Monday, June 13, 2011

Suratan atau kebetulan

Kadang-kadang dalam hidup ini kita dihadapkan dengan pelbagai keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan. Bagai belajar subjek Ekonomi Asas, ada kos lepas yang perlu dilakukan bila kita membuat keputusan. Bila satu tawaran keuntungan datang, mungkin ada perkara yang baik terpaksa kita lepaskan.

Orang lain mungkin tidak faham mengapa kita membuat keputusan begitu. Pada mereka, mungkin ada lagi yang bagus dan baik yang tak sepatutnya kita lepaskan. Namun, kita yang mengharungi semua ini, tak semudah yang mereka sangka. Apa yang penting, kita harus membuat satu keputusan yang bukan diputuskan hanya kerana ganjaran yang akan diperolehi, tetapi keputusan tersebut haruslah disandarkan kepada keselesaan dan kebahagiaan kita sendiri.

Dalam dilema, kita teraba-raba mencari sinar dan cahaya yang perlu kita ikuti. Mengharap agar ia menjadi penyuluh bagi kegelapan seterusnya menerangi lorong yang akan kita lalui. Mengharap lagi agar jalan yang akan kita susuri itu akan menjadi mudah tanpa banyak halangan dan onak duri.

Namun lumrah kehidupan, hidup mana yang lekang dengan ujian, hidup mana yang tiada racun berbisa dan duri di jalanan. Ahhhh bukankah kita makhluk tuhan yang diciptakan untuk mengabdikan diri padaNya. Mengapa sering saja terlupa.

Tiba satu saat, bumi tempat kita berpijak tidak lagi boleh menerima kita. Tiba saatnya nanti, perut bumi tempat kita diami.

Apakah nasib kita ketika itu?? Bahagiakah? tenangkah? atau sengsarakah??..

Kita mudah lupa siapa kita....
Kita mudah terleka untuk apa kita di bumi Tuhan ini..
Kita mudah terpedaya dengan tipu dayanya syaitan laknatullah..

Aduh..
ku tak ingin tewas!!
ku tak ingin golongannya mentertawakan anak adam!!
Aku tak mahu kita jatuh terduduk dengan hinanya..



3 comments:

Freaky said...

kata2 yang menarik untuk diambil iktibar

Jijimon said...

ujian yang akan datang kelak..
kmungkinan lebih besar..
smoge tabah mghadapinye T_T

sab solhi said...

nice!!! huhu,,, Allah tidak pernah janji hidup kita sentiasa seng tpi DIA berjanji DIA akan sentiasa bersama kita.. susaj ataupun senang...
dan Allah memberi ujian yang setimpal dgn kita... DIA tahu kemampuan kita... DIA tahu kita boleh hadapi ujian itu... tpi?? semuanya terpulang pada kita.. mahu putus asa atau tabahkan hati kuatkan iman... =')