Tuesday, August 23, 2011

Entri khas 23 RAMADHAN 1432




23 OGOS 1991
23 RAMADHAN 1432




SANAH HELWAH!
HAPPY BIRTHDAY!
SELAMAT HARI LAHIR!


BARIK 'ALAINA!!



Khas buat... 
 IRA 
dan 



notahati : kawan2! seronok kan perang kek.. huhu



Saturday, August 20, 2011

Prestasi Ramadhan.





Ramadhan sudah hampir kepenghujungnya

Bagaimana Ramadhan kita kali ini?

Moga ia jauh lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya..

Tuesday, August 16, 2011

Tidur.


Rehatkan badan dan minda anda setelah
seharian belajar dan bekerja..

by google


Moga hari esok akan menjadi 
lebih berkualiti dan cemerlang :)



Thursday, August 11, 2011

Doa Dhuhaa


"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuhaa itu Dhuhaa-Mu, kecantikannya kecantikan-Mu, keindahannya keindahan-Mu, kekuatannya kekuatan-Mu, kekuasaannya kekuasaan-Mu, perlindungannya perlindungan-Mu..
Ya Allah jika rezeki masih dilangit turunkanlah, jika dibumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah.. Berkat waktu Dhuhaa, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu kekuasaan-Mu... Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."



Selepas selesai menunaikan solat sunat Dhuhaa, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon kepada-Nya.. 


Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat kita, agar dapat kita bersedekah di bulan Ramadhan Kareem ini.. dan memanfaatkan harta yang ada pada jalan yang betul :)




Wednesday, August 10, 2011

Memberikan Kepuasan Jiwa

*from google*
Assalamualaikum..

Helo readers.. Hari ni macam hari-hari Rabu yang lain pagi-pagi lagi dah ke kelas Literasi Bahasa. Subjek Bahasa Melayu ni fokus pada amali..

Tengah-tengah lecturer tayang slide kat depan sementara pelajar yang lain salin atau bagi yang tak berapa rajin boleh baca je (hehehe), tiba-tiba rasa tertarik pada satu ayat dalam satu tajuk ni.

MEMBERIKAN KEPUASAN JIWA

Disebabkan ayat ni sangat berkait rapat dengan bloggers yang pasti punya banyak idea yang mahu dikongsikan dengan pembaca sekalian.. secara tak sengajanya bila terbaca ayat ni hati terus berbunga-bunga (ceh!)

Apa yang dapat beri kepuasan jiwa ni agaknya ye?

Ye tak lain tak bukan.. MENULIS.. 

Beberapa orang tokoh juga ada menyatakan bahawa pengarangan atau penulisan ni adalah merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya dalam pemikiran manusia.

Menulis memang memerlukan kemahiran andainya mahu menarik ramai pembaca untuk membaca penulisan kita. Tapi apa yang lebih penting menulis ini sangat memberi kepuasan jiwa bagi individu.

Sebab tu la kita suka menulis kan. Sebab ianya terang-terangan akan memberikan kepuasan buat diri kita sendiri. 



Tuesday, August 9, 2011

Syafaat di Akhirat

Assalamualaikum..

Apa khabar hari ini? Bagaimana dengan amalan kita pada bulan Ramadhan ini?
Moga semakin hari semakin baik..

Amalan yang kita lakukan bukan untuk kepentingan orang lain tetapi akan membawa kebaikan dan keuntungan pada diri kita juga. Contoh mudah dengan berpuasa dan membaca al-Quran, di hari akhirat kelak, amalan-amalan inilah yang akan menyelamatkan kita daripada azab api neraka.

Namun harus diingat, beramal bukan hanya ingin mendapat ganjaran yang diberikan semata-mata tetapi haruslah ikhlas dan bukannya kerana terpaksa, ingin mencari keredhaan-Nya dan yang penting sebagai salah satu cara untuk menunjukkan rasa kehambaan pada-Nya.

