Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!


Ya Ramadhan..


Hadirmu dinanti!
Pergimu ditangisi!


Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432 hijrah
buat semua umat Islam~


Bersama menyemarakkan bulan Ramadhan..




Wednesday, July 27, 2011

Rindu zaman sekolah rendah~

Sebelum kita belajar dekat IPT dah tentu-tentunya kita kena belajar di Sekolah Menengah dulu. Oh tapi sebelum tu kena la habiskan pelajaran dekat sekolah rendah dulu. UPSR kena hadap dulu...

Bagi yang dah melepasi tahap2 ini.. Masihkah terbayang diingatan akan semua memori yang tercipta masa zaman persekolahan??

Tadi tak lama lepas sampai kat bilik lepas keluar dengan kawan2 , ada seorang kawan sekolah rendah call..

Kawan sekolah rendah jadi automatik semua cerita2 sekolah rendah datang menerjah dalam ingatan. Nak2 lagi bila dah bergelak ketawa dengan dia pasal cerita2 sekolah rendah dulu. Sangat seronok tahu!

Kalau dulu umur lapan tahun sekarang dah 20 tahun, bukan lagi 18 ok.. huhu.. Sangat pantas masa berlalu, ye.. itu memang tak dapat disangkal.

"Eh dulu kau tembam, pastu suka marah budak2 yang kacau ko" 

Buat temanku, harap ko tak marah bila aku cakap macam tu tadi.. Hehe, nasib baik kau ketawa kuat2 bila aku cakap macam tu.. Lega den.. 

Zaman kanak2 memang sangat seronok.. Walaupun tak mungkin kita dapat berpatah balik dan melalui zaman tu, namun ia akan sentiasa dalam hati dan ingatan. Tak kan pernah dilupakan.. 

TOLONG!!!!!
RINDU ZAMAN KANAK2!!



notahati : Lepas habis je sekolah rendah, pindah rumah.. so tak dapat selalu jumpa member2 sekolah dulu, tu yang excited melampau bila ada story mory sekolah rendah dulu :) yeah..


Tuesday, July 26, 2011

SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

Teringin juge nak tahu sape yg sama 
tarikh lahir ni.. huhu



Klik header untuk ke blog penganjur

23 OGOS 1991

Err.. anyone???

Perah otak.

Thanks, terima kasih, syukran!
buat semua yang sudi singgah di blog sc ni,
walaupun tuan blog dah tak serajin dulu mengupdate..

oh maaf dipinta..
bukan sebab sengaja
tapi sebab banyak kerja yang perlu dibuat..
banyak buku yang perlu dikhatamkan..
banyak fail yang perlu dipenuhkan..*mqa kah?*

hee~

Alhamdulillah atas bantuan rakan2 semua
KERTAS KERJA untuk satu program dapat disiapkan
dengan tersangatlah jayanya..
Maceh ye kawan2 *ayat ngade2*

Walaupun memberi bantuan dengan bentuk buah fikiran,
namun besar nilainya buat diri ini..
*ayat jiwang karat*

Penat.. tapi berbaloi..

ok last question sebelum tidur..

Apa beza penat buat kerja yang melibatkan fizikal 
dengan 
penat memerah otak untuk sesuatu tugasan?



Selamat malam buat semua~



Saturday, July 23, 2011

Kenangan.

Hari demi hari masa terus berlalu meninggalkan kita tanpa menoleh ke belakang walau sedetik pun. Yang berlalu tak akan kembali namun yang di hadapan hadapilah dengan berani.

Agar yang di hadapan akan terus cemerlang walau seperit mana pun ia harus ditempuhi. 

Kenangan memang indah untuk dikenang. Yang indah ada kalanya akan menimbulkan kerinduan dalam jiwa kita. 

Itulah lumrah kehidupan.

Apa yang kita lalui hari ini, esok sudah tentu akan menjadi kenangan abadi buat diri kita.

Kenangan yang tidak akan dapat dilupa sampai bila-bila.

