Monday, June 13, 2011

Interview again.

Dah pukul lima pagi, selamat pagi buat semua. Morning glory... Lagi dua jam saya, ayah dan adik kena bertolak dari rumah untuk ke Seri Negeri Ayer Keroh. Dengan rezeki yang diberikan Allah, kegagalan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang juruteknologi pergigian telah diganti dengan tawaran bagi jawatan Pembantu hal ehwal islam.

Sungguh tak disangka. Rezeki itu datang tanpa kita pinta dan duga bila ia akan datang. Hari Jumaat lepas bila kami sekeluarga sampai di Melaka dari Kluang, surat dari SPA dibelek. Dah sedia maklum pun bahawa interview yang lepas tidak berjaya. Bila buka lagi surat yang lain. MashaAllah ada tawaran lain pula dari SPA!.

Adik mula selesa dengan kehidupan barunya di Uitm. Ditambah pula adik dan rakan-rakannya walaupun baru saja kenal, dah makin akrab. Mesti rasa sayang dan berat untuk lepaskan semua itu andai kata interview kali ini berjaya. Kawan-kawannya, sudah tentulah berat juga untuk melepaskan adik pergi. Namun adik memujuk mereka dengan mengatakan dia hanya pergi interview dan bukannya berhenti belajar di Uitm.

Hanya dua hari sahaja yang ada sebelum adik melalui interview ini. Sungguh singkat masa yang ada. Segalanya perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera demi memastikan segalanya lengkap dan berjalan dengan lancar. Ayah bersusah payah mengejar pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan bagi dokumen yang diperlukan. Itulah pengorbanan seorang ayah yang sanggup berkorban untuk anaknya.

Adik pula walaupun agak tertekan tetap juga mencari maklumat bagi jawatan yang ditawarkan. Saya hanya mampu memberi kata-kata semangat buatnya agar dia berasa yakin untuk menempuhi interview sebentar lagi. Moga segalanya dapat kau tempuhi dengan cemerlang dan mudah duhai adik!

Masa-masa macam ni, pak cik google lah yang dicari bagi mendapatkan maklumat. Dalam diam saya kagum dengan adik, walaupun tawaran ini datang dengan mengejut dan tanpa disangka, dia tetap berusaha dengan sekeras-kerasnya.

Andai ini yang terbaik buatnya. Semoga dia berjaya dengan cemerlang dan bahagia dengan kehidupannya. Andai ada lagi yang lebih baik, semoga Allah mempermudahkan segalanya kelak. Sungguh saya dapat pengajaran dengan apa yang berlaku disekeliling saya! Allah itu punya kuasa untuk menukarkan atau menghalakan kehidupan kita ke lorong yang lain, meskipun ketika itu kita berasa sangat selesa dengan apa yang kita miliki!.

Inilah ujian dariNya buat setiap hambaNya. Kerana hanya DIA yang lebih tahu akan apa yang terbaik buat diri kita.

8 comments:

Jijimon said...

Alhamdulillah..
rezeki mencurah2..
tahniah2 n gud luck =)

Jijimon said...

hehehe
pacik google
x mghampekan~yeahhh ^^

sergeant keroro said...

tahniah, hehe XD

betul tu, Allah Maha Mengetahui segala-Nya :)

Kak Sal said...

Alhamdulillah...tahniah ya..n gud luck..

kotak bulat said...

gud luck untuk interview tu.. :)

Freaky said...

gud luck untuk interview tu.. :) doa banyak2

sallyzalyzz said...

gud luck...

Srikandi Cinta said...

Thanks buat semua yang mendoakan.. !! tak dapat nak balas jasa semua, hanya ucapan terima kasih je dapat saya berikan..:)