Friday, July 8, 2011

"Eh, Kamu nak jadi ustazah ke?"


Hari itu adalah hari penyerahan kad laporan peperiksaan. Seperti biasa ibu bapa sibuk bertemu dengan guru-guru kelas dan guru-guru yang mengajar untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka. Tiba-tiba datang rakan saya Ustazah Sal mengadu.
"Macam-macam perangai la parents ni!" rungut Sal
"Kenapa Sal?" Tanya saya
"Tu, ada mak pelajar saya tadi, anak dia dapat 96% untuk subjek Pendidikan Islam, dia bukannya bersyukur, tapi kata pulak kat anak dia.."
"Kata apa?" tanya saya ingin tahu.
"Sambil marah, dia sindir pada anak dia, "Eh, kamu nak jadi ustazah ke, dapat agama tinggi nih?" Mana saya tak sedih" kata Sal.
"Dah la tak syukur, pandang rendah pula kat subjek Pendidikan Islam, lepas tu, ingat jadi ustazah tu hina sangat ka" tambah Sal, lagi.
Saya perasan, memang Sal amat terkilan, saya pun terkilan. Ini bukan masalah menjatuhkan air muka seorang rakan, tapi soal sikap ibu bapa hari ini. Serta sikap segelintir masyarakat secara keseluruhannya. Pendidikan Islam dianggap tidak penting dalam senarai pencapaian akademik mereka. Biar Pendidikan Islam dapat rendah, asalkan subjek lain terutamanya Matematik dan Sains dapat tinggi. Baru masa 'depan' terjamin, fikir mereka.
Namun lebih jauh dari itu, terdetik di hati, Pendidikan Islam bukan sahaja untuk dikuasai semasa peperiksaan, bahkan matlamat sebenarnya adalah untuk diamalkan. Hari ini manusia memandang rendah pada pendidikan Islam sebab mereka melihat pendidikan ini menggunakan kacamata maddiyyah (kebendaan). Mereka lihat masa depan yang dekat. Tidak mencecah ke alam yang satu lagi.
Realitinya kini agak berbeza. Daripada sekian ramai pelajar-pelajar yang melangkah pergi sekolah, berapa ramai yang belajar kerana Allah. Sekurang-kurangnya untuk pendidikan Islam, tasawur Islam atau seumpamanya, berapa ramai yang ikhlas untuk mengamalkan ilmu serta mendakwahkan kepada orang lain.
Daripada sekian ramai ibubapa yang menghantar anak ke sekolah, berapa ramai yang mengharapkan anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, bukan sekadar mengharapkan anaknya menjadi doktor yang hebat serta jurutera yang cekap.
Soalan yang saya sendiri tak mampu menjawabnya.
Saya teringat lagi hari penyerahan kad laporan itu. Memang tak dinafikan ramai ibu-ibu yang tidak bertudung, memakai jean, blaus dan seumpamanya. Tapi, namanya Islam. Ibu-ibu inilah yang akan dan sedang mendidik anak-anak muda generasi baru.. Salah satunya saya sapa:
"Assalamualaikum, puan!"
"Selamat pagi" jawabnya.
Terkedu saya dibuatnya.

8 comments:

sergeant keroro said...

segelintir masyarakat sekarang memang suka mementingkan keduniaan, itulah sebabnya.

pendidikan islam bukan semata-mata pelajaran biasa, ia adalah untuk diamalkan :)

aimie amalina said...

peh...ade jugak mak begini ye~ ya ampun, kalo betol pun bdk ni tu nk jadi ustazah, ape slhnye, lag bagus, bertmbh org2 panduan kite akan dtg~ aitooo...sbr ye kak =)

CikMiMiey said...

mendidik tu kan keje mulia ..
lagik2 sebar ilmu agama ..
sangatlah diredhaiNya ~~

bungaitucantik said...

menarik entry neh~ dunia2..mcm2 hal.. mereka masih blom sedar lagi..

sea_lavender said...

Ya Allah...entry benar2 merungkai kembali zaman kegemilangan sye memperoleh kecemerlangan berpanjangn..Alhamdulillah...namun setelah pernah sekali kegagalan diri dalam mata pelajaran Islam...tika itu saat diri ini merasakan terlalu teruk...kerana mngapa seorang yg Islam namun gagal dalam subjek spt ni...walaupn aku tlh lakukan yg terbaik~~

kotak bulat said...

ibu bapa sekarg lgi suka ank jadi penyanyi dan popular...

sobri yaacob said...

pelik pun ada..ada jgak prent mcm 2..anak dpt markah tinggi ..dlm pendidikan islam plak 2..nak dipertikaikan..sptutnya bersyukur :)

keroro gouro said...

assalamualaikum
tiba2 sy teringt pepatah arab yg mengatakan ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tidak berbuah...kadang2 kita nie belajar satu2 ilmu tp xpernah terasa nak mengamalkannya...subjek pendidikan agama islam tue rasanya di malaysia nie hanya sebagai subjek yang patut diambil dan lulus shja..maklum lah , negara kita kan agama rasminya islam..
wallahualam...