Tuesday, June 14, 2011

Penantian! satu penyeksaan!


Assalamualaikum......

Salam dan selamat sejahtera SC doakan buat semua! Moga semuanya sihat dan ceria untuk terus menjalani kehidupan dan kekal aktif dalam dunia blogging. Ceh! dah macam nak bagi informal letter la pulak!

Hari ini seharian suntuk tak dapat nak mengadap muka blog selepas entri subuh pagi tadi di tulis, ehehehe.. dah nak subuh balik dah pun. Jam pun dan menunjukkan pukul 2 pagi. 

Blog Laksamana
Macam yang saya pernah maklumkan sebelum ini, kalau sapa2 tak tahu boleh rujuk SINI YE. Hari ni pagi2 lagi dah kena pergi temankan adik untuk satu interview. Huh rasa macam diri kita pulak yang pergi interview, bukannya dia. Penatnya jangan cakap laaaa...

Dari pukul lapan pagi dah dok tercongok kat Blok Laksamana di Seri Negeri Ayer Keroh bila adik dah masuk bilik interview untuk dengar taklimat, ayah pulak dah mula meeting, ni yang susah ni bila dengan orang busy macam Mr Manager tu, ada je orang nak call bila kita tengah berbual, hehehe.. Bosan ya amat!

Masa mula-mula sampai semuanya bergerak pantas dan cergas carik tempat interview, sampai pun dah agak lewat sebab ambil masa untuk cari tempat temuduga nak-nak lagi bila kereta banyak pagi-pagi macam ni. Masuk je dalam bangunan tu, tu diiaaa telinga dok menangkap satu lagu yang sedang berkumandang, eh2 macam kenal je lagu ni...  Seeeeenyuuuummm kepada semuaaaa... senyumanmu amatlah berharga... 

Kaki yang tadi melangkah laju mula bergerak perlahan, berbunga-bunga la jugak hati dan mood pagi tu.. Agak-agaknya kalau tiap-tiap hari dengar lagu tu, mungkin tak ada la orang marah2 lagi, Oh kita boleh je kalau nak guna lagu versi baru kan, senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum tak perlu kata apa-apa. ehehe~

kafeteria~
Cuba bayangkan saya kejap duduk, bangun berdiri, penat berdiri duduk lagi, sakit kaki, jalan la pulak, penat jalan, duduk lagi, duduk mengantuk pulak, bangun lagi jalan-jalan sedut oksigen. Fuhhh 7 jam kau! 7 jam dok wat benda yang sama, dah la tak bawak buku or majalah kalau tak boleh jugak den baca.

Cuba jugak nak online via handphone.. kot2 la dalam masa 7 jam tu boleh buat 7 entri ke kan. Baru je nak senyum dapat connect. Putus pulak, connection tak kuat, so tak dapek den nak nolong.. Hammmpeehh.. Duduk la lagi terkebil-kebil. Nak merayau pun bukan ada apa pun, penuh pejabat je kat situ. hehe tak masal lak nak kacau orang lain buat keje dalam pejabat.

Yang diinterview cuma 20 orang, tapi sorang tu mahu jugak kena soal siasat dalam setengah jam. Makluman sekali lagi ye, ni bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam. Nanti diorang ni la yang uruskan urusan di Mahkamah, dorang jugak la yang uruskan surat nikah kita bila nak nikah nanti, hehehe.. Dorang jugak la yang akan bantu segala macam jenis hal2 syariah dan banyak lagi lah. Hhmmm nampak macam best je kan kan.

Calon-calon ditemuduga oleh dua orang ahli panel, seorang dari SPA sendiri, yang ni kalau tak silap memang kena speaking jela dengan beliau ni. Yang lagi seorang memang mantop lah kan, KADI Negeri Melaka tu, cewahh doranggg.. dah pernah jumpa dan di-interview lagi tu dengan Tok kadi ni. Ni yang jeles ni, hehehe
ni la yg gi interview tu~

Soalan jangan cakap lah, segala macam perkara asas dalam agama beliau tanya. Iddah tu apa, wali tu apa, sunat ab'ad, sunat hai'at.. Sah tak kalau tak buat sujud sahwi.. Tanya pasal tajwid, tanya pasal surah-surah hafazan, suruh mengaji, bab halal haram pun keluar, pada saya amat mencabar, huh terkedu saya dibuatnya.

Nak tahu kenapa?? Walaupun bukan saya yang pergi interview tu, tapi saya turut serta dalam perbincangan mereka sementara mereka menunggu giliran.

Jadi masa tu segala macam hukum hakam, perkara-perkara asas di-refresh semula agar bila ditanya nanti tak la terkedu-kedu nak jawab!. Apa yang saya boleh tolong saya tolong, namun banyak juga yang saya tahu, tapi kurang yakin dengan jawapan yang sebenar.

MashaAllah, banyak lagi rupanya ilmu yang belum saya kuasai. Padahal semua itu penting buat diri sendiri juga agar dapat kita jalani kehidupan ini dengan jalan dan lorong yang betul. Ahhh malunya pada diri sendiri, masih banyak ilmu yang belum dikuasai!

Pukul tiga petang baru lah segalanya selesai. Adik merupakan orang terakhir yang ditemuduga pada hari ini.  Alhamdulillah segalanya selesai dan dipermudahkan olehNya. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, ada rezeki tak kemana.. 

Menunggu lagi penat dari ditemuduga. Dalam perjalanan balik ke rumah, mata dah macam kena gam, sampai rasa tak larat sangat dah nak bukak mata ni. ehehe~

Perjalanan hidup hari ini macam juga hari-hari yang lain, tak akan saya lepaskan begitu sahaja tanpa mengambil iktibar dan nila-nilai murni walau hanya dengan perkara-perkara kecil yang berlaku. Adakalanya yang kecil itulah yang akan membawa perubahan dan kesan yang besar dalam diri kita.

 "Tambah ilmu dan tingkatkan iman"



7 comments:

sea_lavender said...

selalu merasakan begitu..betapa kerdil diri pd-Nya..yg masih belum menguasai spenuhnya..sdgkn org sekeliling mngtakan kte sudah kuasainya..Hanya Dia Maha Mengetahui kemampuan kte..Insya-Allah mari sme2 tingktkan penguasaan kte bermula pd yg asas.. biar bertatih dan akhrnya mampu berlari laju =)

GaRy™ said...

wuih... sorang kena interview setengah jam??... naik berpeluh wo... apa la yang dia tanya tu ek?..

kotak bulat said...

7jam kat sana? peh..lamenya.. kalau ada rezki, insyaallah dapat la nnti tu.. :)

Jijimon said...

mak aihh..
lamenye 7jam..
xpe2 isyaAllah ade rezeki utk adik
ssgguhnye pnantian ujian pd ksabaran
hehe~
gudluck^^

sergeant keroro said...

lame betul,huhu T.T

tapi betul, kita walaupun dah banyak belajar, tapi banyak lagi yang masih kita belum belajar actually.

that's why, learning is the process of life :)

Goblogz said...

semoga semuanya di permudahkan, InsyaAllah

shykin said...

hi nice blog.. sy folo awk sudi2lah kiranya menjengah blog sy.

http://shykin.blogspot.com