Saturday, June 25, 2011

Kawan Susah Senang.

Mereka terbaik!

Bila senang, mereka ada untuk kongsi kegembiraan sama-sama. Bila susah, mereka datang hulurkan tangan untuk menolong. Bila lapar, mereka datang dengan makanan, langsung tak pernah melupakan. Ni kawan lapar kenyang sama-sama. hehe

Masa makan sama-sama. Belajar sama-sama. Bercerita sama-sama. Buat kerja sama-sama. Lalui suka dan duka sama-sama. Jalan-jalan pun sama-sama. Semua lah sama-sama.

Susahkan nak dapat teman yang sanggup berada disamping kita dikala senang dan susah. Kadang-kadang teman datang di kala senang, tapi bila kita susah, dia menjauh dari kita.

Tapi harus diingat, jangan impikan sesuatu yang menggunung tinggi selagi kita tak mahu berkorban dulu. Apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat. Kita care dengan kawan-kawan. Kawan-kawan juga akan turut care dengan kita. Orang kata, buat baik dibalas baik...

Teman yang baik, walau berada jauh dari pandangan mata, sentiasa kekal di dalam hati. Kawan yang baik, tak akan sesekali menikam kita dari belakang. Sahabat yang baik, sentiasa bersama kita dikala susah dan senang. 

Teman yang sejati, tidak akan rasa sakit hati bila kita rapat dengan orang lain, kerana dia sedar, rakannya itu bukan miliknya seorang. Kawan yang amanah, tak akan sesekali memandang enteng dengan setiap rahsia yang temannya berikan, seboleh-bolehnya dia akan cuba menjaga rahsia temannya itu.

Kawan memang ramai. Namun dalam yang ramai-ramai tu, tak ada seorang pun yang akan sama dengan kawan-kawan kita yang lain. Dia tetap dia, kamu tetap kamu, tak akan ada sesiapa pun yang boleh menjadi pengganti kepada teman-teman kita.

Buat korang-korang~
Senyumlah bila membaca entri jiwang meng-terharukan ni..
hehe~

Ni la kawan susah senang!
Cayunk korang, haha
geli tak??


*smile*
Tempat : Kluang Mall




notahati: Hargai persahabatan kita, berkawanlah dengan seikhlas-ikhlasnya, bukan mengharapkan sebarang balasan yang sudah tentu sia-sia sama sekali.  (^___^)

19 comments:

sergeant keroro said...

betul tu.

kawan susah senang ni susah nak cari.

kawan senang ramai :)

nawal addina said...

kwn penting dalam hidup kita :)

Freaky said...

freaky takde pun kwn yang sanggup bersusah dan senang sama2

Jijimon said...

frens..
easy come easy go..
hargailah mereke ^_^

Jijimon said...

jambuuuuuuuuu~^_^

kotak bulat said...

kwn susah sng mmg susah gile nk cri..err

dyanadiah~ said...

thnx...entry jiwang ini sgt mmbuat driku terharu...ecewah...thnx my dear...syg kam0o juge..insyaAllah...i'll always b wif u..wut u giv,u get back..aishiteru..^_^

GaRy™ said...

gary pun ada sorang kawan susah senang... tapi dia dah menghilangkan diri~.. huhu~..

Srikandi Cinta said...

sergeant keroro >> betul, susah2.

nawal addina >> yup nawal, mmg penting.

Srikandi Cinta said...

Freaky >> xde? Xpe2..mmg susah nak cari

jijimon >> mereka sgt dihargai huhu.. jambu?? pink kaler??

Srikandi Cinta said...

kotak bulat >> huhu, mmg susah nak cari, kalau senang je ramai..

Srikandi Cinta said...

dyanadiah~ >> huhu, haa nak nangis la tu, haha! thanks to my dear.. ashiteru~

Srikandi Cinta said...

Gary >> la Gary cm ne bleh hilang plak nie, ish3

fieha said...

setuju sgt..susah nak cari sahabat sejati..tapi,kita mesti kena jadi sahabat susah dan senang n barulah akan ada sahabat yg mcm tu kan.. :)

NuSaNa NoSa 91 said...

setiap kwn kita tu unik, mengikut cara diorg.. xperlu la kita banding2 kan diorg.. hargai diorg.. ^_^

Srikandi Cinta said...

fieha >> betul2!

Nusana Nosa 91 >> mmg tak terbanding :)

budak chomeii =P said...

waaa...bru berkesempatan bace ini blog+post! haha...neway,,thanks frenzz....terime kasih,,toce2,,tengkiuu...terharu aku membacenye! haha... smoga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir nyawa....LEBIU Ira! huahuahua...

Srikandi Cinta said...

budak chomeii >> haha, baru baca ea.. tape2.. amin, smoga persahabatan ini kekal selamanya.. LEBIU jugak la! huhu.. (^_^)

Muhamad Nor Adwan said...

Kenapa bila ambil gambar yang rendah tu mesti duduk tengah2