Ehya' El-Karim



Tuesday, July 19, 2011

Seminar Kesedaran Kampus




16 Julai 2011 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, satu seminar telah diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seminar Kesedaran Kampus yang telah dihadiri oleh beberapa pelajar kelas saya dan sebahagian pelajar kelas lain, serta peserta dari pelbagai institusi pendidikan yang dijemput,sejujurnya sangat memberi manfaat buat diri saya.

Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Wanita PERKIM Kebangsaan dan UTHM ini telah diadakan selama satu hari bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. 3 orang penceramah telah memberi ceramah selama lebih kurang satu jam setengah ditambah dengan sesi soal jawab di antara para hadirin dengan penceramah.

Sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telinga akan sesuatu yang telah disampaikan oleh salah seorang daripada penceramah yang menyampaikan "isi" kepada kami.

"Siapa kata datang sini sia-sia, kamu datang ke sini dengan izin Allah, walau macam mana tak nak sekalipun kamu datang ke sini, sampai kena heret, kemudian dimasukkan pula ke dalam kereta, kamu tetap akan berada dalam seminar ini kerana dengan izinNya. Allah sedang bercakap dengan kamu melalui perantaraan saya." 


Itulah kata-kata yang sangat menyakinkan saya bahawa setiap yang berlaku itu ada kebaikannya. Walaupun kita rasa terpaksa untuk pergi ke sana.. Yela, nak dengar ceramah, ramai yang "tak rajin".

Seminar ini sangat bagus buat pelajar-pelajar terutamanya pelajar Sekolah Menengah dan pelajar di IPT. Bertitik tolak daripada banyaknya isu murtad yang telah berlaku di negara kita amnya dan di kampus khususnya, mereka rasa terpanggil untuk mengadakan seminar ini.

Alangkah malangnya jika selama kira-kira 9 jam berada di sana, tetapi kita merasa tidak ada apa-apa yang kita dapat. Bagi saya, banyak manfaat dan ilmu yang saya perolehi. Walaupun kadang kala rasa mengantuk datang menyerang, ditambah pula aura '"sakit-sakit badan dan lenguh" menyerang bilamana terlalu lama duduk untuk mendengar ceramah, saya cuba menghayati setiap apa yang disampaikan oleh para penceramah.

"Nanti bila kita berucap atau mengajar didepan, sudah tentu kita mahu orang yang mendengar, mendenagr dengan penuh khusyuk dan menumpukan perhatian"


Apa yang saya nampak secara tersirat dan tersuratnya, isu murtad di kampus yang berlaku sedikit sebanyak berpunca daripada isu gejala sosial yang semakin berleluasa di kampus. Sebab itulah penceramah rata-rata sangat menekankan perkara-perkara yang menjurus kepada isu tersebut.. REMAJA.. Jiwa remaja yang sangat dekat dengan rasa ingin dicintai dan menyintai boleh mengundang bahaya jika tidak berlandaskan dengan hukum syarak.


Maka, dengan sebab itulah ceramah yang diberikan lebih berkaitan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan "perkahwinan". Beruntung bagi kita yang terselamat dan diselamatkan daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Ceramah 1 yang diberikan menunjukkan bahawa remaja kita kebanyakkan sudah terjebak dengan maksiat dan dadah. Nauzubillah.. moga dijauhkan dari kita!

Ceramah 2 yang berkaitan Hedonisme dan gerakkannya di kampus adalah merupakan Ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia. Perkara yang disentuh adalah tentang matlamat hidup pelajar yang adakalanya tidak jelas dan hanya mahu mencapai keseronokkan yang tidak kekal. Menghabiskan kehidupan di kampus dengan sia-sia, tanpa manfaat.. Azan berkumandang, tetapi pelajar masih leka bermain game.. antara contoh yang telah diketengahkan oleh penceramah tersebut.

Berikut Realiti Mahasiswa Hari ini:

1.13% terlibat dengan kes buang bayi
40% menonton bahan lucah
16% terlibat dengan aktiviti judi
70% merokok
14% terlibat dengan salahguna dadah
25% minum minuman keras
18% terlibat seks bebas.