Mari kita tengok apa kelebihan dan kebaikan bila kita berpuasa dan membaca al-Quran.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat
kepada hamba pada hari kiamat kelak.
Puasa akan berkata:
"Wahai Rabb, aku telah menahannya 
daripada makan dan syahwat, 
maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya.'
Al-Quran pula berkata: 
'Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari,
maka perkenankanlah aku untuk 
memberi syafaat kepadanya."
Kemudian baginda bersabda lagi:
"Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat." 

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)


Jadi.. jangan lepaskan peluang untuk melipat gandakan amalan pada bulan Ramadhan yang mulia ini ye..!





sumber: Solusi isu no. 34 (Andainya ini Ramadhan terakhir Layakkah kita berhari Raya??)

Monday, August 8, 2011

Kurangkan gula, tingkatkan senyuman.

Ini musim assignment. Hampir kesemua subjek telah diserahkan tugasannya kepada kami walaupun belum semua. (faham kan)

Dan ini kesan daripada buat satu assignment. Just nak bagi nasihat kat siapa yang baca (kalau tak baca confirm tak dapat nasihat yang berguna ni)..

Kurangkan makan makanan yang mengandungi gula yang berlebihan.

Kurangkan..

Kurangkan..

Dan kalau boleh...

Hentikan.

Huh sangat insaf untuk minum air yang manis-manis, kerana kesannya sangat dahhhsyyaaaattt tahu...!

Kencing manis ofkos lah..

Nak kena potong kaki??? nak? nak? (ayat gertak)

(ni kesan tengok gambar ngeri kat incik google)

Jadi, sangat takut!

Nah tengok sini!!

**ehsan incik google





notahati : Ya Allah jauhkan aku dari penyakit2 yang berbahaya!!

Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah, kembali sihat..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur kehadrat-Nya kerana dengan izin-Nya juga kesihatan saya bertambah baik, kembali ceria dengan senyuman dan gelak tawa, selera makan juga sudah kembali seperti biasa. Maka buat pertama kalinya dalam bulan Ramadhan ini saya dapat pergi ke Bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa bersama rakan dan teman petang tadi.

Sungguh nikmat.

Setelah Dia beri saya "cuti sakit" selama lebih kurang dua hari sebelum saya sembuh sepenuhnya, hari ini saya dapat makan dengan penuh berselera tanpa ada lagi rasa sakit tekak dan "tak lalu makan". Dapat kembali bergerak dengan rasa yang sangat selesa tanpa perlu terlantar menanggung kesakitan yang amat sangat di atas katil.

"Aku tengok kau dah berselera makan".

Tersenyum saya dibuatnya bila seorang rakan saya berkata begitu. Alhamdulillah berkat sokongan dan doa semua, akhirnya saya sembuh dari demam yang datang tanpa memberi tanda walau sedikit pun.

Agak risau juga bila suhu badan terus naik setelah muntah sebanyak empat kali ketika itu. Saya jarang demam, namun sekali demam akan berlanjutan sehingga empat hari lamanya. Itu kebiasaannya. Namun saya bersyukur kerana demam kali ini hanya dua hari sahaja.

Kerana nak cepat sembuh, saya disiplinkan diri makan ubat seperti yang dinasihatkan doktor. Saya mahu pulih sepenuhnya, supaya rakan-rakan tidak ditimpa kesusahan disebabkan saya.

Semalam, saya gagahkan juga diri untuk ke kelas lebih-lebih lagi bila ada presentation yang perlu saya laksanakan. Kerja itu sepatutnya telah selamat saya laksanakan pada hari Selasa yang lalu namun disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan saya terpaksa meminta tolong rakan yang gilirannya selepas saya untuk menggantikan saya pada hari tersebut. Terima kasih ye.

Mungkin disebabkan kesihatan saya yang tidak berapa baik, pembentangan individu semalam tidak diiringi dengan soalan-soalan "mantap" dari pensyarah yang pada kebiasaannya pasti akan melemparkan persoalan yang agak mencabar kepada pembentang. Terima kasih juga kerana faham keadaan saya, hehe.

Kembali ceria.

