Tuesday, July 12, 2011

Epilog kehidupan di Kluang


Catatan 9 Julai 2011

Petang itu saya terlena. Agak lewat saya bangun, itu pun bila ada rakan yang datang bilik semata-mata mahu bertanya tentang makanan untuk malam nanti. Saya bangun dalam keadaan yang agak terperanjat, lebih-lebih lagi bila saya merancang untuk pulang ke Kluang pada petang itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.15 petang, mungkin agak lewat bila mana plan yang pada awalnya mahu bertolak sekitar jam 4 atau 5 petang gagal. 

Masih sempat lagi untuk saya keluar sebelum jam 7 malam. Itu sahaja yang saya fikirkan. Peraturan di IPG ini tidak membenarkan pelajar keluar di antara jam 7 - 8 malam bagi mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi bila ada kes kecurian  yang berlaku di asrama pada waktu-waktu begini. 

Setelah memaklumkan pada emak tersayang bahawa saya akan pulang petang itu juga walaupun agak lewat, perjalanan selama 45 minit saya tempuhi dengan selamatnya sehingga tiba di rumah, alhamdulillah pemanduan dipermudahkan olehNya, kenderaan di jalan raya juga tidak banyak ragamnya pada petang tersebut.

Senja berlalu, malam pun menjelma. Sayang seribu kali sayang, pada ketika itu saya sedar, senja itu boleh jadi senja yang terakhir buat saya sekeluarga yang menetap di Kluang.  Hati yang sedih tiada siapa yang tahu, malam itu kami sekeluarga keluar ke bandar Kluang menikmati malam terakhir di sana.

Satu perasaan sedih singgah tanpa dipinta. Tak dapat saya ungkapkan dengan lebih jelas lagi apa yang saya rasa. Satu persinggahan yang semestinya mempunyai penghujung. Inilah penghujungnya... 

Tugas ayah di Kluang tamat awal tanpa disangka. Jangkaan awal mungkin kami akan menetap lebih lama di Kluang, namun takdir Ilahi siapa yang tahu. Ayah pula diberi tanggungjawab untuk mengambil alih tempat di Negeri Sembilan. Namun kali ini tidak pula kami berpindah kerana Masjid Tanah tidaklah begitu jauh ke Negeri Sembilan. Maka dengan itu selesailah segala tanggungjawabnya di bumi Kluang.

Kluang tak mungkin ku lupa. Namun tetap akan kusinggah dengan teman-teman.. errr mungkin untuk bersiar-siar lagi dan ber-shopping2-an huhu.. InsyaAllah.. 

Masa pantas berlalu meninggalkan kita. Kadang-kadang kita tak sedar, banyak perkara yang kita perolehi dalam kita menempuh sesuatu perjalanan itu. Apa yang pasti malam itu satu rasa yang berlainan muncul dalam diri. Malam terakhir sebagai penduduk Kluang. Apa perasaan saya? Sudah tentu sedih. Sedih untuk meninggalkan semua itu. Sedih kerana segalanya tinggal kenangan dan sejarah.

Kalau dulu saya boleh bertolak agak lewat dari hostel untuk pulang ke Kluang, namun kini tidak lagi, paling lewat pun jam 4 petang sudah keluar dari Ipg untuk tiba di Melaka. Perjalanan hampir 3 jam akan saya tempuh semula setelah sekian lamanya tidak memandu begitu lama,  Ngehh~

Perjalanan hidup tetap diteruskan walaupun pengembaraan di bumi Allah (Kluang) terhenti setakat ini. Perjalanan perlu diteruskan sekalipun terpaksa meninggalkan apa yang kita sayang dan punya. 

Selamat Tinggal buat Kluang, ku kembali ke Melaka~




**notahati: Baca dengan jiwa yang mendalam pasti akan dapat menjiwai apa yang penulis rasai. Hee~

No comments: