Thursday, June 16, 2011

Hidup ini sementara


Kata bijak pandai, hidup ini dimulakan dengan tangisan, ditengahnya juga tangisan dan dipenghujungnya turut dilingkari tangisan. 

Lihatlah bayi, lahir ke dunia setelah 9 bulan mendiami rahim ibu dengan tangisan yang sudah tentu belum lagi mengerti mengapa tangisan itu terjadi. 

Dalam menyusuri kehidupan ini juga, banyak onak dan duri yang kita tempuhi, kadang kala kita rebah dan jatuh, namun dengan kekuatan dan semangat yang kita miliki, kita terus bangun, bangun dan bangun, walau terpaksa merangkak sebelum berlari, kita nekad untuk meneruskan perjalanan hidup ini. 

Di penghujung kehidupan juga, sanak saudara dan sahabat andai, juga orang yang kita sayangi, mengiringi pemergian kita ke alam yang lain dengan tangisan. 

Sedih dan hiba, kerana sedar bahawa perginya insan yang tersayang buat selama-lamanya. Tangisilah pemergian orang yang tersayang sepuas-puasnya, menangislah juga sebagai tanda kita bimbang akan nasib yang akan mereka tempuhi di sana. Apakah bahagia? apakah derita?.

Namun jangan mudah membuat andaian melulu dengan mengatakan bahawa hidup ini hanya untuk merasa derita. Hidup itu pahit kerana syurga itu manis. Perjuangan itu keperitan kerana syurga itu kebahagiaan.

Hidup itu ujian buat kita. Tak kira susah atau senang, kita sedang diuji olehNYA. Apabila kita senang dengan limpahan harta dan kelapangan masa, adakah kita mahu membantu orang yang memerlukan bantuan kita? Apakah kita sudi meluangkan masa kita yang ada berkorban untuk mereka yang memerlukan? 

Setiap detik kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Bila kita susah, tiada wang di poket baju dan seluar, tiada pekerjaan setelah berjaya menamatkan pengajian di IPT, juga gagal dalam peperiksaan, diuji lagi dengan ketidakfahaman orang tua terhadap pilihan yang kita lakukan dan diuji dengan tingkah laku orang lain yang membuat kita geram dan sakit hati...

Adakah kita melalui semua itu dengan penuh kesabaran dan ketabahan?

Adakah kita cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian?

Adakah kita bertawakkal dan menyerahkan segalanya kepada DIA setelah kita berusaha dengan sekeras-kerasnya?

Hidup ini indah jika kita berjaya mencorakkan dengan sebaiknya, hidup ini bahagia jika kita jalani berdasarkan tujuan sebenar kita berada di dunia ini. Hidup ini sungguh bermakna jika kita sandarkan padaNya..





p/s : Kulihat tangisan itu, sungguh sayu.. Tak akan kulupakan kesedihan dan luahan itu sampai bila-bila~


14 comments:

sergeant keroro said...

yup, setuju!

:)

Srikandi Cinta said...

sergeant keroro >> setuju2! hee~

Jijimon said...

anda buat anda dapat
ecehhh~btol2 tu
i sekennnn huhu~
cayalah cik s.c..

Srikandi Cinta said...

jijimon >> i sekeenn tu lah!

amniey91 said...

yup2..setuju..
cik srikandi..anda di tag..hihi..
http://amniey91.blogspot.com/2011/06/segmen-jom-request-doodle-percuma.html

GaRy™ said...

'Hidup itu pahit kerana syurga itu manis'

gary suka petikan ni...

Srikandi Cinta said...

cik am >> tag?? huhu tq2, nk g terjah nie..

Gary >> happy Gary suke :)

::contengan hati::)) said...

setiap tangisan akan ada kebahagiaan ;)

Srikandi Cinta said...

contengan hati >> kesusahan adalah nikmat yg tertangguh :)

siti kektus said...

hidup memerlukan pengorbanan~ ;)

mama comel said...

inilah hidup...abah penah cakap...baby lahir nangis sebab tanggungjwb yg bakal dipikul n menyusuri hidup ni dengan onak duri...orang meninggal kita tangisi sebab pemergian dia...kita pulak hidup kdg2 nges kdg2 happy sebab apa yg kita lakukan itulah yg kita dapat..apa2 pun keperitan itu mengajar erti hidup...

Srikandi Cinta said...

siti kektus >> yup, hidup satu perjuangan n pengorbanan

mama comel >> best sharing, tq!! :)

NuSaNa NoSa 91 said...

biarlah org menangis time kita meninggal, asalkan kita pergi dlm keadaan tersenyum sbb xsabar nk jumpa Allah dan Rasulullah s.a.w..~ ^_^

tamlegend said...

nice entry...memberi inspirasi...