Saya yakin ada hikmah disebalik rasa sakit tersebut. Walaupun ianya amat perit untuk ditelan. Ia sudah tentu menjadi peringatan buat diri saya sendiri. Ada mesej tersirat yang ingin disampaikan.

Ya, Dia mahu saya lebih mengingatinya. Dia mahu saya lebih banyak berbisik dan berdoa pada-Nya. Dia mahu saya sentiasa ingat bahawa bila saya terjaga ditengah malam menanggung kesakitan, hanya dia yang mampu menolong saya.


Dialah yang memberi ujian dengan kesakitan, dan Dia jugalah yang memberi kesembuhan pada kesakitan tersebut. Segalanya dengan izin-Nya.

Terima kasih ya Allah..

Terima kasih juga buat semua yang mendoakan diri ini..



boleh makan sedap2 dah~~
hee..

Thursday, August 4, 2011

Sungguh Aku diuji di Awal Ramadhan ini.


Hari pertama berbuka puasa:

Makan dengan berselera
Pinggan licin.
Air juga berjaya dihabiskan..

(cettt, jangan kata makan macam tak makan setahun okeh!)

Tak lama kemudian,
rasa bagai semua yang dimakan mahu dimuntahkan..
Aduh mengapakah?!
Dada terasa sesak..
Malam itu mula tak duduk diam..
Ke hulu ke hilir dibuatnya..

Akhirnya tanpa boleh ditahan..
Segala isi perut terkeluar juga..
(habis nasi beriani waktu berbuka dimuntahkan, opss bukan dgn sengaje ye)

Akibat perut dah kosong, 
jamah kurma sikit, 
supaya perut tak terus masuk angin..

Allah..
tak berjaya ditahan..
muntah lagi buat kali kedua,
berlari2 ke toilet dibuatnya malam itu..
Badan dah mula rasa tak sedap..

Duduk2 tenangkan diri,
minum air..
Sekali lagi terpaksa berkejar-kejaran ke tandas..
muntah buat kali ke tiga..

Ya Allah, kenapa ni..

Sakit terpaksa mengeluarkan apa yang dimakan dari perut..
Ye, makan memang sedap dan senang,
tapi mengeluarkan segala yang telah dimasukkan kedalam perut memang sangat perit!

Allah..

Suhu badan terus naik..
Dah tak larat sangat nak buat apa2 sedangkan 
niat awal nak study untuk presentation esok..
Terus tidur... zzzzz

1.30 pagi,
bagai ada sesuatu yang memaksa untuk bangun!
Ye, terasa nak muntah lagi buat kali ke empat..
Tak berjaya nak keluar dari bilik dengan kadar yang segera,
maka dengan secara tak sengaja terus termuntah dalam bilik..
Nasib baik rumate dah tidur.. 
tak ganggu dia.. wee~

Lepas bersihkan diri,
sambung tidur.. 
harap lepas tu akan rasa lega..

Tak sampai dua jam tidur dah terjaga semula..
Seluruh badan terasa sengal2..
Kaki kebas, tangan juga begitu.
Kepala sakit, bagai mahu ditarik2 saja rasanya.
Rasa sejuk yang teramat..

Ok.. demam dah datang..

Urmm... kesian pulak nak kejutkan kawan2..
Tapi apa boleh buat,
4.40 pagi.. kejut jugak dorang..huhu
Mintak maaf sangat2 ye kawan2..
Sakit lorh..


Alhamdulillah hari pertama puasa segalanya berjalan dengan lancar. Dia beri saya "cuti" setelah saya selamat sampai di bumi Batu Pahat. Moga ia menjadi kafarah atas segala dosa-dosa buat hamba yang lemah ini. Moga ia menjadi tarbiyyah buat saya di bulan Ramadhan ini. Moga Ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat kutempuhi dengan sempurna..


Terima kasih buat semua kawan2 yang prihatin akan diri ini. Menjaga tanpa jemu, menolong tanpa kenal erti penat, menemani dikala keperitan melanda diri.. Jasamu kukenang~


hidup ini perlu disusuri walau ianya penuh onak dan duri