Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah, kembali sihat..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur kehadrat-Nya kerana dengan izin-Nya juga kesihatan saya bertambah baik, kembali ceria dengan senyuman dan gelak tawa, selera makan juga sudah kembali seperti biasa. Maka buat pertama kalinya dalam bulan Ramadhan ini saya dapat pergi ke Bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa bersama rakan dan teman petang tadi.

Sungguh nikmat.

Setelah Dia beri saya "cuti sakit" selama lebih kurang dua hari sebelum saya sembuh sepenuhnya, hari ini saya dapat makan dengan penuh berselera tanpa ada lagi rasa sakit tekak dan "tak lalu makan". Dapat kembali bergerak dengan rasa yang sangat selesa tanpa perlu terlantar menanggung kesakitan yang amat sangat di atas katil.

"Aku tengok kau dah berselera makan".

Tersenyum saya dibuatnya bila seorang rakan saya berkata begitu. Alhamdulillah berkat sokongan dan doa semua, akhirnya saya sembuh dari demam yang datang tanpa memberi tanda walau sedikit pun.

Agak risau juga bila suhu badan terus naik setelah muntah sebanyak empat kali ketika itu. Saya jarang demam, namun sekali demam akan berlanjutan sehingga empat hari lamanya. Itu kebiasaannya. Namun saya bersyukur kerana demam kali ini hanya dua hari sahaja.

Kerana nak cepat sembuh, saya disiplinkan diri makan ubat seperti yang dinasihatkan doktor. Saya mahu pulih sepenuhnya, supaya rakan-rakan tidak ditimpa kesusahan disebabkan saya.

Semalam, saya gagahkan juga diri untuk ke kelas lebih-lebih lagi bila ada presentation yang perlu saya laksanakan. Kerja itu sepatutnya telah selamat saya laksanakan pada hari Selasa yang lalu namun disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan saya terpaksa meminta tolong rakan yang gilirannya selepas saya untuk menggantikan saya pada hari tersebut. Terima kasih ye.

Mungkin disebabkan kesihatan saya yang tidak berapa baik, pembentangan individu semalam tidak diiringi dengan soalan-soalan "mantap" dari pensyarah yang pada kebiasaannya pasti akan melemparkan persoalan yang agak mencabar kepada pembentang. Terima kasih juga kerana faham keadaan saya, hehe.

Kembali ceria.

Saya yakin ada hikmah disebalik rasa sakit tersebut. Walaupun ianya amat perit untuk ditelan. Ia sudah tentu menjadi peringatan buat diri saya sendiri. Ada mesej tersirat yang ingin disampaikan.

Ya, Dia mahu saya lebih mengingatinya. Dia mahu saya lebih banyak berbisik dan berdoa pada-Nya. Dia mahu saya sentiasa ingat bahawa bila saya terjaga ditengah malam menanggung kesakitan, hanya dia yang mampu menolong saya.


Dialah yang memberi ujian dengan kesakitan, dan Dia jugalah yang memberi kesembuhan pada kesakitan tersebut. Segalanya dengan izin-Nya.

Terima kasih ya Allah..

Terima kasih juga buat semua yang mendoakan diri ini..



boleh makan sedap2 dah~~
hee..

8 comments:

sergeant keroro said...

alhamdulillah =)

kotak bulat said...

peh..sedap plak tgk gmbr yg bawh tu..er..

Srikandi Cinta said...

keroro >> :)

KB >> tu la pasal, sedap!

CikMiMiey said...

alhamdulillah ...

tgok makanan kat bawah cam terliur semacam jep ... hihi

Srikandi Cinta said...

tu marshmallow celup coklat ye hehe

Alisya said...

alhamdulillah...sudah sihat..

sue perbs.. said...

alhamdulillah.. jage kesihatan ye..

tia @ Ini Kisah Tia said...

syukurlah .. :)