murid, serba serbinya kena tahu la kan.

Kalau guru ni tak menjamin masa depan, kenapa mesti permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. 20 Jun 2011 ni merupakan kemasukan pelajar baru. Masa depan guru ni memang sangat terjamin. Pelbagai keistimewaan diberikan hasil titik peluh mereka.

Buat semua guru-guru pelatih yang bakal menjadi guru (dah jadi guru dah pun sebenarnya) mari sama-sama kita perbetulkan niat kita kembali. Mendidik keranaNya, bukan kerana harta atau ganjaran semata-mata. Semoga kita bahagia melihat anak didik kita berjaya satu hari nanti. 

Buat semua bakal guru-guru pelatih yang akan menjejakkan kaki ke IPG, tetapkan hati anda untuk menjadi guru, tak kiralah masuk IPG sebab memang keinginan atau sebab mak ayah suruh ke. Tapi satu hari nanti pasti kita akan rasa "aura" seorang guru tu. Pasti kita akan bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang daripada ribuan guru yang ada. Ikhlaskan hati, kumpul semangat untuk menjadi guru yang bersedia menyanjung aspirasi negara.

Huh panjang plak menulis petang ni. Tahniahlah buat korang-korang yang berjaya baca sampai ke penghujung ni. Kalau nak komen atau bagi idea yang bernas tuu haa boleh pergi kat ruangan komen. 

Jom minum petang~






18 comments:

Freaky said...

mak juga seorang guru. dan memang dia kata serabut dan susah jadi guru

syieqa mieka said...

nmpak je sng tapi act susah kan

EiZaRaZiErYa said...

zie tringin nk jdi pendidik~
wlwpon tw cbrnnye cmne...but still nk..huhu..wink3 >_<

Jijimon said...

mak sy juga seorg guru..
xpe2 serabut cmane skalipun
aggap ia sebgai amanah..

kiwi said...

memang susah nak kontrol satu kelas especially bila students 40-45 orang. Kena banyak sabar, nasihat, pandai tarik perhatin dll. Kalau tk, boleh dpt darah tinggi disebabkan perangai diorang. besides, guru sekarang bkn mcm dulu, banyak sangat kerja. huhu....

btw, nice entri :)

::contengan hati::)) said...

yart pun cikgu even sementare je dan berpindah2 sekolah,,
tapi kerja cikgu ni bukan senang kan nak kena kawal anak murid, dan bermacam ragam

tia @ Ini Kisah Tia said...

memang kena ada kesabaran dan keberanian bila nak jadi guru ni . dengan cabaran pelajar2 sekarang yang semakin teruk disiplinnya . memang tabiklah dengan kerjaya seorang cikgu .

psst : cikgu , cikgu dah cuba buat macam yang Tia dah ajar dekat blog tu? Tia buat oke je pun ..

Tia Tak Berlenggang Bila Blogwalking

Srikandi Cinta said...

ingat tugas guru ni ringan ke

sarah said...

besar pengorbanan seorang guru.....gaji di dunia mungkin tak cukup..tapi di akhirat sana..itulah pahala yang tolong seorng guru

Mira Marcello said...

cikgu tu mcm idola kite kan?
even cikgu tu da takjd cikgu skrg,
tp kite sbg murid still panggil die cikgu huhu^^

miss Sushi ♥♥ said...

bukan ke semulia mulia pekerjaan ialah guru? :)

anyway, nice entry and tnx sbb reclick ..:)

Qaireen Nuha said...

stuju sgt2.. sy pun rase tercabar jugak time si ayah tu cakap kerja guru nie xde masa depan.. and saya pun berada dlm situasi yg sama ngan saudara(guru pelatih).. so, mgkin apa yg saudara rasa tu sy pun rsa jugak.. anyway, mungkin si ayah tu memandang kerjaya guru sbg satu pkerjaan yg x mendatangkan keuntungan (duit).. berbeza dgn doktor/lawyer(yg si ayah mentioned), duet masuk je.. tp guru ni dye lbih kpd hubungan dgn msyrakat.. bukannya 100% tgok kpd duet..

Qaireen Nuha said...

sori, tersilap.. saudari.. hehe

LUNA LANUN said...

saya tatau pape.. :P

Entri terbaru:

1. NOTIS!!! Cuti Umum!!!
2. 7 Batang Sorang... Gulpppp!!!
3. Rasa Macam Kat Crime Lab CSI Lak... Huhuhu...

cucu umie said...

meman susah untuk menjadi seorng guru, kena ad komitmwn yg tinggi..ayie pon dlm proses pembljrn sekrng nie..hehe

sobri yaacob said...

perr..snag je ckap karier guru x de msa dpan.tanpa guru..siapalah sya skrg ni!!

Alisya said...

memang terasa jugaklah masa pakcik tu cakap cmtu..hanya cikgu je yang tahu kesusah senangnya menjadi cikgu..huhu

all the best to u~

p/s: doakan alisya juga. mana tahu, kita mungkin jadi rakan sekerja?

cIk PikA said...

waaaahhhh.. sy da rse pe yg awk rse.. cz sy pon da pnh jd ckgu.. walaupon ckgu gnti je kt tbka.. :) x kire pe kerjaya pon.. kerjaya pling best.. cikgu la.. cz dpt byk cuti.. bebudak cti.. kite pon cti.. hehe.. sonok