Tuesday, July 19, 2011

Seminar Kesedaran Kampus




16 Julai 2011 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, satu seminar telah diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seminar Kesedaran Kampus yang telah dihadiri oleh beberapa pelajar kelas saya dan sebahagian pelajar kelas lain, serta peserta dari pelbagai institusi pendidikan yang dijemput,sejujurnya sangat memberi manfaat buat diri saya.

Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Wanita PERKIM Kebangsaan dan UTHM ini telah diadakan selama satu hari bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. 3 orang penceramah telah memberi ceramah selama lebih kurang satu jam setengah ditambah dengan sesi soal jawab di antara para hadirin dengan penceramah.

Sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telinga akan sesuatu yang telah disampaikan oleh salah seorang daripada penceramah yang menyampaikan "isi" kepada kami.

"Siapa kata datang sini sia-sia, kamu datang ke sini dengan izin Allah, walau macam mana tak nak sekalipun kamu datang ke sini, sampai kena heret, kemudian dimasukkan pula ke dalam kereta, kamu tetap akan berada dalam seminar ini kerana dengan izinNya. Allah sedang bercakap dengan kamu melalui perantaraan saya." 


Itulah kata-kata yang sangat menyakinkan saya bahawa setiap yang berlaku itu ada kebaikannya. Walaupun kita rasa terpaksa untuk pergi ke sana.. Yela, nak dengar ceramah, ramai yang "tak rajin".

Seminar ini sangat bagus buat pelajar-pelajar terutamanya pelajar Sekolah Menengah dan pelajar di IPT. Bertitik tolak daripada banyaknya isu murtad yang telah berlaku di negara kita amnya dan di kampus khususnya, mereka rasa terpanggil untuk mengadakan seminar ini.

Alangkah malangnya jika selama kira-kira 9 jam berada di sana, tetapi kita merasa tidak ada apa-apa yang kita dapat. Bagi saya, banyak manfaat dan ilmu yang saya perolehi. Walaupun kadang kala rasa mengantuk datang menyerang, ditambah pula aura '"sakit-sakit badan dan lenguh" menyerang bilamana terlalu lama duduk untuk mendengar ceramah, saya cuba menghayati setiap apa yang disampaikan oleh para penceramah.

"Nanti bila kita berucap atau mengajar didepan, sudah tentu kita mahu orang yang mendengar, mendenagr dengan penuh khusyuk dan menumpukan perhatian"


Apa yang saya nampak secara tersirat dan tersuratnya, isu murtad di kampus yang berlaku sedikit sebanyak berpunca daripada isu gejala sosial yang semakin berleluasa di kampus. Sebab itulah penceramah rata-rata sangat menekankan perkara-perkara yang menjurus kepada isu tersebut.. REMAJA.. Jiwa remaja yang sangat dekat dengan rasa ingin dicintai dan menyintai boleh mengundang bahaya jika tidak berlandaskan dengan hukum syarak.


Maka, dengan sebab itulah ceramah yang diberikan lebih berkaitan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan "perkahwinan". Beruntung bagi kita yang terselamat dan diselamatkan daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Ceramah 1 yang diberikan menunjukkan bahawa remaja kita kebanyakkan sudah terjebak dengan maksiat dan dadah. Nauzubillah.. moga dijauhkan dari kita!

Ceramah 2 yang berkaitan Hedonisme dan gerakkannya di kampus adalah merupakan Ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia. Perkara yang disentuh adalah tentang matlamat hidup pelajar yang adakalanya tidak jelas dan hanya mahu mencapai keseronokkan yang tidak kekal. Menghabiskan kehidupan di kampus dengan sia-sia, tanpa manfaat.. Azan berkumandang, tetapi pelajar masih leka bermain game.. antara contoh yang telah diketengahkan oleh penceramah tersebut.

Berikut Realiti Mahasiswa Hari ini:

1.13% terlibat dengan kes buang bayi
40% menonton bahan lucah
16% terlibat dengan aktiviti judi
70% merokok
14% terlibat dengan salahguna dadah
25% minum minuman keras
18% terlibat seks bebas.

Penceramah yang kedua ini turut membuat simulasi tentang bagaimana bermulanya bibit-bibit percintaan diantara seorang lelaki dan perempuan. Perkara tersebut jangan diambil mudah, tetapi jadikanlah iktibar buat kita, dan bukannya memandangnya sebagai satu yang memalukan. Jadikan ia sebagai benteng buat kita agar tidak terjebak dengan perkara tersebut. Nauzubillah...


Generasi Muda boleh dibina dan diperkukuhkan dengan perkara tersebut:
  • Iman - Talian dan ikatan sosial paling kukuh dalam membina kesatuan.
  • Hijrah - Komitmen, meningkatkan kualiti peribadi insan
  • Berhijrah - harta dan jiwa raga
  • Toleransi - Kunci dalam menangani perbezaan pendapat dan pendekatan
  • Tolong-menolong - tanpa mengira kelas, Ras dan suku.


Dalam ceramah yang ketiga, Kadi Daerah Segamat telah menyampaikan ceramahnya. Banyak input-input yang boleh kita ambil. Lebihnya di sini adalah beliau seorang Kadi, maka dengan itu mungkin ceramahnya seakan-akan "kursus praperkahwinan". Tetapi jika diteliti, ia tidaklah menyamai dengan kursus tersebut..

Kerana apa? Kerana mula-mula bila beliau menyampaikan ceramahnya, beliau telah menyentuh tentang sebuah kisah dakwah yang sangat mampu membuka mata dan hati seorang yang bergelar pendakwah. Berdakwah itu bukan mudah, tetapi memerlukan perjuangan dan kekuatan yang sangat tinggi. 

"Menegur perlu secara berhikmah dan perlukan ilmu, bukan bercakap tanpa melihat siapa orang yang kita akan kita nasihati"

Beliau tidak lokek berkongsi ilmu. Saya masih ingat lagi, cara kita dan siapa kita juga boleh menjadi salah satu dari cabang dakwah. Beliau menerima siapa sahaja yang dihantar praktikal di tempat beliau. Walaupun kos yang pelajar berkenaan ambil langsung tidak berkaitan dengan pejabat agama.

Alangkah mulianya hati beliau, sanggup menerima siapa sahaja yang datang kerana itulah dakwah..

Satu kisah juga turut tidak ketinggalan diceritakan kepada kami, mengenai seorang anak yang apabila disuruh sembahyang oleh ibunya, si anak berpura-pura membentangkan sejadah dan sembahyang di dalam bilik. Namun apabila ditinjau oleh ibunya, alangkah terkejutnya bahawa si anak sedang baring di atas katil dan bukannya sedang menunaikan solat!

Ini bukan perkara biasa, ini perkara serius yang perlu diambil kira, bukan hanya buat para ustaz dan  ustazah sahaja, tetapi.. semua orang harus tidak memandang ringan akan solat yang merupakan tiang agama. 

Maka pentingya dakwah untuk memperbetulkan masyarakat kita, sesuai dengan tajuk ceramah yang ketiga iaitu Kampus Sebagai Medan Dakwah.

candid- UTHM

menuju pulang ke IPTHO

Sekian sahaja apa yang dapat saya kongsikan mengenai pengalaman dan imput-input yang saya dapat sepanjang menghadiri seminar tersebut. Maaf kiranya ada kata-kata yang menyinggung mana-mana pihak kerana ianya adalah tidak disengajakan sama sekali. Moga ada manfaat disebalik perkongsian yang kerdil ini buat kita semua.





notahati: Ini pilihanku, meluahkan dengan penulisan, bukan dengan bicara~



3 comments:

Jijimon said...

alhamdulillah..
byk ilmu n input dlm seminar nie..
isk3 zamn skrg..
semakin..

insyaAllah dengan ilmu yg kte ade proleh sme2 kte manfaatkannye..
=) posting cm 3 tahun hik3

Alisya said...

thanks for sharing..
p/s: alisya pernah sampai uthm (masa tu kuitho lg) utk interview..

sergeant keroro said...

nice sharing, walaupun panjang, tapi banyak input :)