Penceramah yang kedua ini turut membuat simulasi tentang bagaimana bermulanya bibit-bibit percintaan diantara seorang lelaki dan perempuan. Perkara tersebut jangan diambil mudah, tetapi jadikanlah iktibar buat kita, dan bukannya memandangnya sebagai satu yang memalukan. Jadikan ia sebagai benteng buat kita agar tidak terjebak dengan perkara tersebut. Nauzubillah...


Generasi Muda boleh dibina dan diperkukuhkan dengan perkara tersebut:
  • Iman - Talian dan ikatan sosial paling kukuh dalam membina kesatuan.
  • Hijrah - Komitmen, meningkatkan kualiti peribadi insan
  • Berhijrah - harta dan jiwa raga
  • Toleransi - Kunci dalam menangani perbezaan pendapat dan pendekatan
  • Tolong-menolong - tanpa mengira kelas, Ras dan suku.


Dalam ceramah yang ketiga, Kadi Daerah Segamat telah menyampaikan ceramahnya. Banyak input-input yang boleh kita ambil. Lebihnya di sini adalah beliau seorang Kadi, maka dengan itu mungkin ceramahnya seakan-akan "kursus praperkahwinan". Tetapi jika diteliti, ia tidaklah menyamai dengan kursus tersebut..

Kerana apa? Kerana mula-mula bila beliau menyampaikan ceramahnya, beliau telah menyentuh tentang sebuah kisah dakwah yang sangat mampu membuka mata dan hati seorang yang bergelar pendakwah. Berdakwah itu bukan mudah, tetapi memerlukan perjuangan dan kekuatan yang sangat tinggi. 

"Menegur perlu secara berhikmah dan perlukan ilmu, bukan bercakap tanpa melihat siapa orang yang kita akan kita nasihati"

Beliau tidak lokek berkongsi ilmu. Saya masih ingat lagi, cara kita dan siapa kita juga boleh menjadi salah satu dari cabang dakwah. Beliau menerima siapa sahaja yang dihantar praktikal di tempat beliau. Walaupun kos yang pelajar berkenaan ambil langsung tidak berkaitan dengan pejabat agama.

Alangkah mulianya hati beliau, sanggup menerima siapa sahaja yang datang kerana itulah dakwah..

Satu kisah juga turut tidak ketinggalan diceritakan kepada kami, mengenai seorang anak yang apabila disuruh sembahyang oleh ibunya, si anak berpura-pura membentangkan sejadah dan sembahyang di dalam bilik. Namun apabila ditinjau oleh ibunya, alangkah terkejutnya bahawa si anak sedang baring di atas katil dan bukannya sedang menunaikan solat!

Ini bukan perkara biasa, ini perkara serius yang perlu diambil kira, bukan hanya buat para ustaz dan  ustazah sahaja, tetapi.. semua orang harus tidak memandang ringan akan solat yang merupakan tiang agama. 

Maka pentingya dakwah untuk memperbetulkan masyarakat kita, sesuai dengan tajuk ceramah yang ketiga iaitu Kampus Sebagai Medan Dakwah.

candid- UTHM

menuju pulang ke IPTHO

Sekian sahaja apa yang dapat saya kongsikan mengenai pengalaman dan imput-input yang saya dapat sepanjang menghadiri seminar tersebut. Maaf kiranya ada kata-kata yang menyinggung mana-mana pihak kerana ianya adalah tidak disengajakan sama sekali. Moga ada manfaat disebalik perkongsian yang kerdil ini buat kita semua.





notahati: Ini pilihanku, meluahkan dengan penulisan, bukan dengan bicara~



Friday, July 15, 2011

Keberkatan Jumaat~


Kehadiran Jumaat yang mulia diiringi dengan hujan yang membasahi bumi Batu Pahat menambahkan keberkatan penghulu segala hari. Hari barakah buat semua umat Islam yang bersamaan dengan 13 Syaaban ini moga-moga keberkatan dan kemuliaannya turut dilimpahkan buat diri kita semua. 

