Saturday, June 4, 2011

KIta Insan Kerdil Lagi Hina

Bukak buku business math, aikkk?? Kenapa sebijik macam Add math?? Waahhh tak sangka nama subjek yang berlainan rupanya tak jauh beza dengan add math!

Itulah hakikatnya bagi mereka yang terlekat dalam bidang yang berkaitan dengan perakaunan. Wahaha, saya dah tak belajar akaun, dah terlampau jauh dah pun dari bidang tu, hanya meninggalkan seorang waris yang kini belajar dalam bidang perniagaan insurans di salah sebuah Universiti di tanah air. Rindunya~

Mungkin kena terima hakikat bahawa bidang yang saya ceburi satu ketika dahulu sudah pun bertukar tangan kepada adik. Adik yang satu ketika dahulu berada dalam aliran sains kini terjun ke bidang yang dikaitkan dengan angka semata2!

Itu tidak hairan. Kerana apa yang kita rancang sekarang, belum tentu akan selamanya menjadi milik kita bukan. Suka untuk saya mengingatkan diri sendiri bahawa kita hambaNya yang lemah ini hanya mampu merancang, yang selebihnya hanya Dia lah yang tentukan. Sekeras mana pun usaha kita, kalau tidak diizinkan olehNya, belum tentu kita mengecapi kejayaan yang kita idam-idamkan.

Sebab itulah kita sebagai hamba yang hina lagi kerdil di muka bumi ini, janganlah bersikap sombong dan bongkak, terutamanya dengan apa yang kita miliki. Semuanya hanya pinjaman semata-mata. Kita kaya hanya kerana cinta dan kasih sayang yang dicurahkan kepada kita. Biar kita tidak dipandang oleh manusia, tetapi takutlah jika Dia Yang Maha Besar tidak memandang kita.

Semalam dalam perjalanan dari Kluang ke Melaka, saya sempat mendengar bait-bait sajak yang dideklamasikan di dalam radio IKIM.fm, kawan-kawan tahu apa yang disampaikan??

Saya dengari sajak tersebut dengan teliti, saya amati setiap bait-baitnya, saya cuba fahami sedalam-dalamnya apa yang cuba disampaikan. Ternyata, ujian kita amat berbeza dengan ujian yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Ujian kita bila mana kita gagal dalam peperiksaan, ujian kita bila mana putus cinta dengan kekasih hati, berjauhan daripada ibu bapa buat seketika demi mengejar cita-cita, bila keringnya wang perbelanjaan,

Tetapi ujian mereka di Palestin bila mana hilangnya kedua orang tua buat selamanya, rumah dimusnahkan di depan mata, sanak saudara dibunuh di depan mata.

Melodi kita lagu yang mengasyikkan dan membuaikan, sedangkan melodi mereka bunyi geselan kereta perisai mencari mangsa, bunyi tembakan senapang dan bom yang menggegarkan. Kanak-kanak hanya tahu menggunakan batu untuk menyelamatkan diri demi tanah air tercinta.

Hati terusik, kata-kata yang saya dengar begitu menusuk ke kalbu, sejujurnya kita perlu sangat-sangat bersyukur kerana di lahirkan di bumi Malaysia yang aman dan makmur. Tiada keganasan di bumi kita, tiada sekatan untuk kita membuat apa-apa perkara, keluar ke mana-mana bersama teman. Beruntungnya kita.

Ya, kita beruntung bukan???

Jangan sia-siakan apa yang kita punya, peluang yang kita ada, jangan sia-siakan masa kita. Masa itu emas, malah lebih bernilai dari itu. Kita masih muda. Punya banyak peluang. Buang rasa dan sikap malas.

Jadilah manusia dan insan cemerlang.

Insan super!!


p/s: ingatan buat diri

4 comments:

Jijimon said...

insan super..
pergh camnie g melake
xyah nek legend..
terbang!!!!! phew~
motivative entry,superb!

Srikandi Cinta said...

How about jijimon superb??

Jijimon said...

kah3
jijimon
kuase kapasiti prot
yg mekajubkan..
pasti tertawan hahahaha~

Srikandi Cinta said...

Hohoho.. perut BooonnnDD??? hahaha