Friday, July 15, 2011

Keberkatan Jumaat~


Kehadiran Jumaat yang mulia diiringi dengan hujan yang membasahi bumi Batu Pahat menambahkan keberkatan penghulu segala hari. Hari barakah buat semua umat Islam yang bersamaan dengan 13 Syaaban ini moga-moga keberkatan dan kemuliaannya turut dilimpahkan buat diri kita semua. 

Hari Jumaat hari yang baik untuk memperbaharui azam dalam diri kita seandainya terdapat perkara-perkara yang ingin kita tinggalkan atau dipertingkatkan kualitinya. Contohnya bagi pelajar yang rasa semangat dan kerajinan untuk belajar semakin berkurang, InsyaAllah penghulu segala hari ni boleh menjadi hari untuk kita bermuhasabah diri seterusnya meningkatkan keazaman agar tetap teguh pada matlamat untuk cemerlang dalam pelajaran.

"Apa azam kamu tahun ini?"

Itu soalan lazim yang ditanya apabila kita diambang tahun baru. Namun persoalannya adakah azam yang kita tanam dan ingin dicapai pada tahun tersebut sudah berjaya kita capai?! Wah bila nak masuk je tahun baru berderet-deret azam yang kita senaraikan, tengok je kat rancangan-rancangan di televisyen, macam-macam azam ada. Dengar saje di corong-corong radio, banyak perbincangan yang dilakukan antara penyampai radio dan pemanggil mengenai azam tahun baru. 

Adakah azam tahun baru hanya untuk hari-hari baru dalam sesuatu tahun sahaja?

Bila tiba akhir tahun, azam tahun baru hanya sekadar "angan-angan" di awal tahun bila ianya tidak berjaya dicapai. Namun syabas buat mereka yang sentiasa cekal dan tabah dalam menjalani liku-liku demi mencapai azam dan kecemerlangan yang diimpikan.

Jangan biarkan keinginan kita untuk menjadi insan cemerlang dan ummah yang gemilang berlalu dan menjadi pudar, jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja dengan sia-sia.

Jumaat penghulu segala hari,
Mari kita muhasabah diri.







2 comments:

Pn. Sheila said...

tgh mengejar azam thn ni yang belum tercapai... huh!

Srikandi Cinta said...

Pn. Sheila >> semoga berjaya! :)