Hari Jumaat hari yang baik untuk memperbaharui azam dalam diri kita seandainya terdapat perkara-perkara yang ingin kita tinggalkan atau dipertingkatkan kualitinya. Contohnya bagi pelajar yang rasa semangat dan kerajinan untuk belajar semakin berkurang, InsyaAllah penghulu segala hari ni boleh menjadi hari untuk kita bermuhasabah diri seterusnya meningkatkan keazaman agar tetap teguh pada matlamat untuk cemerlang dalam pelajaran.

"Apa azam kamu tahun ini?"

Itu soalan lazim yang ditanya apabila kita diambang tahun baru. Namun persoalannya adakah azam yang kita tanam dan ingin dicapai pada tahun tersebut sudah berjaya kita capai?! Wah bila nak masuk je tahun baru berderet-deret azam yang kita senaraikan, tengok je kat rancangan-rancangan di televisyen, macam-macam azam ada. Dengar saje di corong-corong radio, banyak perbincangan yang dilakukan antara penyampai radio dan pemanggil mengenai azam tahun baru. 

Adakah azam tahun baru hanya untuk hari-hari baru dalam sesuatu tahun sahaja?

Bila tiba akhir tahun, azam tahun baru hanya sekadar "angan-angan" di awal tahun bila ianya tidak berjaya dicapai. Namun syabas buat mereka yang sentiasa cekal dan tabah dalam menjalani liku-liku demi mencapai azam dan kecemerlangan yang diimpikan.

Jangan biarkan keinginan kita untuk menjadi insan cemerlang dan ummah yang gemilang berlalu dan menjadi pudar, jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja dengan sia-sia.

Jumaat penghulu segala hari,
Mari kita muhasabah diri.







Percaya pada diri, jangan gentar untuk melangkah~

Tiba-tiba rasa nak speaking plak malam-malam macam ni, 
hehe..

STANDUP

for what you think is right
even if you are standing alone.




notahati: Bila malam menjelma, jom tidur~~ zzzz

Wednesday, July 13, 2011

Mutiara kata 2



Daripada Abu Said al-khudri r.a dan Abu Hurairah r.a.
Nabi S.A.W bersabda, 
Tidak menimpa seorang mukmin " suatu penyakit yang berpanjangan
kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan melahan kedukacitaan
melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim 





Tuesday, July 12, 2011

Epilog kehidupan di Kluang


Catatan 9 Julai 2011

Petang itu saya terlena. Agak lewat saya bangun, itu pun bila ada rakan yang datang bilik semata-mata mahu bertanya tentang makanan untuk malam nanti. Saya bangun dalam keadaan yang agak terperanjat, lebih-lebih lagi bila saya merancang untuk pulang ke Kluang pada petang itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.15 petang, mungkin agak lewat bila mana plan yang pada awalnya mahu bertolak sekitar jam 4 atau 5 petang gagal. 

Masih sempat lagi untuk saya keluar sebelum jam 7 malam. Itu sahaja yang saya fikirkan. Peraturan di IPG ini tidak membenarkan pelajar keluar di antara jam 7 - 8 malam bagi mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi bila ada kes kecurian  yang berlaku di asrama pada waktu-waktu begini. 

Setelah memaklumkan pada emak tersayang bahawa saya akan pulang petang itu juga walaupun agak lewat, perjalanan selama 45 minit saya tempuhi dengan selamatnya sehingga tiba di rumah, alhamdulillah pemanduan dipermudahkan olehNya, kenderaan di jalan raya juga tidak banyak ragamnya pada petang tersebut.

Senja berlalu, malam pun menjelma. Sayang seribu kali sayang, pada ketika itu saya sedar, senja itu boleh jadi senja yang terakhir buat saya sekeluarga yang menetap di Kluang.  Hati yang sedih tiada siapa yang tahu, malam itu kami sekeluarga keluar ke bandar Kluang menikmati malam terakhir di sana.

Satu perasaan sedih singgah tanpa dipinta. Tak dapat saya ungkapkan dengan lebih jelas lagi apa yang saya rasa. Satu persinggahan yang semestinya mempunyai penghujung. Inilah penghujungnya... 

Tugas ayah di Kluang tamat awal tanpa disangka. Jangkaan awal mungkin kami akan menetap lebih lama di Kluang, namun takdir Ilahi siapa yang tahu. Ayah pula diberi tanggungjawab untuk mengambil alih tempat di Negeri Sembilan. Namun kali ini tidak pula kami berpindah kerana Masjid Tanah tidaklah begitu jauh ke Negeri Sembilan. Maka dengan itu selesailah segala tanggungjawabnya di bumi Kluang.

Kluang tak mungkin ku lupa. Namun tetap akan kusinggah dengan teman-teman.. errr mungkin untuk bersiar-siar lagi dan ber-shopping2-an huhu.. InsyaAllah.. 

Masa pantas berlalu meninggalkan kita. Kadang-kadang kita tak sedar, banyak perkara yang kita perolehi dalam kita menempuh sesuatu perjalanan itu. Apa yang pasti malam itu satu rasa yang berlainan muncul dalam diri. Malam terakhir sebagai penduduk Kluang. Apa perasaan saya? Sudah tentu sedih. Sedih untuk meninggalkan semua itu. Sedih kerana segalanya tinggal kenangan dan sejarah.

Kalau dulu saya boleh bertolak agak lewat dari hostel untuk pulang ke Kluang, namun kini tidak lagi, paling lewat pun jam 4 petang sudah keluar dari Ipg untuk tiba di Melaka. Perjalanan hampir 3 jam akan saya tempuh semula setelah sekian lamanya tidak memandu begitu lama,  Ngehh~

Perjalanan hidup tetap diteruskan walaupun pengembaraan di bumi Allah (Kluang) terhenti setakat ini. Perjalanan perlu diteruskan sekalipun terpaksa meninggalkan apa yang kita sayang dan punya. 

Selamat Tinggal buat Kluang, ku kembali ke Melaka~




**notahati: Baca dengan jiwa yang mendalam pasti akan dapat menjiwai apa yang penulis rasai. Hee~

Friday, July 8, 2011

"Eh, Kamu nak jadi ustazah ke?"


Hari itu adalah hari penyerahan kad laporan peperiksaan. Seperti biasa ibu bapa sibuk bertemu dengan guru-guru kelas dan guru-guru yang mengajar untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka. Tiba-tiba datang rakan saya Ustazah Sal mengadu.
"Macam-macam perangai la parents ni!" rungut Sal
"Kenapa Sal?" Tanya saya
"Tu, ada mak pelajar saya tadi, anak dia dapat 96% untuk subjek Pendidikan Islam, dia bukannya bersyukur, tapi kata pulak kat anak dia.."
"Kata apa?" tanya saya ingin tahu.
"Sambil marah, dia sindir pada anak dia, "Eh, kamu nak jadi ustazah ke, dapat agama tinggi nih?" Mana saya tak sedih" kata Sal.
"Dah la tak syukur, pandang rendah pula kat subjek Pendidikan Islam, lepas tu, ingat jadi ustazah tu hina sangat ka" tambah Sal, lagi.
Saya perasan, memang Sal amat terkilan, saya pun terkilan. Ini bukan masalah menjatuhkan air muka seorang rakan, tapi soal sikap ibu bapa hari ini. Serta sikap segelintir masyarakat secara keseluruhannya. Pendidikan Islam dianggap tidak penting dalam senarai pencapaian akademik mereka. Biar Pendidikan Islam dapat rendah, asalkan subjek lain terutamanya Matematik dan Sains dapat tinggi. Baru masa 'depan' terjamin, fikir mereka.
Namun lebih jauh dari itu, terdetik di hati, Pendidikan Islam bukan sahaja untuk dikuasai semasa peperiksaan, bahkan matlamat sebenarnya adalah untuk diamalkan. Hari ini manusia memandang rendah pada pendidikan Islam sebab mereka melihat pendidikan ini menggunakan kacamata maddiyyah (kebendaan). Mereka lihat masa depan yang dekat. Tidak mencecah ke alam yang satu lagi.
Realitinya kini agak berbeza. Daripada sekian ramai pelajar-pelajar yang melangkah pergi sekolah, berapa ramai yang belajar kerana Allah. Sekurang-kurangnya untuk pendidikan Islam, tasawur Islam atau seumpamanya, berapa ramai yang ikhlas untuk mengamalkan ilmu serta mendakwahkan kepada orang lain.
Daripada sekian ramai ibubapa yang menghantar anak ke sekolah, berapa ramai yang mengharapkan anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, bukan sekadar mengharapkan anaknya menjadi doktor yang hebat serta jurutera yang cekap.
Soalan yang saya sendiri tak mampu menjawabnya.
Saya teringat lagi hari penyerahan kad laporan itu. Memang tak dinafikan ramai ibu-ibu yang tidak bertudung, memakai jean, blaus dan seumpamanya. Tapi, namanya Islam. Ibu-ibu inilah yang akan dan sedang mendidik anak-anak muda generasi baru.. Salah satunya saya sapa:
"Assalamualaikum, puan!"
"Selamat pagi" jawabnya.
Terkedu saya dibuatnya.

Rindu dia~


Dia tiada lagi disisi.. Pergi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang penuntut.. Entah bila akan pulang, mungkin esok... Apa khabar dia di sana? Sihat kah? Gembirakah? Penatkah? Ingatkah dia padaku...


Bila sendiri hidup jadi sunyi dari bunyi-bunyian..
Sunyi bila tiada kalimah darinya yang dilafazkan..

Sunyi bukan bermakna hidupku terus kosong..
Sunyi kadang kala mampu membuat kita tenang..
Membuatkan kita lebih banyak berfikir dari berbicara..

Juga membuatkan aku sentiasa ingat,
yang kita miliki...
akan pergi juga,
meninggalkan kita~


Thursday, July 7, 2011

Beliau.. guru kehidupan~


Aku suka dia..
Saat aku mendengar setiap bait-bait kata yang dituturkan,
Aku jadi semakin jelas tentang isinya kehidupan ini..

Entah kenapa..
Aku sendiri tidak jelas mengapa,
Sedangkan ramai yang lain... 
seakan-akan tidak bersetuju dengan pendapatnya

Namun bagi aku,
Aku seronok,
Aku menghayati setiap apa yang dijelaskannya..

Bagi aku...
Beliau guru kehidupan,
Bukan setakat mengajar berlandaskan silibus semata-mata,
Malah terlalu jauh dari itu..

Dia banyak mengingatkan..
Dia banyak membuatkan aku bermuhasabah diri..
Dia insan yang tidak pernah jemu untuk memberi nasihat..

Katanya...
Kita berjaya bukan sebab diri kita,
namun sebab Dia Yang Maha Agung..

Katanya...
Nilailah sesuatu dengan mata hati kita,
Melihat sesuatu dengan penuh ketakjuban bahawa Agungnya ciptaan-Nya..
Bukan memandang dengan mata kasar semata-mata.

***************

Wahai diri, 
ingatlah bahawa hidup ini untuk mencari keredhaan-Nya,
Jaga dirimu, 
Jaga tingkah-lakumu,
Jaga pertuturanmu, 
Jaga ibadahmu..

Moga Allah sentiasa sayang dan cinta~


Monday, July 4, 2011

Renungan bersama~

"Kita akan diuji dengan ujian-ujian kecil 
sebelum
diuji dengan ujian-ujian yang lebih besar dan berat"


sumber >> Program Wacana IPTHO
                  4 Julai 2011